Thursday 14 April 2016

Pengenalan dan Huraian Idea Dalam Karangan

KARANGAN
Di bawah ini saya membantu pelajar menulis contoh pengenalan dan huraian idea . Ikut contoh-contoh ini dalam peperiksaan nanti

1.Kerajaan telah mengambil beberapa usaha untuk menajdikan rakyat Malaysia menjadi sumber tenaga yang kompeten dan berdaya saing. Bincangkan.

1. KEHENDAKNYA: 5+0. SEMUA IDEA ADALAH USAHA
Pengenalan
Sumber manusia tonggak utama kemajuan sesebuah negara. Oleh itu usaha ke arahnya perlu diambil
Ideanya : menyediakan kursus dan latihan
-latihan berterusan disediakan oleh agensi terlibat
-kursus akan menggilap bakat dan potensi pekerja
-pelbagai idea baru yg inovatif dan kreatif perlu diberikan

2. Dalam mencapai status negara maju, negara terpaksa menghadapi pelbagai cabaran. Huraikan/Bincangkan/Jelaskan cabaran-cabaran tersebut.

KEHENDAKNYA : 5+0 Semuanya cabaran-Ingat bukan cabaran dalam W2020
Pengenalan
Malaysia mengorak pelbagai langkah ke arah negara maju. Namun pelbagai cabaran menjadi kekangannya
Ideanya: Ketaksamaan dalam agihan ekonomi/kekayaan negara
-masih terdapat jurang yang luas antara rakyat yang berada dengan tidak berada
-golongan berpendapatan sederhana dan tinggi monopoli semua peluang ekonomi yang ada seperti memiliki rumah dan harta
-golongan miskin terus dihimpit kemiskinan dan terpinggir dalam arus pemodenan

3. Rukun Negara telah dibentuk agar semua rakyat menghayati dan mengakurinya. Namun terdapat segelintir masyarakat meminggirkan prinsip Rukun Negara ini. Bincangkan.

Kehendak soalan ; 2+3
-RN SEBAGAI IDEOLOGI NEGARA
-MENGAPAKAH PRINSIP INI DIPINGGIRKAN
Pengenalan
Setiap rakyat perlu mendukung RN sebagai ideologi negara. Bagaimanapun terdapat juga segelintir tidak mempedulikan prinsip-prinsip tersebut
Ideanya : RN menekankan betapa pentingnya kita menghormati perlembagaan
-Prinsip ini menekan perlunya rakyat menerima, mematuhi dan pertahankan PN
-memberi perlindungan kepada setiap rakyat negara ini mengenai hak dan keistimewaan mereka sebagai warganegara.
-sumber perundangan yang tertinggi


Panduan Menjawab Soalan Struktur

1.Jelaskan dua dasar negara yang menyatukan perpaduan
1.dasar pendidikan – falsafah pendidikan kebangsaan
2) akta bahasa kebangsaan- perkara 152 perlembagaan persekutuan tanah melayu.
3) dasar kebudayaan kebangsaan
4) sukan alat perpaduan

2. Bagaimana pendidikan boleh membentuk perpaduan
1) Sistem persekolahan yang sama bagi semua
2) Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama.
3) Kurikulum yang sama
4) Sukatan pelajaran yang seragam
5) Peperiksaan yang seragam


3.Apakah ciri-ciri yang ditekankan dalam Wawasan 2020
1. negara industri maju dengan acuan tersendiri - setanding negara-negara maju dunia.
2. kemajuan bersepadu.- perpaduan rakyat, kestabilan politik,
3.ketinggian taraf hidup, kekukuhan nilai moral & etika,
4.kekukuhan sistem kerajaan, ketinggian maruah bangsa
serta semangat keyakinan bangsa.

4.Apakah pendekatan yang dilaksanakan oleh kerajaan untuk mencapai W2020
1.pembentukan sebuah negara bangsa
2.membentuk negara perindustrian
3.Keadilan ekonomi dan sosial
4.membentuk masyarakat bermoral dan beretika
5. melahirkan modal insan kelas pertama
6.menjadikan Malaysia sebagai destinasi pelaburan antarabangsa
7.mewujudkan persekitaran kondusif

5. Nyatakan dua kepentingan prinsip keluhuran perlembagaan yang terkandung dalam Rukun Negara
1.memberi perlindungan kepada setiap rakyat negara ini akan hak dan keistimewaan mereka sebagai warganegara.
2.sumber rujukan bagi segala hal yang berkaitan denga sistem pemerintahan, perundangan, kedudukan dan hak sosio-ekonomi rakyat.

6. Apakah petunjuk-petunjuk NKRA-petunjuk maksudnya apakah pencapaian KPI bagi setiap agensi yg terlibat dalam bidang berikut:
1.mengurangkan jenayah
2 membanteras rasuah
3 menyediakan akses prasekolah yang berkualiti dan kemampuan
4  meningkatkan kualiti hidup rakyat berpendapatan rendah
5 memperkasa prasana luar Bandar
6 membaiki kemudahan pengangkutan awam

NKEA (12 bidang utama) dan NKRA (6 bidang utama)adalah dirujuk kepada penumpuan serta pelaksanaan projek dan program-program pembangunan tertentu oleh agensi-agensi kerajaan berdasarkan keperluan, harapan dan keutamaan rakyat.

Kedua-dua ini sebagai bidang tumpuan dan KPI pula sebagai kayu pengukur prestasi agensi pelaksana


FOKUS PENGGAL 2/ 2016

Pelajar-pelajar diminta memberi fokus terhadap tajuk-tajuk berikut. Ini cuma pandangan peribadi penulis. Pada masa yang sama ulangkaji juga tajuk-tajuk lain. Peperiksaan Penggal 2 akan bermula 18 Mei 2016.
1. Wawasan  2020. Tajuk ini memang popular dalam Penggal 2 Pengajian Am. Bagaimanapun saya menasihatkan pelajar supaya jangan sekadar menghafal 9 cabaran tersebut sahaja. Malah perhatian perlu diberi kepada elemen-elemen seperti perpaduan dengan W2020, pembentukan akhlak dengan W2020, strategi memajukan negara dengan W2020, melahirkan masyarakat penyayang dengan W2020 dan sebagainya. Maksud saya ialah soalan-soalan boleh dikemukakan dengan membandingkan isu-isu negara dengan W2020.

2. Rukun Negara- juga merupakan satu lagi topik penting. RN perlu dikaitkan dengan perpaduan, kesetiaan rakyat kepada negara dan raja, menghormati perlembagaan, melahirkan masyarakt yang soapan dan susila (STPM 2014)  dan sebagainya. Dalam konteks ini pelajar jangan sekadar menghafal 5 prinsip RN sahaja. Sebaliknya perincikan lagi prinsip-prinsip ini. Untuk membantu anda, saya sudah masukkan dalam blog saya di bawah tajuk Rukun Negara. Sila baca dengan teliti.

3. Dasar-dasar Ekonomi- Kesemua dasar ekonomi Malaysia membantu mengurangkan kadar kemiskian dan menyatukan rakyat berbilang kaum. Selain itu baca juga dasar-dasar yang membantu negara mencapai status negara maju seperti Model Ekonomi Baru dan Rancangan Malaysia Ke-11

4. Di bawah pimpinan YAB Dato Seri Najib Abdul Razak, PM Malaysia telah memperkenalkan GTP, ETP, NKRA, NKEA dan KPI. Kesemua istilah ini perlu diberi perhatian oleh pelajar. Nota mengenainya sudah saya masukkan dalam blog saya. Sila baca. NKRA mengenal pasti 6 bidang utama dan NKEA pula mengenal pasti 12 bidang utama. Beberapa agensi telah diamanahkan untuk melaksanakan bidang-bidang ini. Apakah kemajuan yang telah dicapai oleh agensi-agensi tersebut. Itulah dinamakan KPI. Soalan mengenai KPI sukar ditanya kerana KPI sentiasa berubah-ubah. KPI biasanya dalam bentuk perangkaan  sepeti berapa % kadar kemisikina dikurangkan dan berapa kes jenayah dapat dikurangkan dan sebagainya. Mustahil bagi pelajar untuk menghafal semua. Oleh itu tolong hafal bidang-bidang NKRA dan NKEA sahaja. NKRA membantu GTP (Pelan Transformasi Kerajaan) dan NKEA membantu ETP (Pelan Transformasi Ekonomi)

Jadi sebelum melangkah masuk ke dewan peperiksaan sila beri perhatian kepada tajuk-tajuk di atas. Ingat tajuk-tajuk ini juga akan banyak membantu anda dalam karangan. Jadi tidak rugi jika anda menelaahnya.

