SMK TINGGI BUKIT MERTAJAM
MINIT MESYUARAT UNIT PENGAJIAN AM
KALI KEDUA/2015
Tarikh : 23 Jun 2015 (Selasa)
Masa : 2.30 hingga
3.30 ptg.
Tempat : Pusat Sumber Pra-U
Kehadiran:
1. Pn.Hjh.Che
Noora
bt.Md.Said
– GPK Ting. 6 DG52
2. Dr.R.Dhanapal
– Ketua Unit P.Am
DG52
3. Cik Gok
Poh
Suan
– Guru P.Am DG48
4. Pn.Shanthi
K.Shanmugam
– Guru P.Am DG48
5. En.Chong
Ken
Tong
– Guru P.Am Dg52
Tidak Hadir (Bersebab)
1. En.Hamidon
Bin Abu
Bakar
– Guru P.Am DG52
BUTIRAN MESYUARAT
1. Ucapan
Pengerusi
1.1.Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua guru PA yang
hadir ke mesyuarat hari ini
1.2.Pengerusi mengucapkan tahniah kepada semua guru kerana
berjaya melaksanakan kerja kursus PA.
1.3.Pengerusi turut mengucapkan tahniah kepada tiga orang guiru
PA yang telah dinaikkan pengkat iaitu guru Pengajian Am hakiki DG 52 seorang
dan DG48 dua orang.
1.4.Pengerusi berharap dengan insentif yang diterima maka
guru-guru dapat menunjukkan semangat dan bekerja lebih keras untuk meningkatkan
prestasi pelajar dalam PA.
1.5.Pengerusi meminta semua guru supaya boleh memilih buku
rujukan masing-masing. Bagaimanapun sumber rujukan utama ialah modul kendiri PA
KPM.
1.6 .Pengerusi meminta guru-guru menganalisis dan merujuk
soalan-soalan P3 yang pernah keluar supaya dapat mengetahui dan memahami format
dan bentuk soalan.
1.7.Pengerusi juga memberitahu bahawa PAUUM/UTP kini diambil
oleh ketua unit.
1.8 Semua guru diminta memasukkan satu salinan markah kerja
kursus dalam fail pelajar.
1.9. Guru-guru diminta meluahkan sebarang masalah dalam P dan P
dalam hal-hal lain
1.10.Oleh sebab prestasi P1 tahun 2014 tidak begitu memuaskan
maka guru-guru perlu bekerja lebih keras tahun ini untuk melonjakkan prestasi
pelajar.
1.11.Semua guru diminta mengemas kini folio Pdan P dengan
memasukkan rancangan tahunan P1 dan P3
1.12.Semua guru diingatkan supaya menyemak semua latihan pelajar
dalam tempoh masa yang ditetapkan dan kembalikan latihan pelajar dengan kadar
segera supaya pelajar dapat mengulang kaji pelajaran.
2. Pengesahan
Minit Yang Lepas
2.1En.Chong mencadangkan minit lepas diterima dan disokong oleh
Cik Gok.
§ Perkara-Perkara
Berbangkit
§ Cik Gok
memberitahu bahawa markah kerja kursus PA telah berjaya dihantar ke MPM
§ Beliau
meminta semua guru supaya mencetak satu salinan markah dan menyimpannya dalam
fail pentaksiran masing-masing.
§ Semua
guru diminta supaya memindahkan semua fail kerja kursus ke bilik PBS
§ Pengerusi
memaklumkan bahawa unit PA telah berjaya melaksanakan 4 program seperti
dirancang iaitu bengkel penulisan karangan, bengkel melukis graf,
ceramah/teknik menjawab PA2 dan kursus LDP untuk guru-guru PA.
3.5.Semua guru diminta mengkaji balik kelemahan-kelemahan calon
dalam peperiksaan
Penggal 1.
3.6 Kelemahan yang ketara ialah pelajar lemah dalam penulisan
karangan. Jadi semua
guru diminta memberikan banyak latihan karangan kepada pelajar.
3.7.Pelajar-pelajar yang tidak serius atau yang tidak menunjukkan
minat diminta hantar
kepada Pengetua.
3.8.Semua guru diminta merujuk agihan tugas yang telah
ditetapkan apabila menyediakan
soalan peperiksaan percubaan.
4. Perancangan
Program Peningkatan Prestasi
4.1 Pengerusi memberitahu walaupun 4 program telah berjaya
diadakan, namun terdapat
8 lagi program lain untuk dilaksanakan dalam semester dua ini.
Antaranya:
4.2.Ceramah dan Teknik Menjawab PA
Penggal 1-Penekanan kepada karangan dan Kenegaraan
|
4.3.Ceramah dan Teknik Menjawab PA
Penggal 3-Fokus kepada tafsiran jadual dan carta sahaja
|
4.4.Klinik Pengajian Am di bilik
Pusat Sumber Tingkatan Enam-bimbingan aspek penulisan dan tafsiran
|
4.5.Latih Tubi Pengajian Am
P1-Bincangkan soalan-soalan sumber luar
|
4.6.Latih Tubi Pengajian Am
P3-Bincangkan soalan-soalan sumber luar
|
4.7.Pecutan Akhir P1- Bincangkan
soalan Mocks STPM dan tip-tip penting
|
4.8.Pecutan Akhir P3- Bincangkan
soalan Mocks STPM dan tip-tip penting
|
5. Hal-Hal
Lain
5.1.Guru-guru memberitahu bahawa pelajar-pelajar tidak
menunjukkan minat atau
kesungguhan dalam penambahbaikan prestasi PA.
5.2.Dicadangkan supaya mengadakan program peningkatan kepada
pelajar-pelajar yang
betul-betul lemah
5.3. Pn.Shanthi memberitahu pelajar-pelajar PBUM menunjukkan
respons negatif dalam
kelas.
5.4. Pengerusi memberitahu panitia supaya mendapatkan bantuan
En. Liew dan Cik Gok
untuk berjumpa dengan pelajar-pelajar tersebut.
5.5.Pn. Che Noora memberitahu pelajar-pelajar kelas PAUMS tidak
begitu serius dalam
kelas. Masalah sikap menyebabkan mereka tidak bersungguh-sungguh
dalam PA.
5.6.Pengerusi memberitahu semua guru supaya menghabiskan semua
topik P3 kerana kali
ini ada soalan aneka pilihan dalam P3 dan topik-topik ini
sedikit sebanyak membantu
mereka dalam penulisan esei.
5.7 Semua guru PA telah menghadiri kerja kursus PA selama dua
hari dan bengkel
penggunaan modul kendiri PA selama sehari. Jadi pihak sekolah
hendaklah
menganggap 3 hari sebagai LDP untuk guru-guru PA. Hal ini kerana
pihak urus setia
tidak key in dalam SPLG.
5.8.Semua guru diminta mencadangkan bahan pengajaran yang sesuai
kepada panitia
dan mencadangkan buku rujukan yang sesuai untuk diletakkan dalam
PSS sekolah.
Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 3.30 petang.
No comments:
Post a Comment