Tuesday 16 May 2017

BM SPM Pelajaran 5-8 Usm Class

MODUL 5

 Pemahaman Komsas

Baca petikan cerpen dengan teliti. Kemudian jawab soalan pemahaman dengan menggunakan ayat anda sendiri.

       Azam dengan lidah yang fasih telah berhujah di mahkamah. “Yang Arif,apabila raja meminta bertukar ayam,adakah Pak Kaduk boleh membantah perintah raja? Dia akan dituduh sebagai penderhaka dan mungkin kepalanya akan dipancung. Ini bermakna Kaduk telah menyerahkan ayamnya Si Kunani kepada raja tanpa kerelaannya. Tidak wujud sebarang bukti, atau sebarang tandatangan, atau MoU yang mengesahkan pertukaran ayam itu. Jadi, apabila Si Kunani memang dalam persabungan,bererti Pak Kaduklah yang menang dan berhak menerima apa-apa hadiah yang telah ditawarkan dalam perjanjian persabungan mengikut terma dan syarat yang diperuntukkan, termasuklah mengekalkan hak milik tanah yang dituntut oleh anak guam saya.”

       Mahkamah mengumumkan keputusannya pada hari ini . Tidak payah aku ceritakan butiran hujah dan beberapa helaian muka surat yang dibaca oleh tuan hakim di kamar pengadilan. Yang pentingnya,tanah empat ekar di hujung kampung dan di tepi belukar itu kini sah menjadi milik Hakim bin Hassan bin Kaduk. Alhamdulillah. (Sumber :Cerpen Kaduk, Ayam dan Raja Antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul)

1.Apakah tawaran yang diperolehi jika Pak Kaduk menang dalam persabungan ?(2m)
2.Pada pendapat anda,wajarkah Azzam bertindak sedemikian ketika berhujah di mahkamah?(3m)
3.Pada pendapat anda,apakah ciri-ciri yang perlu ada pada seorang peguam yang bertauliah?(4m)

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

                Cerita bonda suatu hari tatkala saya asyik membelek-belek kitab-kitab lama bertulisan Jawi di dalam almari yang memperincikan sejarah asal usul bumi mewah ini. Saya pandang mata bonda dalam-dalam mencari pengertian sebenar saya anak generasi baharu yang belum mengerti segala-galanya itu. Saya faham bonda hanya ingin menghidupkan roh patriotisme dan jati diri dalam diri saya. Semangat cinta akan bangsa sendiri kian terhakis dalam jiwa anak-anak generasi material ini. Harapan bonda moga-moga saya menjadi pejuang yang berani mempertahankan nilai dan kepentingan bangsa saya sendiri yang sedikit, demi sedikit mula terhakis di atas tanah sendiri.

           “Tapi, dunia ini sudah berubah, bonda. Kita bukan lagi hidup pada zaman perjuangan menentang musuh penjajah. Sekarang kita hidup dalam dunia yang mengejar harta, pangkat, dan kekayaan di bumi mewah ini. Tanah air ini bukan milik bangsa kita sahaja. Kita hidup dengan perkongsian hak dan identiti yang sama rata. Sejarah lama tidak perlu dibangkitkan lagi.” Bonda merenung mata saya dengan ekor pandangan yang penuh prejudis. Dihela nafas panjang-panjang menahan rasa, sebelum bersuara. “Mel, sejarah bukan buta. Sejarah ialah guru yang tidak pernah berdusta. Bangsa yang embaca dan mengkaji sejarah silam tidak akan melakukan kesilapan kali kedua. Lihat bangsa Yahudi yang terus mencipta kejayaan besar dari zaman ke zaman kerana mengkaji sejarah lampau. Mereka membina agenda besar untuk bangsa dan keturunannya. (sumber :Cerpen Munsyi Antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul)

 i. Apakah harapan bonda terhadap Mel?(2m)
 ii.Pada pandangan anda, apakah perbezaan antara ketamadunan generasi sekarang dengan generasi dahulu?(4m)
 iii. Berdasarkan petikan, huraikan dua latar masyarakat yang boleh dicontohi.(4m)

Rumusan
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang peranan remaja sebagai pengguna dan cara-cara memupuk kesedaran kepenggunaan dalam kalangan remaja. Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.
Dewasa ini, isu kepenggunaan dalam kalangan remaja menjadi perhatian masyarakat lantaran peningkatan taraf hidup. Tanpa kita sedari, pengguna remaja lebih banyak menjadi mangsa penipuan berbanding dengan pengguna lain. Hal ini terjadi kerana remaja sendiri kurang ambil peduli tentang hak dan tanggungjawab sebagai pengguna. Isu remaja dan pengguna berlaku sepanjang masa, namun yang menjadi persoalannya ialah tidak banyak remaja yang mengetahui hak dan tanggungjawab mereka sebagai pengguna. Oleh sebab itu, setiap remaja perlu peka akan peranan mereka sebagai pengguna yang bijak. Mereka perlu melibatkan diri dalam hal-hal kepenggunaan kerana melalui cara ini mereka akan memahami definisi, hak dan tanggungjawab sebagai pengguna. Terdapat pelbagai cara yang boleh dilakukan oleh remaja untuk mendapatkan maklumat tentang semua perkara berkaitan isu epenggunaan. Antaranya ialah menjadi ahli persatuan pengguna di tempat masing-masing. Selain itu, remaja perlu berkongsi pengetahuan sebagai pengguna dengan masyarakat. Remaja tidak seharusnya bersikap mementingkan diri sendiri semata-mata.
Remaja boleh menjalankan tanggungjawab sosial ini dengan menggunakan laman sosial yang mudah dan popular dalam kalangan mereka. Oleh itu, remaja boleh menggunakan perkhidmatan laman sosial ini sebagai wadah komunikasi untuk menubuhkan kelab pengguna.Pada masa yang sama, remaja juga boleh mengetahui sebarang produk dan perkhidmatan daripada pelbagai sumber. Hal ini amat penting kerana tanpa disedari, remaja sering menjadi mangsa apabila jurujual menggunakan permainan psikologi. Justeru, remaja bertanggungjawab mengambil tindakan yang sewajarnya andai mereka menjadi mangsa dalam hal-hal kepenggunaan. Selain memahami hak dan tanggungjawab sebagai pengguna, remaja juga harus mengambil sedikit masa untuk melihat isu-isu penting tentang kepenggunaan. Isu ini boleh dicari dengan mudah melalui media cetak dan elektronik. Antara isu yang mendapat perhatian media ialah isu pengguna remaja yang menjadi mangsa produk tiruan. Hal ini berlaku kerana faktor usia dan pemikiran remaja itu sendiri yang tidak matang.


Petikan Umum
 (i) Berikan maksud rangkai kata produk tiruan. [2 markah]
(ii) Mengapakah remaja sering menjadi mangsa dalam isu kepenggunaan? [3 markah]
(iii) Sebagai pengguna, apakah tindakan anda apabila menyedari bahawa anda telah tertipu  setelah membeli sesuatu barangan? Berikan tiga tindakan anda. [4 markah]
Latihan Bahasa
(a) Tulis satu ayat bagi setiap perkataan di bawah 


(i) menghadiahkan
(ii) menghadiahi
(iii) menganugerahkan
(iv) menganugerahi
(v) menghutangkan
(vi) menghutangi 
(i) berketerampilan
(ii) bertepatan
(iii) membolosi
(iv) mengimbangi
(v) dihuru-harakan
(vi) diputarbelitkan


 (b) tentukan jenis-jenis ayat majmuk yang digunakan bagi setiap ayat berikut.
(i) Ali telah belajar bersungguh-sungguh tetapi dia masih tidak berpuas hati dengan keputusan peperiksaannya.
(ii) Orang yang gopoh tidak dapat menghasilkan sesuatu dengan baik.
(iii)Ketua Pengarah menghadiahi Cikgu Surati seutas jam tangan kerana berkhidmat dengan cemerlang.
(iv)Mereka melompat-lompat sambil menjerit dengan kuat
(v) Penduduk kampung itu menyedari bahawa nasib mereka terancam
(vi)Rakyat Malaysia memang terkenal di seluruh dunia dengan sifat lemah lembut dan bertatatertib yang tinggi nilainya


MODUL 6
Latihan Bahasa
(a) satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan.
(i) Pihak RISDA akan mempertingkat usaha untuk membantu pekebun kecil kerana harga getah dijangkakan lebeh menarik pada tahun depan
(ii) Sistem pendidikan maya memberi peluang kepada pelajar untuk mengulangkaji berbagai-bagai mata pelajaran dengan mudah dari mana-mana lokasi.
(iii) Beberapa pengembangan yang menarik dapat kita saksikan dalam teknoloji komputer apabila pelbagai ciptaan baharu akan muncul
(i) Pihak sekolah mengundang ibu bapa untuk datang ke sekolah bagi menandatangankan rekod kemajuan pelajar sambil berbincang dengan guru-guru tentang prestasi akademi anak masing-masing.
(ii) Beberapa orang pekerja Majlis Perbandaran telah menemui seorang bayi di stesyen bas dan mempercayai bahawa bayi itu telah ditinggalkan sejurus ia dilahirkan.
(iii)Pengambaran filem dokumanteri tentang perjuangan tokoh-tokoh kemerdekaan sedang dilakukan dengan giatnya oleh Kementerian Penerangan Malaysia untuk ditayangkan sepanjang Bulan Kemerdekaan nanti.
(b) satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa.
(i) Walaupun sambutan hari lembaran telah masuk hari yang keempat, kemeriahannya masih lagi terasa.
(ii) Pusat membeli-belah itu dijangka menjadi pusat tumpuan dan mercu tanda baharu warga kota apabila dilancarkan secara resmi pada Ogos ini.
(iii) Penumbuhan pemberian pinjaman bank dijangka kekal berdasarkan kepada ekonomi Malaysia yang dijangka positif.
(i) Sebelum pembedahan dilakukan, pihak hospital hendaklah mematuhi estetika yang telah ditetapkan dalam mendapat pengesahan doktor pakar terlebih dahulu.
(ii) Mahkamah Perlembagaan yang wujud di sesebuah negara mempunyai kuasa membuat keputusan sama ada sesuatu tindakan itu bertentangan dengan perlembagaan dan sebaliknya.
(iii) Jika kita terlebih bayar kerana menyambut perayaan maka kita perlu mengurangkan perbelanjaan justeru kedudukan kewangan dapat diimbangi.

