1.Penyataan
Masalah
Kemahiran
menulis ialah apa yang hendak ditulis dan memilih bentuk yang tepat.Kemahiran
ini merupakan satu aktiviti konstruktivis yang memerlukan seseorang terlibat
secara aktif dalam proses membentuk makna denganbahasa tulisan.(Hayes &
Flower,1979).Penulisan ini dibahagi dua,iaitu penulisan berbentuk saintifik dan
bukan saintifik.Yang bukan saintifik terdiri daripada penulisan
deskriptif,naratif,imaginasi dan sebagainya.Penulisan saintifik juga dikenali
juga sebagai penulisan ternikal.Oleh sebab laras bahasanya terlalu
akademik,penulisan ini dikenali juga sebagai penulisan ilmiah atau
akademik.Tujuan penulisan saintifik ialah untuk memberitahu sesuatu kepada
pembaca supaya pembaca tersebut dapat bertindak.Penulisan ini mempunyai
matlamat khusus dan khalayak khusus.Penulisan ini lebih berkuasa daripada
penulisan lain kerana penulisan ini membolehkan sesuatu perkara akan terjadi
atau berlaku.(Kenneth W.Houp,1984)Penulisan saintifik sememangnya tidak
ditekankan dalam system pendidikan kita.
Objektif
Sukatan Pelajaran KBSM mahupun Sukatan Pelajaran Sijil Tinggi Persekolahan(STPM)
tidak memberi penekanan terhadap penulisan saintifik.Laporan-laporan Majlis
Peperiksaan Malaysia(bagi STPM) dan Lembaga Peperiksaan Malaysia(bagi SPM)
melaporkan bahawa calon-calon SPM dan STPM gagal menggunakan penulisan
saintifik ataupun teknikal dalam jawapan mereka.Misalnya Laporan Majlis
Peperiksaan Malaysia bagi mata pelajaran Fizik 960,STPM 2009 mengatakan
bahawa,”..pada amnya bahasa yang digunakan memuaskan tetapi masih terdapat
calon menggunakan bahasa yang kurang tepat dari segi sains untukmenjelaskan
fenomena fizik…”(Laporan STPM,2009).Bagi subjek Kimia pula,laporan STPM 2010
mengatakan bahawa…”kelemahan pelajar ialah suka membuat ayat yang
panjang-panjang,berbelit-belit dan sebahagiannya tergantung. …malah terdapat
juga ketidaktepatan perostolahan kimia…..kelemahan calon menguasai konsep
saintifik menyebabkan mereka tidak kritis dan fakta-fakta calon
berulang-ulang….takrif juga tidak sempurna..”(Laporan STPM,2010)
Laporan
tersebut menunjukkan bahawa mutu jawapan pelajar dalam mata-mata pelajaran
tersebut tidak berkualiti dan tidak memenuhi cirri-ciri penulisan
saintifik.Bagi mata pelajaran Pengajian Am,pelajar-pelajar dikehendaki menulis
dua buah karangan iaitu satu daripada laras sastera dan satu daripada laras
sains.Bagi penulisan laras sains,pelajar-pelajar tidak menggunakan sebarang
teknik saintifik seperti istilah khusus,ketepatan,objektiviti,kejelasan
dan
sebagainya“…penggunaan bahasa calon dalam karangan laras sains terlalu
umum,terdapat perulangan fakta,pemerengganantidak betul,jawapan tidak diolah
dengan kemas dan tidak menguasai maklumat tentang tajuk karangan…”(Laporan
STPM,2008,2009 dan 2010).Yang menjadi ironisnya ialah pelajar-pelajar tidak
diajar atau dibimbing di sekolah tentang bahasa atau laras sains.Jadi tidak
hairanlah jika pelajar-pelajar menggunakan laras bahasa umum dalam kedua-dua
karangan tersebut.
Sukatan
Pelajaran digubal berasaskan irea komunikatif di mana Bahasa Merentas
Kurikulm.Komunikatif sama ada secara lisan ataupun penulisan adalah amat
penting kerana dengan kemahiran ini pelajar dapat mencetuskan fikiran mereka
dan dapat berkomunikasi dengan orang lain dengan berkesan.Penulisan saintifik
atau teknikal merupakan sebahagian daripada kemahiran komunikatif.Penguasaan
kemahiran penulisan saintifik akan membolehkan pelajar-pelajar dapat menghadapi
dunia kerjaya mereka apabila dewasa nanti.Penulisan saintifik banyak digunakan
dalam semua bidang professional dan perindustrian.Pemerhatian dan pemeriksaan
penulisan oleh penyelidik sebagai guru Pengajian Am dan mengajar mata pelajaran
ini di kedua_dua aliran kemanusiaan dan sains berpendapat pendekatan penulisan
saintifik ini sesuai dan berkesan diajarkan di peringkat menengah tinggi di
sekolah-sekolah.
