Malaysia
juga merupakan sebuah negara yang mengamalkan sistem Demokrasi berasaskan
kepada sistem Persekutuan. Sehubungan dengan itu, ia bermakna negeri-negeri
Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak , Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor,
Pahang, Terengganu, Kelantan, Sarawak dan Sabah telah bersetuju dengan konsep
penubuhan Negara Malaysia.
Setiap
negeri yang terbabit telah menyerahkan sebahagian kuasa masing-masing, seperti
kewangan, pertahanan, pelajaran, luar negara dan lain-lain lagi seperti mana
yang telah tercatat di dalam Perlembagaan Malaysia yang di tadbir oleh Kerajaan
Pusat. Ada perkara-perkara yang dijadikan kuasa negeri dan negeri akan
mentadbirkan kuasa serta ada juga yang dijadikan sebagai kuasa bersama.
Sebagai
sebuah negara Raja Berperlembagaan, maka diperuntukan oleh Perlembagaan
institusi Yang Di-Pertuan Agong, Raja-raja Melayu di sembilan buah negeri dan
Majlis Raja-raja. Baginda adalah diberi kuasa untuk memelihara adat istiadat
orang Melayu dan Pentadbiran Agama Islam di negeri masing-masing. Seri Paduka
Baginda Yang Di-Pertuan Agong adalah Ketua Agama Islam bagi negeri-negeri Pulau
Pinang, Sabah, Sarawak, dan Wilayah-wilayah Persekutuan.
Seri
Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong juga menjadi Kepala Utama Negara dan
Baginda adalah Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Negara. Baginda akan
menjalankan tugas-tugas dibawah Perlembagaan mengikut nasihat Perdana Menteri
atau Jemaah menteri . Raja-raja pula menjadi Ketua Negeri masing-masing dan
menjalankan tugas mengikut nasihat Menteri-menteri Besar atau Ketua-ketua
Menteri.
Sistem
pentadbiran ini adalah berdasarkan Westminster kerana Malaysia merupakan bekas
tanah jajahan Britain. Kuasa pemerintahan lebih banyak dipegang oleh cabang
eksekutif berbanding perundangan. Pilihan raya umum pula perlu diadakan setiap
lima tahun sekali bagi memilih pemerintah.
Kuasa
eksekutif ditetapkan oleh kabinet yang dipimpin oleh Perdana Menteri.
Berdasarkan perlembagaan Malaysia, Perdana Menteri mestilah seorang anggota
Dewan Rakyat, yang pada pendapat Yang di-Pertuan Agong, memimpin kumpulan
majoriti dalam parlimen. Manakala kabinet merupakan ahli parlimen yang dipilih
daripada Dewan Rakyat atau Dewan Negara.
Parlimen
terbahagi kepada Dewan Rakyat dan Dewan Negara. Dewan Negara mempunyai 70 orang
senator (iaitu panggilan yang diberikan kepada ahli Dewan Negara). Pemilihan
ahlinya boleh dibahagikan kepada dua:
1. 26
ahli dipilih oleh Dewan Undangan Negeri sebagai mewakili 13 negeri (setiap
negeri diwakili oleh dua orang ahli).
2. 44
ahli yang dilantik oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong atas nasihat
Perdana Menteri, termasuk dua ahli dari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, dan
satu ahli masing-masing dari Wilayah Persekutuan Labuan dan Putrajaya.
Untuk
layak menjadi ahli, seseorang calon hendaklah warganegara Malaysia, tidak
kurang dari 30 tahun, waras fikiran, bukan seorang muflis dan tidak mempunyai
rekod jenayah. Jawatan itu hendaklah dipegang selama satu penggal (tiga tahun)
dan boleh disambung sebanyak satu penggal lagi, sama ada dilantik pada
peringkat Persekutuan atau pemilihan pada peringkat negeri.
Kedudukan
Dewan Negara tidak berubah dengan pembubaran Parlimen. Ahli-ahli Dewan Negara
dilantik atau dipilih dari kalangan mereka yang menyumbang khidmat yang
cemerlang atau telah mencapai kecemerlangan dalam profesion masing-masing,
dalam perdagangan, industri, pertanian, aktiviti kebudayaan atau perkhidmatan
sosial atau merupakan wakil kumpulan bangsa minoriti ataupun berkebolehan
menjaga kepentingan orang-orang asli.
Setiap
ahli dimestikan mengangkat sumpah di hadapan Yang di-Pertua Dewan Negara. Ahli
tersebut hendaklah bersumpah atau berjanji bahawa mereka akan taat menjalankan
tugas-tugas mereka sebagai ahli Dewan sebaik yang mungkin dan taat setia kepada
Malaysia serta mematuhi, menjaga dan mempertahan Perlembagaan.
Dewan
Rakyat pula mempunyai seramai 222 ahli, dan setiap ahli mewakili satu kawasan
pilihan raya. Ahli-ahli dipilih atas dasar sokongan ramai melalui pilihan raya.
Setiap ahli Dewan Rakyat memegang jawatan selama lima tahun, dan selepas itu
pilihan raya yang baru akan diadakan. Kuasa perundangan dibahagi antara
kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri. Kuasa politik di Malaysia amat
penting bagi memperjuangkan sesuatu isu dan hak oleh yang demikian kuasa
memainkan peranan yang amat penting dalam melakukan perubahan.
Kelayakan
menjadi ahli adalah warga negara Malaysia, tidak kurang dari 21 tahun, waras
fikiran, bukan seorang muflis dan tidak mempunyai rekod jenayah. Seorang ahli
tidak boleh memegang jawatan kedua-dua Dewan Rakyat dan Dewan Negara dalam satu
masa.
Sebelum
memegang sebarang kerusi dalam Parlimen, setiap ahli dimestikan mengangkat
sumpah di hadapan Yang di-Pertua Dewan Rakyat. Negara. Ahli tersebut hendaklah
bersumpah atau berjanji bahawa mereka akan taat menjalankan tugas-tugas mereka
sebagai ahli Dewan sebaik yang mungkin dan taat setia kepada Malaysia serta
mematuhi, menjaga dan mempertahankan Perlembagaan.
Kabinet
Malaysia atau Jemaah Menteri ialah sebuah badan eksekutif kerajaan Malaysia.
Kabinet diketuai oleh Perdana Menteri dan merupakan sebuah majlis
menteri-menteri yang bertanggungjawab kepada Parlimen. Seperti yang
diperuntukkan dalam Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan Malaysia, anggota
Kabinet hanya boleh dipilih daripada mana-mana Majlis Parlimen iaitu Dewan
Rakyat ataupun Dewan Negara. Kebiasaannya, Yang di-Pertuan Agong melantik semua
menteri atas nasihat Perdana Menteri. Namun begitu, seorang Perdana Menteri
hendaklah dilantik terlebih dahulu dari Dewan Rakyat.
Anggota
Kabinet sering dilantik daripada majlis terendah bagi Parlimen, Dewan Rakyat.
Walaupun Timbalan Menteri dilantik mengikut setiap portfolio, tetapi mereka
tidak termasuk dalam Kabinet. Kabinet seringkali bermesyuarat secara mingguan,
setiap Rabu
No comments:
Post a Comment