(c) Nyatakan peribahasa yang sesuai dengan situasi dalam ayat-ayat berikut
(i) Semenjak membeli motosikal yang baharu, Zaman membiarkan sahaja motosikal lamanya di bawah rumah. Motosikal itu dibiarkan kotor dan kempis tayarnya. Mak Senah telah menegur sikap Zaman yang membiarkan saja motosikal yang masih boleh digunakan itu. Zaman tetap membiarkan motosikal lamanya kerana dia berasa seronok menunggang motosikal baharunya.
(ii) Cikgu Zarul berasa puas kerana telah berjaya mendapat segulung ijazah. Bertahun-tahun lamanya dia melanjutkan pelajaran. Kalau dulu dia hanya lulusan maktab, kini dia berkelulusan universiti. Dia berasa puas kerana titik peluhnya selama ini telah menyebabkan kehidupannya lebih selesa sekarang.
(iii) Beberapa bulan selepas Haji Tamrin meninggal dunia, kehidupan tiga orang anak mereka mula berubah. Masing-masing telah membeli kereta baharu. Haji Tamrin telah banyak meninggalkan harta pusaka kepada anak-anaknya itu. Oleh sebab itulah ketiga-tiga orang anak lelakinya telah mewarisi harta yang banyak daripada ayah mereka.
(iv) Apabila tidak tahu melakukan sesuatu kita tidak wajar berasa malu untuk meminta pendapat dan tunjuk ajar daripada orang yang arif tentang perkara itu.
(v) Mereka sangat berhati-hati apabila memperkatakan sesuatu hal rahsia agar perkara itu tidak diketahui oleh orang lain.
(vi)Sesuatu yang susah itu sekiranya selalu dilakukan akhirnya menjadi mudah sahaja.
Novel Songket Bebenang Emas
(a) Berdasarkan sebuah novel yang anda kaji, dua peristiwa teknik saspens yang terdapat dalam novel tersebut. [7]
(b) Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, huraikan satu latar masyarakat dalam setiap novel.[8] (a) Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan dua peristiwa dikaitkan dengan persoalan maruah.[7]
(c) Berdasarkan dua novel yang anda pelajari, huraikan pengajaran dalam setiap novel tersebut.[8]
MODUL 7
Karangan Rangsangan
Huraikan pendapat anda tentang tindakan yang dilakukan untuk mewujudkan perpaduan kaum dalam kalangan rakyat Malaysia. Panjangnya huraian hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.
-Mengadakan Gotong-royong +Mengadakan Rumah Terbuka+Menyertai Program Khidmat Negara+Menyambut hari patriotic
Karangan Respons Terbuka
Pilih satu daripada soalan di bawah dan tulis sebuah karangan yang panjangnya lebih  daripada 350 patah perkataan.
1. Sejak belakangan ini, penggunaan telefon bimbit semakin berleluasa. Penggunaan telefon bimbit telah mendatangkan pelbagai kesan kepada pengguna.Pada pendapat anda, jelaskan kesan-kesan negatif penggunaan telefon bimbit dalam kalangan pelajar sekolah
2. Industri pelancongan merupakan antara penyumbang terbesar ekonomi negara. Anda ingin menulis rencana berkaitan dengan peranan pelbagai pihak untuk memajukan industri pelancongan.Tulis rencana itu selengkapnya
3. Sikap prihatin dan saling membantu sesama manusia dapat mengeratkan hubungan masyarakat dunia serta menjamin kesejahteraan sejagat. Bincangkan pernyataan di atas.
4. Puisi Melayu lama banyak mengetengahkan nilai dan pengajaran yang boleh dijadikan panduan hidup.
Jelaskan penyataan di atas dengan berpandukan contoh-contoh yang sesuai.
5.Amalan kejiranan semakin terpinggir dalam masyarakat pada masa ini. Masyarakat semakin melupakan amalan bergotong royong, Dalam hal ini, keluarga berperanan penting untuk menghidupkan amalan kejiranan ini agar menjadi ikutan anak-anak.Ulaskan penyataan ini.
6. Anda seorang warganegara yang mempunyai semangat patriotik yang tinggi. Jelaskan cara-cara anda menunjukkan semangat patriotik anda.
7.Amalan membaca perlu dipupuk dalam diri anak-anak sejak kecil lagi. Huraikan usaha-usaha yang boleh dilakukan oleh ibu bapa bagi menggalakkan amalan membaca dalam kalangan anak-anak.
8.Anda mempunyai pelbagai idea untuk meningkatkan kualiti pengangkutan awam di negara kita. Tulis sepucuk surat kepada pihak yang berkenaan bagi menjelaskan idea-idea anda tersebut.
9.Kerjasama negara-negara ASEAN dalam sektor pelancongan mampu memberikan kesan positif dari sudut ekonomi, politik, dan sosial.  Berikan pendapat anda tentang penyataan  ini.
10.Sebagai menghormati hak asasi manusia sejagat dan Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Malaysia telah menyumbangkan pelbagai bantuan kepada negara-negara dunia ketiga. Jelaskan penyataan ini.
Latihan Bahasa
Tukarkan ayat bersusunan songsang di bawah ini kepada ayat bersusunan biasa tanpa mengubah maksud asalnya.
(i) Kerana kecekapannya menjalankan tugas beliau disegani.
(ii) Dapat menghalang pelajar ponteng kelas pengajaran yang berkesan.
(iii) Bergantung pada kegigihannya kejayaan seseorang itu
MODUL 8
Kesalahan serius yang kerap dilakukan murid semasa menulis karangan adalah seperti berikut :
 1. Penggunaan kata hubung pada awal ayat sebagai penanda wacana :
Namun, Tetapi, Malah, Manakala
Sepatutnya : Akan tetapi, Namun begitu, (Penanda wacana)
…..manakala……, ……malah…. (ditulis untuk menghubungkan dua ayat)
 2. Ayat tergantung. ( Bak kata pepatah…..) ditulis pada awal ayat. Sepatutnya …..bak kata pepatah….(ditulis di dalam ayat)
 3. Kesalahan ejaan…bah kata peribahasa….sepatutnya …bak kata peribahasa. ‘bah’ membawa maksud ‘banjir’.
 4. memberi kasih sayang …… sepatutnya memberikan kasih sayang. Umumnya, kata kerja ‘memberikan’ perlu diikuti oleh objek tidak bernyawa manakala ‘memberi’ diikuti objek bernyawa.
 5. Ayat tergantung kerana tiada subjek. Ini menunjukkan….. sepatutnya Hal/ Perkara ini menunjukkan……
 6. Ini kerana …… sepatutnya Hal ini demikian kerana…
 7. Justeru itu, …digunakan sebagai penanda wacana. ‘justeru’ ialah kata hubung yang membawa maksud ‘malahan’ atau ‘bahkan’.
8. Tidak menyelitkan objek selepas kata kerja transitif. …mempunyai banyak pilihan….. ‘banyak’ bukannya objek. ‘banyak’ ialah kata bilangan tidak tentu. Objek mesti kata nama. Pembetulan : ….. mempunyai pilihan yang banyak…
 9. Kata pemeri ‘ialah’ dan ‘adalah’ digunakan sesuka hati. ‘ialah’ perlu diikuti kata nama nama. ‘adalah’ perlu diikuti kata adjektif atau kata sendi nama.
 10. Kata kerja tidak menerima kata pemeri. Anda perlu tambah kata sendi nama pada kata pemeri ‘adalah’. Sebagai contoh: Langkah-langkah yang perlu diambil adalah menguatkuasakan undang-undang……sepatutnya ….adalah dengan menguatkuasakan………/ adalah untuk meningkatkan mutu perkhidmatan… antara kata sendiri nama yang dapat digunakan ( adalah untuk/adalah dengan/adalah melalui, adalah seperti)
11. Bentuk lewah. Sebagai contoh : Antara faktor-faktor …… sepatutnya Antara faktor. Pelbagai langkah-langkah ….. sepatutnya …. Pelbagai langkah…
 12. Bentuk lewah bagi pengimbuhan kata adjektif. Hanya dua imbuhan sahaja digunakan. Sebagai contoh: memperbaiki…..sepatutnya …membaiki atau memperbaik.
 13. Kesalahan Hukum D-M. Sebagai contoh: …dan lain-lain lagi. Sepatutnya…. aktiviti-aktiviti lain. (berdasarkan perkara yang dibincangkan).
14. Penggunaan kata ganti nama diri ketiga ‘ia’ untuk benda atau perkara. Sebagai contoh: Salah satu langkah untuk mengatasi masalah kemusnahan alam sekitar adalah dengan menjalankan kempen. Ia perlu diadakan secara besar-besaran. ‘ia’ sepatutnya digantikan dengan subjek perbincangan iaitu, kempen. Pembetulan: Kempen ini perlu diadakan ……
 15. Masih terdapat murid yang masih menulis …di kalangan…..sepatutnya ‘dalam kalangan’. Kata sendi ‘di’ berfungsi untuk menyatakan arah.
 16. Pada masa kini….sepatutnya Pada masa ini, atau Kini,.
17. Kesalahan penanda wacana. Sebagai contoh : Selain daripada itu/ Selain dari itu , sepatutnya …
 Selain itu,… Sehubungan itu sepatutnya…. Sehubungan dengan itu,…
 18. oleh kerana.. sepatutnya oleh sebab…
19. Penggunaan kata tanya dalam ayat penyata. Sebagai contoh : …di mana, yang mana, bagaimana, siapa, apa ….. sepatutnya kata-kata tersebut digantikan dengan kata-kata lain yang sesuai. Sebagai contoh : apa – (perkara/hal), bagaimana – (cara/langkah), siapa – (orang/individu).di mana (tempat) /yang mana perlu digantikan dengan kata hubung yang sesuai.
Jika anda menulis ayat tanya, pastikan anda meletakkan tanda soal (?).
 20. Kesalahan pengejaan kata majmuk. Ibubapa sepatutnya ibu bapa, semulajadi sepatutnya semula jadi.
 21. Penggunaan kata hubung ”tambahan pula” pada pangkal perenggan. “tambahan pula” tidak digunakan untuk isi baharu.

