Saturday 13 February 2016

CONTOH PENULISAN DAPATAN KAJIAN


Semua profil responden seperti umur, jantina, kaum, dan sebagainya dibentangkan dalam pelbagai jenis graf. Selepas itu barulah pelajar mesti menghuraikan dapatan kajian. Sila patuhi contoh berikut:
Berikut adalah contoh dapatan kajian bagi item pertama. Item pertama dalam soal selidik ialah
Saya mendapati terdapat tempat duduk dan penyandar bas bersih”.
Selaras dengan objek kajian iaitu mendapatkan maklumat berkaitan dengan  tahap kepuasan pengguna terhadap perkhidmatan bas sekolah di sekolah A. maka penyelidik mendapat dapatan seperti berikut.

Tempat Duduk dan Penyandar Bas Bersih.

Skala                               Bilangan                               Peratus
Sangat Bersetuju             13                                        43.33
Bersetuju                         6                                          20.00
Tidak Bersetuju              11                                         36.67
Jumlah                            30                                         100.00

Sekarang masukkan jadual atau graf bar atau carta pai. Kalau boleh pelbagai media digunakan . jangan asyik gunakan jadual sahaja. Membosankan. Pelajar diminta masukkan data di atas dalam satu jadual. Kemudian labelkannya seperti berikut:

Jadual 1: Kebersihan: Tempat Duduk dan Penyandar Bersih

Sebanyak 13 orang responden atau   43.33 % sangat bersetuju bahawa tempat duduk dan penyandar tempat duduk dalam keadaan bersih. Selebihnya 6 orang bersetuju iaitu 20% dan 11 orang tidak bersetuju yakni sebanyak 36.67%.  Majoriti penumpang sangat berpuas hati bahawa bas sekolah dalam keadaan bersih, iaitu  seramai 19 orang (13 orang Sangat Bersetuju dan 6 orang Bersetuju) atau sejumlah 63.33%.  Walau bagaimanapun ada segelintir pelajar yang tidak berpuas hati dengan tahap kebersihan bas, seperti yang dinyatakan dalam transkripsi tembual Sampel 1.
….pada pandangan saya, keadaan bas ini agak kurang memuaskan. Semasa saya naik tadi, memang ada sampah sarap kat lantai. Walaupun tak banyak, tapi memang jelas kelihatan…..(Sampel 1 pada 12/2/2016)

Begitulah sehingga huraikan kesemua 20 item dalam soal selidik anda.

Thursday 11 February 2016

Kompaun Untuk Kesalahan Trafik



·        Ketua Polis Negara memeberi cadangan supaya menaikkan jumlah kompaun maksimum sebagai sebahagian inisiatif mengurangkan kadar kemalangan jalan raya.
·        Beliau membuat cadangan tersebut kerana kecewa dengan statistik kemalangan yang masih tinggi.
·        Langkah ini dapat mendidik pengguna jalan raya supaya lebih berhati-hati dalam pemanduan kerana mereka masih dilihat menjadi penyumbang utama kepada kemalangan.
·        Menurutnya, kompaun maksimum kesalahan jalan raya yang sedia ada, RM300,boleh  dibayar dengan mudah.
·        Ada yang berpendapat pengenaan kompaun  tidak akan dapat menyelesaikan masalah kerana masih ramai pesalah yang enggan membayar saman
·        Masih ramai pesalah trafik tidak mengambil peduli bahawa mereka perlu membayar saman
·        Menaikkan kadar kompaun bukan isu utama kerana isu sebenarnya ialah keselamatan.
·        Ada yang berpendapat sesetengah pesalah trafik sebenarnya bukan tidak mahu membayar tetapi tiada wang untuk menjelaskan kompaun tersebut.
·        Punca mereka melakukan kesalahan trafik ialah cuai dan sengaja melawan peraturan yang sedia ada.
·        Tan Sri Lee Lam Thye berpendapat, kompaun sedia ada RM300 pun sudah mencukupi.
·        Yang penting ialah bagaimana pihak berkuasa dapat memastikan mereka yang dikenakan kompaun ini boleh membayarnya.
·        Ada yang mengelak daripada bayaran itu dan ada pula menunggu sehingga musim diskaun.
·        Belaiu bimbang kalau kompaun dinaikkan, kemungkinan mereka tidak akan membayar atas alasan di luar kemampuan mereka.
·        Beliau mencadangkan, satu langkah alternatif menangani kes peningkatan kemalangan jalan raya iaitu pelaksanaan sistem Kejara, iaitu sistem pemberian mata demerit bagi kesalahan jalan raya.

