Sunday 30 October 2016

Ph.D. dan Dr.

Orang buat PhD bukan kerana menunjuk-nunjuk. PhD menguji kesabaran, fokus dan mencabar minda kita utk mencari bbp hipotesis dan buktikannya bahawa hipotesis yg kita bina berdasarkan teori-teori yang kita baca itu boleh diterima atau ditolak. Sama ada kita terima atau tolak kita perlu buktikannya  melalui literature review yg pernah kita lakukan. Tolak secara berhemah dan terima secara intelektual. Bukan mudah utk merangkul segulung ijazah yg bernama Ph D. Tolonglah berhati-hati dgn banyak sarjana pseudo di sekeliling kita. Ramai yg panggil saya Dr kerana ramai anggap Dr itu singkatan nama ayah dan ibu saya. Sebab orang India selalu letakkan nama ayah atau datuk atau ibu di hadapan nama. Nama saya penuh ialah Dhanapal Rengasamy  jadi singkatannya ialah DR. Panggil saya apapun boleh. Ini cuma satu pencerahan bagi mereka yang jahil dgn gelaran Dr.

Gabriel Garcia Marquez

Seorang penulis ialah seorang insan yg. menginginkan kedamaian. Gabriel Garcia Marquez dalam sepanjang hidupnya mahukan kedamaian di Colombia.Nama singkatnya Gabo merupakan seorang penulis dari Colombia pernah melawat Quba dan pernah berbincang dgn. Presiden Quba Raul Castro ttg pentingnya kedamaian di Colombia. Apabila Raul melawat Colombia utk menandatangani Perjanjian Persefahaman Perdamaian beliau terkenang akan Gabo. Lantas beliau ke semadinya lalu meletakkan sekalung bunga dan bertafakur selama seminit. Begitulah luhur hati seorang penulis yg. ingin melihatnya bangsanya hidup aman damai.

Collin Powel, Gen:

Collin Powel, Gen:
There are no secrets to success. It is the result of preparation, hard work and learning from failure.

(Tidak ada rahsia menuju kejayaan. Ia adalah hasil persiapan, kerja kuat dan belajar dari kegagalan)

HOW TO STUDY

The exam is just around the corner. To all my students please dont panic.You must have heard about quote " Its never too late to start". The most important thing in this situation is not to loose hope.Everything that we do in our life is done based on only  hope. Without hope you even don't think of starting a new task. Dont give up. You can do it.
Plan your study according to priority. You dont have to study everything when you have less time. Always keep your aim in your mind. At this time your only aim is to pass the exam so study according to that. find out the part which is asked more in exam and read that.If at the end you have extra time then go for remaining. (I used to this strategy during my college days, believe me it works.)
When you have planned your study, It is time to set the target. allot a fix time for particular subject and complete that subject on the time. You should strictly follow your time table now. if you cheat this time, you will not going to make a comeback. So be honest while studying and try to be in confident mood.
While studying make a small diary of keywords that you may forget at the time of exam so whenever you look at those keyword the whole answer will come into your mind and you will remain updated about subject.
Attempt each and every question in Exam. I Think , I don't need to tell this but attempt each and every question whether you know the answer or not. sometime your tukka will work, some time examiner may not wanted to fail you and sometime you are so fortunate that examiner don't read the answer and give the marks. So be hopeful in every aspect.
Achieving it might be difficult but not impossible. You need to start the preparation with full confidence.
Say goodbye to social media till your exams get over. Trust me it will help you a lot.
Try to be reserved in yourself as if you interact a lot with your friends you will end up doing much more fun with no study.
Solve previous year STPM/SPM  papers and your school papers. Make a proper timetable and do follow it. Give equal importance to all the subjects.Studying in the morning is recommended as your mind is free from all the problems at that time.Don't study for long at a stretch, take a short break after every two hours. Best of Luck..!!


Saturday 29 October 2016

Soalan Struktur 2017

Sila beri perhatian tambahan kepada topik-topik ini

1. Nyatakan fungsi perundangan YDPA
-YDPA merasmikan mesyuarat persidangan di parlimen

-YDPA meluluskan rang undang-undang 

2.Apakah yang dimaksudkan tanggungjawab kolektif anggota kabinet
-Semua anggota kabinet hendaklah bersetuju setiap keputusan yang diambil
-Anggota kabinet tidak boleh mengulas atau memberi komen tentang keputusan yang telah diambil di   kabinet

3.Dalam keadaan apakah anggota kabinet akan hilang jawatan mereka?
- meletakkan jawatan sebagai ahli dewan rakyat atau dewan negara
-tidak bersetuju terhadap keputusan yang dibuat di kabinet
-apabila YDPA mendapati  beliau tidak layak memegang jawatan tersebut

-memegang apa-apa jawatan berpendapatan tetap

4.Kesan negatif jika penyampaian perkhidmatan awam lemah
- perkhidmatan awam akan hilang kredibilitinya
-orang awam akan hilang kepercayaan terhadap perkhidmatan awam

-kakitangan awam akan hilang integriti dalam menjalankan tugas

5.Jelaskan maksud keistimewaan ahli parlimen
-maksudnya ialah tindakan ahli parimen di persidangan parlimen tidak boleh didakwa di mahkamah

6.Apakah fungsi duluan kehakiman?
-apabila sesebuah mahkamah tdak dapat membuat keputusan , maka mahkamah itu boleh merujuk keputusan yang pernah dibuat oleh mahkamah yang lebih tinggi daripadanya

7.Bagaimanakah seseorang boleh kehilangan hak kewarganegaraan?
-penolakan
-pelucutan

8.Perbezaan antara Badan Berkanun dengan Badan Tidak Berkanun
-BB ditubuhkan di bawah Akta Parlimen dan BTB di bawah Akta Syarikat
-kos BB sepenuhnya dtanggung oleh kerajaan dan BTB ditanggung oleh lembaga pengarahnya

9.Fungsi badan Pemandu
-mengawasi KPI dan piawai kementerian dan menteri
-menyelia pelaksanaan, menilai kemajuan, memudahcara serta menyokong penyampaian dan memacu kemjuan Program Tranformasi Kerajaan dan Program Transformasi Ekonomi