Dalam entri akan datang saya akan menulis tentang teknik menentukan graf dan cara menjawab soalan struktur.

Monday 11 April 2016

PERPADUAN MALAYSIA

Perpaduan ialah satu proses yang menyatupadukan anggota masyarakat dan negara keseluruhannya melalui ideologi negara supaya tiap-tiap anggota masyarakat dapat membentuk satu identiti dan nilai bersama serta satu perasaan kebangsaan bersama di kalangan mereka.
Perpaduan memainkan peranan penting dalam memacu kestabilan & kemajuan negara. Sejak merdeka lagi, kerajaan telah memupuk semangat perpaduan dalam memakmurkan negara kita. Pelbagai dasar telah dijalankan untuk mencapai proses perpaduan ini. Tanpa perpaduan, kemajuan negara yang ingin dicapai untuk Wawasan 2020 tidak mungkin akan menjadi kenyataan kerana kerjasama diperlukan untuk menjana kemajuan.
DASAR PERPADUAN
Dalam membentuk perpaduan kaum, kerajaan perlu menjalankan dasar perpaduan supaya rakyat Malaysia menjadikan dasar ini sebagai pegangan mereka dalam mencapai perpaduan kaum yang harmoni. Dasar perpaduan boleh dicapai melalui dua cara iaitu:
1) Integrasi
Integrasi merupakan satu proses bagi mewujudkan satu identiti nasional di kalangan kumpulan-kumpulan yang terpisah dari segi kebudayaan, sosial dan lokasi dalam sesebuah unit politik.
2) Asimilasi.
Manakala asimilasi pula ialah satu proses bagaimana kumpulan-kumpulan minoriti diasimilasikan melalui perkahwinan campur dan sebagainya ke dalam kumpulan etnik yang lebih besar.
DASAR-DASAR KERAJAAN DALAM MEMBENTUK PERPADUAN
1) DASAR PENDIDIKAN – FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
2) AKTA BAHASA KEBANGSAAN- Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu.
3) DASAR KEBUDAYAAN KEBANGSAAN
4) SUKAN ALAT PERPADUAN
DASAR PENDIDIKAN: Sistem pendidikan yang berbeza.
-Punca masalah perpaduan-
1) Jika kita lihat pada zaman British dahulu, sistem pendidikan kita berpandukan dasar pendidikan British pada abad ke-19. Sistem ini hanya dijalankan di Negeri-negeri Selat (Melaka, Pulau Pinang & Singapura). Negara kita dahulu terikat dengan pendidikan yang dijalankan oleh penjajah iaitu British yang mementingkan pendidikan untuk kepentingan mereka sendiri.

2) Pada zaman itu, pihak British memberi keutamaan kepada pelajaran Melayu dan Inggeris. Pendidikan untuk orang Melayu diberikan untuk diberi jawatan rendah kerajaan sama ada sebagai kerani atau guru. Pendidikan Cina dan Tamil dibiarkan berkembang secara sendirian. Pendidikan ini dikenali sebagai pendidikan vernakular.
3) Pendidikan kaum Cina menggunakan bahasa Mandarin sebagai bahasa pengantar, gurunya & buku teks didatangkan dari China. Mereka mempunyai sistem pendidikan yang tersendiri.
4) Pendidikan kaum India menggunakan bahasa Tamil sebagai bahasa pengantar di sekolah. Kebanyakan sekolah Tamil ini terletak di kawasan ladang getah atau kopi.
5) Sekolah Inggeris pula dianggap sistem persekolahan yang unggul pada zaman penjajahan British. Sekolah ini terdedah dengan budaya pemikiran Barat. Tambahan pula, sukatan pembelajaran pelajaran juga tidak sama dengan sistem pendidikan sekolah lain menyebabkan perpecahan perpaduan kaum berlaku.
Jelas sekali bahawa British sengaja mengasingkan sistem pendidikan antara semua kaum supaya perpaduan kaum tidak berlaku. Jika perpaduan kaum berlaku, akan wujud kesedaran berpolitik antara kaum dan sekali gus menggugat penjajahan British di Tanah Melayu. Pihak Inggeris tidak memberatkan objektif perpaduan dalam sistem pelajarannya. Tidak ada satu dasar pendidikan kebangsaan sepertimana yang kita lihat hari ini. Yang penting bagi mereka ialah memberi pelajaran kepada segolongan rakyat untuk membolehkan sebahagian mereka memenuhi keperluan tenaga dan ekonomi. Kesimpulannya, perbezaan sistem pendidikan menyebabkan perpaduan kaum sukar wujud suatu ketika dahulu.
DASAR PENDIDIKAN: PENENTU PERPADUAN KAUM.
Dasar pendidikan kerajaan yang mentadbir penting dalam membentuk perpaduan kaum di negara kita. Bermula dengan Laporan Barnes ketika zaman penjajahan British dahulu sehinggalah ke Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang dijalankan kini. Berikut telah saya sediakan kronologi dasar-dasar pendidikan kerajaan sejak dahulu:
1) Pada peringkat permulaan, kerajaan British telah memperkenalkan Laporan Barnes pada 1950 sebelum negara ini ingin mencapai kemerdekaan. Tujuannya ialah supaya Tanah Melayu boleh berkerajaan sendiri dengan perpaduan kaum yang berlaku. Tambahan pula, tentangan kuat komunis pada masa itu menyebabkan British khuatir kaum-kaum di negara ini akan terpengaruh dengan komunis sekali gus menyebabkan huru-hara. Laporan Barnes mencadangkan bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa pengantar pada peringkat sekolah rendah serta bahasa Inggeris pada peringkat sekolah menengah & peringkat yang lebih tinggi. Cadangan ini diharapkan dapat merapatkan jurang komunikasi antara kaum serta merapatkan hubungan mereka.

2) Masyarakat Cina menentang cadangan ini kerana dikatakan menggugat bahasa ibunda mereka. Masyarakat Cina mencadangkan Laporan Fenn-Wu supaya sekolah vernakular Cina dikekalkan walaupun mereka bersetuju dengan sistem pendidikan kebangsaan.
3) Ordinan Pelajaran 1952 kemudiannya diperkenalkan dengan mengambil kira kedua-dua laporan di atas. Walau bagaimanapun, ordinan ini tak dapat dijalankan kerana tentangan masyarakat Cina & India, kekurangan kewangan & ancaman komunis.
4) Selepas itu, kerajaan yang dipelopori penduduk Tanah Melayu, Parti Perikatan telah memperkenalkan Penyata Razak 1956 dengan mengemukakan sistem persekolahan yang sama & penyeragaman kurikulum yang bercorak kebangsaan. Penyata ini bertujuan menyuburkan semangat perpaduan kaum.
5) Kemudian, Laporan Rahman Talib diperkenalkan yang menekankan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan & ia menjadi Akta Pelajaran 1961. Jawatankuasa Kabinet telah mengkaji keberkesanan sistem pendidikan serta mempertingkatkan kualitinya dengan pelaksanaan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) & Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM).
6) Jika kita lihat pada sistem pendidikan kini, kerajaan telah melaksanakan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menjadi pelengkap kepada Dasar Pendidikan Kebangsaan. Dasar ini penting dalam memupuk perpaduan kaum & integrasi nasional.
Sebagai intiha, dasar pendidikan yang kerajaan jalankan menitikberatkan dasar dalam membentuk perpaduan. Sebagaimana yang dinyatakan sebelum ini & kajian sejarah yang diperoleh, DASAR PENDIDIKAN MEMBENTUK PERPADUAN KAUM.
BAGAIMANA PENDIDIKAN BOLEH MEMBENTUK PERPADUAN
Persoalan besar yang dihadapi para pemimpin dan pendidik selepas Perang dunia Kedua ialah mencari formula untuk melahirkan satu masyarakat Malaysia yang bersatu padu, yakni masyarakat majmuk yang mempunyai keazaman, kesanggupan dan kesediaan untuk hidup bersama dengan rukun dan damai serta mempunyai kesedaran, keperibadian dan nilai-nilai sebagai rakyat Malaysia.
Satu cara yang penting untuk mewujudkan perpaduan di dalam sesebuah negara ialah menerusi pendidikan. Dalam konteks Malaysia, hakikat bahawa pendidikan merupakan faktor unggul dalam membina kerakyatan yang tunggal telah lama disedari. Berikut merupakan cara bagaimana sistem pendidikan boleh membentuk perpaduan:
1) Sistem persekolahan yang sama bagi semua
Pada asasnya Laporan Razak mencadangkan penubuhan sekolah-sekolah umum yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa penghantarnya dan sekolah-sekolah jenis umum menggunakan bahasa pengantar Cina, Tamil dan Inggeris. Kepentingan bahasa Melayu sebagai bahasa untuk perpaduan jelas dinyatakan. Laporan ini telah menjadi rujukan sebagai dasar pendidikan kerajaan sehingga kini & bahasa Melayu telah menjadi bahasa pengantar di semua peringkat sekolah.

2) Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama.
Cara paling penting untuk menyatupadukan masyarakat berbilang kaum di Malaysia ialah melalui penggunaan bahasa kebangsaan. Penggunaan satu bahasa perhubungan dan persefahaman di antara satu kaum dengan yang lain dapat diwujudkan tanpa menimbulkan rasa curiga. Langkah ini mempercepatkan lagi perpaduan dan rasa harmoni antara kaum di negara ini.
3) Kurikulum yang sama
Kurikulum ialah satu rancangan pendidikan yang terkandung di dalamnya segala ilmu pengetahuan serta kemahiran, nilai-nilai dan norma, unsur-unsur kebudayaan dan kepercayaan yang telah menjadi pilihan masyarakat untuk diperturunkan kepada ahli-ahlinya. Peranan kurikulum dalam pendidikan adalah untuk membina perkembangan pelajar yang lengkap dari segi jasmani, rohani, akal dan emosi. Dalam konteks negara Malaysia, kurikulum juga berperanan untuk melahirkan rakyat yang mendukung cita-cita negara dalam mewujudkan perpaduan yang berpandukan Rukun Negara di samping menghasilkan tenaga rakyat yang terlatih untuk keperluan negara (modal insan).
4) Sukatan pelajaran yang seragam
Sukatan pelajaran yang sama isi kandungannya yang disyorkan oleh Penyata Razak adalah dianggap sebagai salah satu asas sistem pelajaran kebangsaan bagi mewujudkan perpaduan negara.
Mata pelajaran Sejarah memainkan peranan penting ke arah matlamat pembangunan. Melalui pelajaran Sejarah diharapkan dapat membina semangat perpaduan dan perasaan hormat menghormati terutama dalam masyarakat yang berbilang kaum, agama dan adat resam. Sukatan pelajaran yang seragam membolehkan pandangan dunia (world view) setiap kaum di Malaysia hampir sama & tidak mewujudkan perselisihan dalam persefahaman.
5) Peperiksaan yang seragam
Rancangan kerajaan untuk menyeragamkan kurikulum di sekolah-sekolah telah diperkukuhkan lagi dengan mewujudkan satu sistem peperiksaan yang seragam. Dengan adanya sukatan pelajaran dan peperiksaan yang seragam, pelajaran para pelajar tidaklah terganggu apabila terpaksa berpindah sekolah. Langkah ini boleh menolong proses menyatupadukan pelajar berbilang kaum di samping mewujudkan keperibadian yang sama.
Jika kita lihat sekarang, dasar pendidikan yang dijalankan kerajaan kini menampakkan hasilnya. Oleh itu, ditekankan bahawa pendidikan menjadi alat membentuk perpaduan kaum. Belajar & kajilah sejarah untuk mendapatkan manfaat berguna & meningkatkan kualiti hidup kita. Kita sepatutnya mencontohi Dr. Mahathir Mohamad yang rajin membaca & mengkaji bahan sejarah serta berjaya menaikkan nama Malaysia di persada dunia dengan kekuatan pembacaannya.


AKTA BAHASA KEBANGSAAN- Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu.
Akta ini diluluskan pada tahun 1967. Akta ini memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan seperti yang termaktub dalam perlembagaan & menjadi jaminan kepada perpaduan rakyat Malaysia. Pada tahun 1982, bahasa Melayu menjadi bahasa pengantar di sekolah dan menjadi bahasa yang digunakan di mahkamah pada 1990.
Akta ini mewujudkan penggunaan satu bahasa perhubungan dan persefahaman di antara satu kaum dengan yang lain tanpa menimbulkan rasa curiga.
DASAR KEBUDAYAAN KEBANGSAAN
Dasar ini menjadi panduan pembentukan & pengekalan identiti rakyat Malaysia.
Objektif dasar ini dijalankan adalah untuk mengukuhkan perpaduan melalui kebudayaan. Sebagai contoh, kerajaan telah menjalankan perarakan Citrawarna Malaysia pada tahun 2001 yang menyaksikan persembahan pelbagai budaya kaum masing-masing. Selain itu, tujuannya juga ialah memelihara keperibadian kebangsaan & meningkatkan kualiti kehidupan rakyat Malaysia.
SUKAN ALAT PERPADUAN
Dasar ini bertujuan untuk menyemarakkan semangat patriotik rakyat. Majlis Sukan-Sukan Malaysia (MSSM) yang ditubuhkan pada peringkat sekolah & Temasya Sukan Malaysia (SUKMA) adalah contoh dasar ini. Ia mengeratkan perpaduan kaum & hubungan antara negeri.
Jika kita lihat sekarang ini, Sukan Olimpik Beijing yang berlangsung telah menyemarakkan semangat patriotik rakyat negara kita. Pelbagai kaum bersatu padu memberi sokongan & dorongan untuk membolehkan Malaysia mendapat pingat.
Terbaru ini, Lee Chong Wei telah mara ke suku akhir & menjadi harapan rakyat untuk mendapatkan pingat emas pertama Malaysia.
TARGET NEGARA MAJU 2020
Idea wawasan ini digagaskan oleh Perdana Menteri kita yang ke-4, Datuk Seri Mahathir Mohamad pada 28 Februari 1991. Idea ini dicelup daripada sejarah kemajuan Jepun iaitu ketika zaman pemerintahan Mikado Meiji, beliau telah menetapkan dalam masa 30 tahun pemerintahannya, Jepun menjadi negara maju setanding dengan negara maju lain.
Kita lihat bagaimana seorang pemimpin kita seperti Tun Dr. Mahathir Mohamad yang kuat membaca & mengkaji sejarah telah mengaplikasikannya dalam memajukan negara kita. Beliau mempunyai pandangan yang jauh & bijak mentadbir negara. Beliau menetapkan tahun 2020 negara Malaysia akan menjadi negara industri yang maju di dunia.


Target:
Menjadikan Malaysia sebagai negara industri maju dengan menggunakan acuan tersendiri setanding negara-negara maju dunia. Kemajuan yang diharapkan bukan seperti di negara-negara maju di Barat yang menitikberatkan kemajuan fizikal tetapi menekankan kemajuan bersepadu.
Kemajuan bersepadu yang dimaksudkan ialah perpaduan rakyat, kestabilan politik, ketinggian taraf hidup, kekukuhan nilai moral & etika, kekukuhan sistem kerajaan, ketinggian maruah bangsa serta semangat keyakinan bangsa.
Sebagai rakyat jelata, kita perlulah mencapai target Wawasan 2020 ini dalam menjadikan Malaysia sebagai negara industri maju setanding dengan negara-negara maju lain di dunia.
Oleh itu, Tun Dr. Mahathir Mohamad pada zaman pemerintahannya telah menetapkan 9 cabaran yang perlu ditempuhi negara dalam mencapai status negara maju.
Dengan mengetahui kelemahan-kelemahan yang perlu kita atasi, mudahlah bagi kita membuat ‘checklist’ bagi cabaran yang diatasi untuk merealisasikan Wawasan 2020.
1. Membina bangsa Malaysia yang bersatu padu
2. Membina bangsa yang berjiwa bebas, tenteram & berkeyakinan.
3. Memupuk & membina masyarakat demokratik yang matang.
4. Mewujudkan masyarakat yang bermoral & beretika.
5. Mewujudkan masyarakat yang matang, liberal & bertoleransi.
6. Membina masyarakat yang maju & saintifik.
7. Masyarakat yang berbudaya penyayang.
8. Menjamin masyarakat yang adil & saksama ekonominya.
9. Memupuk & membina masyarakat makmur.