2.Objektif
Kajian
Kajian
ini adalah untuk mengetahui sejauh manakah tahap penulisan saintifik dalam
kalangan pelajar tingkatan enam.Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti
cirri-ciri penulisan saintifik dalam penulisan pelajar iaitu dalam mata
pelajaran Pengajian Am dan mata-mata pelajaran sains tulen dan sains social.
3.Sorotan
Kajian
Ramai
yang beranggapan bahawa apabila disebut sahaja penulisan saintifik,maka yang
difikirkan ialah penggunaan istilah yang khusus dalam penulisan
tersebut.Sebenarnya istilah saintifik tersebut hanya sebahagian daripada
beberapa ciri yang menentukan corak penulisan saintifik.Menurut Asmah Hj.Omar,
“…sebenarnya
bahasa saintifik mempunyai pengertian yang luas dari segi laras dan gaya,bentuk
kata,frasa,modus dan teksnya.Ini kerana bahasa saintifik agak berlainan sedikit
dari segi gaya bahasa dibandingkan bidang yang lain sama ada dari segi
takrif,modus,penghuraian dan sebagainya…”.(Asmah,1987)
‘Penulisan
bukanlah suatu perlakuan yang mudah.Penulisan memerlukan
penelitian,penganalisisan,penyusunan
fakta dan penghuraiannya kepada bentuk pengucapan yang logical.Dalam
buku‘Effective Writing Strategies for Engineers and Scientists’,karangan
Woolston et.al (1998),penulisan ditakrifkan sebagai satu proses mereka bentuk
sesuatu dokumen yang menepati sesuatu kehendak dan menentukan ia menepati
sesuatu fungsi yang dihasratkan”(Ismail Ahmad,1996).Dalam hal perlakuan
penulisan pelajar,dokumen tersebut ialah penulisan yang dihasilkan sama ada
dalam mata pelajaran Pengajian Am atau menulis sesi bagi mata pelajaran sains
tulen atau sains dan social.Saintifik atau tidak sesuatu penulisan diukur dari
segi penggunaan bahasa dan isinya.Bahassa penulisan saintifik lebih khusus berbanding
bahasa bukan saintifik lebih deskriptif dan terhurai.Manakala isi dalam
penulisan saintifik memperkatakan suatu bidang dengan
tepat,objektif,jelas,ringkas dan mudah difahami.
Kekhususan
fakta dan ketepatan kata menyebabkan seseorang yang bukan dari bidang tersebut
mengalami kesukaran memahaminya dan mengatakan bidang penulisan saintifik ini
kabur dan kompleks.Kompleks atau rumitnya di sini ialah bahasa dan isi tersebut
tidak dapat difahami oleh pembaca biasa.Untuk memudahkan pemahaman pembaca ilustrasi
seperti gambar,graf,peta dan grafik lain turut digunakan.Biasanya ini dapat
digunakan dalam penulisan sains tulen yang menekankan sains empirical dan
teknikal.Untuk menghasilkan penulisan saintifiks atau teknikal yang berkualiti
seseorang perlu mematuhi beberap peraturan dan prosedur.Yang pertama mematuhi
peraturan penulisannya dan kedua menyarankan kaedah kepada penulis muda dalam
bidang ini agar mereka dapat mengolah dan menyampaikan hasil kerja atau laoran
mereka dan akhirnya diterima oleh pembaca.(P.G.Cooray,1992).Peraturan dan
prosedur yang dimaksudkan ialah ketepatan kandungan penulisan saintifik dan
kejelasan.Dalam aspek kejelasan,kata-kata yang digunakan hendaklah terus terang
dan tiada makna tersirat.Penulis hendaklah menulis berkaitan dengan tajuknya
sahaja. P.G.Cooray mencadangkan penulisan saintifik hendaklah bebas daripada
kata-kata jargon,kolokial dan hendaklah diberi takrifan terhadap istilah
khusus.
Penggunaan
kata-kata hendaklah padat dan barsifat ekonomik iaitu tiada pembaziran kata-kata.Penulisan
saintifik juga harus memperlihatkan kepaduan iaitu penulisan mempunyai urutan
logic dalam setiap bahagian penulisan.
