Blueprint Pembangunan
Pendidikan Negara menekankan peri mustahaknya perana ibu bapa dalam
pembelajaran anak-anak mereka di sekolah. Kajian sosiologi pendidikan era 60-an
dan 70-an banyak membuktikan sumbangan ibu bapa dan komuniti terhadap kemajuan
pendidikan anak-anak.
Pencapaian murid di
sekolah bergantung kepada sejauh mana ibu bapa terlibat dalam aktiviti sekolah
dan hubungan mereka dengan sekolah. Hubungan personal antara ibu bapa dengan
guru ada kaitan dengan pencapaian akademik murid di sekolah .Ibu bapa biasanya
meletakkan harapan dan jangkaan tinggi terhadap pencapaian anak mereka di
sekolah. Akan tetapi ibu bapa yang bekerja biasanya tidak dapat membantu anak
mereka di rumah. Terdapat kajian yang menunjukkan ibu bapa boleh memainkan
peranan penting dalam membantu
pendidikan anak mereka dengan melibatkan diri mereka dalam pembelajaran
anak-anak dan membantu usaha-usaha guru dan sekolah. Ibu bapa boleh
menggalakkan anak mereka memperoleh kerja kursus yang lebih terkini,
memperuntukkan masa untuk kerja rumah anak dan menghabiskan banyak masa untuk
membaca berbanding menonton televisyen.
Ibu bapa boleh
menggalakkan anak mereka belajar jika mereka membaca kuat untuk anak mereka di
rumah, mengadakan diskusi di rumah tentang bahan bacaan, kerja sekolah dan isu
semasa dan boleh membawa anak mereka ke perpustakaan lebih kerap dan boleh
mencari dan mengumpul pelbagai maklumat tentang topik-topik yang menarik.
Penglibatan ibu bapa sangat diperlukan demi masa depan murid. Oleh itu program
yang melibatkan ibu bapa di sekolah hendaklah dirancang, dilaksanakan dan
dikawal selia dengan berhati-hati agar matlamat pendidikan anak-anak mereka
dapat tercapai. Penglibatan ibu bapa secara positif terhadap perkembangan murid
menyebabkan murid menunjukkan hasil persekolahan yang lebih positif. Di samping
itu penglibatan ibu bapa juga mendorong murid untuk meningkatkan keupayaan
intelek mereka dan dengan ini mereka berupaya memikirkan dan menyelesaikan
sesuatu masalah pembelajaran dengan sendiri. Ibu bapa yang berasal daripada
kelas tinggi dan sederhana lebih menekankan akademik dengan memberi ganjaran
positif dan ada sense of community terhadap mereka. Jadi jangkaan positif
terhadap murid membantu murid memupuk konsep kendiri dan pencapaian akademik
murid.
No comments:
Post a Comment