10. Mengapakah kerajaan melaksanakan KPI?
-menilai sejauh manakah penghasilan kerja sesebuah kementerian dan menteri
-menjadi kayu pengukur untuk menentukan keberkesanan sesuatu program di peringkat agensi pelaksana

Karangan Penggal 1 Tahun 2017

1.Dasar melaksanakan transformasi dalam perkhidmatan awam penting untuk mewujudkan kualiti dalam perkhidmatan awam. Bincangkan langkah-langkahnya.
Kehendak soalan: 2+3
a.Apakah kepentingan menyediakan perkhidmatan awam yang berkualiti
-membentuk sikap positif kakitangan awam
-meningkatkan imej kerajaan
-menjimatkan perbelanjaan awam/kerajaan
b.langkah
-menyediakan latihan/kompetensi
-membudayakan kreativiti dan inovasi
-meningkatkan kebajikan awam
-penguatkuasaan pekeliling perkhidmatan
-penggunaan ICT

2.Jenayah siber yang berlaku di negara ini semakin membimbangkan. Pelbagai langkah perlu diambil untuk mengawalnya. Jelaskan
Kehendak soalan: Mengapakah berlaku jenayah siber  dan langkah-langkah: 2+3
a.Punca-kelonggaran kuat kuasa undang-undang
-penyalahgunaan ICT
-kurangnya kawalan forensic
-kurang kesedaran dalam kalangan pengguna
b.Langkah-mengadakan pemantauan yang berkesan
-mempetingkatkan sistem keselamatan
-pendidikan

3.Langkah-langklah meningkatkan mutu sukan Negara
-menyediakan peruntukan kewangan
-pemberian ganjaran
-mengenal pasti bakat dari awal
-memperkasa sekolah sukan
-melatih jurulatih
-meningkatkan kualiti prasarana sukan

Sunday 23 October 2016

Nasionalisme

Istilah nasionalisme  berbeza dengan patriotisme. Patriotisme merupakan perasaan taat setia dan mempunyai ''sense of belonging'' yang mendalam kepada negara. Nasionalisme merujuk kepada perasaan patriotisme yang kemudiannya bertukar menjadi satu sentimen yang lebih radikal dan bersifat imperialisme. Propaganda nasionalisme inilah yang sering diuar-uarkan semasa zaman Perang Dunia Kedua oleh Adolf Hitler (Jerman), Josef Stalin (Russia) dan Hirohito (Jepun). Pada masa ini, nasionalisme sering digunakan bagi membangkitkan sentimen perkauman dan agama bagi menutup kelemahan kerajaan pemerintah, sebagaimana yang dilakukan oleh sesetengah negara.
Baru-baru ini bekas Perdana Menteri Itali Enrico Letta memberi amaran bahawa trend kebangkitan nasionalisme di Eropah, yang juga berlaku di Asia, boleh membawa kesan negatif yang akan menyebabkan masalah  pada masa-masa akan datang. Beliau berpendapat rasa nasionalisme adalah perasaan yang buruk yang pernah dialami mereka pada hari ini.  
Nasionalisme jika tidak dikawal boleh menjadi satu halangan kepada integrasi serantau. Hal ini kini berlaku di Eropah dan juga di Asia Tenggara. Letta menjelaskan bahawa kebangkitan nasionalisme berlaku apabila ahli-ahli politik yang tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan daripada keadaan ekonomi dan sosial yang makin teruk untuk kepentingan agenda politik mereka. Isu nasionalisme mula diperkatakan oleh masyarakat apabila meningkatnya  kadar pengangguran, ketegangan sosial dan kekurangan pertumbuhan ekonomi. Di Malaysia jika kerajaan gagal memantau tindak-tanduk ahli-ahli politik, maka mereka juga akan menggunakan nasionalisme sebagai satu medan untuk mencetuskan kebimbangan dalam kalangan pengundi khususnya dan kepada rakyat Malaysia amnya.


Friday 21 October 2016

JENIS-JENIS POLA

Tiga cara tafsir yang harus difahami oleh calon iaitu: pola perubahan, pola umum dan pola bandingan—
Pola perubahan
Ada elemen-elemen meningkat, menurun, tidak konsisten dan jumlah
Jika dinyatakan jumlah dalam jadual boleh diambil
Pelajar tidak dibenarkan menjumlahkannya sendiri
Contoh soalan pola perubahan ialah
1. huraikan situasi
2.huraikan keadaan
3.jelaskan pola perkembangan
4.bincangkan pola perubahan..
Bagi setiap pola perubahan wajib ada:
Nilai mutlak
Nilai mutlak wajib dimulakan dari tahun asas
Nilai beza contohnya meningkat sebanyak RM25 juta
Nilai peratus contohnya peningkatan sebanyak 7.8%
Jika mana-mana satu nilai terlupa tulis huraian data adalah kosong
Pola  umum
Pola ini tidak spesifik. Cuma soalan nyatakan secara umum sahaja seperti
Huraikan pola kemasukan pendatang asing
Jelaskan pola ketibaan pelancong
Bincangkan pola perdagangan dsb
Pola bandingan
Bandingan boleh dibuat dengan dua cara
1. cara mendatar
2, cara menegak
Jika dalam jadual terdapat tahun, jadi calon boleh bandingkan antara tahun dan dalam
tahun
Contohnya, eksport paling banyak kelapa RM80 juta pada tahun 2001 iaitu xx% daripada
jumlahnya RM201 juta pada tahun 2001. Begitulah untuk nilai eksport yang paling sedikit
Bandingan seterusnya ialah:
Dari kiri ke kanan. Contohnya eksport getah didapati bertambah dari tahun 2001 hingga
tahun 2003. Pada tahun 2001 nilai getah sebanyak RM56 juta telah bertambah menjadi RM67 
juta pd tahun 2003 iaitu bertambah sebanyak RM11 juta . Itu sahaja tak perlu peratus
Dalam jadual jika jumlah diberikan pada hujung, maka jumlah itu perlu untuk menyatakan
peratus
Contohnya kelapa sawit semakin berkurang. Pada tahun 2001 RM 45 juta atau xx% daripada 
umlahnya RM75 juta telah berkurangan menjadi RM30 juta atau yy% daripada jumlahnya
RM75 juta

