Saturday, 4 July 2015

Tanya Jawab-Karangan


LunSeptember 4, 2009 at 7:41 AM
Untuk seolan “Bincangkan” apakah isi yang harus ditulis oleh pelajar? Mencari isi dari tajuk atau fikir sendiri?
Soalan bincangkan sebenarnya mudah dijawab. lihat pada soalan. Jika ada sebarang kata hubung atau penanda wacana yang menunjukkan maksud pertentangan seperti namun, walaupun, tetapi, meskipun, pun begitu dsb. maka kehendaknnya dua aspek. Jika tiada sebarang kta-kata ini maka kehendaknya satu aspek sahaja,Cth soalan Peperangan membawa banyak ancaman kepada manusia. Bincangkan. kehendaknya satu sahaja iaitu 4 isi ancaman kepada manusia.

Cth: Peperangan membawa banyak ancaman kepada manusia. Namun peperangan juga memberi kesedaran kepada manusia. Maka kehendaknya 2 isi ancaman kepada manusia dan 2 isi lain kesedaran yang dibawa oleh peperangan. terima kasih

No comments:

Post a Comment