Showing posts with label PENGGAL 3. Show all posts
Showing posts with label PENGGAL 3. Show all posts

Sunday, 23 October 2016

Nasionalisme

Istilah nasionalisme  berbeza dengan patriotisme. Patriotisme merupakan perasaan taat setia dan mempunyai ''sense of belonging'' yang mendalam kepada negara. Nasionalisme merujuk kepada perasaan patriotisme yang kemudiannya bertukar menjadi satu sentimen yang lebih radikal dan bersifat imperialisme. Propaganda nasionalisme inilah yang sering diuar-uarkan semasa zaman Perang Dunia Kedua oleh Adolf Hitler (Jerman), Josef Stalin (Russia) dan Hirohito (Jepun). Pada masa ini, nasionalisme sering digunakan bagi membangkitkan sentimen perkauman dan agama bagi menutup kelemahan kerajaan pemerintah, sebagaimana yang dilakukan oleh sesetengah negara.
Baru-baru ini bekas Perdana Menteri Itali Enrico Letta memberi amaran bahawa trend kebangkitan nasionalisme di Eropah, yang juga berlaku di Asia, boleh membawa kesan negatif yang akan menyebabkan masalah  pada masa-masa akan datang. Beliau berpendapat rasa nasionalisme adalah perasaan yang buruk yang pernah dialami mereka pada hari ini.  
Nasionalisme jika tidak dikawal boleh menjadi satu halangan kepada integrasi serantau. Hal ini kini berlaku di Eropah dan juga di Asia Tenggara. Letta menjelaskan bahawa kebangkitan nasionalisme berlaku apabila ahli-ahli politik yang tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan daripada keadaan ekonomi dan sosial yang makin teruk untuk kepentingan agenda politik mereka. Isu nasionalisme mula diperkatakan oleh masyarakat apabila meningkatnya  kadar pengangguran, ketegangan sosial dan kekurangan pertumbuhan ekonomi. Di Malaysia jika kerajaan gagal memantau tindak-tanduk ahli-ahli politik, maka mereka juga akan menggunakan nasionalisme sebagai satu medan untuk mencetuskan kebimbangan dalam kalangan pengundi khususnya dan kepada rakyat Malaysia amnya.


Friday, 21 October 2016

JENIS-JENIS POLA

Tiga cara tafsir yang harus difahami oleh calon iaitu: pola perubahan, pola umum dan pola bandingan—
Pola perubahan
Ada elemen-elemen meningkat, menurun, tidak konsisten dan jumlah
Jika dinyatakan jumlah dalam jadual boleh diambil
Pelajar tidak dibenarkan menjumlahkannya sendiri
Contoh soalan pola perubahan ialah
1. huraikan situasi
2.huraikan keadaan
3.jelaskan pola perkembangan
4.bincangkan pola perubahan..
Bagi setiap pola perubahan wajib ada:
Nilai mutlak
Nilai mutlak wajib dimulakan dari tahun asas
Nilai beza contohnya meningkat sebanyak RM25 juta
Nilai peratus contohnya peningkatan sebanyak 7.8%
Jika mana-mana satu nilai terlupa tulis huraian data adalah kosong
Pola  umum
Pola ini tidak spesifik. Cuma soalan nyatakan secara umum sahaja seperti
Huraikan pola kemasukan pendatang asing
Jelaskan pola ketibaan pelancong
Bincangkan pola perdagangan dsb
Pola bandingan
Bandingan boleh dibuat dengan dua cara
1. cara mendatar
2, cara menegak
Jika dalam jadual terdapat tahun, jadi calon boleh bandingkan antara tahun dan dalam
tahun
Contohnya, eksport paling banyak kelapa RM80 juta pada tahun 2001 iaitu xx% daripada
jumlahnya RM201 juta pada tahun 2001. Begitulah untuk nilai eksport yang paling sedikit
Bandingan seterusnya ialah:
Dari kiri ke kanan. Contohnya eksport getah didapati bertambah dari tahun 2001 hingga
tahun 2003. Pada tahun 2001 nilai getah sebanyak RM56 juta telah bertambah menjadi RM67 
juta pd tahun 2003 iaitu bertambah sebanyak RM11 juta . Itu sahaja tak perlu peratus
Dalam jadual jika jumlah diberikan pada hujung, maka jumlah itu perlu untuk menyatakan
peratus
Contohnya kelapa sawit semakin berkurang. Pada tahun 2001 RM 45 juta atau xx% daripada 
umlahnya RM75 juta telah berkurangan menjadi RM30 juta atau yy% daripada jumlahnya
RM75 juta

TUNTUTAN BERTINDIH DI LAUT CHINA SELATAN

1. Sebagai sebuah negara yang berdaulat, Malaysia berpendirian bahawa sebarang masalah, perbezaan dan pertikaian hendaklah ditangani setelah diselesaikan melalui dialog dan jalan perundingan (peaceful negotiation) termasuk isu Laut China Selatan.

