ABSTRAK
Sememangnya Wawasan 2020 dan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan
telah bertujuan untuk melahirkan rakyat yang berkompeten, berkreatif dan
inovatif. Hal ini kerana kita tidak seharusnya menjadi pengguna teknologi
sebaliknya hendaklah menjadi penyumbang teknologi. Untuk merealisasikan
matlamat ini, sistem pendidikan kita hendaklah menerapkan kemahiran kompeten,
kreatif dan inovasi dalam kurikulum sekolah. Sebagai menyahut seruan kerajaan
ini, saya sebagai guru telah mencuba sedaya upaya saya untuk merealisasikannya
sedikit sebanyak dalam pengajaran saya. Matlamat pendidikan adalah untuk
melatih pelajar berfikir dan mencapai tahap mahir. Kemahiran dapat dikuasai
melalui pengajaran dan pembelajaran yang tersusun di samping mempunyai keazaman
untuk memperbaikinya dan diikuti dengan latihan. Laporan Jemaah Nazir
Persekutuan mendapati ramai guru yang tidak menerapkan kemahiran berfikir
secara kreatif dan inovasi dalam pengajaran walaupun telah lama diperkenalkan
di sekolah secara tidak formal. Pelajar berminat untuk belajar jika pengajaran
berbantukan kreativiti, kewajaran dan justifikasi.. Oleh itu tugasan ini
menyelongkar sedikit sebanyak kaedah yang telah saya gunakan untuk memupuk
kemahiran berfikir secara kreatif dan inovasi tersebut. Pelbagai kaedah telah
dihuraikan dalam tugasan ini. Adalah menjadi harapan saya dengan menekankan
kemahiran ini maka modal insan minda kelas pertama dapat dilahirkan.
1.0 PENGENALAN
Pada akhir-akhir ini, masyarakat yang kreatif dan inovatif amat
diperlukan supaya matlamat Modal Insan dapat dicapai untuk pembangunan negara.
Dalam usaha menyediakan tenaga kerja yang berkualiti untuk mencapai
kecemerlangan negara yang berterusan, mantan Perdana Menteri Malaysia Tun
Abdullah Ahmad Badawau telah membangkitkan Konsep Modal Insan. Hasrat kerajaan
adalah tinggi dalam melahirkan generasi pelapis yang berkualiti dan berkompeten
dalam menerajui negara ke arah kemajuan yang bakal dicapai terutamanya dalam
menghadapi Wawasan 2020. Masyarakat yang kreatif bermaksud masyarakat yang
mempunyai kebolehan mewujudkan sesuatu yang baharu sama sekali.
Masyarakat yang inovatif pula bermaksud masyarakat yang memiliki
kemampuan untuk menciptakan sesuatu yang baharu. Sebagai institusi pelajaran,
sekolah memainkan peranan penting dalam melahirkan pelajar yang kompeten,
kreatif dan inovatif. Menurut mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad,
Malaysia mempunyai sistem pendidikan yang terbaik dalam kalangan dunia ketiga
maka kejayaan yang perlu dicapai mempunyai kaitan dengan cabaran keenam Wawasan
2020 iaitu mewujudkan masyarakat yang saintifik dan progresif, masyarakat yang
inovatif dan memandang jauh kehadapan.
2.0 KONSEP PEMIKIRAN KREATIF, INOVATIF DAN KOMPETEN
Pemikiran kreatif dan inovatif dijadikan penguasaan asas ilmu dalam kalangan guru untuk diterapkan kepada pelajar-pelajar. Definisi pemikiran kreatif dan inovatif menurut George, 1970 ialah pemikiran sebagai suatu proses penyelesaian masalah dan perlakuan semulajadi yang kompleks (Edward de Bono,1997). Beliau juga mengaitkan pemikiran kreatif dan inovatif dengan pemikiran lateral yang membawa maksud bukan sahaja untuk menyelesaikan masalah, malahan juga berfikir untuk melihat sesuatu berdasarkan pelbagai perspektif bagi menyelesaikan masalah. pemikiran kreatif dan inovatif yang dikembangkan dan perlu dikuasai oleh pelajar ialah pemikiran secara kritis dan kreatif. Poh Swee Hiang (1999) menyatakan pemikiran keatif amat penting untuk membentuk warganegara yang tahu dan mampu menggunakan pemikiran mereka dalam menghadapi pelbagai cabaran, tekanan dan perubahan manakala pemikiran inovatif dapat membentuk individu agar mempunyai daya kreativiti yang baik, ideal, imaginatif dan mempunyai unsur-unsur humanistik dan artistik yang tinggi.

