SMK
TINGGI BUKIT MERTAJAM
LAPORAN
KETUA PANITIA PENGAJIAN AM TENTANG PUNCA KEGAGALAN PELAJAR DALAM
PENGAJIAN AM PENGGAL 2/2014
Bertarikh : 23 JULAI 2014
ANALISIS KEPUTUSAN (Purata
NGMP 2.04)
A6, A-12, B+15, B19, B-14, C+14, C8, C-16, D+17, D14, F24.X8.Bil
A &A- 18, Bil Lulus 88, %A &A-11% dan lulus 55%.
PUNCANYA
1.Karangan dijawab satu sahaja. Jika karangan tersebut keluar
topik, maka pelajar hilang markah.
2. Sumbangan
karangan 25 markah sahaja. Tidak seperti P1 dan P2 yang menyumbangkan 50
markah.
3. Pelajar
salah memahami kehendak soalan. Banyak yang menulis prinsip Rukunegara,
sepatutnya kepentingan. Mereka seharusnya mengubahsuai objektif atau rasional
RN.
4. 3 Bulan
yang pertama semua guru memberi penekanan terhadap PBS. Dua bulan yang pertama
pelajar masih teragak-agak dengan tajuk. Hanya pada bulan ketiga mereka mula
membaca, mencari bahan, menganalisis bahan dan menulis draf. Guru tidak
kesempatan memberikan banyak latihan walaupun sukatan dapat dihabiskan pada
masa yang ditetapkan.
5.Guru hilang fokus kerana mengajar 26 waktu dan kebanyakan masa
yang terluang menyemak dan mengedit kerja kursus pelajar. Guru didapati cepat
letih dan P&P mereka kurang berkesan khususnya pada waktu ke-9 dan 10.
6. Pelajar
yang lemah dalam Matematik khususnya pelajar aliran kemanusiaan tidak dapat
menyiapkan jadual media dalam masa yang ditetapkan. Jika jadual tidak siap maka
media tidak dapat dilukis. Mereka akan kehilangan 15 markah.
7. Pemeriksa
begitu rigid dengan skema pemarkahan. Mereka agak tegas dengan jawapan calon.
Pelajar yang pernah mendapat A dalam P1 dan A dan B+ dalam Percubaan, hanya
memperoleh C- dan F dalam P2.
PENYELESAIAN
1. Menambahkan
klinik mata pelajaran
2. Ceramah
dan teknik menjawab
3. Kursus
LDP untuk guru PA
4. Menggalakkan
pelajar yang mendapat C- dan ke bawah untuk mengambil semula
5. Mengadakan
bimbingan rakan sebaya dalam kalangan pelajar
6. Memohon
kepada pentadbir agar mengurangkan waktu mengajar guru PA
7. Meningkatkan
bilangan latihan bagi P3
8. Seboleh-bolehnya
menyelaraskan semua latihan PA
9. Membina
soalan percubaan yang lebih mencabar
10.Mempelbagaikan
bahan pengajaran
11. Berkongsi
bahan dengan guru dan sekolah lain
12. Hanya
guru yang beropsyen BM sahaja digalakkan mengajar pada masa masa akan datang
Disediakan oleh
Dr R Dhanapal
Ketua Panitia Pengajian Am
SMK Tinggi Bukit Mertajam
No comments:
Post a Comment