Thursday, 16 July 2015

Ciri Kepimpinan Sekolah


Kerajaan telah memperuntukkan berbilion-bilion ringgit untuk meningkatkan kualiti sekolah-sekolah kita di seluruh Malaysia. Pengiktirafan Sekolah Berprestasi Tinggi , Sekolah Kluster dan sebagainya jelas menunjukkan betapa tinggi komitmen kerajaan amnya dan KPM khususnya terhadap peningkatan kualiti sistem  pendidikan di negara ini. Di samping meningkatkan kadar celik LINUS dan  menambahbaikkan logistik sekolah, pihak berkuasa juga meningkatkan taraf hidup guru-guru dengan meningkatkan gaji dan menyediakan pelbagai insentif lain supaya guru-guru kita terus meminati profesion perguruan dan mengajar anak bangsa dengan penuh dedikasi.
Harapan kerajaan yang ingin melihat bangsa Malaysia sebagai suatu bangsa yang maju menjelang tahun 2020 mungkin hanya tinggal utopia sahaja. Hal ini kerana terdapat  satu trend masa kini iaitu stakeholder dan mungkin guru-guru  mendapati sesetengah pihak pentadbiran sekolah tidak selari dengan aspirasi kerajaan kita. Di kebanyakan sekolah, iklim kepimpinan sekolah tidaklah sebegitu positif seperti yang dijangka dan diharapkan oleh pihak stakeholder, KPM, JPN, PPD dan komuniti. Perkara ini berlaku kerana kepimpinan yang  diperlihatkan oleh pentadbir sekolah, tidak membantu meningkatkan penghasilan dan performance guru mahupun pelajar.
Oleh itu pentadbir atau pemimpin sekolah perlu memperlihatkan beberapa traits yang dianjurkan oleh ahli-ahli sosiologi pendidikan dan kepimpinan pendidikan. Antaranya  komunikasi berkesan. Komunikasi yang berkesan perlu wujud antara pentadbir dengan guru. Melalui komunikasi ini, mereka berdua boleh berkongsi pengalaman, pendapat dan idea-idea baharu.  Di Jepun ketua sering mendengar pandangan dan teguran pekerja bawahan mereka. Hal ini berlaku setiap kali mereka duduk makan bersama sewaktu makan tengah hari. Dengan adanya komunikasi ini maka mesej yang ingin disampaikan oleh majikan kepada pekerja ataupun sebaliknya mudah berlaku.
Keduanya, nilai kemanusiaan perlu diterapkan dalam kalangan pentadbir kita. Mereka hendaklah bersikap simpati, ehsan dan gunakan kata-kata lembut atau manis untuk menggalakkan pekerjanya melakukan sesuatu arahan. Arahan jangan sesekali mesti datang dari atas ke bawah semata-mata. Walaupun kita mempunyai prosedur tertentu apa salahnya sesekali menunjukkan perasaan belas ehsan kepada pekerja yang ditimpa masalah peribadi atau masalah keluarga. Memberikan sedikit kelonggaran pada sesuatu ketika tidak akan menjejaskan kualiti ataupun produktiviti sekolah.

Tuntasnya komunikasi berkesan dan nilai kemanusiaan adalah dua ciri yang penting daripada beberapa ciri yang lain dalam kepimpinan sekolah.

No comments:

Post a Comment