Apabila kedua-dua kemahiran ini dikuasai oleh pelajar melalui
rangsangan dan latihan yang diberi seterusnya pelajar mengaplikasikan dalam
corak pembelajaran harian maka pembelajaran yang optimum akan berlaku. Kompeten
bermaksud pengetahuan, kemahiran dan sikap yang dimiliki oleh seseorang pelajar
untuk meningkatkan kualiti pencapaian pendidikan. Kompeten merupakan satu
keperluan yang standard bagi seseorang pelajar mencapai hasil peresekolahannya
seperti dapat bersaing secara positif dengan rakan-rakan pelajar dan mereka
hendaklah bernilai marketable dan employable apabila mereka meninggalkan bangku
sekolah. (Ainon Muhammad, 1996)
Untuk merangsang daya kreativiti murid, sistem pendidikan di
negara kita perlu menekankan aspek percambahan idea dalam kalangan murid.
Pembelajaran dalam bilik darjah perlu menjadi medan di mana murid-murid dapat
mengemukakan idea-idea yang bernas dan seterusnya berkongsi idea ini dengan
rakan-rakan yang lain untuk menghasilkan sesuatu yang bermanfaat. Percambahan
idea ini boleh dirangsang mealui pendekatan pembelajaran berasaskan
penyelesaian masalah atau problem-based learning. Sebagai contoh, seorang guru
yang kreatif boleh meminta murid untuk bekerja dalam beberapa kumpulan kecil
untuk menyelesaikan sesuatu masalah di sekolah.
Sekolah saya sering menghadapi masalah pembuangan sampah yang
menjejaskan persekitaran dan suasana pembelajaran di sekolah. Perkara pertama
yang perlu saya buat ialah mengenal pasti apakah punca yang menyebabkan masalah
tersebut. Setelah menemui puncanya, saya boleh menggalakkan pelajar
mengemukakan pelbagai idea untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi. Mereka
boleh berbincang mengenai perkara ini, membuat persembahan kepada kelas
mengenai saranan penyelesaian masalah, dan seterusnya memilih saranan yang
terbaik bagi mengatasi masalah yang dihadapi. Mungkin mereka akan mengemukakan
kaedah baharu seperti pengurusan pembersihan sekolah, pemberian insentif kepada
murid atau kelas yang paling bersih, atau mencipta alat baharu yang boleh
mengatasi masalah pembuangan sampah di sekolah. Aktiviti ini melibatkan
beberapa proses pembelajaran penting seperti pencarian fakta (fact finding), pencarian
punca masalah (problem finding), pencarian idea (idea-finding) dan akhirnya
penemuan penyelesaian (solution finding) yang kesemuanya merangsang daya
kreativiti murid.
Kesimpulannya, sekolah sebagai organisasi hendaklah memberikan
peluang kepada pelajar untuk mencambahkan idea mereka. Dengan percambahan idea,
pelajar yang berfikiran kreatif, kompeten dan inovatif dapat dilahirkan.
3.0 KAEDAH CUNGKIL BIJAK
Saya sebagai guru telah memperkenalkan satu kaedah yang bernama
Cungkil Bijak dalam Pengajaran dan Pembelajaran Pengajian Am. Kaedah ini lebih
berpusatkan pelajar. Aktiviti sambil belajar seperti eksperimen, perbincangan,
simulasi, lawatan, penyelesaian masalah, penggunaan sumber luar bilik darjah
dan penggunaan teknologi dalam ICT bukan sahaja dapat melahirkan pelajar yang
kreatif, tetapi juga inovatif. Saya telah memperkenalkan beberapa aktiviti baru
termasuklah program ‘Cungkil Bijak’ ini untuk menarik minat para pelajar dalam
tajuk Kenegaraan. Cungkil Bijak merupakan satu kaedah kuiz. Pelajar dibahagiakn
kepada dua kumpulan dan diadakan duga akal.
