. Amalan
pemakanan dan gaya hidup yang tidak sihat menyumbang kepada berlakunya pelbagai
penyakit berbahaya. Jelaskan pernyataan tersebut.
Pendahuluan
• Hampir 30
peratus kematian yang disahkan oleh doktor di Malaysia disebabkan oleh penyakit
kardiovaskular.
(A) Amalan Pemakanan Yang Tidak Sihat
1. Amalan
pemakanan yang tidak seimbang
•
Pengambilan makanan tidak mengikut piramid makanan.
•
Pengambilan natrium (garam) berlebihan menyebabkan tekanan darah tinggi.
•
Pengambilan gula berlebihan menyebabkan karies gigi, peningkatan trigliserida
dalam serum pada sesetengah individu dan gangguan gastrousus.
•
Pengambilan makanan berkolesterol menyebabkan obesiti.
2.
Pengambilan makanan segera
• Makanan
segera tidak berzat dan tidak mengandungi vitamin .
• Makanan
segera juga mempunyai banyak bahan aditif seperti pengawet, pewarna ,
pengental/melamine dan perasa yang berlebihan.
•
Bahan-bahan aditif yang berlebihan mengandungi bahan kimia asid benzoik, MSG
dan asid borik yang tidak baik untuk kesihatan.
•
Menyebabkan pelbagai penyakit seperti kanser perut, batu karang dan
osteoperosis.
(B) Gaya Hidup Yang Tidak Sihat
3. Kurang
bersenam
• Badan
tidak berpeluh dan jantung kurang aktif.
• Lambakan
lemak dan kolesterol dalam badan tidak dapat dibakar.
•
Metabolisme menjadi rendah dan mendorong berlakunya masalah obesiti dan
penyakit jantung (tinjauan Kesihatan dan Morbiliti di seluruh negara
menunjukkan hanya 11.6 peratus rakyat Malaysia aktif bersenam).
4.
Pengambilan dadah dan alkohol
• Faktor
tekanan telah menyebabkan segelintir masyarakat mengambil dadah dan alkohol
sehingga membawa ketagihan.
• Penagih
berada dalam keadaan khayal, kurus keterlaluan, penyakit kancing gigi, mandul,
sakit perut dan jangkitan HIV.
•
Pengambilan alkohol akan menyebabkan berlakunya kekurangan daya koordinasi
menyebabkan ’hangover’ seperti sakit kepala, loya, muntah, cirit birit,
gangguan pencernaan, sakit jantung, hati dan radang paru-paru.
5. Amalan
merokok
• Asap rokok
juga boleh mencemarkan darah dan aliran darah menjadi tidak normal.
• Asap rokok
juga boleh menyebabkan kecacatan janin.
• Kesan
nikotin dalam rokok menyebabkan barah paru-paru dan pundi kencing, sakit
jantung dan kerosakan salur darah.
6.
Mengamalkan seks bebas
• Pengaruh
budaya hedonistik menyebabkan amalan seks bebas.
• Amalan
seks bebas akan membawa kepada berlakunya jangkitan HIV/AIDS, penyakit kelamin,
gonorea dan siplis.
Kesimpulan
• Banyak
penyakit berlaku disebabkan amalan pemakanan yang tidak sihat. Justeru,
masyarakat perlu menjaga sumber, bahan , kuantiti dan nilai nutrisi dalam
makanan.
No comments:
Post a Comment