Bagi mencapai status negara maju, perpaduan menjadi tunjangya & dingatkan bahawa PERPADUAN TERAS KEJAYAAN negara.

Rukun Negara


Bahawasanya Negara Kita Malaysia mendukung cita-cita hendak:
mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakatnya;
memelihara satu cara hidup demokratik;
mencipta satu masyarakat adil di mana kemakmuran Negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama;
menjamin satu cara liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai corak; dan
membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden.
Maka Kami, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip berikut:
Kepercayaan Kepada Tuhan
Kesetiaan Kepada Raja dan Negara
Keluhuran Perlembagaan
Kedaulatan Undang-undang
Kesopanan dan Kesusilaan
Bilakah Rukun Negara mula digunapakai
Prinsip Rukun Negara telah diisytiharkan oleh Yang di-Pertuan AgongSeri Paduka Baginda Tuanku Ismail Nasiruddin Shah ibni Almarhum Sultan Zainal Abidin pada 31 Ogos 1970, iaitu sempena ulang tahun ke-13 kemerdekaan Malaysia.
Kenapa Rukun Negara dibentuk
Selepas Malaysia Merdeka dan negara mula dibangunkan, sedikit demi sedikit terdapat jurang antara kemewahan bandar dan kemiskinan desa, kemewahan orang bukan Melayu dengan kesempitan hidup orang Melayu yang menyebabkan rasa tidak puashati di antara rakyat. Ini menyebabkan beberapa kekacauan serta perbalahan yang melibatkan kaum berlainan berlaku di beberapa kawasan di Tanah Melayu. Apabila berlakunya peristiwa berdarah 13 Mei 1969, kerajaan melihat perlunya satu formula untuk mengatasi masalah ini.
Di antara Objektif Rukun Negara adalah untuk mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakat, mencipta satu masyarakat yang adil supaya kemakmuran negara dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama.
Majlis Perundangan Negara yang dipengerusikan oleh Allahyarham Tun Abdul Razak bin Hussein (merangkap Pengarah MAGERAN) telah ditubuhkan di bawah Undang-undang Darurat yang diwartakan pada 29 Januari 1970, hasil daripada mesyuarat MAGERAN yang mentadbir negara ketika itu. Ianya di anggotai oleh Pengerusi, tiga orang menteri (Allahyarham Tun Dr. Ismail bin Dato' Abdul Rahman, mendiang Tun Tan Siew Sin dan mendiang Tun V.T Sambanthan ), wakil-wakil kerajaan negeri dan wakil-wakil daripada parti politik.
Majlis Perundingan Negara bertanggungjawab menjadi pemikir dalam merangka perpaduan negara dan mencari satu cara yang mampu untuk mengatasi garis pemisah antara kaum. Dengan itu, maka lahirnya satu ideologi kebangsaan yang baru iaitu Rukun Negara yang digubal sebagai falsafah negara dan pendekatan baru ke arah mewujudkan sebuah negara bangsa yang stabil. Selain itu, Majlis Perundangan Negara juga mula menggunakan tema untuk menyambut kemerdekaan pada setiap tahun sebagai langkah mengekalkan semangat cintakan negara dan memupuk keharmonian kaum.
Penjelasan Maksud 5 Prinsip Rukun Negara
a) Kepercayaan kepada Tuhan
Bangsa dan Negara ini telah diwujudkan atas kepercayaan yang kukuh kepada Tuhan. Melalui kepercayaan beragama inilah akan menjadikan bangsa dan negara ini sebagai satu bangsa dan negara yang berdaulat.
Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa Islam ialah agama rasmi Persekutuan, tetapi agama dan kepercayaan-kepercayaan lain boleh diamalkan dengan aman dan tenteram di mana-mana bahagian di dalam Persekutuan dan tindakan membeza-bezakan terhadap seseorang warganegara atas alasan agama adalah dilarang sama sekali.
Jawatankuasa penggubal Rukun Negara menyedari akan pentingnya agama dan kepercayaan kepada Tuhan dalam kehidupan manusia. Ketiadaan agama boleh meruntuhkan keperibadian seseorang dan juga sesuatu bangsa dan negara. Menyedari betapa pentingnya keteguhan pegangan anggota masyarakat terhadap ajaran agama masing-masing, prinsip ini telah dipilih sebagai prinsip pertama dalam Rukun Negara.
b) Kesetiaan Kepada Raja dan Negara
Malaysia mengamalkan Sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berpelembagaan dengan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara. Selaras dengan kedudukan Yang di-Pertuan Agong sebagai Raja mengikut Perlembagaan, sistem beraja juga diamalkan di setiap negeri, dan Yang Di-Pertua Negeri bagi negeri-negeri yang tidak beraja. Seri Paduka Baginda, Raja-Raja dan Yang Di-Pertua Negeri adalah merupakan lambang perpaduan rakyat.
Kesetiaan kepada Raja dan Negara bermaksud, bahawa setiap warganegara hendaklah menumpukan sepenuh taat setia, jujur dan ikhlas kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Di peringkat negeri pula, rakyat dikehendaki menumpukan taat setia kepada raja yang memerintah negeri tempat mereka bermastautin tanpa mengurangkan taat setia kepada Yang di-Pertuan Agong.
c) Keluhuran Perlembagaan
Prinsip ini menekan perlunya rakyat menerima, mematuhi dan mempertahankankeluhuran atau kemuliaan Perlembagaan Negara. Perlembagaan Negara adalah sumber perundangan yang tertinggi. Fungsinya untuk memberi perlindungan kepada setiap rakyat negara ini akan hak dan keistimewaan mereka sebagai warganegara. Setiap warga negara Malaysia dikehendaki menghormati, menghargai, serta memahami maksud dan kandungan serta latar belakang sejarah pembentukan Perlembagaan Negara.
Perlembagaan Negara telah digubal berasaskan kesepakatan semua kaum dan semua pihak di negara ini. Dengan demikian ia merupakan satu kontrak sosial rakyat yang tidak boleh dipersoalkan dan diganggu gugat oleh mana-mana individu atau mana-mana pihak. Perlembagaan Malaysia menentukan pola politik dan kedudukan sosio-ekonomi rakyat di negara ini. Ia adalah sumber rujukan bagi segala hal yang berkaitan denga sistem pemerintahan, perundangan, kedudukan dan hak sosio-ekonomi rakyat.
d) Kedaulatan Undang-Undang
Keadilan diasaskan atas kedaulatan undang-undang di mana setiap rakyat sama tarafnya di sisi undang-undang negara. Kebebasan asasi terjamin bagi semua warganegara Malaysia. Undang-undang negara berasaskan kepada Perlembagaan. Oleh itu kedaulatannya perlu diterima dan dipertahankan. Tanpa undang-undang, hidup bermasyarakat dan bernegara tidak aman dan stabil. Oleh itu undang-undang negara dijamin pula oleh institusi kehakiman yang bebas dan berwibawa. Setiap negara memerlukan undang-undang untuk mengawal dan mewujudkan satu masyarakat yang aman, stabil dan makmur. Kewujudan undang-undang akan menjamin kehidupan anggota masyarakat dapa bergerak dengan licin dan teratur tanpa sebarang kekacauan, di mana semua anggota masyarakat akan merasas selamat. Hak-hak semua rakyat boleh diamalkan dengan bebas asalkan tidak melanggar undang-undang serta perkara-perkara sebagaimana yang dijamin oleh Perlembagaan Negara. Hak-hak dari kebebasan yang ijamin oleh Perlembagaan itu tidaklah termasuk hak menggulingkan kerajaan sama ada dengan kekerasan atau dengan cara-cara yang tidak menurut Perlembagaan.
e) Kesopanan dan Kesusilaan
Prinsip ke lima ini menekankan perkembangan personaliti dan tingkah laku seseorang rakyat. Tujuannya ialah untuk membentuk warga negara yang bersopan santun dan bersusila selaras dengan kempen Budi Bahasa dan Nilai Murni yang dijalankan sekarang. Sifat individu yang bersopan santun dan bersusila adalah paling bermakna dan amat penting dalam konteks perhubungan antara satu sama lain dalam masyarakat pelbagai kaum di negara ini.