Sebelum mengambil bahagian dalam program ini, pelajar didapati
menyediakan pelbagai teknik mengambil nota dan menyimpan nota untuk menajwab
soalan-soalan tersebut. Biasanya pelajar saya lemah menguasai istilah dan fakta
mengenai perundangan, kehakiman dan pentadbiran Malaysia. Selepas diadakan
program Cungkil Bijak ini pelajar dapat menjawab soalan-soalan yang dikemukakan
dengan yakin dan betul. Kreativiti mereka adalah dalam cara penyediaan nota dan
inovasi pula mereka ialah dalam mereka bentuk satu teknik baharu yang belum
digunakan oleh mana-mana pelajar yang lain di sekolah saya.
Kesimpulannya, kaedah Cungkil Bijak ini telah mendorong pelajar
saya lebih kreatif dan inovatif dalam penyediaan dan penyampaian buah fikiran.
Malah saya telah mendapati prestasi mereka juga telah meningkat khususnya topik
yang diajarkan.
4.0. KAEDAH PENYELESAIAN MASALAH
Kreativiti dan inovasi dalam kalangan pelajar juga boleh dipupuk dalam pelaksanaan pembelajaran dalam kumpulan. Setiap pelajar mempunyai daya imiginasi yang tersendiri dalam melihat sesuatu secara berlainan. Pembelajaran dalam kumpulan dapat memupuk para pelajar untuk berfikiran secara terbuka atau berfikir di luar kotak serta secara analitikal, kritikal dan praktikal. Apabila saya memberikan pelajar sesuatu situasi untuk diselesaikannya, pelajar-pelajar melihat masalah itu dari pelbagai perspektif.
Sebagai contoh pelajar aliran sastera melihat dari aspek kualitatif manakala pelajar aliran sains saya pula melihat dari perspektif kuantitatif. Bagaimanapun kedua-dua golongan ini melihat sesuatu masalah yang diberikan secara alitikal, praktikal dan pragmatik. Hal ini akan mendorong –pelajar pelajar saya untuk melihat sesuatu perkara itu sebagai peluang yang boleh mencetuskan idea baharu. Mereka juga terpaksa menggunakan minda yang kreatif untuk menemukan perspektif yang baru dalam penyelesaian masalah.

Dalam bilik darjah, saya sentiasa memastikan penggunaan bahan
pengajaran dan pembelajaran. Setiap bahan yang digunakan merangkumi
sifat-sifat, kelebihan dan kekurangan bahan yang digunakan dalam pembelajaran.
Hal ini memerlukan pelajar bijak membezakan setiap bahan yang digunakan. Oleh
itu kebolehan membandingkan dan membezakan dalam bab Kehakiman umpamanya amat
diperlukan di samping penyelesaian masalah yang diberi. Tajuk Kehakiman yang
merangkumi fungsi dan bidang kuasa mahkamah dan hakim contohnya lebih menjurus
kepada soalan penyelesaian masalah yang dikemukakan berdasarkan
situasi-situasi. Hal ini selaras dengan Sukatan Pelajaran Pengajian Am yang
menuntut pelajar supaya mentakrifkan mahkamah dan bidang kuasanya dengan tepat
sebelum menyelesaikan masalah kehakiman yang diberi.
Pelajar perlu memikirkan beberapa alternatif dan menentukan pilihan yang terbaik semasa menyelesaikan masalah dengan mengambil kira perkara-perkara penting kemudian menentukan keutamaan untuk menyelesaikan masalah.Penggunaan model kreatif dan inovasi akan membantu pelajar dalam cara belajar bab ini dengan lebih berkesan. Pelajar yang mengaplikasikan model ini dalam pembelajaran bab Kehakiman telah memahami bahawa kemahiran berfikir yang efektif perlu digunakan dalam menyelesaikan masalah kerana penyelesaian masalah Kehakiman juga sebagai proses kemahiran berfikir. Saya berpendapat bahawa penggunaan kaedah pemikiran kreatif dan inovasi dalam menyelesaikan masalah yang digunakan dalam pembelajaran, pelajar diharapkan menjadi seorang penyelesai masalah yang baik sama ada di dalam dan di luar sekolah.
