Satu kajian telah
dilakukan terhadap sekumpulan ahli akademik oleh sebuah universiti terkemuka
iaitu Universiti Rohamton di London. Seramai 1058 ahli akademik telah dijadikan
responden dalam kajian ini. Mereka ini terdiri daripada ahli akademik,
pensyarah dan profesor. Kajian mendapati bahawa mereka yang bangun seawal 6.58
pagi didapati lebih cergas berbanding mereka yang bangun pada pukul 10.54 pagi.
Mereka yang bangun lebih awal daripada tidur didapati aktif menjalankan
kerja-kerja seharian. Mereka bukan sahaja mengendalikan kuliah, tutorial dan
konsultasi dengan pelajar dan pensyarah malah menjalankan kerja-kerja
penyelidikan tanpa jemu dan bosan. Mereka juga dikatakan tidak berasa mengantuk
pada waktu tengah hari. Mereka sentiasa peka dan sedar berbanding mereka yang
bangun lewat. Mereka yang bangun lewat merasakan diri mereka sangat bosan,
cepat letih lesu dan tidak berminat
membuat penyelidikan dan mengadakan konsultasi dengan pelajar atau dengan
pensyarah lain. Kajian juga menunjukkan mereka yang bangun awal, bersarapan
mengikut masa dan mempunyai masa terluang untuk mengadakan sedikit senaman
ringan. Mereka yang bangun lewat biasanya menonton televisyen lebih lama.
Mereka tidak bersarapan mengikut jadual dan tidak mempunyai masa yang cukup
untuk menjalankan senaman ringan. Mereka cepat berasa letih dan tidak bermaya
dalam menjalanakn aktiviti rutin mereka. Jadi ingatlah wahai ilmu akademik,
jika anda ingin menjadi seorang ahli akademik yang aktif dan produktif
bangunlah lebih awal dan jadilah cergas sepanjang masa.
No comments:
Post a Comment