Sejak pascakemerdekaan, pucuk
pimpinan negara kita sememangnya menekankan betapa pentingnya kita perlu mengekalkan
dan meningkatkan perpaduan kerana perpaduan banyak membawa impak yang positif
kepada negara kita yang mempunyai pelbagai kaum. Dalam konteks ini, institusi
sekolah seyogianya menggalas tanggung jawab merealisasikan hasrat tersebut. Bincangkan.
Pengenalan@Perpaduan sememangnya telah
menjadi teras utama dalam hala tuju negara menuju kecemerlangan bermula sejak
negara mencapai kemerdekaan. Kerajaan telah memperkenalkan konsep 1Malaysia
bertujuan menyemarakkan semula semangat perpaduan. Sekolah merupakan antara institusi penting
bagi merealisasikan hasrat ini.
A.
Kepentingan perpaduan
1.Menjadi
sebuah negara merdeka@
Pelbagai ranjau dan duri yang telah
dilalui oleh generasi terdahulu untuk menuntut kemerdekaan@Hasil perpaduan
masyarakat ketika itu yang berganding bahu menuntut kemerdekaan telah membuka
mata pihak Inggeris supaya memberikan kemerdekaan kepadaTanah Melayu@Perpaduan
yang telah wujud kini adalah warisan daripada
nenek moyang yang harus dikekalkan agar masyarakat kini dapat hidup
harmonis tanpa campur tangan anasir luar.
2.Mewujudkan
semangat kekitaan dalam masyarakat@Menggalakkan
semangat kekitaan dan menghapuskan sikap mementingkan diri sendiri@Semangat ini
akan mengelakkan berlaku permusuhan
antara kaum@Akibatnya, wujudlah keharmonian antara kaum dan mengurangkan
isu perkauman.
3.Merealisasikan
wawasan negara@Perpaduan
dapat mengekalkan keharmonian dan kedamaian rakyat di Malaysia@Kedamaian dan
kesejahteraan dapat mengelakkan berlakunya pertelingkahan dan perselisihan
faham@antara satu sama lain@Justeru, cabaran pertama dalam merealisasikan
Wawasan 2020 dapat diatasi.
B.
Cara-cara memupuk perpaduan di sekolah
5.
Memantapkan pelaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan@Keseragaman sukatan pelajaran,
buku teks, peperiksaan, pakaian seragam, sistem latihan guru dan bahasa pengantar@Penggunaan
Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar
utama dalam sistem pendidikan kebangsaan, telah mewujudkan generasi
daripada pelbagai etnik yang lebih memahami antara satu sama lain dan
mengelakkan prasangka kaum.
6.Aktiviti
sekolah sebagai medium perpaduan@Setiap
subjek yang diajar di sekolah harus menitikberatkan aspek-aspek pendidikan yang
harmonis@Pendedahan kepada nilai-nilai yang sama seperti perasaan kasih sayang,
hormat menghormati dsb@Aktiviti kokurikulum dan khidmat masyarakat yang
disertai oleh kumpulan etnik membolehkan pelajar@berinteraksi dan melaksanakan
aktiviti-aktiviti bersama.
7.Pendemokrasian
pendidikan@Memastikan
agar semua kaum dapat menikmati kemudahan yang sama dalam pendidikan sama ada@mereka
bersekolah di bandar atau di luar bandar /antara Sekolah Kebangsaan atau
Sekolah Jenis Kebangsaan@Pelajar-pelajar berhak untuk bersekolah di mana-mana
sekolah di negara kita@Dengan ini sekolah dapat memupuk proses integrasi antara
etnik.
Kesimpulan @Kita seharusnya mempertahankan
nilai-nilai perpaduan yang diasaskan sebelum ini. Pendidikan merupakan medium
terpenting bagi mewujudkan perpaduan antara etnik. Kegagalan sekolah dalam
proses integrasi akan menyebabkan kegagalan integrasi dalam pendidikan di
negara ini. Oleh
:Dr R Dhanapal/HSBM
No comments:
Post a Comment