Friday, 21 October 2016

PEMANDU

1. Antara inisiatif utama Kerajaan sejak September 2009, ialah menubuhkan Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan atau ringkasnya PEMANDU, di bawah seliaan Jabatan Perdana Menteri.
2.Tujuan utama dan objektif PEMANDU di bawah lembayung Dasar Transformasi Nasional atau DTN, adalah menyelia pelaksanaan, menilai kemajuan, memudahcara serta menyokong penyampaian dan memacu kemajuan Program Transformasi Kerajaan serta Program Transformasi Ekonomi.
3.Hal ini semua dilaksanakan untuk menjadikan Malaysia sebuah negara High Income Advanced Economy, menjelang fajar 2020 atau lebih awal dari itu.
4.PEMANDU diwujudkan sebagai penyelaras untuk membantu semua kementerian. Dalam kata lain, PEMANDU tidak bekerja sendirian. Akan tetapi, sebagai fasilitator atau pemudahcara dalam mengatur dan menyusun perlaksanaan program-program transformasi kerajaan, beriring dengan tanggungjawab kementerian-kementerian.
5. Ertinya, secara keseluruhan, PEMANDU ialah sebuah unit yang mengawasi KPI dan piawai kerja Menteri, Kementerian juga Agensi-Agensi Kerajaan berkaitan.
6.Berdasarkan laporan PEMANDU, prestasi para Menteri akan dibentangkan, dinilai dan dibuat semakan sebanyak 2 kali setahun. Hal ini bererti, para Menteri juga tertakluk kepada report card masing-masing sebagai penentu KPI mereka.
7.Warga PEMANDU terdiri daripada gabungan bakat dan kebolehan daripada GLC, pihak swasta dan pegawai kerajaan. Hasilnya, dalam tempoh hanya lima tahun, pelaksanaan metodologi Big Fast Results di dalam GTP dan ETP oleh PEMANDU bagi mentransformasi Malaysia, turut berjaya menarik perhatian dunia.
8. Contohnya, negara Tanzania kini mengguna pakai model dan khidmat konsultansi PEMANDU dalam merencanakan agenda pembangunan di negara itu. Manakala, Negara-negara lain seperti Afrika Selatan dan India kini sedang menilai untuk juga menggunapakai khidmat PEMANDU.
9.Dua orang penyelidik Bank Dunia, iaitu Profesor Charles Sabel dan Luke Jordan menerbitkan satu kertas kajian bertajuk Doing, Learning, Being: A Study of Malaysia’s Transformation Program yang mengandungi perakuan mereka tentang keberhasilan transformasi sebenar di Malaysia.

10. PEMANDU juga telah dipilih sebagai salah satu daripada 20 Pasukan Inovasi Kerajaan yang terbaik di peringkat antarabangsa oleh NESTA, iaitu sebuah badan inovasi di UK dan Bloomberg Philanthropies pada tahun 2014.

No comments:

Post a Comment