Drachma,
mata wang Greece telah digantikan dengan Euro pada tahun 2002 selepas menyertai
European Union (EU). Penggunaan mata wang euro itu telah meningkatkan keyakinan
pelabur ke atas perkembangan ekonomi Greek.
European Union (EU) ialah kesatuan politik-ekonomi 28 negara
yang terletak di Eropah. Gabungan ini terdiri daripada institusi seperti European
Commission (EC), Council of the European Union, European Council, Court of
Justice of the European Union, European Central Bank, European Court of
Auditors, dan European Parliament.
Pada
Disember 2004, European Commission telah mengeluarkan amaran rasmi kepada
Greece selepas mendapat tahu pemalsuan data status kewangan negara iaitu
perbelanjaan melebihi pendapatan bagi menyertai keahlian eurozone. Kerajaan
Greece mengakui defisit tidak pernah berada di bawah 3 peratus sejak 1999
seperti mana peraturan yang telah ditetapkan oleh EU dalam kriteria penyatuan
Maastricht .
European Commission (EC) iaitu sebuah badan eksekutif
European Union (EU) yang bertanggungjawab mencadangkan undang-undang,
melaksanakan keputusan, memartabatkan perjanjian EU dan menguruskan urusan
seharian EU. Eurozone ialah nama rasmi bagi kawasan Eropah yang menggunakan
mata wang kesatuan, Euro. Eurozone terdiri daripada 19 buah negara seperti
Austria, Belgium, Cyprus, Estonia, Finland, France, Germany, Greece, Ireland,
Italy, Latvia, Lithuania, Luxembourg, Malta, Netherlands, Portugal, Slovakia,
Slovenia, dan Sepanyol.
Walaupun
kewangan Greece tidak menentu, kerajaan Greece tetap menganjurkan Sukan Olimpik
2004. Perbelanjaan kos yang tinggi menekan kerajaan Greece.
Krisis
hutang negara Greece bermula pada tahun 2009 dan masih berlaku sehingga kini.
Dari Oktober hingga Disember 2009, credit rating Greece
diturunkan oleh agensi-agensi perkhidmatan kewangan seperti Fitch, Standard
& Poor’s dan Moody’s. Hal ini semua terjadi kerana bertahun-tahun kerajaan
Greece cuai dalam perbelanjaan dan pinjaman.
Credit rating ialah penilaian ke atas risiko
kredit penghutang bagi memenuhi komitment kewangan negara berdasarkan urusan
terdahulu. Hal ini juga merujuk kepada kebolehan peminjam untuk membayar balik
hutang pinjaman.
George
Papandreou, Perdana Menteri baru waktu itu telah mengambil langkah pencegahan
dengan mengumumkan satu program yang akan memotong perbelanjaan untuk rakyat.
Tindakan kerajaan Greece mengumumkan dua lagi langkah penjimatan yang sukar
antara Januari dan Mac 2010 telah menimbulkan bantahan dan mogok besar-besaran.
Antara pelan yang diumumkan ialah peningkatan cukai GST dan cukai rokok dan
alkohol, peningkatan harga gas, pembekuan pencen dan had maksimum bagi gaji
kakitangan awam.
Krisis
semakin genting, pada 23 April 2010 Papandreou telah meminta secara rasmi pakej
bantuan kewangan kecemasan yang melibatkan penyertaan European Union, European
Central Bank (ECB) dan International Monetary Fund (IMF). Susulan itu, pada 2
Mei 2010, sebanyak €110 billion telah diberikan kepada Greece sebagai satu
pakej bailout di atas persetujuan bersama Papandreou, IMF dan
pemimpin-pemimpin eurozone.
Sekiranya
Greece gagal membayar balik pinjaman,ini akan membahayakan negara-negara EU yang
lain. Bagi menghalang risiko kegagalan Greece membayar hutang sekiranya itu
berlaku, pemimpin-pemimpin Eropah termasuk IMF, ECB dan EU bersatu membentuk
‘Troika’ bagi melindungi eurozone daripada krisis Greek. Bagi mencapai objektif
‘Troika’, Greece mesti bersetuju dengan rela hati dan mempunyai kebolehan untuk
penstrukturan semula.
Bagi
memenuhi syarat pinjaman, kerajaan Greece telah mengumumkan pakej penjimatan
ketiga yang melibatkan:
1.
Pemotongan 8% elaun sektor awam.
2. Had sektor awam sebanyak €1,000 diperkenalkan kepada bonus dua kali setahun dan dihapuskan sepenuhnya bagi mereka yang berpendapatan lebih €3,000 sebulan.
