Saturday, 4 July 2015

Graf Garis

Berdasarkan petikan di bawah sedikan graf garis yang sesuai untuk menunjukkan pelanggan telefon mengikut jenis perkhidmatan bagi tempoh 1999 hingga 2002.
Bilangan pelanggan telefon di Malaysia semakin meningkat dalam tempoh 1999 hingga 2002. Peningkatan ini selaras dengan kemajuan negara dan peningkatan taraf hidup penduduk. Pada tahun 1999 bilangan pelanggan adalah 7288 ribu orang meningkat sebanyak 6556 ribu pada tahun 2002.
Pada tahun 1999, bilangan pelanggan kediaman berjumlah 3245 ribu orang meningkat kepada 3392 ribu orang pada tahun berikutnya, manakala pada tahun 2001, bilangannya terus meningkat kepada 3400 ribu orang dan berkurang menjadi 3323 ribu orang pada tahun 2002.
Bilangan pelanggan telefon selular meningkat dengan drastik daripada 2717 ribu orang pada tahun 1999 meningkat sebanyak 233.2 peratus pada tahun 2002. Manakala pada tahun 2000 dan 2001 masing masing 5122 ribu orang dan 7385 ribu orang.
Bilangan pelanggan telefon perniagaan berlaku perningkatan tetapi tidak begitu mendadak seperti telefon selular. Pada tahun 1999, bilangannya ialah 1178 ribu orang meningkat kepada 1236 ribu orang pada tahun berikutnya. Pada tahun 2001, meningkat sedikit menjadi 1310 ribu orang dan terus meningkat sebanyak 37 ribu orang pada tahun 2002.
Bagi pelanggan telefon awam iaitu bilangan yang paling rendah berlaku sedikit peningkatan dan penurunan dalam tempoh berkenaan. Pada tahun 1999, bilangannya hanya 148 ribu orang dan meningkat sedikit sebanyak seribu orang pada tahun berikutnya. Pada tahun 2001, bilangannya menurun sebanyak 24 ribu orang dan terus menurun pada tahun 2002 sebanyak 4 ribu orang. Keadaan ini menunjukkan pelanggan telefon awam tidak berminat menggunakan telefon awam kerana telefon telefon lain lebih memudahkan mereka.

(Sumber: Dipetik dan diubasuai daripada

Jabatan Perangkaan Negara 2003)

No comments:

Post a Comment