Showing posts with label PANITIA PENGAJIAN AM. Show all posts
Showing posts with label PANITIA PENGAJIAN AM. Show all posts

Tuesday, 26 January 2016

Minit Mesyuarat Panitia P.Am Pertama 2016

MINIT MESYUARAT PERTAMA PANITIA PENGAJIAN AM BAGI TAHUN 2016
SMK TINGGI BUKIT MERTAJAM

Tarikh     :  30 Disember  2015 (Rabu)
Masa      :  10.15 hingga 1.00 tengah hari
Tempat  :  Bilik 5 UTP- Blok C

Kehadiran:
            1.         Pn.Hjh.Che Noora bt.Md.Said
            2.         Dr.R.Dhanapal                                            
            3.         Cik Gok Poh Suan                                       
            4.         Pn.Shanthi K.Shanmugam                               
            5.         En.Chong Ken Tong                                     

BUTIRAN MESYUARAT

1.   Ucapan Pengerusi
1.1.Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua guru PA yang hadir ke mesyuarat hari ini
1.2.Pengerusi memberitahu bahawa mesyuarat ini penting kerana panitia akan membincangkan semua maklumat yang dibincangkan dalam mesyuarat kurikulum sekolah kelmarin

2    Pengesahan Minit Yang Lepas
2.1. Pn. S.Shanthi mencadangkan minit lepas diterima dan disokong oleh Cik Gok

3    Ulasan Jawapan Pelajar Penggal 1, Ulangan Penggal 2 dan Penggal 3   
3.1.Ketua Panitia membuat ulasan kelemahan pelajar menjawab soalan peperiksaan bagi peperiksaan-peperiksaan tersebut
3.2.Semua ahli panitia diminta merujuk kepada blog pengajian am sekolah iaitu pabmhigh.blogspot.com untuk  membaca kelemahan pelajar dan semua guru PA juga minta pelajar merujuk kepada blog ini dari semasa ke semasa.

4. PdP Yang Berkesan

4.1.Semua guru PA wajib mengingati dan mengamalkan 6 aspek aspirasi pelajar dalam bilik darjah
4.2.Guru-guru hendaklah menggunakan alat bantu mengajar selain buku rujukan dan papan putih
4.3 Buku Rekod Mengajar sentiasa dibawa ke kelas dan guru mesti mengajar mengikut rancangan yang telah ditetapkan
4.4.Setiap guru perlu menyediakan fail meja dan manual prosedur kerja sebagai panduan tugas
4.5.Semua guru PA sentiasa memastikan jumlah latihan yang diberikan kepada pelajar mengikut manual tersebut dan latihan pelajar hendaklah disemak dalam tempoh 5 hari
4.6.Setiap guru PA perlu menetapkan KPI masing-masing untuk kelas yang diajar
4.7. Peruntukan PCG hendaklah digunakan untuk PdP berkesan seperti membeli buku rujukan dan peralatan pengajaran dan pembelajaran mengikut tatacara kewangan kerajaan
4.8. Setiap guru PA bertanggung jawab atas keputusan pelajar dan bersedia dengan laporan post mortem bagi kelas masing-masing
4.9.Panitia PA diminta merancang program peningkatan prestasi dan plan strategik bagi tahun 2016 dan mesti mengamalkan perancangan tersebut
4.10.Panitia PA hendaklah mengadakan LDP masing-masing untuk membincangkan PdP memandangkan tempoh masa mesyuarat panitia tidak mencukupi

