-Syarikat-syarikat China telah melahirkan minat masing-masing untuk melabur di dalam sektor tenaga diperbaharui solar Malaysia dan pelancongan.
-Malaysia telah meluluskan skim tarif "feed-in"
(FiT) baru-baru ini supaya industri tenaga diperbaharui mendapat manfaat
darinya.
-FiT adalah mekanisma yang memberi keutamaan elektrik yang
jana dari sumber tenaga diperbaharui semula jadi untuk dibeli oleh utiliti
kuasa pada harga premium tetap dan bagi satu tempoh khusus.
-China berminat di dalam industri solar, pembinaan hotel, pusat
peranginan, hospitality,industri pelancongan termasuk kos pengembaraan, kualiti produk dan
makanan.
-Hua Wei, syarikat telekomunikasi China yang mempunyai lebih
1,700 pekerja, menubuhkan pusat latihan bagi industri telekomunikasi di
Malaysia.
-Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) bersedia
membantu syarikat China yang berminat melabur di Malaysia.
-MOU antara Schneider Electric (China) Investments Co Ltd dan
Curtin University, Sarawak mengenai Projek Ladang Solar, antara Metro Kajang
dan Guoao Investment and Development Co Ltd mengenai projek pembangunan
teknologi hijau dan antara Imaprima Sdn Bhd dan China Triumph International
Engineering Co Ltd mengenai projek klinker simen.
No comments:
Post a Comment