Kesimpulannya, kaedah penyelesaian masalah ini bukan sahaja telah berjaya merungkaikan segala kesulitan pelajar dalam pelajaran malah dapat membantu pelajar apabila mereka dewasa nanti.

5.0. PENGGUNAAN PETA MINDA DAN GRAFIK
Untuk memantapkan penggunaan kreatif dan inovasi dalam bilik
darjah, saya menggalakkan pelajar saya menggunakan alat-alat berfikir seperti
peta minda dan untuk membantu mereka dalam memahami fakta-fakta dalam bab
Perundangan dengan lebih mudah. Pelajar-pelajar digalakkan untuk mencatat nota
dengan menggunakan peta minda. Hal ini adalah selaras dengan Abd.Rahim (1999)
dan Buzan (1984) iaitu bagi meningkatkan daya ingatan, taakulan dan
perkembangan pemikiran dalam sesuatu pembelajaran, konsep pemetaan minda boleh
diketengahkan. Perundangan merupakan satu bab untuk pelajar memahami proses pembinaan
ingatan yang bermula dari tajuk-tajuk kecil hinggalah tajuk-tajuk yang lebih
rumit.
Setiap proses yang dinyatakan dalam bab ini memerlukan kemahiran
berfikir pelajar untuk membezakan setiap aras perundangan seperti perundangan
Parlimen dan Dewan Undangan Negeri. Oleh yang demikian untuk mengelakkan
pelajar-pelajar keliru dengan setiap proses yang dinyatakan, pelajar boleh
menggunakan model pemikiran kreatif dan inovatif untuk bab ini. Teknik berfikir
melalui operasi meta kognitif ini akan membantu individu menjana pemikiran
secara kreatif dan kritis melalui peta minda dan penggunaan grafik.
Selain itu peta minda yang lain adalah seperti ‘relevance tree’.
Saya akan memecahkan sesuatu tajuk utama kepada sub-tajuknya. Contoh yang biasa
saya gunakan ialah Carta Organisasi sesebuah pertubuhan seperti Hierarki
Kerajaan Pesekutuan Malaysia. Struktur organisasi ini dapat difahami dengan
lebih jelas lagi dengan adanya pertalian ‘line’ dan ‘staff’. Biasanya garisan
biasa menunjukkan tanggunjgawab langsung kepada matlamat organisasi manakala
garisan berputus-putus menunjukkan fungis staf yang berperanan menyokong dan
menasihati ahli organisasi yang lain. Satu lagi bentuk peta minda yang saya
gunakan untuk menggalakkan pelajar saya berfikir secara kreatif dan inovasi
ialah rajah tulang ikan. Rajah ini biasanya saya gunakan untuk meneliti sebab
dan punca masalah sesuatu proses atau organisasi. Teknik ini sangat diutamakan
khususnya apabila saya mengajar tajuk-tajuk esei dalam kelas saya.
Kesimpulannya, penggunaan peta minda dan grafik seperti rajah,
gambar rajah dan pelbagai bentuk visual lain mendorong pelajar saya berfikir
secara lebih terbuka, kreatif dan inovatif
6.0 PENGGUNAAN TEKNIK GLUKOSA
Seperti yang diketahui umum, GLUKOSA diperlukan untuk menghasilkan tenaga
bagi metabolisme hayat. Saya telah menterjemahkan ini dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah untuk menghasilkan idea-idea baharu. GLUKOSA yang diertikan adalah seperti berikut:

G – ganti atau gabung
L – lebihkan (diperbanyakkan dari segi kuantiti sesuatu unsur)
U – ubahsuai (ubah warna, bentuk, proses, rasa, bau, bunyi dan lain-lain)
K – kurangkan (diperkecilkan dari segi kuantiti sesuatu unsur)
O – olakkan (diulang-ulang, diputar, dikisar dan dipusingkan)
S – songsangkan (diterbalikkan dari segi masa, proses, arah dan lain-lain)
A – aplikasi atau adaptasi.