CERAMAH DAN PERBENGKELAN PENGAJIAN AM


BAHAGIAN KARANGAN

- Bahagian ini sangat penting kerana 25% markah datangnya daripada bahagian ini.
- Bahagian ini berasaskan kematangan calon iaitu kematangan fikiran dan kematangan bahasa.
FIKIRAN 
 Kematangan fikiran meliputi kemahiran memahami kehendak soalan dan hujahan.
- Jumlah markah kematangan fikiran ialah 20 markah iaitu 5 markah idea utama tambah 15 markah hujahan/huraian. – Skema permarkahan adalah seperti berikut
Idea (I)- 5 markah
Huraian (H) – 15 markah (3 huraian x 5 idea)
Bahasa (B) – 4 markah
Impak/Kekesanan (K) – 1 markah
Kehendak Soalan

- Dalam soalan biasanya ada 2 bahagian iaitu penyataan dan soalan/tugasan.
- Justeru, kematangan calon diperlukan untuk memahami penyataan dan apakah kehendak soalan.
- Soalan yang dikemukakan adalah pelbagai untuk menguji kematangan fikiran calon. Oleh itu, calon perlu memahami fokus soalan.
- Kadang kala penyataan berkait dengan soalan dan ada kalanya penyataan hanya menjadi dorongan kepada soalan.
- Maknanya, untuk memahami kehendak soalan, calon perlu menganalisis penyataan sama ada di situ tedapat fokus soalan ataupun tiada.
Hujahan

- Hujahan ialah teknik mengemukakan idea dan hujah.
- Hujahan didapati daripada perenggan 2, 3, 4, 5 dan 6
- Dalam hujahan mesti terdapat idea dan huraian. Idea dan huraian ini mestilah sentiasa menjurus kepada kehendak soalan. Calon perlu sentiasa ingat “i’m answering question” semasa memberikan hujahan.
- Terdapat 2 kaedah memberikan hujah iaitu kaedah deduktif (Idea-Huraian-Contoh) dan kaedah induktif (Huraian-Contoh-Idea).
- Calon digalakkan menggunakan hanya kaedah deduktif kerana lebih jelas iaitu dimulakan dengan idea kemudian diikuti huraian dan seterusnya contoh.
Bahasa & Impak/Kekesanan

- calon sebenarnya telah diberikan 5 markah jika calon menjawab karangan melebihi 350 patah perkataan.
- Jadi, tugas pemeriksa kertas jawapan ialah mengurangkan markah ini sekiranya calon melakukan kesalahan.
- Oleh itu, calon perlu meminimumkan kesalahan bahasa, kesalahan format dan sebagainya.
- Dalam format karangan mesti terdapat 7 perenggan iaitu perenggan 1 – pendahuluan, perenggan 2 hingga 6 – idea dan huraian, dan perenggan 7 – penutup.
- Karangan yang melebihi 400 patah perkataan dianggap telah melakukan kesalahan format kerana perenggan terakhir tidak dikira menjadikan karangan tersebut tiada bahagian penutup.
- calon digalakkan menggunakan ayat yang pendek kerana ayat yang panjang kemungkinan berlaku kesalahan bahasa (panjang ayat yang digalakkan ialah 10 – 15 patah perkataan).
- dalam karangan mesti ada kesinambungan antara perenggan dengan perenggan (penggunaan penanda wacana)
- karangan pengajian am terdiri daripada 7 para yang ada makna, para terdiri daripada ayat-ayat yang ada makna, ayat-ayat terdiri daripada perkataan-perkataan yang ada makna, dan perkataan-perkataan terdiri daripada suku-suku kata.
- binaan ayat dilihat dari segi tatabahasa dan semantiknya.
 Kemahiran Asas Menjawab Soalan Karangan
 Kemahiran 1 – Membezakan soalan Bahagian Kenegaraan dengan Bahagian Kemanusiaan
 Ciri-ciri perbezaan
i. Jenis isu/topik yang dibincangkan
ii. Kedudukan soalan : sama ada Bahagian Kenegaraan atau Bahagian Kemanusiaan
- kadang-kadang bidang yang sama tetapi kedudukan soalan yang berbeza menyebabkan soalan tersebut berbeza.
iii. Isi yang sesuai dengan bahagian berkenaan
- isi-isi yang sesuai untuk bahagian Kenegaraan sahaja
- isi-isi yang sesuai untuk bahagian Kemanusiaan sahaja
- jadi semasa menulis idea, calon perlu menulis apa sahaja idea yang terlintas di fikiran. Kemudian, bezakan idea tersebut sama ada untuk kenegaraan atau kemanusiaan.
- idea Kemanusiaan hanya untuk Kemanusiaan dan idea Kenegaraan hanya untuk Kenegaraan.
- gabungkan beberapa idea yang sama untuk mengelakkan pengulangan idea
- Berikut ialah contoh soalan Kenegaraan
 ”RMK9 telah memfokuskan sektor pertanian sebagai penyumbang ekonomi negara. Oleh itu, kerajaan mengambil beberapa langkah mempergiat sektor ini. Bincangkan”
Isu : sektor pertanian
Fokus : langkah-langkah mempergiat sektor pertanian
Skema : 5+0
KARANGAN KENEGARAAN BERMAKSUD KARANGAN BERKENAAN PENTADBIRAN KERAJAAN, NEGARA BERDAULAT, DEMOKRASI DAN TADBIR URUS NEGARA.
KARANGAN KEMANUSIAAN BERMAKSUD MELIBATKAN FENOMENA MASYARAKAT SECARA UMUM SEPERTI BAHASA, KESENIAN, SOSIO EKONOMI, KESUSASTERAAN, KEMISKINAN DAN SEBAGAINYA. 
Kemahiran 2 – Mengenal pasti jenis-jenis soalan
- terdapat 3 jenis soalan iaitu
1. Soalan Berfokus – perbincangan bertumpu pada satu isu utama yang menjadi fokus perbincangan
2. Soalan Umum – perbincangan bertumpu pada satu persoalan utama yang umum
3. Soalan Gabungan – Gabungan di antara soalan berfokus dengan soalan umum
- fahami fokus soalan
 Kemahiran 3 – Menganalisis kandungan soalan
1. kehendak soalan
2. kata tugas (tugasan soalan)
3. skop jawapan
4. skema jawapan – 5+0, 2+3, 3+2
- fahami dan analisis kata kunci soalan seperti;
1. sejauh manakah, berikan pendapat anda, (maksud: persetujuan tetapi ada batasnya),
2. terangkan pendirian anda (maksud: bersetuju/tidak bersetuju)
3. bincangkan. Ada 3 pendekatan;
- pendekatan 1: pro dan kontra
- pendekatan 2 : pro atau kontra
- pendekatan 3 : memberi penjelasan/huraian)
 Rumusan
- kemahiran yang paling penting ialah
1. Memahami kendak soalan
2. Kemahiran menghujah
- Idea
- Hujahan yang menjawab kehendak soalan
- Contoh (jika ada lebih baik)
3. Akur kepada format
- antara 300 p.p. hingga 350 p.p. Dalam soalan antara 300 hingga 350 patah perkataan tetapi calon boleh menjawab sehingga 400 patah perkataan. Karangan yang kurang 300 patah perkataan akan kurang markah bahasa & Impak/Kekesanan