2. Secara umumnya, isu Laut China Selatan melibatkan dua aspek:-
Pertama, keperluan memastikan keamanan, keselamatan dan kestabilan serta kebebasan pelayaran dan penerbangan, atau dengan izin, freedom of navigation and over-flight.
Kedua, tuntutan bertindih melibatkan beberapa buah negara iaitu Brunei Darussalam, Filipina, Malaysia, Vietnam dan China.

3. Justeru, bagi memastikan keamanan, kestabilan dan mengelakkan ketegangan di Laut China Selatan, negara-negara ASEAN dan China telah menandatangani Deklarasi Tatalaku Pihak–pihak Berkepentingan di Laut China Selatan, Declaration on the Conduct of Parties in the South China Sea (DOC) pada 4 November 2002.

4. Melalui DOC, negara-negara ASEAN dan China bertekad untuk melaksanakan usaha–usaha bagi membina dan meningkatkan kesalingpercayaan serta menangani sebarang perbezaan secara rundingan.

5. Pada masa ini, negara-negara ASEAN dan China sedang berusaha untuk mewujudkan Kod Tatalaku di Laut China Selatan, atau Code of Conduct in the South China Sea (COC).

6. Sesungguhnya, pendirian Malaysia berhubung isu Laut China Selatan adalah jelas dan konsisten. Semua negara mestilah memastikan keamanan dan kestabilan, dan sebarang tindakan yang boleh menggugat keamanan dan kestabilan, menimbulkan ketegangan, kebimbangan dan kecurigaan serta bersifat provokatif hendaklah dielakkan.

7 Berhubung tuntutan bertindih di Laut China Selatan, Malaysia berpendirian isu tersebut hendaklah diselesaikan secara aman. Semua tuntutan dan penyelesaiannya mestilah berdasarkan undang-undang antarabangsa termasuklah Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Undang-Undang Laut 1982 atau UNCLOS 1982.

8.Berhubung dengan isu kependudukan serta aktiviti-aktiviti penambakan dan pembinaan yang dilaksanakan oleh China termasuklah pembinaan landasan terbang di Fiery Cross Reef, isu ini tidak melibatkan kawasan maritim Malaysia.

9. Berhubung dengan penghakiman atau Award yang diberikan oleh Tribunal Timbangtara pada 12 Julai 2016 berhubung kes yang dikemukakan oleh Filipina terhadap China, Kerajaan telah mengeluarkan satu kenyataan melalui Kementerian Luar Negeri.

10.Sememangnya, Kerajaan sentiasa memberikan perhatian yang khusus kepada isu Laut China Selatan. Dalam mengendalikan isu Laut China Selatan, Kerajaan menjadikan kepentingan negara sebagai asas utama dalam setiap tindakan yang diambil. Justeru itu, tidak ada sebarang perjanjian dengan mana-mana negara termasuklah Amerika Syarikat dan Australia berhubung dengan isu Laut China Selatan ini.

11.Rondaan, pengawasan, pemantauan dan penguatkuasaan sentiasa dilaksanakan bagi memastikan kepentingan dan keselamatan negara di Laut China Selatan sentiasa terpelihara. Selain itu, usaha-usaha diplomasi di peringkat bilateral serta serantau dan antarabangsa khususnya di bawah kerangka ASEAN terus dilaksana dan dipertingkatkan.

 12.Negara China merupakan negara sahabat dan strategik kepada Malaysia. Hubungan rapat dengan China telah berkembang pesat sejak hubungan diplomatik dibina pada tahun 1974. Umpamanya China merupakan rakan dagang Malaysia yang terbesar serta punca pelaburan dan pelancongan yang sangat penting dan terus meningkat.


13. Justeru, perbezaan pendapat dengan Negara China dalam isu Laut China Selatan tidak seharusnya menghalang hubungan ekonomi dan perniagaan serta hubungan-hubungan lain termasuk bidang pertahanan, yang sewajarnya terus diperkasakan demi kepentingan bersama.

Monday, 17 October 2016

Panduan Tafsiran Mengikut Format STPM

1/09 Berikan ulasan anda tentang pendapatan kasar purata isi rumah mengikut etnik
Kumpulan Etnik
1990
1997
2004
2011
Penduduk Malaysia
RM1169
RM2452
RM3022
RM3761
Cina
RM1631
RM3516
RM4157
RM5021




Soalan mengikut etnik.
Jadi teknik menjawab ialah : Etnik, Tahun, Meningkat/bertambah atau pun Etnik, Meningkat/bertambah , tahun
Soalan ini bukan pola jadi tidak perlu gunakan istilah pola dan sekurang-kurang mesti dua data. Data tahun asas wajib. Jika dinyatakan satu data sahaja maka HD kosong
Setiap idea diikuti huraian data dan alasan

2/09 Huraikan mengapa wujud keadaan pasaran kereta nasional Malaysia.

