Monday 17 October 2016

Karangan P1 dan rangka

1.Kerajaan telah memperkenalkan beberapa transformasi dalam agensi kerajaan. Salah satunya ialah memperkenalkan tadbir urus baik. Bincangkan kepentingan tadbir urus baik dalam sektor awam

KEPENTINGAN TADBIR URUS BAIK
-memperkasakan daya saing negara
-menjana potensi insan bagi memperkasa prestasi perkhidmatan
-menerajui transformasi perkhidmatan
-mengekalkan profesion dan tadbir urus dalam perkhidmatan
-memenuhi ekspektasi stakeholder dan pelanggan

2. Kelemahan dalam sistem penyampaian perkhidmatan awam telah banyak dibincangkan dalam media massa. Namun begitu pelbagai langkah telah disyorkan untuk menanganinya. Bincangkan

Kesan-kesan sekiranya sistem penyampaian perkhidmatan awam lemah:
-Mengakibatkan kos operasi yang tinggi dan mahal
-Wujudnya budaya kerja negatif  yang berleluasa
-Tekanan dan banyak aduan dalam komuniti
-Merosakkan hubungan dan kepercayaan antara kerajaan dengan pihak peniaga dan komuniti
-Mengakibatkan usaha pembangunan negeri dan negara terjejas
-Menjejaskan reputasi perkhidmatan awam dan kerajaan
-Menjejaskan kemasukan pelabur-pelabur asing        
Langkah-langkah bagi meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan awam
-Membangunkan modal insan
-Menentukan KPI dan NKRA
-Membangunkan budaya kerja berkualiti
-Menyelaras dasar dan polisi antara jabatan dalam setiap kementerian
-Mewujudkan persekitaran kerja yang kondusif
-Pembentukan imej agensi dan jabatan kerajaan
-Sistem penyampaian khidmat awam perlu inovatif,kreatif,dan cekap
-Mengaplikasikan teknologi maklumat dan komunikasi
-ICT dalam penyampaian perkhidmatan

3. Rasuah membawa pelbagai kesan buruk kepada negara. Oleh itu kerajaan telah mengambil  pelbagai langkah untuk menanganinya. Huraikan


Kesan-kesan
~Berlakunya ketidakadilan
~Menjejaskan imej negara
~Kos sara hidup akan meningkat
~Mengancam keselamatan negara
~Mengancam keselesaan rakyat
Langkah-langkah mencegah rasuah
~Memberi pendidikan
~Memudahkan urusan menggunakan ICT
~Meningkatkan penguatkuasaan undang-undang dan hukuman
~Memantapkan iman dan mengukuhkan jatidiri

4. Inflasi merupakan satu keadaan kenaikan harga barangan dan perkhidmatan. Bincangkan punca-punca berlaku inflasi di sesebuah negara.

Punca
~Bencana alam
~Kenaikan mata wang asing
~Permintaan luar jangkaan
~Bekalan wang meningkat melebihi bekalan barangan atau perkhidmatan dalam pasaran
~Faktor luar negara


5. Untuk membina sebuah negara  yang sejahtera kita perlu mengelakkan beberapa ancaman luaran. Jelaskan.

Ancaman luaran
-Pengintipan
-Isu sempadan
-Pengaruh keganasan
-Ancaman Siber
-Pencerobohan kuasa asing


No comments:

Post a Comment