PUNCA KOS SARA HIDUP MENINGKAT

1.Mengenai isu kos sara hidup rakyat, kerajaan sentiasa berusaha sedaya upaya untuk mencari jalan bagi meringankan beban rakyat.

2.Punca sebenarnya mengapa sesetengah harga barang dan perkhidmatan naik.

3.Pertama sekali, adalah faktor luar yang memberi tekanan terhadap ekonomi negara.

3.1.Apabila harga minyak mentah dunia turun, maka pendapatan Kerajaan akan berkurangan. Dalam konteks ini, dijangka lebih daripada RM30bilion pada tahun hadapan.

3.2.Maka sukarlah untuk kerajaan melakukan campur tangan seperti menambah subsidi.

3.3.Analoginya, sekiranya kita sebagai seorang individu diturunkan atau dikurangkan pendapatannya, maka terbataslah kebolehan dan kemampuan kita untuk berbelanja.

3.4.Samalah dengan kerajaan, terbatas dalam kebolehan serta kemampuan apabila pendapatan negara berkurangan.

4.Kedua, apabila pendapatan negara berkurangan, para pelabur akan menjual Ringgit untuk melabur di negara yang tidak terkesan dengan kejatuhan harga minyak.

4.1.Kesannya, nilai Ringgit kita menguncup menyebabkan harga barangan import menjadi lebih mahal.

4.2.Jika dilihat, trend Ringgit kita hampir selari dengan trend harga minyak.


5.Kerajaan sedang berusaha dengan gigih mencari jalan bagi mengawal harga barang yang naik akibat faktor luaran. Sebagai contohnya, kerajaan telah mengumumkan diskaun-diskaun khas pengangkutan awam baru-baru ini.

TUNTUTAN BERTINDIH DI LAUT CHINA SELATAN

1. Sebagai sebuah negara yang berdaulat, Malaysia berpendirian bahawa sebarang masalah, perbezaan dan pertikaian hendaklah ditangani setelah diselesaikan melalui dialog dan jalan perundingan (peaceful negotiation) termasuk isu Laut China Selatan.

2. Secara umumnya, isu Laut China Selatan melibatkan dua aspek:-
Pertama, keperluan memastikan keamanan, keselamatan dan kestabilan serta kebebasan pelayaran dan penerbangan, atau dengan izin, freedom of navigation and over-flight.
Kedua, tuntutan bertindih melibatkan beberapa buah negara iaitu Brunei Darussalam, Filipina, Malaysia, Vietnam dan China.

3. Justeru, bagi memastikan keamanan, kestabilan dan mengelakkan ketegangan di Laut China Selatan, negara-negara ASEAN dan China telah menandatangani Deklarasi Tatalaku Pihak–pihak Berkepentingan di Laut China Selatan, Declaration on the Conduct of Parties in the South China Sea (DOC) pada 4 November 2002.

4. Melalui DOC, negara-negara ASEAN dan China bertekad untuk melaksanakan usaha–usaha bagi membina dan meningkatkan kesalingpercayaan serta menangani sebarang perbezaan secara rundingan.

5. Pada masa ini, negara-negara ASEAN dan China sedang berusaha untuk mewujudkan Kod Tatalaku di Laut China Selatan, atau Code of Conduct in the South China Sea (COC).

6. Sesungguhnya, pendirian Malaysia berhubung isu Laut China Selatan adalah jelas dan konsisten. Semua negara mestilah memastikan keamanan dan kestabilan, dan sebarang tindakan yang boleh menggugat keamanan dan kestabilan, menimbulkan ketegangan, kebimbangan dan kecurigaan serta bersifat provokatif hendaklah dielakkan.

7 Berhubung tuntutan bertindih di Laut China Selatan, Malaysia berpendirian isu tersebut hendaklah diselesaikan secara aman. Semua tuntutan dan penyelesaiannya mestilah berdasarkan undang-undang antarabangsa termasuklah Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Undang-Undang Laut 1982 atau UNCLOS 1982.

8.Berhubung dengan isu kependudukan serta aktiviti-aktiviti penambakan dan pembinaan yang dilaksanakan oleh China termasuklah pembinaan landasan terbang di Fiery Cross Reef, isu ini tidak melibatkan kawasan maritim Malaysia.

9. Berhubung dengan penghakiman atau Award yang diberikan oleh Tribunal Timbangtara pada 12 Julai 2016 berhubung kes yang dikemukakan oleh Filipina terhadap China, Kerajaan telah mengeluarkan satu kenyataan melalui Kementerian Luar Negeri.