Untuk menghasilkan rekaan baharu, saya telah menggunakan GLUKOSA untuk meneliti sesuatu benda atau idea yang sedia ada. Teknik ini telah saya gunakan secara sengaja dan dijadikan sebagai suatu kebiasaan berfikir. GLUKOSA ini merupakan satu senarai semak (check list) Senarai semak ini telah diperluas lagi dan tidak rigid. Untuk memudahkan aplikasinya di bilik darjah maka suatu bentuk penyusun grafik dicadangkan. Contohnya adalah seperti berikut:

IDEA / PROSES /BENDA SEDIA ADA Idea / proses & bentuk baru
Unsur/Ciri/Bahagian Senarai Semak Kemungkinan, Akibat & Kesan
G
L
U
K
O
S
A
Unsur/Ciri/Bahagian Senarai Semak Kemungkinan, Akibat & Kesan
G
L
U
K
O
S
A
Pelajar-pelajar diminta mengisi item yang dipelajari di ruang
pertama. Selepas itu mereka dikehendaki nyatakan sebarang kemungkinan, akibat
atau kesan yang berlaku terhadap item yang ditulisnya tadi di ruang ketiga.
Selepas pelajar berfikir, sudah tentu dia akan memperoleh satu idea baharu.
Jadi idea baharu itu akan ditulis di ruang akhir. Saya telah melakukan
eksperimen ini setiap kali saya mengajar tajuk karangan. Karangan lebih sesuai
kerana pelajar dapat memikirkan banyak idea baharu mengenainya.
Kesimpulannya, kaedah GLUKOSA amat sesuai bagi guru-guru bahasa
yang perlu mengajar tajuk-tajuk karangan, rumusan, ringkasan dan karangan
berpandu.
7.0 KAEDAH KEMAHIRAN KOGNITIF DAN INKUIRI
Salah satu matlamat dalam Sukatan Pelajaran Pengajian Am ialah
pelajar dapat memikirkan sesuatu dengan kritis dan kreatif sesuai dengan
peranan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama. Dalam hali ini saya
sebagai guru memberi tumpuan terhadap ketrampilan berbahasa yang dapat mendidik
pelajar agar bertutur, cekap membaca dan dapat menulis dengan kreatif. Matlamat
ini dapat dicapai melalui penghasilan karangan yang melibatkan hubungan pemikiran
dan peluahan dalam bentuk tulisan. Menurut Mohd. Yusuf Hassan (1994), penulisan
karangan adalah hubungan antara keupayaan pelajar berfikir dengan domain
kognitif di samping domain afektif dan psikomotor.
Dalam konteks pengajaran karangan, saya menggalakkan pelajar
menulis rangka-rangka karangan sebelum memindahkannya dalam bentuk karangan
lengkap. Beberapa kumpulan diwujudkan dan setiap ahli kumpulan digalakkan
memberi pendapat mengenai tajuk yang bakal ditulis oleh mereka. Sokongan bahan
bantu mengajar seperti keratan akhbar, rencana elektronik dan power point akan
melahirkan pemikiran pelajar yang positif, kreatif dan inovatif. Penghasilan
karangan oleh pelajar mempamerkan kemahiran berfikir setelah melalui pendedahan
kemahiran berfikir setelah melihat, membaca dan menghayati bahan-bahan
pengajaran yang telah saya sediakan sepanjang tempoh pengajaran karangan
tersebut.
Dalam memupuk kemahiran berfikir secara kreatif dan inovasi saya mengesyorkan Model Inkuiri dalam bilik darjah. Model Inkuiri ini merangkumi segala proses soal selidik untuk mendapatkan jawapan atau kesimpulan daripada soalan, atau daripada masalah yang dikemukakan. Saya menjalankan aktiviti soal selidik ini supaya pelajar saya dapat mengenal pasti soalan bermasalah, membentuk hipotesis, merancang aktiviti kajian, manjalankan kajian atau siasatan dan seterusnya mendapatkan jawapan dan membuat rumusan. Dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran, saya menggunakan dua jenis teknik inkuiri iaitu ‘inkuiri terbimbing’ dan ‘inkuiri terbuka’. Dalam Inkuiri terbimbing, saya telah membimbing pelajar menjalankan segala proses kajian.