 Latihan bahasa

Dalam ayat-ayat di bawah terdapat dua penggunaan ejaan dan imbuhan yang salah. Tulis semula ayat-ayat di bawah dengan menggantikan ejaan dan imbuhan yang betul.
 (i)Para pelancung yang datang ke negara ini tidak wajar memakai pakaian yang mencolok mata.
 (ii)Pereka hiasan dalaman itu hanya menggunakan perabut tempatan semasa menghiasi pejabat syarikat ternama itu.
 (iii)Suri rumah sering ditipu oleh juru jual yang datang menjual beranika barangan dari rumah ke rumah.
(iv)Kebenaran menggunakan talifon bimbit di sekolah yang berkuatkuasa baru-baru ini kurang disenangi oleh sesetengah ibu bapa.
 (v)Para pelajar tidak digalakan menyertai rancangan kuiz yang disiarkan pada tengah malam dan menyediakan hadiah cepu mas.
 (vi)Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi akan menerbit monogeraf yang menghimpunkan kajian ilmiah tentang bahasa, sastera dan kebudayaan.
 (vii)Kebolehan Adiputera menyelesaikan masaalah Matematik dalam usia yang begitu muda amat mengkagumkan.
 (viii)Penduduk Kampung Selamat sedang menghadapi satu mala petaka besar akibat buangan sisa toksik di kampung tersebut.
 (viv)Mengumpul stem menjadi hobi bapa Khairil sejak beliau masih di bangku sekolah lagi.

Latihan Rumusan
Baca petikan di bawah kemudian buat satu rumusan tentang gejala-gejala sosial dalam kalangan remaja dan langkah untuk mengatasinya. Panjang rumusan anda hendaklah tidak lebih daripada 120 patah perkataan.
Pada abad ke-21, masalah yang kian meruncing dan sukar dibendung kewujudannya ialah masalah sosial dalam kalangan remaja. Hal ini kerap disuarakan oleh orang ramai malah turut disiarkan berulang kali di media-media masa tempatan. keadaan ini amat membimbangkan kita kerana golongan remaja merupakan pemimpin pelapis yang bakal mentadbir dan memimpin negara pada masa depan. Dalam laporan terbaru yang disiarkan di televisyen, gejala sosial paling membimbangkan dalam kalangan mereka ialah pertambahan jumlah remaja yang terjebak dalam najis dadah. Hal ini perlu ditekankan kerana Malaysia memandang bahawa dadah adalah musuh nombor satu negara pada masa ini.
Penglibatan remaja dalam kancah penyalahgunaan dadah ini kerap kali menimbulkan masalah berterusan. Kini, timbul pula golongan Mat Rempit dalam kalangan remaja yang tidak segan silu menunjukkan kehebatan bermotosikal tanpa mengikut undang-undang yang ditetapkan. persoalannya ialah mereka bukan sahaja membahayakan nyawa mereka sendiri tetapi turut membahayakan keselamatan pengguna jalan raya yang lain. Semasa isu mat Rempit ini sedang heboh diperkatakan, lahir pula gejala yang tidak sehat dalam kalangan remaja apabila sebahagian besar daripada mereka terlibat dengan jenayah ragut sehingga menyebabkan kematian. Hal ini bukan sahaja memeranjatkan kita tetapi kita dapat merasakan bahawa keruntuhan nilai moral serta nilai-nilai kemanusiaan yang dianggap murni semakin menipis dalam jiwa remaja kita.
Selain itu, mengikut laporan yang diberi oleh pihak polis, pada masa ini semakin ramai remaja khususnya remaja perempuan yang terlibat dengan masalah lari dari rumah ekoran berlaku masalah dalaman di antara keluarga mereka. Golongan ini mudah terdedah dengan gejala yang tidak sihat termasuklah melibatkan diri dalam sek bebas ataupun melacurkan diri demi mendapatkan kepuasan diri mahupun untuk mendapatkan wang bagi menyara kehidupan mereka setelah terpisah daripada keluarga. Kesannya bukan sahaja dirasai dalam jangka masa pendek tetapi lebih parah dalam jangka masa panjang.
Sementara itu, beberapa buah akhbar tempatan turut melaporkan bahawa ramai remaja terutamanya remaja di bawah umur gemar menghabiskan masa melepak di pusat-pusat membeli belah mahupun di kafe siber. Golongan remaja seperti ini akan lebih mudah melakukan kesalahan disiplin sekolah kerana terlibat dengan gejala ponteng sekolah dan ada pula yang terjebak dalam kegiatan gangsterisme. Justeru, tindakan seperti ini akan lebih menyukarkan hasrat kerajaan dalam usaha untuk melahirkan rakyat minda kelas pertama pada masa depan. Apatah lagi dengan sikap golongan remaja yang terlalu terikut-ikut dengan budaya barat yang dianggap tidak sopan dari pandangan masyarakat timur. Natijahnya, kita sedang berhadapan dengan satu masalah yang bukan sahaja perlu diatasi tetapi memerlukan kerjasama semua pihak bagi membawa remaja kita kembali semula ke pangkal jalan.
Soalan pemahaman petikan rumusan
1.Apakah yang dimaksudkan dengan , masalah yang kian meruncing?
2.Apakah isu-isu yang dipersoalkan oleh penulis dalam petikan tersebut?
3.Pada pendapat anda selain remaja bagaimanakah masalah remaja dapat ditangani dengan wajar?


BM SPM Pelajaran 1-4 USM Class

PELAJARAN 1

Baca petikan di bawah dengan teliti kemudian buat satu rumusan tentang faedah permainan tradisional dan langkah-langkah untuk menghidupkan permainan tradisional. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Di negara kita , terdapat pelbagai jenis permainan tradisional daripada pelbagai suku kaum. Antara yang paling popular termasuklah wau, batu seremban, congkak, gasing, konda-kondi, dan banyak lagi. Permainan tradisional dimainkan sama ada oleh kanak-kanak, remaja atau orang dewasa. Namun, kini permainan tradisional semakin terpinggir dan dibayangi oleh permainan moden. Permainan tradisional juga seperti permainan moden dapat membina fizikal kerana pemainnya perlu bergerak aktif, pantas, dan laju. Seseorang yang aktif dalam permainan lazimnya mempunyai bentuk badan yang cantik dan sahsiah yang baik.

Selain itu, permainan tradisional juga menjadi kegiatan riadah untuk mengisi masa senggang setelah pulang dari sekolah dan selepas penat bekerja. Bermain permainan tradisional secara perseorangan ataupun berpasukan dapat mengeratkan hubungan sama ada dalam kalangan pemain ataupun anggota keluarga. Bagi permainan yang lebih besar seperti gasing, wau, dan sebagainya, permainan itu dapat menarik perhatian penduduk dari kampung yang berdekatan sama ada sebagai pasukan lawan atau penonton.Permainan yang dimainkan secara berpasukan pula secara langsung dapat menanam sikap dan nilai kerjasama. Tanpa kerjasama ahli kumpulan, permainan tidak dapat dilangsungkan dengan baik, apatah lagi untuk mencapai kemenangan. Kekuatan sesebuah pasukan bukan sahaja memerlukan kerjasama, malahan bergantung pada ciri kepimpinan dan kepatuhan pengikutnya terhadap arahan ketua serta peraturannya. Setiap permainan juga menuntut pemainnya berfikir untuk mengatur strategi dan memilih teknik yang terbaik untuk menang. Tanpa strategi dan teknik yang bagus, sudah pasti permainan menjadi hambar. Tidak ada pihak yang bermain sekadar untuk menjadi pihak yang kalah.

Permainan tradisional juga tidak memerlukan peralatan khusus seperti raket,kasut, bola dan gelanggang tersendiri. Alat yang digunakan sungguh mudah dan boleh didapati di sekeliling kita seperti biji buah, kayu, buluh, bulu ayam, dan sebagainya.Pendek kata, kita tidak perlu membeli apa-apa peralatan dan tidak melibatkan gelanggang, berbeza dengan permainan moden yang memerlukan gelanggang atau padang. Oleh itu, sesiapa sahaja boleh memainkannya dan tidak melibatkan kos yang tinggi. Permainan tradisional juga boleh dimainkan di mana-mana dan bila-bila masa sama ada di luar atau di dalam rumah.