10.Sememangnya, Kerajaan sentiasa memberikan perhatian yang khusus kepada isu Laut China Selatan. Dalam mengendalikan isu Laut China Selatan, Kerajaan menjadikan kepentingan negara sebagai asas utama dalam setiap tindakan yang diambil. Justeru itu, tidak ada sebarang perjanjian dengan mana-mana negara termasuklah Amerika Syarikat dan Australia berhubung dengan isu Laut China Selatan ini.

11.Rondaan, pengawasan, pemantauan dan penguatkuasaan sentiasa dilaksanakan bagi memastikan kepentingan dan keselamatan negara di Laut China Selatan sentiasa terpelihara. Selain itu, usaha-usaha diplomasi di peringkat bilateral serta serantau dan antarabangsa khususnya di bawah kerangka ASEAN terus dilaksana dan dipertingkatkan.

 12.Negara China merupakan negara sahabat dan strategik kepada Malaysia. Hubungan rapat dengan China telah berkembang pesat sejak hubungan diplomatik dibina pada tahun 1974. Umpamanya China merupakan rakan dagang Malaysia yang terbesar serta punca pelaburan dan pelancongan yang sangat penting dan terus meningkat.


13. Justeru, perbezaan pendapat dengan Negara China dalam isu Laut China Selatan tidak seharusnya menghalang hubungan ekonomi dan perniagaan serta hubungan-hubungan lain termasuk bidang pertahanan, yang sewajarnya terus diperkasakan demi kepentingan bersama.

PENCAPAIAN NKRA DAN NKEA

1.Di bawah NKRA Bantuan Rakyat 1 Malaysia atau BR1M, diberikan kepada golongan yang memerlukan sebagai pendekatan yang terbaik kepada Malaysia buat masa ini. Bantuan sebegini telahpun dilaksanakan oleh pelbagai negara dalam berbagai cara dan bermacam nama, seperti bantuan dana pendidikan, bantuan pelan kewangan kesihatan, welfare payment atau pembayaran kebajikan, dan bantuan melalui kupon makanan dan lain-lain lagi.

2. Misalnya, di Indonesia pada 2013, menerusi Program Keluarga Harapan, rakyatnya diberi bantuan tunai, bagi membantu meringankan kos sara hidup akibat pelaksanaan program rasionalisasi subsidi petrol dan diesel. Sejumlah 3.2 juta isi rumah rakyat Indonesia telah dibantu, dengan kos anggaran 700 bilion rupiah bersamaan 200 juta ringgit.

3.Kaedah bantuan di UK pula, adalah menerusi pemberian “setem makanan” dengan menggunakan kad khas untuk tujuan pembelian makanan.

4. Semenjak tahun 2010, sebanyak 161 buah Kedai Rakyat 1Malaysia telah diwujudkan di seluruh negara. Melalui Kedai Rakyat 1Malaysia ini, sebanyak 272 jenis barangan Produk 1 Malaysia, dijual pada harga 15 hingga 30 peratus lebih rendah daripada harga pasaran.

5.Merujuk kepada NKRA Mempertingkatkan Pembangunan Luar Bandar, sebanyak lebih 5 juta rakyat lagi di kawasan luar bandar telah mendapat manfaat berhubung kemudahan yang disediakan seperti jalan raya, bekalan air bersih dan elektrik, sejak tahun 2010. Malah pembinaan jalan sepanjang 60 kilometer yang menghubungkan Pekan Sook ke Kampung Sinua di Keningau, Sabah telah  dibina.

6. Pada perspektif prasarana yang lain, program pembangunan luar bandar juga telah membantu lebih 330 ribu isi rumah untuk menikmati kemudahan bekalan air bersih yang disediakan. Manakala, hampir 130 ribu yang lain kini, dapat menikmati kemudahan bekalan elektrik tanpa gangguan.

7.Bagi NKRA Mempertingkatkan Pengangkutan Awam Bandar pula, usaha untuk menambah baik kemudahan Pengangkutan Awam Bandar telah menunjukkan perubahan positif. Bilangan penumpang berulang alik ke Kuala Lumpur, telah melebihi 455 ribu orang setiap hari terutama pada waktu puncak. Oleh yang demikian, perkhidmatan bas akan ditambah baik dengan pengenalan Bus Rapid Transit atau BRT Sunway Line yang diuruskan oleh Prasarana Malaysia Berhad dan dijangka siap pada bulan Jun 2015.

8. Dalam NKRA berkaitan Mempertingkatkan Taraf Hidup Isi Rumah Berpendapatan Rendah pula, setakat ini hampir 170 ribu orang daripada golongan miskin dapat hidup dengan lebih selesa dengan pelaksanaan program akhiri zaman kemiskinan atau 1AZAM, yang antara lain memberi penekanan kepada pembangunan keupayaan diri dan kemahiran kewangan.

9. Merujuk kepada NKRA Mempastikan Pendidikan Berkualiti, kerajaan telah menyediakan bantuan kepada pelbagai golongan pelajar. Contohnya, lebih 100 juta ringgit sebagai bantuan yuran kepada hampir 130 ribu pelajar pra-sekolah di institusi swasta dan dari golongan isi rumah berpendapatan rendah. Selain itu, bantuan dalam bentuk yuran sekolah berjumlah hampir 7.5 juta ringgit diberikan kepada lebih 3 ribu kanak-kanak yang ditempatkan di pusat penjagaan kanak-kanak swasta.

10. Sekolah Berprestasi Tinggi adalah antara inisiatif GTP yang sedang membuahkan hasil. Pada 2014, 13 sekolah lagi dikenal pasti sebagai SBT, menjadikan jumlah keseluruhannya sebanyak 128 buah. Diharapkan, SBT akan terus melahirkan golongan pelajar yang berketrampilan dan menyerlah dalam semua aspek.

11. Kadar indeks jenayah negara di bawah GTP, telah berjaya dikurangkan sebanyak 40 peratus dalam tempoh 5 tahun yang lepas. Misalannya, bagi tahun 2014 sahaja, kes kecurian kereta telah menurun kepada hampir 20 peratus, pertama kali kita melihat penurunan trend jenayah kecurian kereta, semenjak NKRA ini diperkenalkan.

