Sunday 5 July 2015

Karangan-Integriti

Faktor-faktor yang menjejaskan integriti boleh dibahagikan kepada lima kategori iaitu, kepimpinan, sistem dan prosedur, struktur dan institusi, budaya dan individu.
Kepimpinan
Kepimpinan sangat penting dalam mencorakkan budaya organisasi dan masyarakat serta tahap integriti.
Kepimpinan pelbagai peringkat perlu mempunyai azam dan iltizam yang teguh untuk memberikan pedoman, dan petunjuk
Iltizam yang lemah akan menyebabkan merosotnya integriti.
Begitu juga pemimpin yang tidak memberikan teladan yang baik, lebih-lebih lagi mereka yang “cakap tidak serupa bikin”.
Pemimpin juga mesti mematuhi undang-undang, prosedur dan peraturan yang ditetapkan.
Sistem dan Prosedur
Sistem dan prosedur merangkumi pelbagai dimensi.
Enam aspek sistem dan prosedur yang boleh menjejaskan integriti ialah:
Kurang ketelusan dalam urusan yang melibatkan kepentingan awam, misalnya dalam urusan tender.
Kelemahan sistem, prosedur dan garis panduan bagi menjalankan tugas.
Kelemahan ini boleh menyebabkan ketidakcekapan, kecelaruan dan perselisihan pendapat dalam kalangan petugas.
Penguatkuasaan yang tidak berkesan dan ada kalanya dilakukan secara berpilih.
Kurang pemantauan dan penilaian tentang keberkesanan sesuatu strategi atau program.
.Struktur dan institusi ialah komponen penting dalam menjamin kelancaran pentadbiran Kerajaan, swasta dan masyarakat umum.
Struktur sesebuah organisasi perlu kemas, terfokus serta mempunyai matlamat yang jelas dan munasabah.
Bahagian-bahagian di dalamnya haruslah sesuai dengan tugasnya.
Struktur organisasi juga perlu diubah dan diperkemas dari semasa ke semasa bagi menangani tuntutan dan cabaran baru.
Institusi memainkan peranan yang amat penting dalam keseluruhan sistem pentadbiran.
Skop, tugas dan tanggungjawab antara institusi perlu diperincikan dan dikoordinasi dengan baik.
Kurang koordinasi antara institusi pula boleh menyebabkan pembaziran sumber dan tugas yang dilakukan tidak sempurna.
Misalnya, ada institusi yang memupuk nilai-nilai murni, sedangkan ada institusi lain menyebarkan nilai-nilai sebaliknya.
Pertentangan kepentingan antara institusi yang berlaku secara berterusan serta nilai-nilai yang berlawanan itu boleh menimbulkan kecelaruan dan krisis nilai.
Budaya
Persekitaran amat penting dalam mempengaruhi individu dari segi pembentukan nilai dan tingkah laku.
Salah satu komponen persekitaran ialah budaya.
Budaya dipengaruhi oleh sejarah dan perkembangan semasa.
Justeru, budaya berubah dan boleh diubah.
Budaya yang menjunjung tinggi integriti akan memberi persekitaran yang sesuai kepada individu
Budaya yang sebaliknya akan mempengaruhi mereka untuk bersikap tidak ambil peduli, tidak bertanggungjawab
Kebimbangan terhadap akibat tindakan menegur atau melapur adalah antara punca keengganan tersebut.
Contohnya, individu yang mempunyai maklumat mengenai atau menyaksikan sesuatu salah laku, bimbang akan keselamatan dirinya sekiranya membuat aduan. Maka timbullah sikap dan amalan ’angguk’ dan ‘ampu’ lebih-lebih lagi terhadap pemimpin.
Individu
Akhir sekali, penentu kepada kejayaan pengukuhan integriti ialah diri sendiri.
Individu yang lemah didikan agama dan penghayatan nilai-nilai murni, lemah disiplin diri dan etika kerja, serta tamak mementingkan diri akan melibatkan diri dalam pelbagai bentuk salah laku.
Kemerosotan integriti juga boleh berlaku sekiranya individu itu hanya meihat kelemahan orang lain, enggan memeriksa kelemahan diri sendiri, lantaran itu jauh sekali untuk mengakui dan mengatasinya.
Tekanan hidup juga boleh menyebabkan individu terjerumus ke dalam kancah rasuah, penyelewengan, salah guna kuasa dan gejala tidak bermoral.


Hal ini berkemungkinan lebih besar berlaku sekiranya pegangan kepada nilai-nilai murni itu sendiri adalah lemah.

No comments:

Post a Comment