Untuk mengembalikan permainan tradisional itu ke pangkuan remaja kini barangkali terlalu sukar kerana kebanyakannya tidak begitu popular lagi dan tidak sesuai dengan persekitaran yang ada kini. Malahan kebanyakan remaja sekarang beranggapan bahawa permainan tradisional merupakan permainan yang ketinggalan zaman. Ada juga yang berpendapat bahawa permainan tradisional bukan sahaja tidak menyeronokkan, tetapi membuang masa mereka sahaja, serta membosankan. Tegasnya, untuk menggelakkan permainan tradisional daripada terus dilupakan, pelbagai usaha perlu dilaksanakan untuk memastikan permainan ini terus wujud dalam minda dan hati masyarakat kita.





Soalan 2 : Pemahaman [35 markah]

Berdasarkan petikan soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.
(i) Berikan maksud rangkai kata semakin terpinggir.[2 markah]
(ii) Pengarang telah menyatakan beberapa tanggapan remaja terhadap permainan tradisional.Nyatakan tanggapan-tanggapan tersebut[3 markah]
(iii) Pada pendapat anda, apakah peranan penting yang boleh dimainkan oleh pihak sekolah ntuk menghidupkan kembali permainan tradisional di negara kita.Huraikan dua peranan tersebut.[4 markah]

(a) Tulis satu ayat bagi tiap-tiap perkataan dalam pasangan kata di bawah supaya jelas menunjukkan bahawa anda faham akan perbezaan dan penggunaannya.
(i) menyalahi – menyalahkan  (ii) melebihi – melebihkan  (iii) menghiasi – menghiaskan  (6 markah]
(i) analisis   (ii)strategi  (iii) material  (iv)  publisiti   (v)  integrasi (vi) kontinjen

(b) Tukarkan cakap ajuk di bawah kepada cakap pindah tanpa mengubah maksud asalnya.
Amin : Selamat petang, boleh saya bercakap dengan Farid?
Encik Malik : Selamat petang, siapa yang bercakap tu?
Amin : Saya Amin, kawan sekelas Farid.
Encik Malik : Maafkan pak cik nak. Farid baru saja keluar. Ada apa-apa pesanan dapat pak cik sampaikan?
Amin : Saya nak ajak Farid ke rumah Ali untuk berbincang tentang kerja kursus kami.
Encik Malik : Nanti pak cik sampaikan pesanan ni kepada Farid.
Amin : Terima kasih, pak cik.[6 markah]

b.Tukarkan ayat aktif di bawah kepada ayat pasif tanpa mengubah maksud  asalnya.
(i)Pertubuhan bukan kerajaan  telah menyeru semua rakyat Malaysia untuk menderma kepada rakyat Palestin.
(ii)Kita sepatutnya menyokong usaha pihak kerajaan untuk mengurangkan pendatang tanpa izin ke negara kita
(iii) Ibu bapa perlu mendengar keluhan anak-anak agar dapat mengatasi masalah emosi mereka.

(c) Dalam setiap ayat di bawah ini, terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu.
(i) Ibu memotongkan kek itu kepada sepuluh bahagian supaya dapat diagehkan kepada anak-anak yatim itu.
(ii) Semua calun yang akan menduduki peperiksaan SPM diminta semak angka giliran masing-masing di bilik kaunseling.
(iii) Orang kampung lebih suka menghabiskan masa beristirehat di warung kopi Pak Ali sambil mengisikan perut mereka
(iv)Pengguna yang memanfaat kemudahan taman awam mampu meningkatkan tahap kesihatan melalui pelbagai aktiviti fizikal seperti senaman dan bersukan secara kumpulan atau individu. Di samping itu, keindahan persekitaran alam seperti pokok teduhan dan pokok bunga-bungaan dikawasan itu dapat memberikan ketenangan kepada pengguna dan kelegaan daripada stress seharian. Sesetengah taman telah berjaya menarik ribuan pelancong kerana mempunyai identiti dan keunikkan sendiri. Hal ini akan membawa peningkatan ekonomi setempat dari segi penginapan, perniagaan makanan dan kraftangan.
 


PELAJARAN 2

Dalam setiap ayat di bawah ini, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu.
(i) Sistem penghawa dingin yang tidak berfungsi telah menyebabkan lima orang pekerja-pekerja syarikat itu mati ketika berada di dalam terowong yang panas.
(ii) Pihak ibu bapa begitu murka kerana pihak sekolah tidak melaksanakan hukuman merotan mengikut prosedur yang betul.
(iii) Kita tidak boleh bergantung kepada sektor perindustrian semata-mata oleh kerana sektor pertanian juga memainkan peranan untuk menyumbangkan pendapatan negara. [6 markah]
(i) Pendidikan industri  ialah pendidikan yang menjurus ke bidang teknologi untuk melahirkan kumpulan kerja yang mahir dalam bidang perindustrian.
(ii) Pihak media dan semua pakar-pakar bahasa Melayu perlu berusaha sekuat upaya untuk membantu rakyat menguasai bahasa Melayu dengan baiknya.
 (iii) Peningkatan jumlah pemilik kredit kad dalam kalangan masyarakat menunjukkan yang masyarakat Malaysia merupakan golongan yang suka berbelanja.

Baca ayat-ayat di bawah ini dengan teliti dan kemudian tuliskan peribahasa yang sesuai dengan ayat-ayat tersebut.
(i) Choong dan Raju dinasihati oleh guru kaunseling itu agar berbaik-baik semula dan melupakan segala persengketaan yang wujud antara mereka.
(ii) Zafir tidak senang duduk di dalam kelasnya, terutama selepas dia dipanggil oleh guru kelasnya masuk ke bilik pengetua.
(iii) Sebagai ibu bapa, kita hendaklah mendidik anak-anak dengan nilai-nilai murni sejak kecil lagi agar mereka menjadi insan yang berguna.[6 markah]

Nyatakan peribahasa yang sesuai berdasarkan ayat di bawah ini.
1. Raju dan Kumar merupakan sahabat karib sejak kecil dan mereka sering bekerjasama dalam apa jua situasi.
2. Jauhary menyiapkan tugasan yang diberikan oleh majikannya itu dengan bersungguh-sungguh dan dia sanggup tidak tidur semalaman.
3. Zairul tidak menghadapi sebarang masalah ketika menetap di luar negara kerana dia mudah menyesuaikan diri dengan adat resam dan budaya hidup masyarakat setempat .
4. Penduduk Kampung Jaya Setia sering berganding bahu dan menyelesaikan masalah mereka bersama-sama untuk mengekalkan keharmonian hidup yang mereka kecapi selama ini.
5. Kita tidak akan mencapai apa yang dihajati jika tidak berusaha bersungguh-sungguh.
6. Pinjaman perniagaan Anis sudah diluluskan oleh pihak bank dan dia hanya menunggu masa sahaja untuk menjalankan perniagaannya sendiri.
7. Anidah sering mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan kerana dia mudah faham apa yang diajar oleh guru.
8. Pelancong itu merungut apabila mendapati hotel penginapannya tidak menyediakan segala kemudahan yang dijanjikan sebagaimana semasa dia membuat tempahan dahulu.
9. Pak Abu tidak pernah lupa untuk menyimpan sebahagian daripada pendapatan bulanannya sebagai bekalan semasa dalam kesusahan.
10. Anak-anak sepatutnya dididik sejak mereka kecil lagi untuk memastikan mereka mempunyai akhlak yang cemerlang.

Dalam setiap ayat di bawah  terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu.

e.Baca peribahasa di bawah dengan teliti, kemudian nyatakan peribahasa lain yang sama  atau hampir sama dengan peribahasa tersebut..
i)    ke bukit sama didaki , lurah sama dituruni
ii)   ibarat telur sesangkak pecah sebiji pecah semua
iii) berjalan peliharakan kaki, bercakap peliharakan mulut.

Soalan 4 : Novel [15 markah]
Jawab soalan-soalan di bawah berdasarkan novel-novel tingkatan empat dan lima:
(a) Jelaskan dua contoh peristiwa yang berfaedah yang dapat anda peroleh setelah membaca novel tersebut.
[7 markah]
(b) Berdasarkan dua buah novel yang telah anda pelajari, jelaskan satu persoalan kerjasama yang terdapat dalam setiap novel. [8 markah]


PELAJARAN 3
Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa
(a Tulis satu ayat bagi setiap perkataan di bawah untuk  menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.
  (i)analisis (ii)strategi(iii)material(iv)publisiti (v)integrasi(vi)kontinjen
(b)Tukarkan ayat aktif di bawah kepada ayat pasif tanpa mengubah maksud  asalnya.
(i)Pertubuhan bukan kerajaan  telah menyeru semua rakyat Malaysia untuk menderma kepada rakyat Palestin
(ii)Kita sepatutnya menyokong usaha pihak kerajaan untuk mengurangkan pendatang tanpa izin ke negara kita
(iii)Ibu bapa perlu mendengar keluhan anak-anak agar dapat mengatasi masalah emosi mereka.
 (c)Dalam petikan di bawah, terdapat tiga kesalahan ejaan dan tiga kesalahan penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada tiga kesalahan ejaan dan tiga kesalahan penggunaan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin petikan itu semula  
Pengguna yang memanfaat kemudahan taman awam mampu meningkatkan tahap kesihatan melalui pelbagai aktiviti fizikal seperti senaman dan bersukan secara kumpulan atau individu. Di samping itu, keindahan persekitaran alam seperti pokok teduhan dan pokok bunga-bungaan dikawasan itu dapat memberikan ketenangan kepada pengguna dan kelegaan daripada stress seharian. Sesetengah taman telah berjaya menarik ribuan pelancong kerana mempunyai identiti dan keunikkan sendiri. Hal ini akan membawa peningkatan ekonomi setempat dari segi penginapan, perniagaan makanan dan kraftangan.
(d)Dalam setiap ayat di bawah  terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.
(i)Pendidikan industri  ialah pendidikan yang menjurus ke bidang teknologi untuk melahirkan kumpulan kerja yang mahir dalam bidang perindustrian
 (ii)Pihak media dan semua pakar-pakar bahasa Melayu perlu berusaha sekuat upaya untuk membantu rakyat menguasai bahasa Melayu dengan baiknya.
(iii)Peningkatan jumlah pemilik kredit kad dalam kalangan masyarakat menunjukkan yang masyarakat Malaysia merupakan golongan yang suka berbelanja.
(e)Baca peribahasa di bawah dengan teliti, kemudian nyatakan peribahasa lain yang sama  atau hampir sama dengan peribahasa tersebut..
i)             ke bukit sama didaki , lurah sama dituruni
ii)           ibarat telur sesangkak pecah sebiji pecah semua
iii)          berjalan peliharakan kaki, bercakap peliharakan mulut.