5. Perancangan Strategi

5.1.Bengkel  bagi penulisan karangan dicadangkan selepas waktu persekolahan. Setelah berbincang ahli panitia beretuju mengadakan bengkel ini sewaktu kelas bimbingan.
5.2.Sesi Percambahan Ilmu Guru Pengajian Am (LDP)setiap Isnin pertama dan ketiga  jam 2.35 hingga 3.15 petang di Pusat Sumber Pra U.
4.3.Sesi Tutorial Pengajian Am setiap Isnin kedua dan keempat jam 2.35 petang hingga 3.30 petang  di bilik darjah. Seramai 55 orang pelajar telah dikenal pasti untuk mengikuti kelas tutorial ini. Mereka akan diagihkan  kepada dua kelas dan dibimbing oleh dua orang guru.
4.4.Tumpuan  pada penggal ini ialah Kerja Kursus. Taklimat akan diadakan pada 15 dan 16 Januari di JPN. Pn. S.Shanthi diamanahkan untuk memberikan taklimat kepada pelajar dan dibantu oleh guru-guru lain. Guru-guru PA diminta merujuk kepada blog PA untuk mendapatkan panduan menulis proposal kajian dan cara membuat kajian
4.6 .Panitia akan mengadakan satu Kajian Tindakan Pengajian Am. Kajian Tindakan ini untuk mengenal pasti  kelemahan pelajar dan langkah untuk mengatasinya.
4.7. Modul Karangan Berdasarkan Dasar Kerajaan-Guru-guru PA diminta menyediakan tajuk karangan masing-masing denga skemanya untuk kelas masing-masing setelah sesuatu dasar kerajaan selesai diajar.
4.8. Penggubalan soalan bagi tahun 2016- Cik Gok bagi Penggal 1, Pn Che Nora bagi Penggal 2 dan Pn. S.Shanthi bagi Penggal 3. Semua soalan hendaklah menepati piawaian STPM sebenar.
4.9. Ceramah dan Teknik Menjawab Berkesan bagi Penggal 2 akan dikendalikan oleh En.Tan dari Alor Setar. Penggal 1 dan 3 akan dikendalikan oleh ketua panitia sendiri. Majlis Perwakilan Pelajar yang akan ditubuhkan kelak akan menguruskan tempat, siaraya, LCD dan edaran bahan ceramah.

5. Wang PCG Pengajian Am
5.1 En.Chong telah menempah buku-buku ulangkaji PA  bagi Penggal 2 iaitu Pelangi Skor A sebanyak 31 naskhah dan Ilmu Bakti sebanyak 30 naskhah. Buku-buku ini telahpun diletakkan di almari panitia PA. Semua guru PA diminta menggunakannya sebagai bahan rujukan dalam kelas. Jika buku tersebut hilang kelas berkenaan hendklah bertanggung jawab membeli dan menggantikannya.

6. Head Count Pengajian Am
6.1 Head Count Pengajian Am akan diisi oleh Cik Gok Poh Suan dan beliau akan menghantar emel kepada Penyelaras Head Count sekolah.

7. Penetapan GPS Pengajian Am
7.1. Untuk semua peperiksaan PA , GPS yang ditetapkan ialah 3.00 bagi tahun 2016, 3.15 bagi tahun 2017 dn 3.30 bagi tahun 2018. Semua guru  PA diminta bekerja keras untuk mencapai target ini.

8. Kekurangan Guru Pengajian Am
8.1. Untuk mengatasi masalahnya sebuah kelas 6 Atas telah ditutup oleh pihak pentadbiran sekolah. Seorang guru PA telahpun dipindahkan ke arus perdana. Bagaimanapun masalah kekurangan guru PA akan timbul apabila En. Chong Ken Tong bersara wajib pada bulan Julai 2016 nanti.

7. Hal-Hal Lain
7.1. Surat pelepasan relief bagi guru PA  pada hari Isnin akan disediakan oleh ketua panitia.
7.2. Buku rekod yang telah disiap dengan sukatan, rancangan, carta gantt dan MPK perlu dihantar kepada pihak pengurusan sekolah pada 29 Januari 2016.
7.3. Sesi Percambahan Ilmu Guru Pengajian Am (LDP) yang pertama akan diadakan pada 11 Januari 2016 jam pukul 2.35 petang. Semua guru PA diwajibkan hadir. Dalam sesi tersebut akan dibincangkan Plan Strategik  Pengajian Am bagi tempoh 2016 hingga 2018.
7.4.Kelas tutorial pertama bagi 55 orang  pelajar lemah akan diadakan pada 18 Januari 2016.
7.5 . Mulai tahun 2016 guru-guru PA mengambil giliran mencatat minit mesyuarat dan sediakan 3 salinan kepada SU Kurikulum sekolah dan edarkan satu salinan kepada setiap guru PA dan satu lagi salinan kepada Penyelaras Kurikulum PraU  Pn. Maznah Ahmad. Minit pertama oleh ketua panitia, minit kedua oleh En. Chong Ken Tong , minit ketiga oleh Cik Gok Poh Suan dan minit keempat oleh Pn.S.Shanthi


Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 1.00 tengah hari.