Sikap bersopan santun dan bersusila patut diamalkan bagi membentuk seseorang individu dan masyarakat yang berdisiplin serta bermoral tinggi yang akan membantu mewujudkan sebuah masyarakat yang harmoni. Tatasusila ini membenci dan mengutuk tingkah laku atau perbuatan yang angkuh atau menyinggung perasaan seseorang atau sesuatu golongan. Tingkah laku sopan juga mengandungi suatu darjah kesusilaan yang tinggi dalam kedua-dua kehidupan persendirian dan kehidupan bernegara. Prinsip ini menjadi panduan supaya perilaku masyarakat sentiasa terpelihara dan berkembang sesuai dengan keperibadian bangsa dan nilai-nilai murni.

PERSPEKTIF WAWASAN 2020


Latarbelakang
Semasa pelancaran Majlis Perdagangan Malaysia pada 28 Februari 1991, Y.A.B. Perdana Menteri telah membentangkan satu kertas kerja bertajuk "Malaysia-Melangkah ke Hadapan" yang mengandungi satu pemikiran dan rangka kerja mengenai matlamat Malaysia menjadi sebuah negara maju pada tahun 2020. Ianya dikenali sebagai "Wawasan 2020".
Wawasan 2020 bukanlah merupakan satu dasar khas tetapi merupakan tindak balas kepada perkembangan ekonomi, sosial dan politik yang berlaku di peringkat nasional dan antarabangsa yang telah memberi cabaran hebat kepada negara. Wawasan ini telah diketengahkan sebagai satu garis panduan dan rangka kerja mengenai pendekatan yang harus diambil dalam memulakan langkah bagi perjalanan jauh yang akan ditempuh oleh negara.
Matlamat terakhir yang dicita-citakan ialah pembentukan sebuah negara Malaysia yang benar-benar maju menjelang tahun 2020. Kemajuan yang dimaksudkan bukan terhad kepada bidang ekonomi sahaja malah ia akan merangkumi segala aspek kehidupan: ekonomi, politik, sosial, kerohanian, kejiwaan dan kebudayaan.
Menjelang tahun 2020, Malaysia sebagai sebuah negara merdeka akan menjadi negara yang benar-benar maju, bersatu, mampu berdikari, progresif dan makmur. Rakyat akan menikmati kehidupan yang sempurna dalam satu masyarakat yang demokratik, bertoleransi, bermoral, adil, mampu bersaing, dinamik dan mempunyai daya ketahanan yang tinggi.
Ini bermakna Wawasan 2020 bertujuan mewujudkan negara bermatlamat iaitu Malaysia akan menjadi negara maju dengan caranya tersendiri tanpa terikut kepada cara dan corak negara maju yang ada sekarang. Kemajuan yang dicita-citakan ialah kemajuan yang sempurna yang tidak semata-mata diukur dari segi pencapaian lahiriah atau fizikal semata-mata malah ia akan meliputi pewujudan satu masyarakat yang sempurna dengan nilai moral dan etika yang tinggi dan boleh dicontohi oleh negara-negara lain.
  Objektif
Objektif di atas hanya boleh dicapai jika rakyat Malaysia dapat menghadapi dan mengatasi pelbagai halangan/rintangan yang dianggap sebagai cabaran. Di bawah ini diperturunkan sembilan cabaran yang telah dikenal pasti iaitu:
(i)  Mewujudkan negara Malaysia bersatu yang mempunyai matlamat yang serupa dan dikongsi bersama. Ia mesti menjadi negara yang aman, berintegrasi di peringkat wilayah dan kaum, hidup dalam harmoni, berkerjasama sepenuhnya, secara adil dan didokong oleh satu bangsa Malaysia yang mempunyai kesetiaan politik dan dedikasi kepada negara;