Rumusan
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang peranan IPT (institusi pengajian tinggi) dan faktor-faktor yang menyebabkan sesebuah IPT menjadi pilihan pelajar untuk melanjutkan pelajaran.  Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.
Landskap pendidikan negara akan memasuki fasa baharu apabila penjenamaan semula Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN) disiapkan dan dikenali sebagai Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2015-2025 (Pengajian Tinggi).  PSPTN bertujuan mentransformasikan dan mengangkat pendidikan negara ke tahap yang lebih tinggi. Untuk mencapai matlamat ini Institusi Pengajian Tinggi (IPT) di negara ini dipertanggungjawabkan untuk membantu menyediakan modal insan berkemahiran tinggi supaya Malaysia menjadi  negara maju. Modal insan yang dilahirkan oleh IPT itu pula bukan sahaja berjaya dalam bidang akademik tetapi memiliki nilai moral yang tinggi.
             Fokus awal yang perlu diberi perhatian oleh setiap IPT ialah memberikan tumpuan kepada pemilihan ahli akademiknya terlebih dahulu. Pensyarah IPT perlu menguasai ilmu sepenuhnya dan faham tentang aspirasi negara.  Hal ini demikian kerana, IPT perlu melahirkan graduan yang menyokong teras misi nasional dalam meningkatkan keupayaan dan inovasi negara. Dalam masa yang sama, masyarakat mengharapkan bidang pengajian tinggi dapat membentuk graduan yang   mampu menterjemahkan pengetahuan kepada amalan.  Apa yang jelas ialah graduan  hendaklah dibekalkan dengan kebolehan  kognitif yang tinggi iaitu berfikiran secara analitikal. Minda mereka juga seharusnya diasah dengan tahap penaakulan yang tinggi supaya mampu menabur bakti kepada agama, bangsa dan negara. 
Setiap graduan mengharapkan kerjaya yang baik setimpal dengan pengorbanan mereka selama bertahun-tahun di IPT. Oleh itu, kerajaan perlu mewujudkan pangkalan data yang lengkap  bagi mengenal pasti keperluan sumber tenaga manusia. Sehubungan dengan itu, sewajarnyalah para pemimpin IPT berusaha untuk meningkatkan keupayaan program yang ditawarkan di samping berperanan menambah baik  kualiti pengajian  bidang tertentu agar graduan berupaya meneroka  bidang yang diceburi sebaik sahaja mereka menamatkan pengajian nanti.
Rakyat Malaysia mengharapkan IPT tempatan  mampu meneruskan kecemerlangannya pada masa hadapan. Perancangan strategik yang komprehensif perlu dirangka oleh peneraju IPT untuk wawasan jangka masa panjang. Tidak dapat dinafikan juga, barisan kepimpinan IPT terutamanya naib canselor  merupakan faktor utama penentu kejayaan IPT. Oleh itu,  tapisan ketat perlu dilaksanakan  untuk mengisi jawatan naib canselor. Pihak kerajaan perlu  memberikan lebih banyak kuasa kepada Lembaga Pengarah Universiti  agar mereka dapat berperanan sebagai pembimbing dan pemantau pembangunan sesebuah IPT. Dalam hal ini,  diharapkan para ilmuwan dan cendekiawan negara dapat melontarkan idea-idea bernas untuk memantapkan IPT tempatan. Sesungguhnya, kita mengharapkan IPT tempatan dapat terus hidup dan berjuang di pentas pendidikan selari dengan kehendak dunia moden kini.
Soalan 2 (a) - Petikan Umum
Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.
(I)Berikan  maksud rangkai kata menabur bakti [2 markah]
(ii)Pengarang mengemukakan langkah-langkah yang perlu dilakukan untuk memastikan IPT tempatan terus cemerlang  pada masa hadapan.  Nyatakan langkah-langkah itu [3 markah]
(iii)Pada pendapat anda, apakah usaha-usaha yang perlu dilaksanakan oleh sesebuah IPT agar diiktiraf dan tersohor di peringkat antabangsa?  [4 markah]
Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti,kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

          Kehadiran Tuan Booth dan keluarga, serta lima belas keluarga buruh estet keturunan India serba sedikit merubah wajah kampung kami.Jalan yang dulunya tanah merah batu lada, sudah dikejapkan; tak lagi becak kala musim hujan, dan kurang berkeladak pada musim kemarau.Tuan Booth yang murah senyuman itu, lama-kelamaan menjadi sebahagian panorama kampung. Walaupun lelaki berkulit putih yang gemar berseluar pendek dan bertopi bulat itu terkenal kerana kemurahan senyumannya, kawasan kebun getah, estet pekerja serta banglo kolonialnya tetap asing kepada kami.
Cuma sejak kematian Wak Sadir, anaknya, Ahmad Mutawakkil, yang sudah yatim piatu itu sudah menjadi satu-satunya anak kampung yang sentiasa keluar masuk ke perkarangan estet Tuan Booth.
“Eloklah... paling tidak, dia bekerja dengan Orang Putih tu, belajar mencari makan sendiri .” Begitulah pandangan kami. Walaupun hasil getah Tuan Booth setiap tahun nampaknya sangat menjadi, kami tetap bertani secara tradisi.Di kebun, berselerak pokok pisang yang ditanam, berselang-seli dengan ubi kayu dan keledek. Sawah pula, laksana lautan emas kala musim menuai. Kami tetap orang kampung yang dulu, yang hidup atas dua matlamat- rezeki dan ibadat. (Dipetik daripada cerpen ‘Cinta Ahmad Mutawakkil’ oleh  Zainal Rashid Ahmad dalam antologi Sejadah Rindu, Tingkatan 5)

(i)  Apakah bentuk perubahan yang berlaku di kampung itu dengan kehadiran Tuan Booth dan pekerja estet keturunan India?   (2 m)
(ii)  Pada pendapat anda, mengapakah kawasan kebun getah , estet pekerja, dan banglo Tuan Booth begitu asing kepada penduduk kampung tersebut?  (3 m)
(iii) Huraikan satu latar masyarakat yang terdapat dalam petikan di atas dan satu latar masyarakat lain dalam cerpen tersebut yang tidak terdapat dalam petikan. (4 m)

Kesalahan penggunaan ejaan dam imbuhan
1.Wakil Rakyat di kawasan luar bandar itu mengsyorkan pembinaan sebuah balai raya di situ.
2.Salina menggunakan e-mail untuk menyampai mesej kepada rakan-rakannya.
3.Kempen anti-denggi yang dilancar pada bulan lepas mendapat sambutan yang menggalakkan.
4.Para pelancung yang datang ke negara ini tidak wajar memakai pakaian yang mencolok mata.
 5.Pereka hiasan dalaman itu hanya menggunakan perabut tempatan semasa menghiasi pejabat syarikat ternama itu.
 6.Suri rumah sering ditipu oleh juru jual yang datang menjual beranika barangan dari rumah ke rumah.
7.Kebenaran menggunakan talifon bimbit di sekolah yang berkuatkuasa baru-baru ini kurang disenangi oleh sesetengah ibu bapa.
8.Para pelajar tidak digalakan menyertai rancangan kuiz yang disiarkan pada tengah malam dan menyediakan hadiah cepu mas.
9.Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi akan menerbit monogeraf yang menghimpunkan kajian ilmiah tentang bahasa, sastera dan kebudayaan.
10.Kebolehan Adiputera menyelesaikan masaalah Matematik dalam usia yang begitu muda amat mengkagumkan.
 11.Penduduk Kampung Selamat sedang menghadapi satu mala petaka besar akibat buangan sisa toksik di kampung tersebut.
 12.Mengumpul stem menjadi hobi bapa Khairil sejak beliau masih di bangku sekolah lagi.

PELAJARAN 4

Tukarkan ayat-ayat aktif berikut kepada ayat pasif.
1.Puan Azizah telah memarahi Azmi kerana memecahkan  pasu bunga
2.Ibu bapa harus mengawasi tingkah laku anak-anak supaya mereka tidak tersalah langkah.
3.Puan Sarah menghadiahi  Atiqah sebuah kereta Kancil setelah lulus dalam ujian memandu.      
4.Kedatangan biras ayah saya yang baru tiba dari Sabah disambut oleh ayah.
5.Dia mendayung sampan itu dengan laju dengan harapan untuk mendapat tempat pertama dalam
pertandingan tersebut.
6.Saya  membeli rumah mewah di atas bukit itu dengan duit titik peluh saya sendiri.
7.Ibu Anita membuat kuih bahulu yang sedap itu sempena hari lahir Kalsom.
8.Mereka menyusun kerusi-kerusi  itu di padang sebelum acara sukan bermula.
9.Semua pelajar  sudah membaca buku cerita yang terdapat di perpustakaan.
10.Saya selalu memasang lampu di hadapan rumah sebelum tidur.

