Penggubalan
dan pelaksanaan dasar-dasar oleh kerajaan adalah bertujuan untuk menekankan
peri pentingnya melahirkan masyarakat yang adil dan bersatu padu. Bincangkan
kepentingan perpaduan rakyat kepada negara dan langkah-langkah yang dapat
dilakukan untuk memupuk perpaduan rakyat yang lebih erat.
Pendahuluan
Negara
Malaysia unik dari segi penduduknya yang berbilang kaum. Dalam konteks
kepelbagaian ini, perpaduan rakyat Malaysia sememangnya penting. Demi mencapai
perpaduan yang lebih erat dalam kalangan masyarakat Malaysia, Perdana Menteri
Malaysia kita, Datuk Seri Najib Tun Razak telah merasmikan pelaksanaan dasar
1Malaysia.
Kepentingan
Perpaduan Rakyat Kepada Negara
Menjadikan
Negara Malaysia Sebagai Negara Maju Menjelang Tahun 2020
Perpaduaan
rakyat Malaysia adalah cabaran pertama untuk membentuk sebuah Negara yang utuh
Perpaduan
hanya tercapai jika rakyat kita yang terdiri daripada berbilang kaum dan agama
mempunyai perasaan kekitaan sebagai warga Malaysia
Tanpa
perpaduan kaum, kita tidak dapat membawa Negara kita ke tahap kemajuan yang
optimum
Oleh itu,
Wawasan 2020 akan tercapai dengan adanya semangat perpaduan dalam kalangan
rakyat Malaysia
Mengekalkan
Keharmonian Dan Kedamaian
Malaysia
yang aman dan damai dapat menjamin kebahagiaan dan keselamatan rakyatnya.
Kedamaian
dan kesejahteraan dalam kalangan masyarakat Malaysia dapat mengelakkan daripada
berlakunya pertelingkahan dan perselisihan faham antara satu sama lain.
Sikap
toleransi turut dilahirkan daripada kedamaian dalam kalangan rakyat Malaysia
Hal ini
demikian, kerana rakyat Malaysia sedar bahawa sikap bertolak ansur penting bagi
mengekalkan keharmonian Negara.
Kaum yang
berlainan menyambut perayaan seperti tahun Baru Cina dan Depavali bersama
melalui amalan rumah terbuka.
Langkah-Langkah
Peranan
Kerajaan
Bersikap
adill and saksama.
Menglibatkan
semua kaum dalam aktiviti-aktiviti seperti gotong-royong, rukun tetangga dan
persatuan peringkat daerah sehinggalah kebangsaan demi mewujudkan hubungan yang
erat sesama masyarakat berbilang kaum.
Kewujudan
unsur kerjasama dan sikap toleransi antara kaum.
Melaksanakan
dasar kerajaan yang menekankan kepada perpaduan seperti Dasar Pendidikan Kebangsaan,
Dasar Perpaduan Negara dan sebagainya.
4.Peranan
Masyarakat
Sikap saling
memahami antara kaum dan tidak membangkitkan isu-isu sensitif.
Kebebasan
bersuara dan penerbitan perlu dikawal.
Isu-isu yang
mengancam perpaduan tidak dibangkitkan sama ada peringkat tempatan atau
kebangsaan.
Tidak
mendiskriminasikan kaum berlainan sama ada dalam perucapan, perbuatan atau
pemikiran.
Parti-parti
politik perlu menekankan perpaduan, iaitu tidak terus-menerus membangkitkan
isu-isu yang berpotensi memecahbelahkan perpaduan penduduk.
Kesimpulan
Secara
tuntasnya, rakyat Malaysia perlu bersatu padu dalam menjayakan aspirasi
1Malaysia umpama “bulat air kerana pembentung, bulat masyarakat kerana
muafakat”. Aspirasi 1Malaysia membawa dasar bahawa rakyat didahulukan dan
pencapaian diutamakan untuk keharmonian dan kemakmuran Negara. Semua bangsa
Malaysia akan hidup bersama secara aman, damai dan sejahtera.
No comments:
Post a Comment