Disediakan oleh                                                                                                  
 Dr. DHANAPAL A/L RENGASAMY                                                            
Ketua Unit Pengajian Am                                                                              


Minit Mesyuarat Panitia P.Am Kelima 2015

MINIT MESYUARAT KE-5 PANITIA PENGAJIAN AM
SMK TINGGI BUKIT MERTAJAM

Tarikh     :  18 November 2015 (Rabu)
Masa      :  8.45 pagi hingga 10.55 pagi
Tempat  :  Dewan  Pra-U

Kehadiran:
            1.         Pn.Hjh.Che Noora bt.Md.Said- PK Tingkatan Enam                         
            2.         Dr.R.Dhanapal -Ketua Panitia Pengajian Am                                             
            3.         Cik Gok Poh Suan – Guru Pengajian Am                                        
            4.         Pn.Shanthi K.Shanmugam-  Guru Pengajian Am                                
            5.         En.Chong Ken Tong  - Guru Pengajian Am                                    

BUTIRAN MESYUARAT

1.   Ucapan Pengerusi
1.1.Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua guru PA yang hadir ke mesyuarat hari ini
1.2.Pengerusi memberitahu bahawa mesyuarat ini penting kerana panitia hendak membincangkan post mortem keputusan penggal  3 dan Penggal 1  serta beberapa agenda lain.

2    Pengesahan Minit Yang Lepas
2.1. Pn.Shanthi mencadangkan minit lepas diterima dan disokong oleh Cik Gok

3     Post-Mortem Keputusan Penggal 3  dan Penggal 1 Tahun 2015
3.1.Keputusan kali ini memang tidak memuaskan.
3.2.Peratus lulus P3 adalah 63.33% atau 95 orang lulus. GPK adalah 1.93 sahaja. Jumlah gagal adalah 55 orang iaitu C-10,  D+17, D 14 dan F 14.
Manakala Peratus lulus P1 adalah 69.85% atau 95 orang lulus .GPK adalah 2.04 sahaja. Jumlah gagal adalah 41 orang iaitu  C-10,  D+11, D 11 dan F 9.

3.3. Antara punca kelemahan calon yang telah dikenal pasti.
3.4.Pelajar melakukan kesalahan dalam tafsiran. salah faham arahan soalan.
3.5.Pelajar tiada pengetahuan asas dalam Matematik.
3.6.Pelajar tiada asas pembacaan seperti akhbar atau majalah.
3.7.Minat dan persepsi pelajar terhadap Pengajian Am terlalu negatif
3.8.Penguasaan bahasa pelajar amat lemah dalam penulisan karangan
3.9.Tahap soalan P3 kali ini 100 % mengikut kualiti STPM sebenar
3.10. Tahap karangan P1 memang sukar difahami dan sukar untuk mendapat idea.
3.11.  Hampir 85% pelajar menjawab salah soalan struktur  dan ada yang meninggalkannya kosong.

 4. Strategi Meningkatakan Prestasi Pelajar Tahun 2016 
4.1.Bengkel wajib bagi penulisan karangan. sekurang-kurang 3 jam di sekolah dengan bantuan seorang guru pakar Pengajian Am dari luar. Tumpuan diberikan kepada cara memilih idea yang relevan dan lojik serta elakkan daripada kesalahan bahasa yang umum dalam penulisan.
4.2.Sesi Percambahan Ilmu Guru Pengajian Am setiap Selasa jam 1.50 petang hingga 2.30 petang di Pusat Sumber Pra U
4.3.Sesi Tutorial Pengajian Am setiap Isnin jam 2.30 petang hingga 3.10 petang  di Pusat Sumber Pra U.
Tumpuan diberikan kepada penyediaan kerja kursus (PBS) Pengajian Am. pelajar mesti menyiapkannya sebelum bulan Mei 2016.

4.4.Bimbingan Mengikut Kelompok Pelajar setiap hari Khamis, jam 1.50 petang hingga 3.10 petang di bilik darjah yang akan ditetapkan kemudian. Panitia  akan mengagihkan pelajar kepada 3 kelompok iaitu cemerlang, baik dan sederhana. Mulai Januari 2016, dua kumpulan baik dan dua kumpulan sederhana akan dibentuk mengikut keputusan percubaan enam bawah. Setiap kumpulan akan mempunyai  36 orang pelajar. Semua guru Pengajian Am akan membimbing kelas-kelas bimbingan ini. Tahap atau kualiti latihan yang diberikan adalah mengikut kebolehan, kemampuan dan kemahiran pelajar.

4.5. Lawatan Penanda Aras ke sekolah nyang mempunyai keputusan Pengajian Am yang cemerlang. Lawatan ini bertujuan untuk berkongsi pengalaman dan kaedah yang digunakan oleh guru-guru di sekolah tersebut. Nama sekolah belum dikenal pasti lagi.

4.6 .Kajian Tindakan Pengajian Am. Kajian Tindakan akan dijalankan dengan menggunakan pelajar-pelajar dalam kelompok lemah sebagai responden. Pra Ujian dan Pasca Ujian akan dijalankan dan akan dibentangkan dalam LDP guru Pengajian Am  sekolah .Sesalinan akan dihantar kepada JPN. Jika sesuai, kajian ini akan dibentangkan dalam Seminar Percambahan Ilmu Guru Cemerlang JPN. 