Nyatakan peribahasa yang sesuai mengikut situasi berikut
1. Kata-kata dan janji manis yang diberi oleh calon yang bertanding dalam pilihanraya itu tidak disukai oleh penduduk di kawasan itu kerana janji yang ditabur tersebut mempunyai maksud yang tertentu.
2. Selepas pertandingan memilih calon wakil rakyat itu berakhir, semua pihak yang bermusuhan telah berbaik-baik semula seperti sediakala.
3. Walaupun sudah sepuluh tahun berhijrah ke luar negara untuk mencari rezeki, namun kehidupan Encik Hamreesh masih juga susah apabila dia pulang ke kampung halamannya.
4. Walaupun berbadan besar dan kelihatan garang namun sebenarnya Encik Lin Cheng Heng seorang yang baik hari dan lemah lembut.
5. Walaupun cuba keluarga Encik Yow Weng Fai cuba menyembunyikan kisah anaknya terlibat dalam rasuah, namun akhirnya rahsia tersebut tersebar juga kepada orang ramai.
6. Hanya Chan Wei Jian sahaja yang nakal di kelas itu tetapi semua pelajar di sekolah itu menganggap pelajar kelas tersebut sebagai kelas pelajar-pelajar nakal.
7. Walaupun asalnya How Huai Lam seorang pelajar yang lembam namun setelah diajar dengan bersungguh-sungguh oleh guru-gurunya, akhirnya dia berjaya dalam peperiksaan itu dengan cemerlang.
8. Santosh seorang pelajar yang tidak tahu bermain badminton tetapi cuba mengambil bahagian dalam pertandingan badminton peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Tukarkan ayat-ayat pasif berikut kepada ayat aktif.
1.         Novel berbahasa Inggeris itu sudah dibaca oleh Helen bulan lalu.
2.         Para pengawas dinasihati oleh guru disiplin agar menunjukkan contoh yang baik kepada murid-murid yang lain.
3.         Pemandangan di kampung nelayan  itu saya lukis.
4.         Tikus telah berjaya ditangkap oleh Si Comot, kucing kesayangan emak pagi tadi.
5.         Tingkah laku anak haruslah diawasi oleh ibu bapa agar mereka tidak tersalah langkah
6.         Setelah lulus dalam ujian memandu Mei Ling dihadiahi sebuah kereta Kancil oleh Puan Lucy.

Tukarkan ayat-ayat pasif berikut kepada ayat aktif.
1.         Bayaran balik pinjaman tidak akan dituntut oleh Jabatan Perkhidmatan Awam daripada pelajar yang cemerlang.
2.         Eksperimen itu telah kau jalankan dengan baik.
3.         Pahlawan itu dianugerahi oleh baginda bintang kehormatan dalam satu istiadat yang berlangsung di Balairung Seri Istana Alam Shah, Kelang.
4.         Suzi dihadiahi Halim sejambak bunga ros sempena hari jadinya yang ke-23
5.         Stor sukan hendak kami kemas pada petang nanti.
6.         Nota sejarah saya telah anda ambil semalam.


Baca petikan di bawah ini dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang peranan remaja untuk merealisasikan '1Malaysia' dan kekangan yang dihadapi. Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Gagasan ' lMalaysia' bertujuan untuk memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum. Identiti setiap kaum yang berbeza itu dianggap sebagai aset dan asas utama konsep ini ialah keadilan untuk semua kaum. Sekolah dan universiti yang rata-rata terdiri daripada golongan remaja dan belia sebenarnya cerminan kepada '1Malaysia'. Sehubungan dengan itu, semua remaja dan belia perlu mempunyai misi dan visi yang sama dengan kepemimpinan negara.
Perbezaan budaya dan agama bukan penghalang kepada perpaduan, sebaliknya perbezaan itu dilihat sebagai suatu keistimewaan dalam masyarakat majmuk di negara kita. Remaja kita, khususnya perlu menghayati falsafah muhibah dan kerukunan serta keharmonian antara kaum selama ini. Keadaan ini perlu dilestarikan demi keharmonian dan keamanan negara. Perpaduan antara kaum perlu disepadukan dengan mengetepikan masalah peribadi dalam kalangan rakyat. Perpaduan kaum juga mungkin tidak akan tercapai jika kita tidak mempunyai warganegara yang berkualiti dan aktif dalam menunaikan tanggungjawab mereka.
Sejajar dengan itu, remaja juga mestilah mempunyai kemahiran berfikir dan kemahiran menyelesaikan masalah, sesuai dengan peranan mereka sebagai bakal pemimpin dan penentu masa depan negara. Remaja yang cemerlang dalam mengejar ilmu pengetahuan mempunyai sifat dan ciri yang dapat menjadikan mereka berminda kelas pertama. Orang muda perlu berjuang demi masa depan dengan ciri kewarganegaraan satu bangsa, satu bahasa, dan satu negara. Bagi memastikan aset terpenting negara ini terus bersinar, remaja perlu menumpukan usaha ke arah menggilap potensi dan menyerlahkan bakat yang ada. Hal ini penting kerana mereka yang berbakat dan mempunyai nilai serta kualiti yang tinggi dapat menyumbang ke arah merealisasikan hasrat murni ini.
Sebagai generasi pelapis negara ini, remaja tiada pilihan lain kecuali meletakkan prestasi akademik sebagai keutamaan. Mereka perlu berusaha dan beriltizam pada setiap masa serta bersaing secara sihat dalam mengejar ilmu. Penglibatan lebih aktif dalam bidang sukan juga membantu menjayakan gagasan 'lMalaysia'. Sukan merentasi semua sempadan dan setiap kejayaan merupakan hasil komitmen sebagai sebuah pasukan atau institusi yang diwakili. Sukan juga menjadi landasan untuk meningkatkan kerjasama bagi mencapai kejayaan secara berpasukan.
Golongan remaja perlu menyertai pelbagai bentuk program dan aktiviti yang merangkumi aspek politik, ekonomi, budaya dan sosial. Program pembangunan belia juga tidak boleh lagi dilaksanakan melalui persatuan berbentuk perkauman. Sasaran program juga tidak semestinya terbatas kepada keahlian dalam persatuan sahaja. Maka, program yang melibatkan semua kaum perlu dipertingkatkan agar remaja dapat berinteraksi dan bermesra. Mereka juga dapat mengenali budaya kaum lain. Keadaan ini akan meningkatkan persefahaman antara remaja yang berlainan kaum. Oleh itu, remaja perlu mengambil inisiatif untuk mengenali nilai, norma dan budaya kaum lain.
Jelaslah, remaja berperanan penting dalam menjanakan agendamembina negara bangsa. Untuk memajukan negara, rakyat perlu dimajukan terlebih dahulu dan keadaan ini dimulakan dengan membentuk sikap penerimaan antara kaum. (Dipetik dan diubah suai daripada 'Merealisasikan 'Satu Malaysia' oleh IsmailSualman, Dewan Siswa, Ogos 2009)

Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

(i)         Apakah maksud rangkai kata menjanakan agenda? [2 markah]

(ii)        Bagaimanakah penyertaan dalam pelbagai bentuk program dapat merealisasikan gagasan 1Malaysia?                                                                                                                                                           [3 markah]

(iii)       Pada pendapat anda, apakah peranan pihak sekolah dalam memahamkan pelajar tentang gagasan ‘1Malaysia'?

[4 markah]

PERSEPSI GURU

PERSEPSI GURU AKADEMIK TINGKATAN ENAM TERHADAP 5 DIMENSI IKLIM AKADEMIK PELAJAR SMK TINGGI BUKIT MERTAJAM

ABSTRAK
Kajian Tindakan yang ringkas ini mengkaji input guru-guru akademik tingkatan enam terhadap iklim akademik pelajar di SMK Tinggi Bukit Mertajam, Seberang Perai, Pulau Pinang. Iklim akademik pelajar tingkatan enam terdiri daripada lima dimensi yang penting iaitu i) sikap terhadap akademik ii) jangkaan masa depan pelajar iii) jangkaan ibu bapa dan guru terhadap pelajar tingkatan enam iv) galakan dan norma guru tingkatan enam dan v) norma akademik pelajar tingkatan enam. Kesemua dimensi ini dikaji dengan kaedah tinjauan iaitu pelajar diminta menjawab satu set soal selidik skala likert yang terdiri daripada 26 item soalan mengenai input guru mereka terhadap kelima-lima dimensi tersebut. Kaedah tinjauan ini dipilih untuk menjawab soalan kajian iaitu “Apakah input guru akademik tingkatan enam terhadap kelima-lima dimensi tersebut?” Iklim akademik pelajar tingkatan enam ini diuji melalui persepsi pelajar tentang diri mereka dan guru-guru. Kesemua item dalam soal selidik ini diubahsuaikan daripada Instrumen Haynes dan Comer, Yale University, CT, USA, 1993).