12. NKRA Membanteras Rasuah pula, Malaysia telah bertambah baik skor Indeks Persepsinya, dan meningkat daripada tangga 44 pada 2010, kepada tangga 52 pada 2014, daripada di kalangan 175 buah Negara.

13.Merujuk kepada NKEA Pemborongan dan Peruncitan, Program Transformasi Peruncit Kecil atau TUKAR telah memberi manfaat kepada hampir 2,000 usahawan runcit melalui peningkatan peluang perniagaan dan kehidupan lebih sempurna sejak pelaksanaanya pada tahun 2011.

14.Pelancongan merupakan penyumbang keenam tertinggi kepada ekonomi Malaysia pada tahun 2014. Tidak hairanlah, ini berikutan penambahan pelancong sebanyak 6.7 peratus yang membawa kepada hampir 28 juta pelancong sempena Tahun Melawat Malaysia 2014.

15.Bagi NKEA Pertanian pula, ia terus dipacu bagi menjamin sumber makanan yang mencukupi untuk rakyat serta aspek jaminan keselamatan bagi makanan negara. NKEA ini juga memainkan peranan penting sebagai pemudah cara untuk terus mengupayakan syarikat-syarikat besar di samping memperkasakan pengusaha kecil-kecilan di dalam bidang ekonomi ini.


16.Antara kejayaan penting yang telah dikecapi oleh NKEA adalah, kemajuan inisiatif Produk Herba Bernilai Tinggi. Hasil penyelidikan terhadap kegunaan komersil sesuatu herba yang dilanjutkan kepada ujian praklinikal atau klinikal, mampu melonjakkan nilai produk herba tersebut. Sebagai contoh, ekstrak herba Tongkat Ali setelah proses piawaian, mampu mencecah harga 2,800 ringgit sekilo berbanding dengan harga Tongkat Ali yang mentah pada harga hanya 2 ringgit sekilo. Begitu jauh beza harganya dan hal ini cukup menakjubkan!

PEMANDU

1. Antara inisiatif utama Kerajaan sejak September 2009, ialah menubuhkan Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan atau ringkasnya PEMANDU, di bawah seliaan Jabatan Perdana Menteri.
2.Tujuan utama dan objektif PEMANDU di bawah lembayung Dasar Transformasi Nasional atau DTN, adalah menyelia pelaksanaan, menilai kemajuan, memudahcara serta menyokong penyampaian dan memacu kemajuan Program Transformasi Kerajaan serta Program Transformasi Ekonomi.
3.Hal ini semua dilaksanakan untuk menjadikan Malaysia sebuah negara High Income Advanced Economy, menjelang fajar 2020 atau lebih awal dari itu.
4.PEMANDU diwujudkan sebagai penyelaras untuk membantu semua kementerian. Dalam kata lain, PEMANDU tidak bekerja sendirian. Akan tetapi, sebagai fasilitator atau pemudahcara dalam mengatur dan menyusun perlaksanaan program-program transformasi kerajaan, beriring dengan tanggungjawab kementerian-kementerian.
5. Ertinya, secara keseluruhan, PEMANDU ialah sebuah unit yang mengawasi KPI dan piawai kerja Menteri, Kementerian juga Agensi-Agensi Kerajaan berkaitan.
6.Berdasarkan laporan PEMANDU, prestasi para Menteri akan dibentangkan, dinilai dan dibuat semakan sebanyak 2 kali setahun. Hal ini bererti, para Menteri juga tertakluk kepada report card masing-masing sebagai penentu KPI mereka.
7.Warga PEMANDU terdiri daripada gabungan bakat dan kebolehan daripada GLC, pihak swasta dan pegawai kerajaan. Hasilnya, dalam tempoh hanya lima tahun, pelaksanaan metodologi Big Fast Results di dalam GTP dan ETP oleh PEMANDU bagi mentransformasi Malaysia, turut berjaya menarik perhatian dunia.
8. Contohnya, negara Tanzania kini mengguna pakai model dan khidmat konsultansi PEMANDU dalam merencanakan agenda pembangunan di negara itu. Manakala, Negara-negara lain seperti Afrika Selatan dan India kini sedang menilai untuk juga menggunapakai khidmat PEMANDU.
9.Dua orang penyelidik Bank Dunia, iaitu Profesor Charles Sabel dan Luke Jordan menerbitkan satu kertas kajian bertajuk Doing, Learning, Being: A Study of Malaysia’s Transformation Program yang mengandungi perakuan mereka tentang keberhasilan transformasi sebenar di Malaysia.

10. PEMANDU juga telah dipilih sebagai salah satu daripada 20 Pasukan Inovasi Kerajaan yang terbaik di peringkat antarabangsa oleh NESTA, iaitu sebuah badan inovasi di UK dan Bloomberg Philanthropies pada tahun 2014.

Monday 17 October 2016

SISTEM KEHAKIMAN MALAYSIA

SISTEM KEHAKIMAN MALAYSIA

1.      PENGENALAN
1.1              Sistem pemerintahan Malaysia boleh dibahagikan kepada 3 bahagian utama iaitu perundangan, pentadbiran dan kehakiman.
1.2              Fungsi utama kehakiman adalah menjalankan pentadbiran secara adil dan saksama di Malaysia.
1.3              Badan kehakiman merupakan badan bebas daripada pengaruh eksekutif.
1.4              Ketua bidang kehakiman adalah Ketua Hakim Negara dan ketua pendaftar/pejabat pendaftaran  sebagai Ketua Pendaftaran Mahkamah.