3. Had €500 sebulan kepada bulan ke-13 dan ke-14 bagi gaji pekerja awam, dan dihapuskan sepenuhnya bagi mereka yang menerima lebih €3,000 sebulan.
4. Had €800 sebulan kepada bulan ke-13 dan ke-14 bagi ansuran pencen dan dihapuskan sepenuhnya bagi mereka yang menerima lebih €2,500 sebulan.
5. Pemulangan cukai istimewa ke atas pencen yang tinggi.
6. Mengenakan cukai yang luar biasa ke atas keuntungan syarikat.
7. Peningkatan nilai hartanah (dan cukai tinggi).
8. Peningkatan tambahan 10% untuk semua kereta import.
9. Perubahan bayaran pemberhentian kerja dan bayaran kerja lebih masa.
10. Meningkatkan cukai GST
11. Peningkatan 10% cukai ke atas barangan mewah dan cukai ke atas alkohol, rokok dan minyak.
12. Umur pencen pekerja wanita disetarakan dengan umur pencen pekerja lelaki.
13. Mekanisme pemberian pencen diubah mengikut jangkaan perubahan hidup.
14. Dana kewangan stabil dibentuk.
15. Umur purata persaraan pekerja kerajaan ditingkatkan dari 61 tahun kepada 65 tahun.
16. Bilangan syarikat awam dikurangkan dari 6,000 kepada 2,000.
17. Bilangan majlis perbandaran akan dikurangkan dari 1,000 kepada 400.
2. Had sektor awam sebanyak €1,000 diperkenalkan kepada bonus dua kali setahun dan dihapuskan sepenuhnya bagi mereka yang berpendapatan lebih €3,000 sebulan.
3. Had €500 sebulan kepada bulan ke-13 dan ke-14 bagi gaji pekerja awam, dan dihapuskan sepenuhnya bagi mereka yang menerima lebih €3,000 sebulan.
4. Had €800 sebulan kepada bulan ke-13 dan ke-14 bagi ansuran pencen dan dihapuskan sepenuhnya bagi mereka yang menerima lebih €2,500 sebulan.
5. Pemulangan cukai istimewa ke atas pencen yang tinggi.
6. Mengenakan cukai yang luar biasa ke atas keuntungan syarikat.
7. Peningkatan nilai hartanah (dan cukai tinggi).
8. Peningkatan tambahan 10% untuk semua kereta import.
9. Perubahan bayaran pemberhentian kerja dan bayaran kerja lebih masa.
10. Meningkatkan cukai GST
11. Peningkatan 10% cukai ke atas barangan mewah dan cukai ke atas alkohol, rokok dan minyak.
12. Umur pencen pekerja wanita disetarakan dengan umur pencen pekerja lelaki.
13. Mekanisme pemberian pencen diubah mengikut jangkaan perubahan hidup.
14. Dana kewangan stabil dibentuk.
15. Umur purata persaraan pekerja kerajaan ditingkatkan dari 61 tahun kepada 65 tahun.
16. Bilangan syarikat awam dikurangkan dari 6,000 kepada 2,000.
17. Bilangan majlis perbandaran akan dikurangkan dari 1,000 kepada 400.
Pengumuman
langkah penjimatan itu telah menyebabkan mogok dan demonstrasi di dua buah
bandar utama Greece yang turut bertukar menjadi ganas sehingga melibatkan
kematian. Walaupun kerajaan Greece telah menerima pakej bailout dan
mengumumkan langkah penjimatan, credit ratingGreek terus menjunam
jatuh.
Krisis
hutang Greece makin meruncing pada tahun 2011 dengan pelbagai protest,
tentangan, dan keganasan yang berlaku di sekitar bandar besar Greece dan di
luar bangunan parlimen. Meskipun begitu, pakej penjimatan keempat dan kelima
tetap diluluskan oleh parlimen. Ini bermakna lebih banyak tekanan ke atas
rakyat Greece. Tahun 2011 turut menyaksikan penstrukturan semula kerajaan dan
perletakan jawatan Papandreou sebagai Perdana Menteri Greece selepas pelan
referendumnya dikecam.
Referendum ialah undian awam bagi satu isu yang memerlukan
pandangan orang awam sebelum memutuskan sesuatu keputusan.
