Dengan menggunakan maklumat yang diberikan dalam petikan di
bawah, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan jumlah penerima faedah
daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) antara tahun 2000 hingga 2004.
Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) merupakan sebuah
pertubuhan yang mentadbir skim keselamatan sosial yang memberi perlindungan
kepada para pekerja terhadap beberapa kejadian luar jangka seperti bencana
pekerjaan termasuk kemalangan semasa perjalanan, keilatan dan kematian.
Pada tahun 2000, jumlah penerima faedah ialah 222,350
pencarum, telah meningkat kepada 223,845 pencarum pada tahun 2001. Data ini
terus meningkat bagi tahun 2002, 2003 dan 2004 iaitu masing-masing 232,327
pencarum, 239,004 pencarum dan 255,381 pencarum.
Sepanjang tahun 2000, sebanyak 76,004 pencarum berinsurans
telah menerima bayaran faedah hilang upaya sementara. Sebanyak 20,009 pencarum
pula telah menerima faedah hilang upaya kekal. 25,900 pencarum telah menerima
faedah orang tanggungan, sekiranya pencarum berinsurans meninggal dunia akibat
bencana kerja, orang-orang tanggungannya berhak menerima faedah ini.
Sementara itu, seramai 18,324 pencarum telah menerima pencen
ilat. Skim ini memberi perlindungan 24 jam kepada orang berinsurans terhadap
keilatan atau kematian akibat sebarang sebab yang tidak berkaitan dengan
pekerjaan.
Manakala bagi faedah pencen penakat keilatan atau kematian
akibat sebarang sebab yang tidak berkaitan dengan pekerjaan adalah seramai
82,113 pencarum.
Pada tahun 2001, pencarum yang menerima faedah hilangupaya
sementara menurun sebanyak 8715 orang dan pada tahun 2002 menurun lagi kepada
62881 pencarum. Pada tahun 2003 dan 2004, bilangan pencarum yang menerima
faedah hilangupaya sementara terus menurun kepada 56766 pencarum dan 56309
pencarum.
Faedah hilangupaya kekal pula telah membuat pembayaran
kepada seramai 19707 pencarum pada tahun 2001. Bilangan pencarum yang menerima
faedah ini telah mengalami peningkatan sebanyak 2253 orang bagi tahun 2002
berbanding tahun sebelumnya dan pada tahun 2004 terdapat seramai 22505
pencarum. Tetapi bagi tahun 2003 hanya seramai 19542 pencarum sahaja yang
menerima faedah ini.
Faedah orang-orang tanggungan pula telah diterima oleh
seramai 27485 pencarum pada tahun 2001, meningkat kepada 29097 pencarum pada
tahun 2002, dan terus meningkat pada tahun 2003 dan 2004 iaitu masing-masing
sebanyak 31123 pencarum dan 32836 pencarum.
Manakala bagi faedah pencen ilat pula, seramai 21083
pencarum telah menerima pada tahun 2001, 23499 pencarum pada tahun 2002.
Bilangan pencarum terus meningkat sebanyak 1543 pencarum dan pada tahun 2004
berjumlah 29385 pencarum
PERKESO juga telah membuat pembayaran faedah pencen penakat
kepada pencarum-pencarumnya yang berinsurans. Pada tahun 2001, seramai 88281
pencarum telah menerima faedah ini. Bilangan pencarum yang menerima faedah ini
terus meningkat untuk tahun 2002, 2003 dan 2004 iaitu 94890 pencarum,
106531pencarum dan 114346 pencarum. (Disesuaikan daripada Buletin PERKESO,2005)
No comments:
Post a Comment