2.      FUNGSI KEHAKIMAN
-          Memastikan keadilan secara saksama
-          Menyelesaikan pertikaian individu dengan individu dan individu dengan kerajaan
-          Memutuskan sama ada mereka yang didakwa bersalah atau tidak berdasarkan bukti yang dikemukakan.
-          Mentafsir sesuatu undang2
-          Membatalkan mana2 undang2 yang bercanggah dengan perlembagaan
-          Mengistihar tindakan kerajaan tidak sah sekiranya bercanggah dengan perlembagaan
-          Memelihara hak kewarganegaraan daripada pencabulan pihak kerajaan

3.      SISTEM KEHAKIMAN

3.1              PENTADBIRAN KEHAKIMAN
·         YDPA – ketua Negara & mengetuai badan kehakiman.
·         Ketua Kehakiman – Ketua Hakim Negara Mahkamah Persekutuan
·         Ketua Pendaftar/ Ketua Pendaftaran / Pejabat Pendaftaran;
-          Mengendalikan keadilan dan pentadbiran di mahkamah
-          Ketua – Ketua Pendaftar
-       Ketua Pendaftar di bantu oleh;
-  Pendaftar Mahkamah Rayuan.
-    Pendaftar Mahkamah Tinggi Malaya.
-    Pendaftar Mahkamah Tinggi Sabah & Sarawak.
-    Pegawai2 lain.

3.2              PELANTIKAN
·         Pelantikan oleh YDPA atas nasihat PM selepas berunding dengan Majlis Raja2 untuk melantik 6 jawatan hakim-hakim.
·         Perlantikan Hakim Besar Makhamah Tinggi Sabah dan Sarawak, PM berunding dengan Ketua Menteri Sabah & Sarawak.
·         Hakim di Mahkamah Majistret di lantik oleh Raja/YDP Negeri atas nasihat Hakim Besar negeri berkenaan.
·         Jumlah hakim di satu peringkat mahkamah akan ditentukan oleh YDPA.

3.3              PEMECATAN / PENAMATAN
·         Boleh ditamatkan melalui 2 cara;
-             Meletakan jawatan
-             Dilucutkan jawatan
·         Sebab yang membolehkan seorang hakim dipecat;
-             Lemah anggota badan
-             Tidak berkelakuan baik
-             Tidak sempurna akal
-             Melanggar Kod Etika Hakim 1994
·         YDPA memerlukan syor-syor sebuah tribunal untuk memecat jawatan hakim Mahkamah Persekutuan, Rayuan dan Tinggi.
·         Ahli tribunal dipilih oleh PM melalui pandangan Ketua Hakim Negara dan kemudian dilantik oleh YDPA.
·         Semasa menunggu laporan tribunal YDPA boleh menggantung tugas hakim;
-             Hakim Mahkamah Persekutuan atas syor PM
-             Hakim Besar selepas berunding dgn Ketua Hakim Negara
-             Hakim Mahkamah Tinggi selepas berunding dgn Ketua Hakim Mahkamah Tinggi

4.      KEBEBASAN KEHAKIMAN
4.1              Tujuannya untuk memastikan badan kehakiman dapat melaksanakan tugas kehakiman dengan adil.
4.2               Supaya badan kehakiman bebas dari kawalan oleh badan perundangan dan eksekutif.
4.3               Kelakuan hakim Mahkamah Persekutuan, Rayuan atau Tinggi tidak boleh dibincangkan dalam parlimen kecuali sokongan ¼ ahli dewan . tidak boleh sama sekali dibincangkan dalam Dewan Undangan Negeri.
4.4              Hakim Mahkamah Persekutuan, Rayuan atau Tinggi tidak boleh dilucutkan jawatannya sebelum mencapai umur 65 tahun.
4.5              Hakim boleh dilucutkan jawatanya atas syor tribunal (perkara 125 (3) Perlembagaan Persekutuan)

5.      TRIBUNAL
5.1              Maksudnya – satu lembaga yang terdiri daripada pegawai2 yang dilantik untuk menyiasat sesuatu isu yang ditetapkan.
5.2              Ketua: - diketuai oleh Ketua Hakim Negara dan Hakim Mahkamah Persekutuan mengikut keutamaan berdasarkan tarikh pelantikan.
5.3              Ahli tribunal; - lebih 5 orang hakim Mahkamah Persekutuan atau Mahkamah Tinggi dan bekas hakim Malaysia atau jawatan yang setaraf di mana-mana kawasan Komanwel.
5.4              Sahingga keputusan tribunal diterima, seorang hakim boleh digantung tugasnya.

Mahkamah Atasan

a. Mahkamah Persekutuan
Mahkamah Persekutuan merupakan mahkamah tertinggi di Malaysia. Mahkamah Persekutuan boleh membicarakan semua rayuan kes sivil yang diputuskan oleh Mahkamah Rayuan jika Mahkamah Persekutuan memberikan kebenaran untuk berbuat demikian. Mahkamah ini juga membicarakan rayuan-rayuan kes jenayah daripada Mahkamah Rayuan yang berkait dengan kes yang dibicarakan oleh Mahkamah Tinggi dalam bidang kuasa aslinya, iaitu kes-kes yang bukan dirayu berdasarkan keputusan Mahkamah-mahkamah Bawahan.


b.Mahkamah Rayuan
Mahkamah Rayuan umumnya membicarakan semua kes rayuan sivil terhadap keputusan Mahkamah Tinggi, kecuali perintah atau keputusan mahkamah yang dibuat melalui persetujuan. Untuk kes-kes yang melibatkan:
• tuntutan melebihi RM10000
• keputusan mahkamah atau perintah yang berkait dengan kos sahaja;
• rayuan yang berkenaan dengan keputusan hakim dalam kamar bicara terhadap saman interplider tentang fakta-fakta yang tidak dipertikaikan;
kebenaran Mahkamah Rayuan harus diperoleh lebih dahulu.
Mahkamah Rayuan juga membicarakan rayuan-rayuan keputusan kes jenayah Mahkamah Tinggi.