4.7. Modul Karangan Berdasarkan Dasar Kerajaan-Panitia bersetuju untuk menyediakan modul  tajuk  dan skema karangan mengikut dasar-dasar kerajaan. Semua guru akan diberikan beberapa dasar kerajaan untuk menggubal soalan dan skemanya. Mereka mesti menyiapkannya dalam cuti sekolah ini.
P dan P dalam kelas akan menggunakan modul ini sepenuhnya

5. Wang PCG Pengajian Am
5.1 En.Chong telah menempah buku-buku ulangkaji PA  bagi Penggal 2 iaitu Pelangi Skor A sebanyak 31 naskhah dan Ilmu Bakti sebanyak 30 naskhah. Kesemua berharga RM490.00

6. Head Count Pengajian Am
6.1 Head Count Pengajian Am didapati kurang membantu panitia meningkatkan prestasi kerana terdapat 3 kali peperiksaan bagi subjek Pengajian Am dalam setahun.  Bagaimanapun Ketua Panitia akan mengisi headcount tersebut sebelum cuti sekolah bermula.

7. Hal-Hal Lain
7.1. Panitia merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada En.Hamidon Abu Bakar kerana sumbangan beliau sebagai guru Pengajian Am selama ini.
7.2. Mulai bulan Julai 2016, panitia kekurangan seorang lagi guru kerana beliau akan bersara wajib. Jadi panitia mencadangkan P dan P  dapat dijalankan dengan kaedah kuliah untuk mengatasi kekurangan guru Pengajian Am

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 10.55 pagi.

Disediakan oleh   
                                                                                                                                                 (
(Dr. DHANAPAL A/L RENGASAMY)              

Ketua Unit Pengajian Am                              

Monday, 10 August 2015

MINIT MESYUARAT KE-4 PANITIA PENGAJIAN AM

SMK TINGGI BUKIT MERTAJAM
MINIT MESYUARAT KE-4 PANITIA PENGAJIAN AM
KALI KETIGA/2015

Tarikh     :  4 Ogos  2015 (Rabu)
Masa      :  2.30 hingga  3.30 ptg.
Tempat  :  Pusat Sumber Pra-U

Kehadiran:
            1.         Pn.Hjh.Che Noora bt.Md.Said                        -           GPK Ting. 6 DG52
            2.         Dr.R.Dhanapal                                                -           Ketua Unit P.Am DG52
            3.         Cik Gok Poh Suan                                          -           Guru P.Am DG48
            4.         Pn.Shanthi K.Shanmugam                             -           Guru P.Am DG48      
            5.         En.Chong Ken Tong                                       -           Guru P.Am DG52
            6.         En.Hamidon bin Abu Bakar                            -           Guru P.Am DG52

BUTIRAN MESYUARAT

1.   Ucapan Pengerusi
1.1.Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua guru PA yang hadir ke mesyuarat
      hari ini
1.2.Pengerusi memberitahu bahawa mesyuarat ini penting kerana panitia hendak
      membincangkan post mortem keputusan penggal 2 tahun 2015 serta beberapa
      agenda lain.
      2.    Pengesahan Minit Yang Lepas
            2.1. En.Chong mencadangkan minit lepas diterima dan disokong oleh Cik Gok

3     Post-Mortem Keputusan Penggal 2 Tahun 2015
3.1.Keputusan kali ini memang tidak memuaskan.
3.2.Peratus lulus adalah 61.97% dan NGMP adalah 1.97 sahaja.
3.3.Bilangan yang mendapat gred A1, A- 9, B+ 9, B16, B-18, C+20,C15, C-1,   
 D+24, D 6 dan F23. Jadi kelemahan calon telah dikenal pasti.
3.4.Pelajar melakukan kerja yang diberi jika diarah sahaja. Itupun janji hantar.
3.5.Pelajar tiada pengetahuan asas dalam subjek PA.
3.6.Pelajar tiada asas pembacaan seperti akhbar atau majalah.
3.7.Pelajar tidak berminat dan malas untuk membaca
3.8.Penguasaan bahasa pelajar amat lemah
3.9.Pelajar menganggap PA tidak penting.
3.10.      Pelajar belum ada kesedaran
3.11.      Pelajar mengaku bahawa idea yang ditulis dalam karangan tidak relevan
3.12.      Hampir 99.9 % pelajar menyatakan soalan struktur susah dan tidak faham
      kehendak soalan.
3.13.      Pelajar-pelajar yang telah memperoleh A dan B telah ditemu bual. Kekuatan 
           calon telah dikenal pasti
3.14.      Pelajar mengaku mereka membuat latihan tambahan di rumah
3.15.      Pelajar mengaku mereka mengulang kaji di rumah
3.16.      Pelajar menelaah beberapa graf sebelum peperiksaan.
3.17.      Pelajar mengaku contoh karangan yang dibaca keluar secara kebetulannya.           Jadi mudah bagi mereka menghafal kesemua fakta atau idea karangan
3.18.      Ada yang mengaku idea dapat dicari sewaktu peperiksaan, iaitu mereka tidak
      kebuntuan