·        Sistem Kejara ini boleh memastikan pemandu kenderaan itu sedar bahawa  sistem itu boleh mengakibatkan lesen mereka dibatalkan jika mereka melakukan kesalahan jalan raya.   

Isu Kemasukan Pekerja Asing


·        Kemasukan mereka bergantung kepada keperluan sebenar majikan semasa permohonan dibuat.
·        jumlah kemasukan pekerja Bangladesh ke negara ini juga akan dinilai berdasarkan kelayakan serta kemampuan setiap majikan mematuhi peraturan yang ditetapkan kerajaan.
·        Kemasukan pekerja asing ini akan dipantau kerajaan melalui Agensi Kawal Selia.
·        Agensi ini akan  memastikan hanya pekerja asing yang layak sahaja dibenarkan bekerja di Malaysia.
·        Bagaimanapun kerajaan masih memberi keutamaan pekerjaan kepada rakyat tempatan terlebih dahulu.
·        Kemasukan buruh asing ke negara ini tidak akan menjejaskan dan menggugat peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan serta keseimbangan pasaran buruh dalm negara.
·        Mereka hanya dibenarkan bekerja dalam lima sektor iaitu pembinaan, perkilangan, perladangan, pertanian dan perkhidmatan
·        Angka 1.5 juta pekerja Bangladesh yang mendapat liputan luas media sebenarnya jumlah warga Bangladesh yang berdaftar dengan kerajaan negara itu untuk tujuan pekerjaan di Malaysia.
·        Kerajaan kita menggunakan konsep Kerajaan Kepada Kerajaan Plus (G-to-G Plus) antara Malaysia dan Bangladesh yang menggunakan sepenuhnya sistem dalam talian bermula dengan proses permohonan pekerja.
·        Ini  adalah untuk mengawal penglibatan ejen pekerja asing yang tidak sah.
·        Agen-agen ini sengaja menaikkan kos penggajian serta risiko kepada eksploitasi pekerja asing.
·        Dengan adanya konsep ini kita dapat mengelakkan jenayah pemerdagangan orang.
·        Kita bimbang kesan buruknya jika tidak dapat mengawal kebanjiran mereka. Ini termasuklah menyebarkan fahaman mereka dan boleh menggempur  rakyat negara kita ala samseng
·        Ada yang boleh berkahwin dengan warga tempatan untuk mendapatkan hak warganegara.    
·        Kerajaan tidak pernah memandang rendah terhadap kebolehan rakyat dalam melakukan kerja-kerja seperti apa yang dilakukan oleh warga asing.
·        Kerajaan mengumumkan berkuat kuasa 1 Februari, levi pekerja asing bagi sektor pembuatan, pembinaan dan perkhidmatan dinaikkan kepada RM2,500 bagi seorang manakala sektor perladangan dan pertanian bertambah kepada RM1,500 seorang.
·        Terdapat dua kesan levi ini. Buruknya ialah pemaju atau pengusaha sesuatu perniagaan boleh menaikkan kos pengeluaran di mana harga barang seperti rumah boleh naik dan kesan baiknya ialah kemasukan pekerja asing dapat dikurangkan kerana majiakn tidak mampu membayar levi yang tinggi.

·        Menurut statistik, terdapat 2.135 juta pekerja asing yang berdaftar di Malaysia.