(ii)  Mewujudkan masyarakat yang berjiwa bebas, tenteram dan maju dengan keyakinan terhadap diri sendiri, bangga dengan apa yang dicapai serta gagah menghadapi pelbagai masalah. Masyarakat Malaysia ini mesti dapat dikenali melalui usaha mencapai kecemerlangan, sedar semua kemampuannya, tidak mengalah kepada sesiapa, dan dihormati oleh rakyat negara lain;
(iii)  Mewujud dan membangunkan masyarakat demokratik yang matang, mengamalkan satu bentuk persefahaman yang matang, demokrasi Malaysia berasaskan masyarakat yang boleh menjadi contoh kepada banyak negara membangun;
(iv)  Mewujudkan masyarakat yang sepenuhnya bermoral dan beretika, yang mana warganegaranya kukuh dalam nilai agama, dan kejiwaan dan didorong oleh tahap etika paling tinggi;
(v)  Mewujudkan masyarakat liberal dan bertolak ansur, rakyat pelbagai kaum bebas mengamalkan adat, kebudayaan dan kepercayaan agama masing-masing dan pada masa yang sama, meletakkan kesetiaan mereka kepada satu negara;
(vi)  Mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif, mempunyai daya perubahan tinggi dan memandang ke depan, yang bukan sahaja menjadi pengguna teknologi tetapi juga menyumbang kepada tamadun saintifik dan teknologi masa depan;
(vii)  Mewujudkan masyarakat penyayang dan budaya menyayangi, iaitu sistem sosial yang mana kepentingan masyarakat lebih utama daripada diri sendiri dan kebajikan insan tidak berkisar kepada negara atau individu tetapi di sekeliling sistem kekeluargaan yang kukuh;
(viii)  Memastikan masyarakat yang adil dalam bidang ekonomi. Iaitu masyarakat yang melaksanakan pengagihan kekayaan negara secara adil dan saksama di mana wujud perkongsian sepenuhnya bagi setiap rakyat dalam perkembangan ekonomi. Masyarakat sedemikian tidak akan wujud jika masih ada pengenalan kaum berdasarkan fungsi ekonomi, dan kesemua kemunduran ekonomi berdasarkan kaum; dan
(ix)  Mewujudkan masyarakat makmur yang mempunyai ekonomi bersaing,
  dinamik, giat dan kental.
Perspektif
Cabaran-cabaran di atas sebenarnya telah membangkitkan beberapa isu utama yang harus dihadapi bagi membolehkan Malaysia mencapai taraf negara maju. Isu-isu ini ialah:-
(i)  Pembentukan Satu Negara Bangsa Malaysia
Konsep satu negara bangsa mempunyai makna yang dalam kerana ia bermaksud sebuah negara berdaulat yang rakyatnya tidak dapat diidentifikasikan melalui kaum, keturunan atau warna kulit. Pembentukan satu negara bangsa adalah menjadi pra-syarat kepada kemajuan kerana tanpa rakyatnya mempunyai satu pemikiran terhadap satu negara dan bangsa, sebarang bentuk kerjasama untuk maju tidak akan terjalin. Bagi mengisi konsep ini istilah seperti perpaduan negara, kesetiaan kepada negara, keharmonian dan toleransi perlulah difahami dan diamalkan.
(ii)  Negara Perindustrian
Negara yang telah berjaya mengubah corak ekonomi dan kehidupannya daripada pertanian kepada perindustrian adalah mempunyai status negara maju. Wawasan 2020 berkehendakkan rakyat Malaysia meneruskan proses transformasi ini yang telah dimulakan sejak merdeka lagi kerana pencapaian sekarang masih lagi di pertengahan jalan. Ini adalah kerana proses ini bukan sahaja melibatkan transformasi daripada kehidupan bertani kepada perindustrian malah ia juga melibatkan perubahan teknologi, ekonomi, sosial dan kebudayaan.  
Masyarakat negara maju adalah masyarakat yang didokong oleh kemahiran dan kepakaran sains dan teknologi yang tinggi yang bukan setakat boleh mencedok atau mengubahsuai sahaja tetapi ia mestilah boleh mencipta, menambah dan memperbaharui. Bagi mencapai taraf negara perindustrian pertumbuhan ekonomi yang amat pesat amatlah penting. Ia sudah tentunya berkait dengan sumbangan sektor perdagangan dan komersial yang secara langsung melibatkan soal modal, pelaburan, daya saing, kualiti tenaga kerja, berdikari dan kekentalan menghadapi cabaran-cabaran. Di peringkat ini peranan sektor swasta amatlah besar kerana ia akan menjadi jentera Pertumbuhan.
(iii)  Keadilan Ekonomi dan Sosial
Penwujudan satu masyarakat yang adil dalam bidang ekonomi dan sosial memang tidak dapat disangkal sebagai satu cabaran besar yang perlu dihadapi bagi penwujudan satu negara maju dan bersatu. Ini ialah kerana dalam sebuah negara maju tidak patut wujud keadaan di mana satu golongan rakyat mempunyai segala-galanya sedangkan satu golongan lagi tercicir.
Pernyataan Wawasan ini adalah mempakan penegasan semula keatas isu yang sentiasa diberi dan meminta perhatian utama iaitu pembasmian kemiskinan, keseimbangan sosioekonomi di antara kaum, di antara wilayah, di antara negeri dan diantara bandar dan luar bandar. Dalam konteks ini Wawasan 2020 sebenarnya telah meminta semua rakyat Malaysia tidak salah tafsir terhadap bantuan yang diberikan kepada sesuatu kaum golongan sebagai tidak adil, sebaliknya hendaklah menganggapnya sebagai satu usaha bagi memperbaiki ketidak-adilan. Kesungguhan bagi mencapai tahap keseimbangan ini seterusnya telah diterjemahkan ke dalam objektif Dasar Pembangunan Nasional dan dilaksanakan melalui program dan projek Rancangan Malaysia Keenam.
(iv)  Moral dan Etika
Berlainan dengan konsep negara maju yang ada sekarang yang lebih bercirikan kebendaan, negara maju ala-Malaysia yang dicita-citakan seharusnyalah berpegang kepada falsafah moral dan etika yang tinggi berasaskan kepercayaan agama. Penganutan falsafah ini adalah penting kerana kemajuan kebendaan tanpa nilai-nilai moral dan etika tidak akan mewujudkan kesejahteraan dan keharmonian yang berkekalan sebaliknya banyak membawa keburukan. Pengamalan nilai-nilai murni (seperti di dalam Dasar Penerapan Nilai-Nilai Islam) akan menjadi faktor penghalang dalaman untuk tidak menyalahgunakan kemahiran atau kekayaan yang dimiliki.
(v)  Pembangunan Masyarakat Berdasarkan Sistem Kekeluargaan
Wawasan ini telah mengetengahkan perkara pokok sistem sosial iaitu pembangunan keluarga berdasarkan hakikat bahawa keluarga menjadi asas pembentukan masyarakat dan masyarakat pula menjadi asas pembinaan negara. Ini membawa maksud bahawa kekuatan dan kemajuan sesebuah negara itu bermula dan terletak pada keluarga dan masyarakat. Penegasan ini amatlah benar kerana keluarga (rumah tangga) dan masyarakatlah yang mencorakkan kualiti individu yang menjadi rakyat dan pemimpin sesebuah negara. Budaya bangsa yang merangkumi sistem nilai dan cara hidup (termasuk masyarakat penyayang dan budaya menyayangi) sebagaimana yang dicita-citakan dalam Wawasan ini hendaklah digerakkan dari awal lagi dan ini memerlukan rakyat menyedari kepentingan institusi keluarga dalam memajukan negara dan mengambil langkah-langkah perlu bagi mewujudkan keluarga dan masyarakat yang sempurna   .
Penutup
Sekali imbas Wawasan 2020 seolah-olah merupakan wawasan ekonomi semata-mata kerana ia mementingkan persoalan pembangunan ekonomi untuk Malaysia menjadi negara perindustrian, tetapi jika dihalusi ia sebenarnya lebih daripada itu oleh kerana ia juga menyentuh perkara-perkara berkaitan dengan aspek sosial dan cara hidup seperti pembentukan dan keperibadian bangsa, moral dan etika, kebudayaan kebangsaan, pembangunan sumber manusia dan lain-lain.


Wawasan 2020 bukanlah slogan untuk dilaung-laungkan, tetapi ia lebih merupakan rangka kerja tindakan framework of action bagi setiap rakyat untuk mengambil langkah-langkah tertentu bagi memastikan Malaysia menjadi negara yang benar-benar maju dan makmur. Dalam konteks ini Wawasan tersebut memerlukan beberapa perisian penting, di antaranya ialah kualiti tenaga kerja yang dihasilkan oleh sistem pendidikan, perubahan sikap dan nilai, penekanan keada sains dan teknologi, perancangan, dan peranan sektor swasta yang lebih dinamik.

GTP,ETP, NKRA dan KPI: SATU PENJELASAN


Kerajaan yang mentadbir negara ini sejak merdeka secara terus menerus berjaya mengurus kepelbagaian di Malaysia dengan berkesan agar rakyat pelbagai kaum dapat menikmati kemajuan dan pembangunan negara dengan adil dan sak sama.
Pembangunan dan kejayaan yang dicapai oleh Malaysia amat menakjubkan malah menjadi contoh kepada negar-negara lain yang sedang membangun di persada dunia. Selain itu, kerajaan juga didapati berjaya mengurangkan kadar kemiskinan, terutamanya kemiskinan tegar,menyediakan kemudahan –kemudahan awam yang bertaraf kelas pertama, mengubah ekonomi negara yang berteraskan pertanian kepada ekonomi industri berat dan meningkatkan kualiti hidup sebahagian besar rakyat Malaysia dalam jangka masa 53 tahun yang lepas.
Malah, kebanyakan negara-negara luar termasuk USA menganggap Malaysia sebagai contoh negara Islam yang moden, progresif dan saling hormat-menghormati hak pelbagai agama.
Namun, ombak globalisasi dan liberalisasi yang melanda dunia akibat kemunculan teknologi maklumat menghasilkan impak yang boleh dirasai oleh segenap lapisan rakyat Malaysia, merentasi kaum dan lokasi tempat tinggal. Malah, perkembangan dan kemajuan dalam bidang teknologi maklumat telah menimbulkan pelbagai cabaran kepada kerajaan untuk meneruskan agenda mencapai Wawasan negara iaitu mencapai status negara maju menjelang tahun 2020.
Sesungguhnya, YAB Dato’ Seri Mohd. Najib Tun Razak memilih pendekatan transformasi untuk memperkasakan ekonomi negara dalam menempa sebuah zaman baru berteraskan empat tonggak utama iaitu (i) Gagasan 1 Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan, (ii) Model Baru Ekonomi (MBE) dan Rancangan Malaysia Ke 10 (2011-2015), (iii) Program Tranformasi Kerajaan atau Government Transformation Plan (GTP) dan (iv) Program Tranformasi Ekonomi atau Economic Transformation Plan (ETP).
Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan Program Transformasi Ekonomi (ETP) diumumkan sebagai pemangkin proses menjayakan keseluruhan hasrat “Gagasan 1 Malaysia : Rakyat Didahulukan Dan Pencapaian Diutamakan”. kedua –dua program tersebut, GTP dan ETP adalah bertujuan untuk meningkatkan pendapatan rakyat malah menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020.
GTP dan ETP
Program Transformasi Kerajaan atau Government Transformation Programme (GTP) yang dilancar pada 20 Januari 2009 dan Program Transformasi Ekonomi atau Economic Transformation Programme (ETP) dirangka untuk mengaasi segala halangan bagi mencapai WAWASAN 2020 sambil menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara berdaya saing diperingkat global.