       4. Strategi Menangani Kelemahan Calon  
4.1.Guru-guru PA mengadakan kelas tambahan wajib bagi setiap Rabu sewaktu Koko.
4.2.Seorang penceramah akan dijemput untuk membantu pelajar bagi penggal 3.
4.3.Panitia telah mengenal pasti En.Ooi dari Penang Free School untuk mengadakan
      ceramah. Beliau merupakan guru cemerlang PA Jusa C.
4.4.Cik Gok diamanahkan untuk menyediakan kertas kerja, surat jemputan, 
       pembayaran sebanyak RM200.00 dan penempahan dewan untuk ceramah                tersebut yang akan  diadakan pada 19 Ogos 2015, Rabu jam 12.00 tengah hari         hingga 2.30 petang.
4.5.Ketua Panitia sendiri akan mengadakan taklimat dan ceramah bagi penggal 1 di         dewan pada 19 Ogos 2015 jam 10.30 pagi hingga 12.00 tengah hari.
4.6.En.Chong telah diamanahkan untuk menempah 25 set buku latihan bagi penggal        1 dan 3. Beliau diminta menghubungi kerani sekolah untuk membuat pesanan.
4.7. En.Chong juga diamanahkan untuk menempah buku-buku ulangkaji PA dan
       diletakkannya di PSS untuk pelajar membuat rujukan.
           4.8  Buku-buku latihan tersebut juga dijadikan modul relief jika guru PA tidak hadir                       ke  sekolah.
4.9. En.Hamidon telah membuat latihan topikal bagi tiga bab yang pertama bagi                penggal 1.  Semua guru diminta menggunakannya dalam kelas.
           4.10.Semua guru PA perlu meminta pelajar menulis isu atau cabaran dalam setiap
                  perenggan karangan sebagai contoh. Pemeriksa tidak menggalakkan pelajar                         menulis karangan secara umum sahaja.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 3.30 petang.

Disediakan oleh                                                          Disemak oleh:

……………………………….                                      …………………………….
(Dr. DHANAPAL A/L RENGASAMY)                       (PN. SHANTHI K.SHANMUGAM )
Ketua Unit Pengajian Am DG52                                 Guru Pengajian AM DG48


Sunday, 12 July 2015

Minit Mesyuarat Ketiga 2015

SMK TINGGI BUKIT MERTAJAM
MINIT MESYUARAT UNIT PENGAJIAN AM
KALI KETIGA/2015

Tarikh     :  8 Julai 2015 (Rabu)
Masa      :  2.30 hingga  3.30 ptg.
Tempat  :  Pusat Sumber Pra-U

Kehadiran:
            1.         Pn.Hjh.Che Noora bt.Md.Said                        -        GPK Ting. 6 DG52
            2.         Dr.R.Dhanapal                                                -        Ketua Unit PA DG52
            3.         Cik Gok Poh Suan                                          -        Guru P.Am DG48
            4.         Pn.Shanthi K.Shanmugam                             -        Guru P.Am DG48      
            5.         En.Chong Ken Tong                                       -        Guru P.Am DG52
            6.         En.Hamidon bin Abu Bakar                            -        Guru P.Am DG52

BUTIRAN MESYUARAT

1.    Ucapan Pengerusi
1.1.Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua guru PA yang hadir ke mesyuarat hari ini
1.2.Pengerusi memberitahu bahawa mesyuarat ini penting kerana panitia dikehendaki membincangkan amanat pengetua kepada semua ketua panitia dalam mesyuarat kurikulum tempoh hari.
2.    Pengesahan Minit Yang Lepas
2.1.Cik Gok mencadangkan minit lepas diterima dan disokong oleh En.Chong.