Wednesday 10 February 2016

Kajian Tindakan HSBM


Panduan Menulis Kertas Cadangan Kajian Tindakan
         1.Kertas cadangan (proposal) kajian tindakan di sekolah-sekolah lebih difokuskan kepada isu-isu   
          berkaitan pedagogi pengajaran dan pembelajaran.
           Untuk itu, kertas cadangan yang perlu dikemukakan  oleh guru hendaklah berkaitan isu aplikasi 
           pedagogi pendidikan iaitu isu yang dapat dikaitkan dengan pengajaran dan pembelajaran 
           berkesan (effective teaching)..
         2. Tajuk Kajian
ž  Pastikan tajuk kajian berorientasikan tindakan untuk tujuan penambahbaikan amalan bekerja (ilmu dan kemahiran guru ketika melaksanakan pengajaran). 
ž  Elakkan daripada mengemukakan tajuk yang bersifat sebab dan akibat atau korelasi. 
       3.    Nama Penyelidik dan Sekolah
       4. Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran Lalu
ž  .......termasuk refleksi kepercayaan dan nilai pendidikan yang menjadi pegangan penyelidik yang ingin direalisasikan. Sebaiknya kemukakan refleksi bersifat kritikal dengan sokongan literatur (sebagai sumber asas pegangan teori dan nilai) dan bukan sekadar diskripsi dalam bentuk penulisan diari. 
5. Isu Keprihatinan / Fokus Kajian
ž  Isu keperihatinan / penyataan dan analisis masalah dinyatakan dengan jelas termasuk implikasinya ke atas pengajaran, pembelajaran atau pengurusan berdasarkan maklumat dan data awal yang diperolehi. Penyataan fokus kajian ini sebaiknya dikaitkan dengan latar belakang teori dan / atau penyelidikan lampau melalui pembacaan.
6. Objektif Kajian
ž  Pastikan objektif yang ditulis meliputi fokus kajian, tindakan yang ingin dilaksanakan dan jangkaan pencapaian (lihat soalan kajian – objektif kajian akan menggambarkan jawapan yang diinginkan daripada soalan kajian).
ž        Objektif Umum
ž        Objektif Khusus
7. Soalan kajian
ž  Kemukakan soalan-soalan yang ingin diperoleh jawapannya melalui kajian ini. Disebabkan kajian tindakan dilakukan dengan tujuan penambahbaikan amalan penyelidik sendiri, maka dua kata soal (adakah dan bagaimanakah) menjadi fokus pembinaan soalan kajian.
ž  Contoh:
ž  Adakah dengan mengaplikasikan teknik penyoalan dalam kaedah penerangan membolehkan murid saya .......?
8. Kumpulan Sasaran
ž  ...... selain maklumat asas seperti bilangan dan jantina peserta, masukkan juga ciri-ciri unik peserta yang menyebabkan mereka terpilih sebagai peserta kajian.
9. Prosedur Kajian
ž  Kemukakan bentuk intervensi (tindakan / inovasi) yang ingin dilaksanakan, jelaskan instrumen pengumpulan data yang akan digunakan (sebaiknya libatkan konsep triangulasi) untuk tujuan meningkatkan  kesahihan serta bagaimana data akan dianalisis

Sekiranya melibatkan data kuantitatif maka statistik numerikal digunakan dan pastikan kesahan dan kebolehpercayaan instrumen dan data.
10. Jadual Pelaksanaan Kajian
ž  Kemukakan jadual tindakan serta tarikh tentatif aktiviti berkenaan
11. Perbelanjaan
Jangkaan perbelanjaan dikemukakan dalam kertas cadangan adalah untuk tujuan mendapatkan bantuan (kewangan atau bahan).
        12. Senarai rujukan
ž  Nyatakan tidak kurang daripada 10 sumber (buku, jurnal, sumber digital daripada Intenet, majalah dan sebagainya). 
13. Apendiks
ž  Kemukakan contoh alat / instrumen mengumpulkan data dan pastikan mematuhi protokol
14. Proposal hendaklah dihantar pada 29 Februari 2016
ž  Setelah disemak, panitia boleh kendalikan kajian mengikut masa yang sesuai
ž Laporan Kajian hendaklah dihantar pada 29 April 2016
15. Satu Panitia satu kajian tindakan. Bagi tingkatan enam, satu kajian bagi satu mata pelajaran

ž  Kajian Tindakan akan diletakkan di Pusat Sumber Sekolah sebagai rujukan oleh guru-guru lain 

