Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah,
sediakan carta yang sesuai untuk menunjukkan nilai jaminan kredit yang
diberikan oleh Credit Guarantee Corporation Malaysia Berhad (CGC) kepada
Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) mengikut jenis perniagaan dan jenis skim
jaminan kredit yang ditawarkan pada tahun 2004.
CGC bukan sahaja memberikan khidmat nasihat dalam
perkara-perkara teknikal tetapi juga, malah lebih penting lagi, memberikan
jaminan kredit kepada usahawan PKS yang sering berhadapan dengan masalah
ketiadaan penjamin dalam permohonan pinjaman mereka kepada pihak bank. Jumlah
jaminan kredit oleh CGC pada tahun 2004 bernilai RM3007.6 juta. Angka ini
merupakan peningkatan sebanyak 12.1% berbanding dengan tahun 2003, dengan
bilangan usahawan yang terlibat sebanyak 8452 orang. Daripada jumlah RM3007.6
juta itu, sebanyak RM1822.09 juta diberikan kepada usahawan PKS yang
menjalankan perniagaan am. Jumlah usahawan yang mendapat jaminan kredit untuk
jenis perniagaan ini adalah yang paling banyak, iaitu 5624 orang.Usahawan PKS
yang menjalankan perniagaan yang berkaitan dengan sektor pembuatan merupakan
golongan kedua terbanyak yang menerima jaminan kredit daripada syarikat ini,
iaitu bernilai RM766.11 juta. Perniagaan yang berkaitan dengan sektor pertanian
pula mencatat nilai terkecil, iaitu hanya RM28.81 juta. Jumlah yang selebihnya
adalah untuk jaminan kredit kepada usahawan yang menjalankan jenis perniagaan
lain.Skim jaminan kredit yang diberikan oleh CGC pada umumnya dapat dibahagikan
kepada lima skim, iaitu Skim Jaminan Utama Baharu, Skim Jaminan Laluan Terus,
Skim Jaminan Anjal, Skim Jaminan Usahawan Kecil, dan Skim Jaminan Lain. Skim
Jaminan Utama Baharu mencatat angka tertinggi dari segi nilai jaminan, iaitu
RM1061.68 juta, diikuti oleh Skim Jaminan Laluan Terus yang mencatat nilai
RM962.88 juta. Skim Jaminan Anjal pula mencatat 27.14% daripada jumlah
keseluruhan nilai jaminan kredit yang diberikan oleh syarikat, manakala bagi
Skim Jaminan Usahawan Kecil, nilainya berjumlah RM44.03 juta. Jumlah selebihnya
ialah nilai jaminan yang diberikan kepada Skim Jaminan Lain.(Disesuaikan
daripada Dewan Ekonomi, November 2005)
No comments:
Post a Comment