Tuesday, 7 July 2015

Guru-Satu Pandangan (3)

Sebagai seorang pendidik guru amat menekankan kreativiti dalam P&P dalam kelas mereka. Mereka seharusnya kreatif memujuk dan mempengaruhi pelajar untuk mereka berusaha memperbaiki kelemahan diri pelajar. Kebanyakan pelajar di sekolah mempunyai perasaan rendah diri dan sikap anti belajar yang melampau. Guru tidak dapat menyampaikan sesuatu maklumat kepada pelajar dengan terburu-buru. Dalam konteks ini keberkesanan guru melaksanakan sebarang aktiviti P&P tidak boleh dinilai berdasarkan keupayaan pelajar menyelesaikan semua kandungan kurikulum yang ditetapkan dalam jangka waktu tertentu semata-mata. Guru harus kreatif merangsang minat dan menaikkan semangat untuk belajar.
Guru harus memindahkan pengetahuan yang ada pada mereka secara informal dan mesra. Sebagai contohnya apabila mengajar subjek Kemahiran Hidup untuk Tingkatan 3,guru  tidak perlu menyampaikan ilmu daripada buku teks terus kepada pelajar. Biasanya guru hendaklah minta pelajar mencuba melakukan sesuatu setelah arahan pertama diberi. Setelah pelajar mencuba dengan sendiri dan barulah meminta mereka merujukkan aktiviti tersebut dalam buku teks. Dalam setiap suasana P&P, guru hendaklah mempelbagaikan kaedah yang berbeza. Kaedah yang pelbagai ini meningkatkan pemahaman pelajar dan mengelakkan kebosanan. Selain ‘hands on’ gurujuga menyampaikan pelajaran secara bertulis melalui bahan-bahan edaran, menulis kata-kata kunci dengan warna yang berlainan serta menggunakan lakaran dan peta minda. Penulisan di papan tulis atau di kertas mahjung perlulah tertib dan teratur.
ian kaedah pengajaran yang berunsurkan minat, perasaan, harga diri, pengalaman dan cita rasa pelajar yang terlibat mampu menjana suasana P&P yang interaktif dan impilkasinya pula berpanjangan. Kaedah pengajaran yang tidak bersifat arahan sehala semata-mata tidak mencetuskan pengalaman ‘hands on’ kepada pelajar-pelajar berkenaan.

No comments:

Post a Comment