1.0 Pengenalan
Iklim akademik sekolah yang berjaya atau positif merupakan asas yang kukuh untuk menjalankan sebarang program pendidikan (Alexandra, 2007). Iklim akademik sekolah yang menggalakkan akan membolehkan pelajar sekolah, guru dan pemimpin pengajaran menjalankan fungsi dengan baik dan berkesan iaitu mendorong pelajar sekolah untuk belajar dan berjaya mencapai hasil persekolahan mereka (Dewey, 2016) Kajian ini memfokuskan iklim akademik pelajar tingkatan enam di SMK Tinggi Bukit Mertajam. Iklim akademik pelajar tingkatan enam memainkan peranan yang amat penting dalam meningkatkan pencapaian mereka dalam akademik. Persekitaran masyarakat tidak memberi banyak sumbangan kepada pelajar tingkatan enam untuk mencapai hasil persekolahan mereka. Iklim sekolah tingkatan enam seperti persekitaran sekolah, kemudahan fizikal, guru dan kepimpinan sekolah menjadi pendorong kepada kemajuan akademik pelajar tingkatan enam.
Penyelidik membuat tinjauan tentang persepsi pelajar tingkatan enam mengenai input guru akademik mereka terhadap 5 dimensi iklim akademik pelajar. Iklim akademik ini dibataskan kepada 5 dimensi yang diubahsuaikan daripada Model Iklim Akademik Haynes dan Comer (1993) iaitu, a) sikap terhadap akademik, b) jangkaan masa depan pelajar c) jangkaan ibu bapa dan guru terhadap pelajar d) galakan dan norma guru tingkatan enam dan e) norma akademik pelajar tingkatan enam.
2.0 Objektif Kajian
Kajian ini bertujuan untuk:
-mengkaji input guru akademik tingkatan enam SMK Tinggi Bukit Mertajam terhadap iklim akademik pelajar tingkatan enam.
3.0 Soalan Kajian
Berdasarkan objektif tersebut soalan berikut telah dikemukakan dalam kajian ini, iaitu:
“Apakah input guru akademik tingkatan enam di SMK Tinggi Bukit Mertajam terhadap sikap pelajar terhadap akademik, jangkaan masa depan, jangkaan ibu bapa dan guru terhadap pelajar tingkatan enam, galakan dan norma guru tingkatan enam dan norma akademik pelajar tingkatan enam”?
4.0 Sorotan Literatur
4.1. Guru akademik tingkatan enam
Guru akademik tingkatan enam ialah individu yang paling penting dan berpengaruh di sekolah. Mereka bertanggungjawab ke atas semua aktiviti yang berlaku di tingkatan enam di sekolah. Merekalah yang menentukan nada kelas, iklim pembelajaran, tahap profesionalisme dan moral guru serta darjat keprihatinan terhadap pelajar tingkatan enam, guru dan sekolah . Mereka bertindak sebagai penghubung utama antara komuniti dengan sekolah. Kepimpinan guru akademik menengah tinggi menyebabkan sekolah itu berjaya, inovatif, fokus pelajar, terkenal dengan kecemerlangan dalam pembelajaran dan cemerlang dalam melahirkan pelajar menengah tinggi yang gigih dan berjaya (Asrat, 2014)
4.2.Iklim akademik pelajar tingkatan enam
Iklim akademik pelajar tingkatan enam dalam kajian ini mencakupi lima dimensi seperti a) sikap pelajar terhadap akademik b) jangkaan masa hadapan pelajar tingkatan enam c) jangkaan ibu bapa dan guru terhadap pelajar tingkatan enam d) galakan guru dan norma guru dan e) norma akademik pelajar (Haynes dan Comer. 1993).
Pengajaran yang efektif dipimpin oleh guru akademik yang berkesan manakala pengajaran yang kurang efektif dipimpin oleh guru akademik yang kurang berkesan (Adam, 2013). Kesan tingkah laku guru akademik tingkatan enam terhadap pembelajaran pelajar tingkatan enam disalurkan melalui variabel perantaraan. Bagaimanapun ada juga kajian menunjukkan bahawa tingkah laku guru akademik tidak mempunyai kesan secara langsung terhadap pencapaian pelajar sekolah tinggi di sekolah (Alexandra, 2007). Guru akademik menengah tinggi hanya menjalankan tugas dengan menterjemahkan jangkaan tinggi terhadap pelajar tingkatan yang lebih tinggi kepada dasar-dasar sekolah (Adam, 2013). Dasar-dasar ini dilakukan sebagai amalan di sekolah. Amalan-amalan inilah yang memajukan tingkah laku pelajar menengah tinggi ke arah pencapaian dan pembinaan konsep kendiri yang positif.
Di peringkat sekolah, dasar sekolah memberi kesan terhadap pembelajaran pelajar berkaitan dengan fungsi dan struktur sosialnya. Guru boleh memantau iklim akademik pelajar di sekolah. Hal ini dapat dilakukan dengan memantau kerja rumah pelajar, mengesan kemajuan pelajar, menggred, memulih dan melaporkan kemajuan pelajar kepada ibu bapa pelajar. Guru akademik dan iklim akademik sekolah saling mempengaruhi dan memberi kesan terhadap pencapaian pelajar tingkatan yang lebih tinggi di sesebuah sekolah (Dewey, 2016). Terdapat hubungan timbal balik antara tingkah laku guru akademik tingkatan yang lebih tinggi dengan pencapaian pelajar.
Tingkah laku rutin guru seperti menetapkan matlamat pengajaran, merancang, mengawal dan menilai prestasi pelajar dan guru secara langsung memberi kesan terhadap iklim akademik kelas-kelas lebih tinggi di sekolah. Model ini juga menunjukkan bahawa pencapaian pelajar adalah kesan langsung daripada tingkah laku guru akademik.
Kajian Adam(2013) menunjukkan bahawa kesan tingkah laku guru akademik terhadap prestasi pelajar adalah sedikit tetapi signifikan. Oleh yang demikian amatlah jelas bahawa tingkah laku guru akademik memainkan peranan penting dalam mempengaruhi atau memberi kesan terhadap pencapaian pelajar di sekolah. Model ini amat penting dan efektif untuk mewujudkan sekolah berkesan dan melaksanakan sesuatu program akademik di sekolah.
5.0 Kaedah Kajian
Pendekatan yang telah digunakan ialah kuantitatif iaitu satu set soal selidik yang terdiri daripada 26 item dijawab oleh pelajar mengikut skala likert. Item-item dalam soal selidik ini adalah mengenai input guru akademik tingkatan enam terhadap iklim akademik pelajar sebanyak 15 item. Hal ini termasuklah norma dan galakan guru, jangkaan guru terhadap pelajar dan pandangan guru terhadap akademik pelajar. Manakala 11 lagi item adalah mengenai persepsi pelajar tentang diri mereka. Hal ini termasuklah sikap mereka terhadap akademik, jangkaan masa depan dan jangkaan ibu bapa dan guru mereka.
6.0 Dapatan Kajian
Dapatan soal selidik pelajar mengenai input guru akademik mereka tentang sikap terhadap akademik , jangkaan masa depan, jangkaan ibu bapa dan guru terhadap pelajar tingkatan enam, galakan dan norma guru tingkatan enam dan norma akademik pelajar tingkatan enam dibentangkan seperti berikut.
6.1.Sikap terhadap akademik
Mengikut dapatan soal selidik, guru akademik tingkatan enam mentafsirkan sikap pelajar sebagai pelajar yang tidak mementingkan masa depan. Mereka berpendapat nasib pelajar di sekolah mereka hanya berubah jika mereka mengubah ‘mindset’ mereka. Rata-rata guru akademik tingkatan enam tidak bersetuju sama sekali bahawa punca utama sikap pelajar terhadap akademik adalah disebabkan oleh guru sekolah. Mereka berpendapat guru-guru tingkatan enam memang sedia membantu pelajar tingkatan enam.
Menurut guru-guru, pelajar tingkatan enam tidak berminat untuk belajar dan tidak banyak masa digunakan untuk aktiviti pembelajaran. Mereka berpendapat bahawa pelajar tingkatan enam yang bersikap negatif yakin bahawa mereka mudah mendapat pekerjaan di pasaran yang tidak memerlukan kelayakan akademik seperti bekerja sendiri dan bekerja di kilang.
Menurut guru-guru akademik tingkatan enam, terdapat juga satu lagi golongan pelajar yang tidak mempedulikan pelajaran iaitu pelajar ini datang ke sekolah dengan pakaian lengkap tetapi tidak mahu belajar. Mereka enggan membuat sebarang kerja sekolah dan tidak memberi perhatian ketika guru mengajar. Menurut guru, pelajar tingkatan enam seumpama ini tidak begitu ramai. Pelajar ini berasal daripada keluarga berada atau kelas tinggi. Menurut guru, sikap negatif pelajar adalah disebabkan oleh ibu bapa mereka terlalu memberi kebebasan dan memberi wang yang lebih daripada cukup sebagai wang saku.
6.2.Jangkaan masa depan pelajar tingkatan enam
Menurut guru-guru akademik tingkatan enam sebanyak 75% pelajar tingkatan enam menyatakan hasrat mereka melanjutkan pengajian tinggi sehingga ke peringkat tinggi. Sebanyak 50% pelajar tingkatan enam ingin melanjutkan pengajian ke peringkat universiti dan 25% pelajar tingkatan enam yang lain ingin melanjutkan pengajian sehingga peringkat kolej sahaja. Guru akademik tingkatan enam menyatakan bahawa tiada seorang pun pelajar tingkatan enam yang hendak menghabiskan pengajian sehingga ke peringkat menengah sahaja.
Dapatan menunjukkan bahawa hampir semua pelajar tingkatan enam tidak berani menyatakan pendapat mereka tentang masa depan kepada guru mereka. Guru akademik tingkatan enam dapat mengetahui hasrat mereka melalui percakapan mereka dengan guru kelas mereka. Menurut guru, pelajar amat malu bercakap tentang masa depan mereka. Hal ini kerana mereka menganggap kelemahan yang ada pada diri mereka menjadi halangan untuk mereka berjaya. Pelajar-pelajar ini tidak bersikap terus-terang dan hasrat masa depan mereka terpendam begitu sahaja.