ProfesionalLearning Communities HSBM



¨  1. Pengenalan PLC
¨  PLC ialah singkatan kepada program
¨  ProfesionalLearning Communities
¨   yang merujuk kepada para pendidik yang
¨  komited dan  bekerja secara kolaboratif
¨  serta berterusan dalam usaha membuat inkuiri atau kajian tindakan untuk mencapai
¨  prestasi yang lebih baik untuk murid-murid
¨  mereka
¨  2. RASIONAL PELAKSANAAN PLC
¨  Pelaksanaan PLC dapat meningkatkan profesionalisme guru melalui amalan kolaboratif untuk meningkatkan pencapaian murid dan meningkatkan ketrampilan guru
¨  3. PLC merupakan satu pendekatan yang baru dicetuskan oleh KPM rentetan daripada inisiatif NKRA Pendidikan. Walau bagaimanapun, PLC telah berjaya dilaksanakan di beberapa buah negara maju seperti Jepun, United Kingdom dan Amerika Syarikat
¨  4. Lesson Study 
¨   ialah satu model perkembangan profesional guru yang diamalkan di Jepun lebih daripada seabad lamanya (Isoda, 2007) Model ini lebih mantap pada tahun 1960an dan kini, telah menjadi sebahagian daripada budaya guru-guru Jepun (Fernandez & Yoshida,2004).
¨  Lesson Study ialah kajian, penyelidikan atau penelitian terhadap pengajaran guru dalam bilik darjah.
¨  5. Lesson Study ialah amalan guru-guru secara kolaboratif untuk:
¨  1) Menentukan goal  dan objektif pengajaran.
¨  2) Merancang dan menyediakan Rancangan Pengajaran Harian 3) Membuat pemerhatian pengajaran guru.
¨  4) Membuat refleksi terhadap pengajaran dan pembelajaran.
¨  5) Mengubahsuai untuk menambahbaik Rancangan Pengajaran Harian (RPH)
¨  6. LANGKAH-LANGKAH
¨  1) Membentuk kumpulan Lesson Study dan menentukan matlamat/ goal.
¨  a. Melantik seorang Ketua Kumpulan.
¨  b. Kaji matlamat kurikulum dan sukatan
¨  c. Kaji dan bincang masalah pembelajaran murid.
¨  d. Bincang dan tentukan matlamat atau goal 
¨   yang hendak dicapai.
¨  7. Rancang/ Bina RPH.
¨  a. Pilih unit/ tajuk yang hendak diajar dalam satu sesi pengajaran.
¨  b. Bincang masalah pembelajaran murid berkaitan dengan unit/tajuk berkenaan.
¨  c. Bina langkah-langkah dalam RPH dan sediakan sumber pengajaran.
¨  d. Fikirkan dengan mendalam strategi pengajaran yang sesuai digunakan.
¨  e. Fikirkan dan jangkakan respons murid semasa proses pengajaran f. Bentang dan lihat semula strategi pengajaran 
¨  8. Pelaksanaan pengajaran.
¨  a. Seorang Pakar Rujuk (PR) atau
¨  Knowledgeable Other (KO)
¨   dijemput sebagai pemerhati, pemberi komen dan cadangan bagi langkah-langkah penambahbaikan dalam RPH.
¨  Seorang/ lebih guru dalam kumpulan akan melaksanakan pengajaran kepada kelas yang telah dipilih.
¨  9. Ahli kumpulan dan guru-guru lain hadir bersama sebagai pemerhati dan mengumpulkan data-data atau maklumat sepanjang sesi pengajaran tersebut untuk sesi perbincangan/ refleksi
¨  10.Ahli kumpulan dan guru-guru lain digalakkan melihat hasil pembelajaran murid tanpa mengganggu mereka ketika belajar.
¨  Data yang dikumpul termasuk interaksi antara guru-murid & hasil pembelajaran murid.
¨  Fokus utama diberikan kepada respons, tingkah laku dan pembelajaran murid.
¨  Elakkan fokus kepada pengajaran guru
¨  11. Sesi Refleksi Pengajaran.
¨  a. Sesi refleksi diketuai oleh ketua kumpulan.
¨  b. Sesi dimulakan dengan melihat semula matlamat atau goal Lesson Study.
¨   c. Guru yang mengajar diberikan peluang terlebih dahulu untuk memberi komen, pandangan dan refleksi terhadap pengajaran yang telah dilaksanakan serta RPH.
¨  12.Seterusnya guru-guru lain yang menjadi pemerhati perlu berkongsi maklumat
¨      Guru-guru berkongsi maklum balas yang kritikal berdasarkan pemerhatian guru dan eviden murid
¨  Komen dan bincangkan hasil pembelajaran murid dan isi kandungan atau konten mata pelajaran.
¨  Bincang kelemahan dan fikirkan cara penambahbaikan
¨  Fikir dan bincangdengan mendalam bagaimana 
¨  hasil pembelajaran murid dapat ditingkatkan dalam sesi pengajaran. 
¨  13.Pakar Rujuk bertindak sebagai moderator/ pemudahcara dan mengemukakan pandangan serta cadangan dalam sesi refleksi. 
¨  Komen dan hasil refleksi perlu dicatat dan disimpan untuk dijadikan rujukan serta bertujuan penambahbaikan RPH yang akan datang
¨   Pengerusi dan pakar rujuk perlu memainkan peranan untuk memastikan guru-guru aktif dan berfikir secara mendalam semasa sesi refleksi melalui teknik penyoalan isu-isu yang kritikal.
¨  14. Kumpulan guru akan menentukan sama ada pengajaran semula RPH yang telah ditambahbaik dilaksanakan terhadap kelas yang sama atau sebaliknya.
¨  15. Laporan kitaran Lesson Study 
¨   perlu didokumenkan untuk rujukan dan panduan masa akan datang
¨  16. Perbincangan dan koloboratif boleh diadakan apabila guru-guru mempunyai masa lapang
¨  Setiap perbincangan perlu dicatatkan.
¨  Pemerhatian oleh rakan-rakan guru boleh diadakan bila-bila masa yang sesuai.
¨  Panitia boleh adakan LDP masing-masing untuk membincangkan LS ini
¨  Laporan Refleksi Lesson Study hendaklah ditaip dan hantar satu salinan kepada Penyelaras
¨  Penyelaras akan menghantar kepada PPD/JPN pada bulan Julai dan September.
¨  17.Setiap panitia akan dibekalkan sebuah fail besar oleh pejabat.
¨  Semua dokumen perlu difailkan
¨ LS perlu dibuat dua kali setahun.
¨ Kitaran pertama akan dihantar kpd PPD /JPN pada bulan Jun 2016
¨ Kitaran kedua akan dihantar kpd PPD /JPN pada bulan September 2016
¨  18.PLC yang lain seperti Learning Walks dan Peer Coaching boleh diadakan dari semasa ke semasa


