Blueprint Pembangunan Pendidikan Negara menekankan peri
mustahaknya perana ibu bapa dalam pembelajaran anak-anak mereka di sekolah.
Kajian sosiologi pendidikan era 60-an dan 70-an banyak membuktikan sumbangan
ibu bapa dan komuniti terhadap kemajuan pendidikan anak-anak.
Pencapaian murid di sekolah bergantung kepada sejauh mana
ibu bapa terlibat dalam aktiviti sekolah dan hubungan mereka dengan sekolah.
Hubungan personal antara ibu bapa dengan guru ada kaitan dengan pencapaian
akademik murid di sekolah .Ibu bapa biasanya meletakkan harapan dan jangkaan
tinggi terhadap pencapaian anak mereka di sekolah. Akan tetapi ibu bapa yang
bekerja biasanya tidak dapat membantu anak mereka di rumah. Terdapat kajian
yang menunjukkan ibu bapa boleh memainkan peranan penting dalam membantu pendidikan anak mereka dengan melibatkan diri
mereka dalam pembelajaran anak-anak dan membantu usaha-usaha guru dan sekolah.
Ibu bapa boleh menggalakkan anak mereka memperoleh kerja kursus yang lebih
terkini, memperuntukkan masa untuk kerja rumah anak dan menghabiskan banyak
masa untuk membaca berbanding menonton televisyen.
Ibu bapa boleh menggalakkan anak mereka belajar jika mereka
membaca kuat untuk anak mereka di rumah, mengadakan diskusi di rumah tentang
bahan bacaan, kerja sekolah dan isu semasa dan boleh membawa anak mereka ke
perpustakaan lebih kerap dan boleh mencari dan mengumpul pelbagai maklumat
tentang topik-topik yang menarik. Penglibatan ibu bapa sangat diperlukan demi
masa depan murid. Oleh itu program yang melibatkan ibu bapa di sekolah
hendaklah dirancang, dilaksanakan dan dikawal selia dengan berhati-hati agar
matlamat pendidikan anak-anak mereka dapat tercapai. Penglibatan ibu bapa
secara positif terhadap perkembangan murid menyebabkan murid menunjukkan hasil
persekolahan yang lebih positif. Di samping itu penglibatan ibu bapa juga
mendorong murid untuk meningkatkan keupayaan intelek mereka dan dengan ini
mereka berupaya memikirkan dan menyelesaikan sesuatu masalah pembelajaran dengan
sendiri. Ibu bapa yang berasal daripada kelas tinggi dan sederhana lebih
menekankan akademik dengan memberi ganjaran positif dan ada sense of community
terhadap mereka. Jadi jangkaan positif terhadap murid membantu murid memupuk
konsep kendiri dan pencapaian akademik murid.
No comments:
Post a Comment