Kategori kereta
2001 (unit)
2002(unit)
2003(unit)
2004(unit)
nasional
303222
328638
378526
438315
Bukan nasional
24225
31296
42732
49290

Kereta nasional sahaja
Proton dan perodua dijumlahkan sekali diterima
Kadua-dua ditulis asing tidak diterima
Soalan menekankan pasaran jadi lebih fokus pada sebab
Jadi 1 + 3

3/10 Jelaskan perubahan KDNK mengikut punca kegiatan dan kemukakan langkah-langkah mengukuhkan ekonomi negara
Kegiatan
2005
RMJ
2006
RMJ
2007 (Anggaran)
RMJ
pembinaan
14637
14559
15314

Ada perkataan perubahan, maka calon boleh mejawab pola perubahan
Kehendak soalan 2+2
Dua pola perubahan dan dua langkah
Jawapan diterima sekiranya terdapat perkataan anggaran bagi tahun 2007 di mana-mana sahaja dalam jawapan calon
Ingat dan hafal : untuk perubahan meningkat dan menurun, jumlahnya 4 angka
Untuk perubahan tidak konsisten, jumlahnya 7 angka
Tidak perlu nyatakan bandingan walaupun ada jumlah di bawah. Soalan perlukan perubahan sahaja

4/07 Bandingkan pola jenayah siber dan jelaskan punca berlakunya jenayah siber.
Jenayah siber
Jumlah 2001
% 2001
Jumlah 2003
%2003
pembanjiran
5
0.5
1
0.03
Mesej sampah
82
8.8
2027
70.8

Ingat calon tidak boleh gunakan istilah pola meningkat atau pola menurun
Soalan perlukan bandingkan sahaja iaitu paling tinggi, paling sedikit cth pembanjiran atau meningkat sepanjang dua tahun cth mesej sampah bukannya pola meningkat.
Mesti ada elemen-lemen perbandingan

5/06 Tafsirkan hubung kait antara dua elemen
Tanaman
Keluasan 1997
Keluasan 1998
Keluasan 1999
Getah
1.6 juta hektar
1.5 juta hektar
1.4 juta hektar

Tanaman
Hasil 1997
Hasil
1998
Hasil
1999
Getah
971 ribu tanmetrik
883 ribu tan metrik
768 ribu tan metrik

Ingat jika tiada kaitan tidak diterima
Calon senaraikan sahaja tidak diterima
Bagi satu hubung kait satu sebab  sahaja  maksudnya satu perenggan satu sebab sahaja
Cth : keluasan tanah menurun dan pengeluaran hasil juga menurun. Kemudian diikuti oleh data dan diikuti oleh sebab contohnya harga getah tidak stabil di pasaran.

6/06 Nyatakan keadaan sektor ekonomi Malaysia dari tahun 2000 hingga 2003 dan huraikan mengapa wujudnya keadaan sedemikian
Sektor
2000
2001
2002
2003
pertanian
0.6%
3.5%
-0.5%
1.1%
perlombongan
3.1
1.1
1.7
1.5

Ingat soalan hanya perlukan keadaan bukannya pola. Sebab tiada perkataan pola dalam soalan.
Tajuk jadual ialah kadar pertumbuhan ekonomi jadi calon boleh menulis pertumbuhan positif, negatif atau tidak konsisten
Jika ada perkataan sedemikian/tersebut/berkenaan diikuti keadaan atau pola maka sebab perlulah digabungkan
Data perlu dinyatakan untuk keempat-empat tahun sebab keadaan dari tahun 2000 hingga 2003
Contoh : Sektor yang pernah mengalami pertumbuhan negatif ialah pertanian. Huraian data dan hal ini disebabkan sektor ini sering mengalami ancaman penyakit/ kesan cuaca/ persaingan/harga komoditi tidak menentu dsb
Contoh : Sektor yang mengalami pertumbuhan yang tidak konsisten ialah pertanian dan perlombongan. Keadaan ini disebakan oleh kesan kegawatan ekonomi yang melanda negara kita