3       Perkara-Perkara Berbangkit
3.1.Laporan program panitia telahpun dihantar kepada setiausaha kurikulum sekolah.
3.2.Setakat ini empat program telah dilaksanakan.
3.3.Pelajar-pelajar yang bermasalah dalam pembelajaran serta yang kurang berminat telahpun diberi kaunseling oleh Cik Gok dan PK Tingkatan Enam.
3.4.En.Hamidon memberitahu bahawa beliau telah menyimpan kesemua fail kerja kursus pelajar di bilik fail.
3.5.Kesemua guru diingatkan supaya membanyakkan latihan penulisan kerana pelajar kita lemah dalam penulisan.
3.6.Sekurang-kurangnya guru-guru perlu minta pelajar menyediakan rangka karangan. Jangan sering minta pelajr merujuk rangka daripada buku rujukan. Galakkan pelajar berfikir sendiri dan guru sila memantau kerja pelajar.
3.7.Semua guru diminta supaya memantau kerja pelajar setelah pembetulan dilakukan.
3.8.Jika semua pelajar telah memahami topik yang dipelajari, barulah guru-guru akan masuk ke bab-bab baru.
3.9.Guru-guru diminta mencadangkan penceramah bagi kertas 3 dan 1 nanti kerana kali ini panitia hendak mencuba menjemput penceramah luar supaya semua pelajar dapat menumpukan perhatian semasa teknik menjawab di dewan.
3.10.      Panitia sebulat suara bersetuju untuk mengambil giliran untuk mencatat minit mesyuarat. Minit mesyuarat akan datang akan dicatat, ditaip dan dicetak oleh En.Chong.
3.11.      Pengerusi memberitahu bahawa besar kemungkinan panitia akan bermesyuarat semula untuk membincangkan post- mortem keputusan peperiksaan P2 yang akan diumumkan secara rasminya pada 13 Julai 2015.
3.12.      Semua guru diminta membuat analisis bagi kelas masing-masing dan mencari apakah punca kelemahan dan kekuatan pelajar dalam P2.
3.13.      Analisis ini akan dibincangkan secara terperinci dalam mesyuarat akan datang.
3.14.      Pengerusi memberitahu mesyuarat akan datang boleh diadakan apabila pelajar-pelajar pulang awal pada hari Rabu.

4. Amanat Pengetua dalam Kursus Pengurusan dan Profesional/Mesyuarat Kurikulum

4.1. Guru-guru wajib memberi  perhatian  terhadap subjek yang wajib lulus oleh pelajar. Semua guru mempunyai peranan dan tanggung jawab untuk memastikan semua pelajar lulus dengan cemerlang dalam subjek ini.
4.2.Setiap panitia dikehendaki menyediakan modul relief. Modul ini dapat digunakan apabila guru-guru mengambil cuti. Modul ini akan diletakkan di bilik guru kanan. Guru yang masuk relief akan memberikan kerja kepada pelajar mengikut modul ini.
4.3.Setelah dibincang, panitia memutuskan bahawa semua guru PA perlu menyediakan kerja kepada pelajar jika mereka berkursus atau bercuti.
4.4. Pelajar tingkatan enam sememangnya membuat kerja PA  mereka walaupun guru PA tiada dalam kelas.
4.5.Sejak belakangan ini tiada guru masuk untuk relief tingkatan enam. Pelajar membuat kerja PA yang disediakan oleh guru PA.
4.6.Bagaimanpaun panitia diminta menyediakan latihan bertulis jika guru-guru PA mengambil cuti panjang atau berurusan rasmi di luar.
4.7.Panitia juga dikehendaki pengetua supaya menyediakan modul pelajar gagal.
4.8 Setelah berbincang, setiap guru PA perlu menyediakan sekurang-kurangnya dua latihan  iaitu satu latihan kenegaraan dan satu lagi latihan tafsiran atau karangan untuk P3 dan P1 ini.
4.9. Pengetua memberitahu bahawa mulai tahun hadapan, skrip pelajar yang telah disemak hendaklah dismpan balik oleh guru subjek untuk ditunjukkan kepada waris sewaktu waris datang mengambil kad pelaporan anak-anak.
4.10.Guru subjek perlu menjelaskan sebab-sebab pelajar mendapat markah kurang dan kelemahan pelajar kepada waris.
4.11.Pengetua meminta panitia mengadakan dua kelas tambahan  setiap minggu mulai tahun hadapan.
4.12.Panitia perlu menyediakan rekod kehadiran dan melaporkan ketidakhadiran pelajar kepada waris jika perlu.
4.13.Pengetua telah memperkenalkan satu program baru yang dinamakan PAUT.(Pupil’s Auditing Task)
4.14. PAUT dianggotai oleh beberapa orang guru dan pihak pentadbiran sekolah.
4.15. Sekeping borang PAUT akan disediakan oleh jawatan kuasa peringkat sekolah untuk diisi oleh guru-guru jika mereka mendapati pelajar-pelajar tidak melakukan kerja sekolah, tidak menunjukkan minat terhadap pembelajaran atau sering mengganggu P&P dalam kelas.
4.16. Borang yang diisi akan diserahkan kepada jawatan kuasa tersebut mereka akan mengambil tindakan yang sewajarnya.
4.17. Pengetua menurunkan kuasa kepada semua ketua panitia untuk menyemak buku latihan pelajar pada bila-bila masa apabila P&P subjek berkenaan berlangsung.
4.18. Ketua Panitia perlu mengecop buku latihan dan memastikan pelajar telah melakukan kerja guru dengan tertib, memastikan pembetulan dibuat oleh pelajar dan menulis ulasan ringkas pada borang ULASAN KERJA PELAJAR. Borang ini akan disediakan oleh guru kanan nanti.
4.19.PK Pentadbiran meminta  semua panitia supaya membina sebuah blog bagi panitianya sendiri.
4.20. Pengerusi memberitahu bahawa Panitia Pengajian Am sudahpun mempunyai blognya sendiri. Pelajar dan guru boleh melayarinya di alamat pabmhigh.blogspot.com. Pelajar-pelajar telahpun dimaklumkan mengenainya dalam perhimpunan.
4.21. Pengerusi menjelaskan dengan adanya blog ini, maka pelajar atau guru dapat berinteraksi dan menulis komen atau bertanya sebarang soalan mengenai subjek kepada pentadbir blog.