Kajian jenis ini telah saya gunakan untuk membimbing pelajar
tingkatan enam atas untuk menjalankan kajian seperti mana dikehendaki oleh
Kementerian Pelajaran. Dalam inkuiri terbuka, pelajar tidak diberi sebarang
bimbingan. Segala proses kajian dijalankan oleh pelajar sendiri. Model inkuiri
ini amat berguna apabila saya menyuruh pelajar mencari bahan pembelajaran
seperti keratan akhbar, rencana dari internet dan sebagainya. Pelajar
dikehendaki mengumpul seberapa banyak maklumat yang bersesuaian dengan tajuk
yang diberi guru. Kemudian saya akan menentukan sama ada bahan yang dicari
pelajar itu sesuai atau tidak mengikut kehendak pelajaran pada hari tersebut.
Model ini membantu pelajar mendapatkan maklumat dan pengetahuan baru dalam
pelbagai bidang khususnya bagi tajuk-tajuk Pengajian Am.
Kesimpulannya, kemahiran kognitif dan inkuiri membantu pelajar
dapat menulis esei yang lebih berkualiti, berfikir secara logik, boleh memuatkan
atau mengisi buah fikiran di lokasi yang sesuai dalam wacana penulisan atau
lisan. Tanpa kemhiran kognitif pelajar tidak dapat memiliki kemahiran ingin
mengetahui.
8.0 PENUTUP
Kesimpulannya, sekolah memainkan peranan penting dalam usaha
membangunkan para pelajar yang kreatif dan inovatif dan kompeten selaras dengan
pembentukan Modal Insan bagi mengisi keperluan negara maju 2020. Modal insan
yang ingin dihasilkan perlu mampu untuk berfikir secara kritis dan kreatif,
berkemahiran menyelesaikan masalah, berkeupayaan mencipta peluang-peluang baru,
mempunyai ketahanan serta kebolehan untuk berhadapan dengan persekitaran dunia
global yang sering berubah-ubah. Hal ini disebabkan golongan pelajar yang akan
menjadi pemimpin negara pada masa yang akan datang adalah golongan yang sedang
berada di universiti dan sekolah sekarang. Merekalah yang akan jadi pemimpin,
pengurus, penggerak pembangunan negara seterusnya merekalah yang akan menjadi golongan
yang akan berusaha memajukan negara di samping menikmati apa juga kejayaan yang
telah diusahakan oleh generasi terdahulu.
Oleh itu, jelas kelihatan bahawa sekolah memainkan peranan yang
amat besar dalam melahirkan pelajar yang kreatif dan inovatif dan kompeten
untuk keperluan masa depan negara. Pembangunan modal insan seperi dituntut
dalam Wawasan 2020 dan Pelan Induk Pembanguan Pendidikan memerlukan pemikiran
rakyat yang dinamik dan berkualiti terutama dari segi kefahaman dan penerokaan
fikiran. Untuk membentuk sebuah masyarakat yang saintifik dan progresif,
guru-guru hendaklah sanggup menghadapi perubahan dan berpandangan jauh ke
hadapan.
SENARAI RUJUKAN
Abdul Rahim Hussein (1996). Memupuk Kemahiran Berfikir. Umida
Industries Sdn. Bhd., Skudai ;
Ainon Mohd (1996). Belajar Berfikir : Teknik Menjalankan Daya
Fikir. Utusan Publications, Kuala Lumpur
Buzan, (1984), Mind Mapping: Kickstart Your Creativity and
Transform Your Life, Amazon: London
De Bono, E. (1997). Pemikiran Lateral ; Golden Books Centre Sdn.
Bhd., Kuala Lumpur
De Bono, E (1993). Atlas of Management Thinking.: Penguin Books,
London
Kemmis, (1988) The Action Research Reader. Victoria: Deakin University.
Mohd Yusof Hassan, (1994), Pengenalan Pemikiran Kritis dan Kreatif, Dewan Bahasa dan Pustaka: Kuala Lumpur,
Poh Swee Hong, (1999) “Creative Thinking – Study and Teaching” , Kumpulan Budiman : Subang Jaya

No comments:
Post a Comment