GTP dan ETP menjadi pemangkin untuk menggerakkan keseluruhan proses transformasi supaya matlamat rakyat berpendapatan tinggi serta kaedah penyampaian perkhidmatan kerajaan kepada rakyat dapat dibaharui, malah dipertingkatkan ke tahap yang lebih tinggi dan baik dalam memenuhi hasrat rakyat.
Program GTP dan ETP melibatkan semua kementerian dan agensi-agensi kerajaan serta penjawat awam dalam semua peringat menumpukan perhatian mereka dalam memenuhi keperluan –keperluan yang menjadi keutamaan rakyat (Rakyat Didahulukan) . Pada masa yang sama, melaksanakan inititif-initiatif bagi mengubah asas-asas untuk menyampaikan perkhidmatan kerajaan dengan berkesan seperti diharapkan oleh rakyat( Pencapaian Diutamakan).
NNKEA, NKRA dan KPI
Dalam usaha melaksanakan GTP dan ETP, keraajaan mengumumkan Aktiviti Utama Ekonomi Nasional atau Nasional Key Economi Area (NKEA) dan Bidang Keberhasilan Utama Negara atau National Key Results Area (NKRA) serta Petunjuk Keberhasilan Pencapaian Negara atau Key Performance Index (KPI).
NKEA dan NKRA adalah dirujuk kepada penumpuan serta pelaksanaan projek dan program-program pembangunan tertentu oleh agensi-agensi kerajaan berdasarkan keperluan, harapan dan keutamaan rakyat. Hasil yang diperolehi daripada pelaksanaan projek dan program-program pembangunan dalam bidang-bidang tertentu ini dijangka akan mengatasi masalah utama yang dihadapi oleh rakyat malah memenuhi harapan mereka dan keutamaan rakyat. Usaha-usaha khusus ini juga dijangka akan mempercepatkan proses transformasi kerajaan dan memperkasakan keseluruhan ekonomi negara.
NKEA adalah bidang –bidang pembangunan ekonomi yang dikenalpasti berpotensi untuk terus maju. Sebagai permulaanya , kerajaan telah menetapkan 12 bidang utama ekonomi Negara (NKEA). Antara bidang yang dikenal pasti adalah sektor Perkhidmatan dan sektor Pertaniamn yang bernilai tinggi termasuk sektor Minyak dan gas, Minyak sawit dan produk berkaitan, Pemborongan dan peruncitan, Pelancongan, Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT), Perkhidmatan pendidikan, Elektrik dan elektronik, Perkhidmatan perniagaan, Penjagaan kesihatan swasta, Pertanian dan Greater Kuala Lumpur.
Manakala, Bidang Keberhasilan Utama Negara atau National Key Results Area (NKRA) adalah bidang –bidang khusus yang akan diberi tumpuan oleh agensi pelaksana kerajaan, malah sasaran bagi setiap NKRA ditetapkan lebih awal supaya agensi pelaksana mencapai sasarannya dalam satu waktu tertentu yang di tetapkan.
Dalam pada itu, kerajaan juga memperkenalkan kaedah Petunjuk Keberhasilan Pencapaian Negara atau National Key Performance Index (KPI) pada 27 Julai 2009 untuk menilai pencapaian sasaran yang ditetapkan bagi setiap NKRA.
Pendekatan NKRA sebagai bidang tumpuan dan KPI sebagai kayu pengukur prestasi agensi pelaksana umumnya digunakan sebagai radas timbangan kerja dalam sektor korporat dan jarang sekali digunakan dalam sektor awam. Namun, YAB Dato’ Seri Mohd.Najib Tun Razak memperkenalkan methodologi NKRA dan KPI pada pertamakalinya dalam pentadbiran kerajaan persekutuan agar rakyat diberi peluang untuk membuat penilaian dan keputusan terhadap prestasi penyampaian agensi-agensi kerajaan dalam melaksanakan program pembangunan dan penyampaian perkhidmatan berpaksikan kepentingan rakyat.
Berhubungan dengan NKRA, enam (6) bidang tertentu yang meliputi sektor sosial dan ekonomi telah dikenalpasti untuk dijadikan Bidang Berhasilan Utama Negara (NKRA) yang boleh di ukur pencapaiannya. Enam menteri kabinet di beri tanggungjawab menerajui NKRA bagi mencapai matlamat KPI kementerian masing-masing dalam menterjemahkan prinsip ‘Pencapaian Diutamakan’.
Enam Bidang NKRA yang dipertanggunjawabkan kepada menteri, kementerian, jabatan dan agensi-agensi kerajaan untuk dilaksanakan sejak bulan Januari 2010 dan KPI yang telah ditetapkan bagi NKRA masing-masing adalah seperti berikut:
1.NKRA: Mengurangkan kadar jenayah (Dato’ Seri Hishamuddin, Kementerian Dalam Negeri)
KPI: Kerajaan menetapkan sasaran pengurangan kadar jenayah 5 petatus secara keseluruhan dan 20 % jenayah jalanan pada penghujung 2010.
2.NKRA: Mencegah amalan rasuah (Menteri di Jabatan Perdana Menteri- Dato’ Seri Nazri Aziz)
KPI: Sasaran diperingkat nasional untuk meningkatkan skor CPI daripada 4.5 kepada 4.9 menjelang 2012.
3.NKRA: Meluaskan akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan (YAB Tan Sri Muyuddin Yassin, Menteri Kementerian Pelajaran Malaysia)
KPI: Kerajaan menetapkan meningkatkan kadar kanak-kanak Malaysia yang terdiri daripada peringkat umur 4+ dan 5+ dapat akses pendidikan pra-sekolah daripada 60% kepada 80% menjelang 2012. Hampir 30,000 tenaga pengajar pra-sekolah akan dilantih dalam tempoh masa tiga tahun untuk menyapaikan pendidikan yang berkualiti kepada kanak-kanak pra-sekolah.
Sebanyak 100 buah sekolah terdiri daripada sekolah bestari,kluster,trust school atau sekolah berpiagam dan sekolah berasrama penuh akan dikenal pasti untuk diangkat menjadi Sekolah Berprestasi Tinggi men jelang 2012.
4.NKRA: Meningkatkan kualiti hidup rakyat berpendapatan rendah (Kementerian Pembangunan wanita,keluarga dan masyarakat)
KPI:
i. Mencapai matlamat miskin tegar sifar menjelang tahun 2010 (Rekod menunjukkan terdapat 45,000 ketua isi rumah miskin tegar di seluruh negara).
ii. Mengurangkan kemiskinan daripada kadar 3.6 % kepada 2.8 % .
iii. Bantuan kebajikan untuk rakayat yang didaftar dibayar pada 1
haribulan Setiap bulan.
I iv.Menambah jumlah usahawan dikalangan wanita sejumlah 4,000
orang menjelang 2012.
· i program amanah ikhtiar Malaysia.
5.NKRA: Memperkasa prasarana luar bandar dan pedalaman (Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah).
KPI:
Mi.Membina jalan baru sepanjang 7,000 km untuk kemudahan penduduk desa.
iii.Memastikan akses kepada air bersih dan akses kepda bekalan elektrik 24 jam. liputan rangkaian jalan luar bandar di semenanjung akan dipertingkatkan bagi memastikan kesemua rakyat tinggal paling jauh pun, 5km dari kemudahan jalan berturap. meningkatkan liputan bekalan air sehingga 90% di sabah dan sarawak pada penghujung tahun 2012 supaya kemudahan air dapat dinikmati oleh 60,000 buah rumah.
miii.Meningkatkan liputan bekalan elektrik di sarawak dan sabah kepada 95% pada akhir tahun 2012 yang akan dinikmati oleh 80,000 buah rumah. kerajaan juga menyasarkan untuk memberi bekalan elektrik 24 jam kepada 7,000 rumah orang asli di semenanjung pada akhir tahun 2012. kerajaan akan membina dan membaik pulih sejumlah 50,000 unit rumah bagi keperluan golongan miskin menjelang 2012 di seluruh malaysia.
6.NKRA: Menambah baik pengangkutan awam dalam jangka masa sederhana (Kementerian Pengangkutan Malaysia)
KPI:
Meningkatkan peratusan penggunaan sistem pengangkutan awam daripada 16% Kepada 25 % dikalangan penduduk lembah Klang Pada penghujung tahun 2012.
JANGKA WAKTU PELAKSANAAN PROGRAN TRANSFORMASI
Program transformasi GTP dan ETP akan dijalankan dan dinilai pencapaiannya mengikut tiga (3) jadual waktu tertentu yang ditetapkan iaitu Horizon-1( 2010-2012),Horizon 2( 2012-2015) dan Horozon 3 (2015-2020). Horizon 1 melibatkan permulaan pelaksanaan initiatif-initiatif tertentu dalam bidangp-bidang yang telah dikenalpasti ( NKRA), Horizon 2 dijangka akan melihat berhasilan NKRA dan malah mengubah suai kaedah pelaksanaan jika perlu dan Horizon 3 dijangka akan melihat pencapaian wawasan negara tercapai iaitu matlamat negara maju serta rakyat berpendapatan tinggi.
Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU) dibentuk dalam Jabatan Perdana Menteri untuk mainkan peranan sebagai penyelaras induk, mengurus dan memantau program transformasi negara. Manakala, Perdana Menteri bertanggungjawab terhadap pencapaian KPI NKRA yang telah ditetapkan.