TIP-TIP TAMBAHAN TANPA JADUAL
7/15 Bandingkan eksport Malaysia antara 2011 hingga 2012. Huraikan faktor politik yang mempengaruhi trend eksport Malaysia
Ingat : kehendak soalan 2+2. Sebab yang diberi hanya berfokous kepada politik seperti kestabilan politik Malaysia, hubungan Malaysia dengan serantau seperti ASEAN, hubungan antarabangsa, fahaman ideology pemerintah(era kepimpinan) dan sebagainya.
Data hendaklah berfokus pada bandingan sahaja. Tiada perkataan pola. Jadi buat bandingan seperti lebih tinggi atau lebih rendah (dalam satu perenggan), eksport paling tinggi dalam kedua-dua tahun (dalam satu perenggan) dan eksport paling rendah dalam kedua-dua tahun (dalam satu perenggan)

8/15 Huraikan perubahan jumlah nilai pelaburan asing pada tahun 2009 dan 2010 dan kemukakan faedah yang diperoleh Malaysia
Soalan ini terdiri daripada dua carta pai. Dalam carta pai hanya disebut % dan jumlah besarnya dinyatakan di bawah carta pai. Terdapat empat negara iaitu AS, China, Singapura dan Taiwan
Ingat: idea wajib ialah perubahan nilai mutlak jumlah pelaburan
Idea kedua ialah semua negara menunjukkan peningkatan nilai pelaburan. Calon perlu tukarkan semua peratus dalam nilai mutlak dan kemudian buat bandingan. Dalam huraian data perlu sebut nilai mutlak dan peratusannya. Cth: Amerika Syarikat melabur sebanyak RM2347.1 juta pada tahun 2009 dan telah meningkat kepada RM11732.5 juta pada tahun 2010. Peningkatan sebanyak RM9385.4 juta atau 399.9%.
Oleh sebab soalan minta jumlah nilai pelaburan untuk 4 negara maka calon mesti nyatakan keempat-empat negara tersebut dan nilainya.
Kehendak soalan 2+2. 2 data dan 2 faedah seperti menjana lebih banyak peluang pekerjaan/meningkatkan hasil Negara/pemindahanb teknologi baharu/peningkatan taraf hidup.
9/13 Berikan ulasan anda tentang nilai eksport Malaysia mengikut negara Asean dan barangan terpilih pada tahun 2010

ASEAN
Sayuran
Buahan
Jumlah
Singapura
RM 3.8 juta
RM 2.3 juta
RM6.1 juta
Myanmar
RM0.2 juta
RM 0.2 juta
RM 0.4 juta
JUMLAH
RM 5.0 juta
RM 3.0 juta
RM 8.0 juta

Ingat: Negara-negara Asean membeli dari Malaysia iaitu mereka mengimport dari Malaysia. Malaysia mengeksportnya.
Dua kehendak soalan iaitu mengikut negara secara keseluruhan dan mengikut barangan.
Mengikut keseluruhan ada satu data sahaja iaitu negara paling banyak mengimport dan paling sedikit mengimport. Kedua-dua bandingan ini dalam satu perenggan sahaja. Sebab yang ditulis hendaklah berasingan. Cth. Singapura merupakan rakan dagangan tradisional. Myanmar sebagai negara pertanian mempunyai tanah dan buruh yang mencukupi untuk menghasilakn sayuran dan buahan. Ambil jumlah yang dinyatakan di sebelah kanan jadual atau mendatar.
Idea 2, 3 dan 4 boleh diambil daripada secara menegak cth: eksport buahan paling banyak negara mana dan pailing sedikit negara mana. DAN  eksport sayuran paling banyak negara mana dan pailing sedikit negara mana. DAN eksport sayuran lebih banyak daripada buahan negara mana DAN eksport buahan lebih banyak daripada sayuran negara mana

10/13 Huraikan kadar inflasi negara-negara Asia dan kesan inflasi dihadapi oleh sesebuah negara
Negara
2006
2007
2008
2009
China
1.5%
4.8%
5.9%
-0.7%
Indonesia
13.1%
6.3%
9.8%
4.8%

Ingat : Kadar tidak bermaksud pola. Jadi jangan gunakan pola walaupun ada banyak tahun. Cuma nyatakan keadaan seperti kadar inflasi yang tidak konsisten. Ingat calon pilih idea tidak konsisten iaitu ada negara yang naik dan turun dan ada negara yang turun dan naik. Kedua-dua negara tersebut perlu dinyatakan dalam satu perenggan sahaja.
Idea seterusnya buat bandingan iaitu sepanjang keempat-emapt  tahun negara manakah inflasi tertinggi dan negara manakah inflasi terendah. Wajib dalam satu perenggan
Idea seterusnya ialah negara manakah mengalami inflasi negative. Just nyatakan.

Kesan inflasi ialah : meningkat kos pengeluaran barangan/ jejaskan pertumbuhan ekonomi negara/ eksport negara akan berkurangan dsb. Ingat : kesan untuk negara sahaja. Jangan kaitkan dengan rakyat atau penduduk atau pelabur.