c.Mahkamah Tinggi
Mahkamah Tinggi mempunyai bidang kuasa penyeliaan dan pengubahan keputusan semua Mahkamah Bawahan, serta juga bidang kuasa untuk membicarakan semua rayuan daripada Mahkamah Bawahan, baik kes sivil mahupun kes jenayah.
Mahkamah Tinggi mempunyai bidang kuasa sivil yang tidak terhad, dan umumnya membicarakan kes-kes yang tuntutannya melebihi RM1000, selain daripada kes-kes yang melibatkan kemalangan kenderaan bermotor, penderitaan, dan pertikaian antara tuan rumah dan penyewa. Mahkamah ini juga membicarakan kes-kes yang berkait dengan:
• kesahan atau pembubaran perkahwinan (perceraian) dan perkara-perkara suami isteri;
• kemuflisan dan perkara-perkara berkait dengan penggulungan syarikat;
• penjagaan kanak-kanak;
• pemberian kenyataan sah wasiat, wasiat, dan surat kuasa mentadbir estet;
• injunksi, pelaksanaan tertentu (specific performance), atau pembatalan kontrak;
• kesahan individu.
Mahkamah Tinggi mempunyai bidang kuasa yang tidak terhad terhadap semua kes jenayah selain daripada perkara-perkara yang melibatkan undang-undang Islam.
Kes-kes dibicarakan oleh seorang hakim yang tunggal di dalam Mahkamah Tinggi, atau oleh seorang pesuruhjaya kehakiman. Sedangkan hakim-hakim Mahkamah Tinggi diberikan perlindungan jawatan (sila lihat Krisis Perlembagaan Malaysia 1988), para pesuruhjaya kehakiman dilantik untuk penggal dua tahun dan tidak menerima perlindungan yang sama di bawah Perlembagaan.

Mahkamah Bawahan
Mahkamah Majistret dan Mahkamah Sesyen di Malaysia mempunyai bidang kuasa untuk membicarakan kedua-dua kes jenayah dan sivil.

a.Mahkamah Sesyen
Agak serupa dengan Mahkamah Sesyen Suku di England, Mahkamah Sesyen Malaysia mempunyai bidang kuasa untuk membicarakan kesalahan-kesalahan yang tidak melibatkan hukuman mati. Mahkamah-mahkamah ini dipengerusikan oleh hakim-hakim Mahkamah Sesyen (dahulunya Presiden Mahkamah Sesyen).
Mahkamah Sesyen juga membicarakan semua kes sivil yang tuntutannya melebihi RM25,000 tetapi tidak melebihi RM250,000, kecuali kes-kes yang melibatkan kemalangan kenderaan bermotor, penderitaan, dan kes-kes antara tuan rumah dan penyewa yang mahkamah ini mempunyai bidang kuasa yang tidak terhad.

b.Mahkamah Majistret
Para majistret terbahagi kepada Majistret Kelas Pertama dan Kelas Kedua, dengan Majistret Kelas Pertama mempunyai kelayakan yang sah serta kuasa yang lebih besar. Majistret Kelas Kedua kini biasanya tidak dilantik.
Mahkamah Majistret membicarakan semua kes sivil yang tuntutannya tidak melebihi RM25,000. Mahkamah Majistret Kelas Pertama umumnya mempunyai kuasa untuk membicarakan semua kesalahan jenayah yang hukumannya tidak melebihi 10 tahun atau yang melibatkan hukuman denda sahaja, tetapi boleh mengenakan hukuman yang tidak melebihi lima tahun pemenjaraan, denda sehingga RM10,000 dan/atau hukuman merotan sebanyak 12 kali.
Mahkamah Majistret juga membicarakan rayuan-rayuan daripada Mahkamah Penghulu.

c.Mahkamah lain
Mahkamah Penghulu mempunyai bidang kuasa untuk membicarakan semua kes sivil yang tuntutannya tidak melebihi RM50, jika pihak-pihak yang berkenaan berbangsa Asia dan memahami bahasa Melayu.
Bidang kuasa jenayah terhad kepada kesalahan-kesalahan kecil yang dituduh terhadap seorang berbangsa Asia yang ditetapkan khas dalam warannya yang hukuman denda tidak melebihi RM25.
Mahkamah Penghulu tidak wujud di Sabah dan Sarawak, sebaliknya kedua-dua negeri ini mempunyai Mahkamah Orang Asli yang mempunyai bidang kuasa terhadap semua perkara-perkara awam yang berkenaan dengan adat dan undang-undang orang asli
Terdapat juga Mahkamah Juvenil untuk kes-kes yang melibatkan orang-orang bawah umur.

d.Mahkamah Syariah
Rencana utama: Mahkamah Syariah di Malaysia
Terdapat sebuah sistem selari Mahkamah Syariah negeri yang mempunyai bidang kuasa yang terhad terhadap undang-undang Islam (syariah) negeri. Mahkamah-mahkamah Syariah hanya mempunyai bidang kuasa terhadap perkara-perkara yang melibatkan orang Islam, dan umumnya tidak boleh mengenakan hukuman melebihi tiga tahun pemenjaraan, denda melebihi RM5,000, dan/atau hukuman merotan melebihi enam kali.

1.       Mengapakah mahkamah penghulu tidak wujud di Sabah dan Sarawak?
2.       Mahkamah manakah yang boleh mendengar rayuan daripada Mahkamah Penghulu?
3.       Bagaimanakah seseorang hakim dipecat?
4.       Siapakah melantik kesemua hakim secara rasmi di Malaysia?
5.       Siapakah pentadbir mahkamah?
6.       Apakah fungsi utama badan kehakiman di Malaysia?
7.       Apakah yang dimaksudkan dengan mahkamah juvana?
8.       Apakah beza antara nilai kes dan nilai hukuman?
9.       Apakah fungsi Tribunal Perumahan dan  Tribunal Pengguna yang menggantikan fungsi mahkamah?
10.    Siapakah yang layak dilantik sebagai majistert kelas pertama?
11.    Nyatakan beza antara pesuruhjaya kehakiman dan hakim?
12.    Apakah maksud bidang kuasa asal(asli) dengan bidang kuasa rayuan?
13.    Nyatakan perkara-perkara yang menjadi sivil dan jenayah Islam?
14.    Siapakah yang mendengar rayuan bagi kes-kes yang diputuskan dlam Mahkamah Syariah Rayuan?
15.    Majlis negeri manakah yang mengendalikan Mahkmah Syariah?
16.    Mengapakah mahkamah Syariah bukan urusan kerajaan pusat?
17.    Apakah maksud kebebasan kehakiman?

Oleh: Dr.R.Dhanapal/Kelas Bimbingan PA