PETUNJUK-PETUNJUK POSITIF NKRA
Pelaksanaan GTP dan ETP, terutamnya 6 bidang NKRA, yang giat dilaksanakan dengan penuh komitmen oleh agensi-agensi kerajaan telah menunjukkan kesan positif yang dapat diukur prestasinya menggunakan KPI yang telah ditetapkan bagi NKRA masing-masing. Malah, menteri peneraju atau pegawai yang dibertanggungjawabkan terhadap NKRA agensinya dilihat melaporkan pencapaian NKRA yang ditetapkan dalam media massa untuk makluman dan penelitian rakyat. Menurut Datuk Seri Najib Tun Razak, kesemua enam NKRA telah mencapai KPI yang ditetapkan. Petunjuk-petunjuk pencapaian yang dikecap sejak januari 2010 adalah seperti berikut:
i.NKRA 1 bagi mengurangkan jenayah memperlihatkan lebih daripada 14,000 anggota Polis bersama-sama dengan 3,000 anggota RELA dan Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) , ditugaskan semula (redeployed) di 50 kawasan yang sering berlaku kejadian jenayah atau “hot spots”. Peningkatan rondaan oleh agensi-agensi penguatkuasaan keselamatan awam termasuk skim rondaan sukarela (SRSs) untuk mencegah jenayah dalam kawasan tumpuan telah berjaya mengurangkan kadar jenayah seperti disasarkan. Kadar jenayah telah menurun 16 peratus pada keseluruhannya dan kadar jenayah jalanan yang merangkumi ragut dan rompakan tanpa senjata turun 38.2 peratus dalam masa 9 bulan iaitu sehingga bulan september 2010. Sejumlah 29 initiatif yang dilaksanakan oleh Polis untuk mengurangkan kadar jenayah dijangka akan berhasil seperti disasarkan dalam NKRA.
• NNKRA 2 bagi membanteras rasuah pula, Akta Perlindungan Pemberi Maklumat telah diluluskan oleh Parlimen dan akan kuatkuasakan mulai 15 Disember 2010.Mata Indeks CPI Rasuah Malaysia pula mencatat 4.4 mata yang jelas menunjukkan persepsi rakyat meyakini terhadap usah-usaha MACC menangani rasuah.
• NNKRA 3 yang ditetapkan untuk menyediakan akses prasekolah yang berkualiti dan kemampuan pula melihatkan seramai ramai 18,000 kanak-kanak menerima manfaat daripada 929 kelas prasekolah.
NKRA 4 bagi meningkatkan kualiti hidup rakyat berpendapatan rendah memperlihatkan hampir 44,000 rumah kos rendah ditawarkan dengan harga RM 21,500–35,000 sebuah kepada penghuni masing-masing yang terdiri daripada golongan berpendapatan rendah.
Sejumlah 6,639 keluarga dikenal pasti di Perak untuk di bantu mengatasi kemiskinan. Konsep program 1Azam diperkenalkan untuk melahirkan kumpulan wanita yang mencebur dalan perniagaan kecil termasuk pertanian, job-matching dan perkhidmatan. Semua keluarga yang disifatkan sebagai miskin tegar yang mendapat pendapatan kurang daripada RM1,500 didaftar dalam sistem e-Kasih dan bantuan wang kebajikan kepada kumpulan sasaran dibayar pada awal bulan. Jabatan Kebajikan Masyarakat juga mengiatkan usaha menangani kemiskinan tegar di kalangan penduduk bandar dan desa melalui program Welfare Assistance Model dan Socio-Ekonomic Assistance Scheme dalam mencapai sasaran NKRA.
NKRA 5 bagi memperkasa prasana luar Bandar, RMK10 dan badjet 2011 telah mengariskan projek dan memperuntukan badjet untuk membina jalan baru, meningkatkan liputan bekalan air sehingga 90% di Sabah dan Sarawak pada penghujung tahun 2012 supaya kemudahan air dapat dinikmati oleh 60,000 buah rumah, meningkatkan liputan bekalan elektrik di Sarawak dan Sabah kepada 95% pada akhir tahun 2012 yang akan dinikmati oleh 80,000 buah rumah. Kerajaan juga menyasarkan untuk memberi bekalan elektrik 24 jam kepada 7,000 rumah orang asli di Semenanjung pada akhir tahun 2012.
Laporan terakhir Kementerian pembangunan luar Bandar menunjukkan 7,249 km jalan baru dijangka siap menjelang 2012 termasuk 317.61 km di Semenanjung, 213.5 km di Sabah dan 60.59 km di Sarawak dan pencapaian ini merupakan pencapaian mencecah sasaran yang ditetapkan dalam NKRA.
1.Berhubung dengan bekalan letrik, sejumlah 19,401 rumah disediakan dengan bekalan tetap letrik. Ini menunjukkan hampir 99.6 % unit rumah di Semenanjung (705 unit), 81% di Sabah(10,694 unit) dan 73% di Sarawak (8002 unit) yang terletak di desa telah dibekalkan kemudahan letrik.
Sementara itu, sejumlah 8,858 unit rumah di Semenanjung, 688 unit di sabah dan 2597 unit di Sarawak telah disediakan bekalan air bersih yang dirawat. Sejumlah 360,000 unit rumah dijangka akan disediakan kemudahan bekalan air berish yang dirawat menjelang tahun 2012.
NKRA 6 untuk membaiki kemudahan pengangkutan awam memperlihatkan usaha-usaha penyelarasan laluan bas awam di bandar-bandar utama dapat dipertingkatkan dan berjaya menghasilkan peningkatan kadar pengguna bas awam bandar kepada 13 peratus.Kemudahan LRT di Lembah Kelang akan diperintingkatkan malah perjalanan ke Ampang ditambahkan sepanjang 17.7 km dan perjalanan ke Kelana Jaya ditambahkan sepanjang 17 km supaya jumlah pengguna pengangkutan awam di Lembah Kelang dapat di pertingkatkan kepada 96,000 pengguna sehari dalam perjalanan Kelana Jaya dan 66,000 pengguna sehari dalam perjalanan Ampang .
Sesungguhnya, pelaksanaan GTP dan ETP dengan pakej perangsang ekonomi serta beberapa tindakan perubahan dan pengenalan inovasi telah berjaya meningkatkan keberkesanan dan kecekapan jentera pentadbiran kerajaan malah meningkatkan prestasi pencapaian perkhidmatan agensi-agensi kerajaan. Hakikatnya, pertumbuhan ekonomi juga menunjukkan kejayaan yang menakjubkan dimana pembangunan ekonomi mencatit 9.5 peratus bagi separuh tahun pertama. Peningkatan ini merupakan kadar yang paling tinggi pencapaiannya dalam tempoh 10 tahun kebelakangan ini.
Pendekatan baru ini yang didukung oleh kombinasi pelbagai inisiatif kerajaan bersama sektor swasta telah memberi sumbangan yang amat menggalakan dalam bidang ekonomi. Mengikut World Competitiveness Yearbook (WCY), Malaysia telah melonjakkan kedudukannya ke tangga 10 dalam daya saing sedunia pada tahun 2010 berbanding dengan tangga ke 18 pada tahun 2009. Malah, Malaysia mencatatkan rekod cemerlang (2) daripada empat (4) kategori daya saing di persada dunia iaitu kecekapan kerajaan (government efficiency) dari tangga 19 ke tangga 9 dan kecekapan perniagaan (business efficiency) dari tangga 13 ke tangga 4.