 5.  Hal-Hal Lain
 5.1.Guru-guru diminta supaya mencadangkan satu program yang lebih besar untuk
 pelajar. Pihak sekolah akan membiayai program tersebut. Program tersebut kalau                boleh diadakan sewaktu cuti sekolah. Hal ini kerana dapat mengelakkan gangguan P            & P subjek lain.
 5.2. Pengerusi berharap semua amanat yang disampaikan oleh pengetua dapat
 dilaksanakan oleh guru-guru PA dengan penuh bertanggung jawab dan integriti

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 3.30 petang.

Disediakan oleh                                                                                  Disemak oleh:

                                      
(Dr. DHANAPAL A/L RENGASAMY)                                            (En.CHONG KEN TONG)
Ketua Unit Pengajian Am DG52                                                   Guru Pengajian AM DG52



Sunday, 5 July 2015

Minit Mesyuarat PA Kali Kedua


SMK TINGGI BUKIT MERTAJAM
MINIT MESYUARAT UNIT PENGAJIAN AM
KALI KEDUA/2015
Tarikh     :  23 Jun 2015 (Selasa)
Masa      :  2.30 hingga  3.30 ptg.
Tempat  :  Pusat Sumber Pra-U
Kehadiran:
1.      Pn.Hjh.Che Noora bt.Md.Said                       –           GPK Ting. 6 DG52
2.     Dr.R.Dhanapal                                                –           Ketua Unit P.Am DG52
3.     Cik Gok Poh Suan                                          –           Guru P.Am DG48
4.     Pn.Shanthi K.Shanmugam                              –           Guru P.Am DG48
5.     En.Chong Ken Tong                                       –           Guru P.Am Dg52
Tidak Hadir (Bersebab)
1.      En.Hamidon Bin Abu Bakar                          –           Guru P.Am DG52
BUTIRAN MESYUARAT
1.      Ucapan Pengerusi
1.1.Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua guru PA yang hadir ke mesyuarat hari ini
1.2.Pengerusi mengucapkan tahniah kepada semua guru kerana berjaya melaksanakan kerja kursus PA.
1.3.Pengerusi turut mengucapkan tahniah kepada tiga orang guiru PA yang telah dinaikkan pengkat iaitu guru Pengajian Am hakiki DG 52 seorang dan DG48 dua orang.
1.4.Pengerusi berharap dengan insentif yang diterima maka guru-guru dapat menunjukkan semangat dan bekerja lebih keras untuk meningkatkan prestasi pelajar dalam PA.
1.5.Pengerusi meminta semua guru supaya boleh memilih buku rujukan masing-masing. Bagaimanapun sumber rujukan utama ialah modul kendiri PA KPM.
1.6 .Pengerusi meminta guru-guru menganalisis dan merujuk soalan-soalan P3 yang pernah keluar supaya dapat mengetahui dan memahami format dan bentuk soalan.
1.7.Pengerusi juga memberitahu bahawa PAUUM/UTP kini diambil oleh ketua unit.
1.8 Semua guru diminta memasukkan satu salinan markah kerja kursus dalam fail pelajar.
1.9. Guru-guru diminta meluahkan sebarang masalah dalam P dan P dalam hal-hal lain
1.10.Oleh sebab prestasi P1 tahun 2014 tidak begitu memuaskan maka guru-guru perlu bekerja lebih keras tahun ini untuk melonjakkan prestasi pelajar.
1.11.Semua guru diminta mengemas kini folio Pdan P dengan memasukkan rancangan tahunan P1 dan P3
1.12.Semua guru diingatkan supaya menyemak semua latihan pelajar dalam tempoh masa yang ditetapkan dan kembalikan latihan pelajar dengan kadar segera supaya pelajar dapat mengulang kaji pelajaran.