Pada
2012 seorang pesara pegawai farmasi telah membunuh diri di depan bangunan
parlimen Greece sebagai satu tanda protes menentang politik polisi pengurangan
bajet perbelanjaan kerajaan yang melibatkan pemotongan perbelanjaan dan
peningkatan cukai yang membebankan rakyat. Dia telah menjadi simbol penentangan
rakyat Greece terhadap kerajaan dan mencetuskan pertentangan antara polis dan penunjuk
perasaan.
Kebangkitan
rakyat telah menyebabkan parti kerajaan kecundang dalam pilihan raya. Sementara itu, populariti
parti haluan kiri yang radikal dan parti haluan kanan telah meningkat tetapi
kedua-dua parti itu tidak memenangi majoriti kerusi parlimen. Kerajaan campur
yang melibatkan parti New Democracy, PASOK dan DIMAR diwujudkan dan presiden
parti New Democracy, Antonis Samaras dilantik sebagai Perdana Menteri Greece
pada 17 Jun 2012.
Pertukaran
perdana menteri dan kejatuhan parti kerajaan turut tidak mengubah apa-apa
krisis ekonomi Greece. Malah, satu protes yang besar berlaku di luar bangunan
parlimen apabila pakej penjimatan keenam diluluskan bagi memastikan Greece
terus menerima ansuran daripada perjanjian bailout. Itu menunjukkan
ekonomi Greece semakin tenat dan bergantung kepada bantuan kewangan untuk
melalui krisis hutang ini.
Pada
tahun 2013 pula, kerajaan Greece berdepan dengan masalah peningkatan kadar
pengangguran rakyat yang tinggi dan ini merupakan kadar paling tinggi di EU
dengan peningkatan sehingga 26.8% dan hampir 60% bagi kadar orang muda yang
tidak bekerja. Pada pertengahan tahun 2013, kerajaan menangguhkan operasi
penyiaran kerajaan, ERT bagi menjimatkan duit. Protes dan mogok telah
menyebabkan ERT dilancarkan semula dua bulan selepas itu.
Barisan
kabinet distrukturkan semula lagi sekali oleh Samaras (Perdana Menteri) dan
meluluskan pakej penjimatan ketujuh termasuk pelan pemotongan gaji pekerja
perkhidmatan awam bagi menerima bantuan pakej bailout kedua EU
dan IMF sebanyak €130 billion menyebabkan kehidupan rakyat Greece semakin
tertekan dan mengamuk di jalanan. Ramai orang Greece juga gagal membayar cukai
mereka.
Ada
sinar bagi Greece pada awal tahun 2014. Greece kembali ke pasaran kewangan
dengan 3 billion Eurobonds. Agensi Fitch menaikan semula credit rating Greece
dari gred B- ke B. Greece berjaya mendapat 4 billion dollar dari pasaran
kewangan dunia dalam penjualan bon
jangka masa panjang kerajaan. Ini adalah satu langkah penting untuk ekonomi
negara pulih.
Eurobonds ialah bon kerajaan yang dicadangkan dalam euro
secara bersama oleh 19 negara eurozone.
Hampir
masuk suku tahun kedua iaitu Mei 2014, kumpulan anti-austerity haluan kiri,
Syriza memenangi pilihan raya. Kemenangan itu telah mengubah keseluruhan
dinamik politik di Greece. Penstrukturan kabinet baru dilakukan dan Prof. Gikas
Hardouvelis dilantik sebagai menteri kewangan. Kegagalan Parlimen melantik
presiden baru telah menyalakan krisis politik pada bulan Disember 2014. Sehari
selepas itu pasaran saham Greek jatuh 12.78%.
Austerity ialah pengurangan bajet
perbelanjaan kerajaan yang melibatkan pemotongan perbelanjaan dan peningkatan
cukai yang membebankan rakyat.
Pada 26 Januari 2015 Alexis Tsipras mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri baru dan Yanis Varoufakis sebagai menteri kewangan baru. Mereka berdua daripada parti Syriza (anti-austerity). Trispas berjanji untuk menolak semua perjanjian bailout yang sebelum ini dan mahu satu perjanjian yang baik dan adil bagi Greece.
Ini
menunjukkan pakej bailout yang disasarkan sebagai bantuan bagi menyelamatkan
krisis ekonomi Greece dilihat sebagai satu konspirasi jahat bagi mengawal
negara Greece. Maka, Syriza (Tsipras dan Varoufakis) mengugut EU untuk keluar
dari eurozone.
Sumber:
CNN, USA Gold, VOX, VOX2, BBC, The Guardians, About: Worldnews,Bloomberg,
Telegraph , Academia, Time, Business Insider, Washington Post, NY Times
No comments:
Post a Comment