6.3 Jangkaan ibu bapa terhadap pelajar tingkatan enam
Pelajar-pelajar mengakui bahawa guru akademik tingkatan enam selalu memberi sokongan kepada ibu bapa jika mereka mencadangkan sebarang aktiviti yang berfaedah kepada pelajar tingkatan enam. Menurut pelajar, guru sering menggunakan pelbagai kaedah untuk mempertemukan ibu bapa dan guru. Sebanyak 77% ibu bapa dan guru mempunyai jangkaan yang positif terhadap pelajar mereka. Hal ini dapat dilihat apabila kedua-dua pihak sering mengadakan perbincangan tentang cara-cara meningkatkan pencapaian akademik pelajar. Manakala sebanyak 23% ibu bapa dan guru langsung tidak mempedulikan akademik pelajar tingkatan enam. Mereka tidak begitu yakin dengan pelajar kerana pelajar ini amat lemah dan tidak percaya mereka boleh melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.
6.4.Galakan dan norma guru tingkatan enam
Dapatan soal selidik pelajar menyatakan kebanyakan guru mereka memperlihatkan perlakuan yang kurang mesra dengan pelajar tingkatan enam dan tumpuan utama hanya diberi kepada bahan pengajaran. Menurut dapatan, gaya pengajaran guru adalah semata-mata untuk menghabiskan sukatan pelajaran dan pengajaran disampaikan secara umum tanpa mengambil kira sama ada pelajar lemah atau pandai. Sesetengah guru masih mengajar menggunakan kaedah kapur dan cakap dan amat jarang menggunakan alat bantuan mengajar yang disediakan oleh Kementerian seperti laptop, LCD dan internet untuk mengajar subjek-subjek yang abstrak seperti sains dan matematik. Data soal selidik pelajar menunjukkan terdapat segelintir guru kurang berminat dan tidak serius dalam kerjayanya sebagai seorang guru.
6.5.Norma akademik pelajar tingkatan enam
Guru akademik tingkatan enam berpendapat bahawa mereka menilai norma akademik pelajar dengan menganalisis keputusan akademik pelajar. Menurut mereka, pelajar tingkatan enam amat cepat berpuas hati apabila mereka mendapati keputusan mereka bertambah baik. Mereka berasa bangga jika keputusan mereka meningkat. Guru-guru akademik tingkatan enam menyatakan bahawa norma akademik pelajar tingkatan enam banyak bergantung kepada inisiatif dan konsep kendiri mereka. Data menunjukkan bahawa pelajar tingkatan enam menganggap sekolah mereka boleh dipercayai dan guru-guru telah menjalankan tugas mereka dengan baik jika pencapaian akademik mereka bertambah baik. Jika tidak, pelajar sering menyalahkan guru-guru tidak menjalankan tugas.
Dari segi keupayaan akademik, kebanyakan guru menyatakan bahawa mereka berusaha mencungkil minat pelajar terhadap akademik dengan menyediakan latihan-latihan tambahan bagi pelajar yang lemah akademiknya. Guru-guru juga mengukuhkan kemahiran atau penguasaan pelajar dalam sesuatu mata pelajaran. Guru-guru juga memberi ruang kepada pelajar untuk bertanya soalan kepada guru apabila guru selesai mengajar sesuatu topik. Dalam mesyuarat staf, guru-guru sering diperingatkan supaya menggalakkan pelajar banyak bertanya. Melalui pertanyaan, seseorang pelajar dapat meningkatkan keupayaan akademik mereka.
7.0 Perbincangan
Guru berpendapat pelajar terlalu banyak membuang masa dan tidak menganggap akademik itu sebagai satu asas penting untuk masa depan. Penyelidik sendiri mendapati ada pelajar yang menunjukkan sikap negatif terhadap akademik. Hal ini kerana seramai 90% pelajar adalah daripada keluarga miskin, kelas pekerja dan keluarga bermasalah. Ibu bapa mereka tidak dapat membantu dari segi akademik di rumah. Malah terdapat ibu bapa sendiri tidak begitu mementingkan akademik. Hal ini sedikit sebanyak memberi impak kepada pelajar tingkatan enam berkenaan. Lemahnya konsep kendiri dalam kalangan pelajar juga menyebabkan mereka tidak begitu mementingkan akademik. Malah sikap mengambil mudah dan suka meniru jawapan kawan serta tidak menyiapkan kerja sekolah di rumah juga antara punca mereka mensia-siakan akademik.
Iklim akademik pelajar tingkatan enam juga banyak bergantung kepada sejauh mana jangkaan ibu bapa dan guru terhadap pelajar . Ibu bapa tidak menunjukkan minat terhadap pelajaran anak mereka dan begitu juga dengan sikap segelintir guru memandang enteng terhadap kemampuan dan kebolehan akademik pelajar. Seramai 85% ibu bapa menghantar anak ke sekolah tanpa mempunyai sebarang visi dan misi tentang akademik anak-anak mereka. Ibu bapa dan guru di sekolah-sekolah ini memberi dorongan sepanjang masa kepada pelajar dan berjaya mengadakan kelas pemulihan, kelas tambahan dan seminar kerjaya serta kem kecemerlangan akademik secara berusaha sama demi kecemerlangan akademik pelajar.
Pencapaian pelajar tingkatan enam dalam peperiksaan STPM sejak tiga tahun kebelakangan menyokong kepentingan persepsi, kesungguhan dan komitmen ibu bapa dan guru dalam usaha memperoleh kemajuan akademik pelajar tingkatan enam. Ibu bapa harus lebih proaktif dan konsisten terhadap perkembangan akademik anak-anak mereka. Mereka hendaklah kerap datang berjumpa dengan guru kelas anak mereka untuk mengetahui perkembangan akademik dan tingkah laku anak-anak mereka di sekolah. Ibu bapa yang mempunyai anak yang cemerlang kerap meminta bantuan guru kelas untuk menyemak latihan-latihan tambahan yang dibuat oleh pelajar di rumah. Mereka lebih banyak meluangkan masa dan wang untuk meningkatkan prestasi pelajaran anak-anak mereka.
Galakan dan norma guru tingkatan enam merupakan faktor yang sangat penting mempengaruhi iklim akademik pelajar. Galakan guru yang konsisten dan berterusan dengan menasihati pelajar agar selalu memberi tumpuan terhadap akademik, berjaya menimbulkan kesedaran akademik dalam kalangan pelajar. Pengajaran yang stereotaip dapat diperhatikan di sekolah ini. Guru-guru tidak menggalakkan pelajar banyak bertanya dan sebaliknya masa ditumpukan untuk menghabiskan sukatan pelajaran. Sama ada pelajar yang lemah memahami sesuatu konsep atau tidak, jarang diberi perhatian oleh guru. Hal ini disebabkan guru-guru jarang mengasingkan pelajar mengikut aras kepandaian mereka. Bagaimanapun dapatan soal selidik menunjukkan guru-guru ini tidak patah semangat mengajar pelajar. Guru-guru mengamalkan suatu sistem kerja yang seragam dan konsisten dan mereka memastikan sistem ini dijalankan sepanjang masa. Penyemakan latihan kerja rumah, penyediaan bahan pengajaran dan pemantauan kemajuan akademik dilakukan sepanjang masa. Galakan dan norma guru adalah lebih tegas dan tidak berkompromi dengan pelajar yang lewat menghantar latihan ataupun kerap tidak menghabiskan latihan di  rumah.
Dimensi yang paling penting membantu pelajar tingkatan enam untuk mewujudkan iklim akademik ialah norma akademik pelajar. Norma akademik pelajar ialah hasrat, matlamat dan hala tuju pelajar untuk mencapai matlamat pembelajaran. Sikap pelajar yang sering tidak menghabiskan kerja sekolah, tidak membawa peralatan pembelajaran ke sekolah dan selalu memesongkan tumpuan guru apabila guru sedang mengajar dalam kelas menunjukkan mereka memiliki norma akademik yang tidak menggalakkan. Hal ini disebabkan kelemahan dari segi kognitif dan intelek serta tiada bimbingan ibu bapa di rumah menyebabkan pelajar bersikap sedemikian.
Ada juga segelintir pelajar mempunyai norma akademik yang positif, tetapi ada antara mereka memang konsisten dengan kerja-kerja sekolah dan yakin mereka boleh berjaya dalam akademik. Pemerhatian, rekod sekolah dan hasil temu bual dengan guru dan pelajar menunjukkan norma akademik pelajar tingkatan enam di sekolah ini adalah lebih tinggi. Perkara ini disokong oleh dapatan kajian bahawa pelajar di sekolah ini sering menghabiskan kerja sekolah dengan cepat dan membuat kerja sendiri seperti membaca atau membuat latihan susulan apabila guru sedang melayani pelajar lain dalam kelas.
8.0 Kesimpulan
Tuntasnya, kajian telah menunjukkan bahawa iklim akademik pelajar tingkatan enam di SMK Tinggi Bukit Mertajam adalah lebih positif. Sumbangan guru akademik tingkatan enam didapati lebih memuaskan. Di samping kepimpinan guru akademik tingkatan enam, terdapat banyak lagi pihak memberi sumbangan yang signifikan ke arah peningkatan iklim akademik pelajar tingkatan enam. Sumbangan-sumbangan tersebut harus diteruskan demi kejayaan akademik yang cemerlang pada masa akan datang.


RUJUKAN
Adam, Voight (2013).A Climate For Academic Success. California Comprehensive Centre
Alexandra, Loukas (2007). What Is School Climate? dalam Leadership Compass Vol.5, No. 1, Fall 2017
Asrat, Dagnew (2014) Impact Of School Climate On Students’ Academic Achievements dalam Education Research Journal, Vol.4(2) 28-36. Feb.2014
Dewey, Cornell dll( 2016) Authoritative School Climate And Student Academic Achievement  Engagement, Grades And Aspirations In Middle And High Schools. SAGE JOURNALS, Feb. 22, 2016

Haynes, N. M., Emmons, C., & Comer, J. P. (1993). School climate survey. New Haven, CT. Yale University Child Study Center