Kegawatan Ekonomi- Kesan & Langkah

Kini Malaysia menghadapi satu keadaan yang sukar dalam bidang ekonomi. Tempias kegawatan ekonomi mulai terasa apabila beberapa orang pelabur asing sudah gulung tikar dan beberapa orang pekerja dalam pelbagai sektor dalam proses pemberhentian pekerja. Huraikan  kesan kegawatan ekonomi kepada Malaysia dan langkah-langkah untuk mengatasi kegawatan ekonomi tersebut.

Cadangan Idea

Kesan Kegawatan Ekonomi kepada Malaysia
1.       Kenaikan kos sara hidup rakyat
2.       Kelemahan ringgit dan peningkatan gaji perlahan
3.       Paras hutang kerajaan tinggi
4.       Paras hutang isi rumah rakyat semakin meningkat
5.       Kos pengurusan kerajaan tinggi
6.       Beban subsidi kerajaan tinggi
7.       Produktiviti pekerja kurang cemerlang
8.       Belanjawan Malaysia menjadi defisit
Langkah Mengatasi Kegawatan Ekonomi
1.       Kerajaan perlu mengurangkan kebergantungan terhadap petroleum semata-mata
2.       Kaji semula GST
3.       Integiriti tinggi dalam pengurusan ekonomi negara
4.       Pembekuan jawatan-jawatan kosong dalam sektor awam
5.       Kerajaan mengurangkan pembinaan projek-projek mega

6.       Berbelanja secara berhemah dalam semua agensi kerajaan