2.     Pengesahan Minit Yang Lepas
2.1En.Chong mencadangkan minit lepas diterima dan disokong oleh Cik Gok.
§  Perkara-Perkara Berbangkit
§  Cik Gok memberitahu bahawa markah kerja kursus PA telah berjaya dihantar ke MPM
§  Beliau meminta semua guru supaya mencetak satu salinan markah dan menyimpannya dalam fail pentaksiran masing-masing.
§  Semua guru diminta supaya memindahkan semua fail kerja kursus ke bilik PBS
§  Pengerusi memaklumkan bahawa unit PA telah berjaya melaksanakan 4 program seperti dirancang iaitu bengkel penulisan karangan, bengkel melukis graf,
ceramah/teknik menjawab PA2 dan kursus LDP untuk guru-guru PA.
3.5.Semua guru diminta mengkaji balik kelemahan-kelemahan calon dalam peperiksaan
Penggal 1.
3.6 Kelemahan yang ketara ialah pelajar lemah dalam penulisan karangan. Jadi semua
guru diminta memberikan banyak latihan karangan kepada pelajar.
3.7.Pelajar-pelajar yang tidak serius atau yang tidak menunjukkan minat diminta hantar
kepada Pengetua.
3.8.Semua guru diminta merujuk agihan tugas yang telah ditetapkan apabila menyediakan
soalan peperiksaan percubaan.
4.     Perancangan Program Peningkatan Prestasi
4.1 Pengerusi memberitahu walaupun 4 program telah berjaya diadakan, namun terdapat
8 lagi program lain untuk dilaksanakan dalam semester dua ini. Antaranya:
4.2.Ceramah dan Teknik Menjawab PA Penggal 1-Penekanan kepada karangan dan Kenegaraan
4.3.Ceramah dan Teknik Menjawab PA Penggal 3-Fokus kepada tafsiran jadual dan carta sahaja
4.4.Klinik Pengajian Am di bilik Pusat Sumber Tingkatan Enam-bimbingan aspek penulisan dan tafsiran
4.5.Latih Tubi Pengajian Am P1-Bincangkan soalan-soalan sumber luar
4.6.Latih Tubi Pengajian Am P3-Bincangkan soalan-soalan sumber luar
4.7.Pecutan Akhir P1- Bincangkan soalan Mocks STPM dan tip-tip penting
4.8.Pecutan Akhir P3- Bincangkan soalan Mocks STPM dan tip-tip penting
5.     Hal-Hal Lain
5.1.Guru-guru memberitahu bahawa pelajar-pelajar tidak menunjukkan minat atau
kesungguhan dalam penambahbaikan prestasi PA.
5.2.Dicadangkan supaya mengadakan program peningkatan kepada pelajar-pelajar yang
betul-betul lemah
5.3. Pn.Shanthi memberitahu pelajar-pelajar PBUM menunjukkan respons negatif dalam
kelas.
5.4. Pengerusi memberitahu panitia supaya mendapatkan bantuan En. Liew dan Cik Gok
untuk berjumpa dengan pelajar-pelajar tersebut.
5.5.Pn. Che Noora memberitahu pelajar-pelajar kelas PAUMS tidak begitu serius dalam
kelas. Masalah sikap menyebabkan mereka tidak bersungguh-sungguh dalam PA.
5.6.Pengerusi memberitahu semua guru supaya menghabiskan semua topik P3 kerana kali
ini ada soalan aneka pilihan dalam P3 dan topik-topik ini sedikit sebanyak membantu
mereka dalam penulisan esei.
5.7 Semua guru PA telah menghadiri kerja kursus PA selama dua hari dan bengkel
penggunaan modul kendiri PA selama sehari. Jadi pihak sekolah hendaklah
menganggap 3 hari sebagai LDP untuk guru-guru PA. Hal ini kerana pihak urus setia
tidak key in dalam SPLG.
5.8.Semua guru diminta mencadangkan bahan pengajaran yang sesuai kepada panitia
dan mencadangkan buku rujukan yang sesuai untuk diletakkan dalam PSS sekolah.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 3.30 petang.