Penulisan
saintifik yang berkualiti harus mewujudkan hubungan antara penulis dengan
pembaca.Kesan penulisan yang berkualiti bukan sahaja terletak pada bahasa,malah
bergantung juga kepada 8 kriteria yang disarankan seperti berikut.(John
Kirkman,1994)sama ada
l
pembaca biasa dengan penulisan tersebut,
l sikap
pembaca terhadap penulisan,keadaan mental dan fizikal sewaktu membaca penulisan
saintifik,
l
motivasi pembaca,
l
harapan pembaca terhadap gaya,
l
pengolahan dan reka letak,
l
pengolahan bahan penulisan oleh penulis,
l
sejauhmana penulis memasukkan maklumat yang terperinci
l dan
keadaan fizikal teks seperti reka letak (layout),saiz huruf dan muka taip yang
digunakan dalam penulisan saintifik.
Dari
segi gaya bahasa penulisan saintifik,beliau menyimpulkan bahawa (1) ayat yang
pendek,mudah dan ringkas,(2) kosa kata yang padat,kusus,dan konkrit.(3)frasa
hendaklah bersesuaian dengan ekpresi,berterus terang tanpa berselindung
maklumat.(4)kata kerja yang digunakan dalam penulisan hendaklah kata kerja
aktif iaitu ayatt dimulakan dengan kata nama sebagai subjek(pelaku)
(5)perenggan yang seimbang (6)tanda baca yang sesuai .(john Kirkman,1994)Dalam
makalah “the Functional writing Modelin Technical Writing Courses” .Anita
Brostoff mencadangkan bahawa penulisan saintifik harus mempunyai beberapa aspek
iaitu (1)pengolahan idea iaitu olahan idea ini menyatukan perengan dengan logic
(2) sentiasa merujuk kepada pembaca (3)meramalkan olahan idea kepada pembaca dan
(4)penghujahan yang logik (dalam Dwight W.Stevenson,1981)
Penulisan
saintifik atau teknikal hendaklah jelas dengan matlamatnya.Ini bermaksud tiada
sebarang penulisan saintifik tanpa jelas dengan maknanya.(Kenneth W.Houp
&thosmas E.Pearsall,1984)Hal ini berlaku kerana setiap penulis saintifik
sebelum mula menulis mereka telah memastikan siapakah pembaca mereka.Setelah
sudahpasti dengan audiensnya ,bahasa yang digunakan adalah padat,langsung dan
ringkas.renulisan santifik ialah kayar bukan fiksyen .Penulisan saintifik ini
meliputi pelbagai bidang.Apabila pelajar sekolah yang terdedah kepada penulisan
saintifik ,mereka akan memanfaatkan apa yang dipelajari dalam penulisan ini
dalam hidup sebenar mereka apabila mereka memasuki alam pekerjaan sebagai ahli
perniagaan,sarjana,guru,saintis,industrialis.doktor,ahli ekonomi dan sebagainya
Mereka akan menggunakan komunikasi yang berkesan satu cara untuk menukar-nukar
informasi dari penulis kepada pembaca secara bermakna dan berkesan .Oleh itu
peljar sekolah patut didedahkan kepentingan penulisan saintifk sejak di sekolah
lagi.Kegagalan kerajaan menekan kan penulisan ini sebagai satu kemahiran dalam
sukatan pelajaran adalah satu kekurangan dalam dunia akademik.Antaralain
pelajar perlu sedar bahawa perubahan tamadun manusia ke era globalisasi
memerlukan penulisan yang bercorak informative
Manusia
mempunyai pelbagai pengalaman identiti dan reaksi.Jadi menyampaikan komunikasi
secara saintifik dengan setepat-tepatnya adalah sukar.Bagaimanapun pegguaan
lapan prinsip dalam penulisan saintifik atau teknikal berikut akan dapat
mengatasi masalah komunikasi tersebut.Antaranya:
•
-penulis saintifik memahami pembacanya
•
-ketahui tujuan teks yang ditulis
•
-ketahui kandungan penulisan
•
-mengolah bahan penulisan
•
-menulis secara objektif
•
-menggunakan bahasa yang standard
•
-menggunakan format yang betul
•
-sesuaikan amalan etika dalam penulisan saintifik(narva T.Barnett,1987)
Selain
teknik (gaya),bahasa juga memainkan peranan dalam saintifik .Tanpa mengetahui
tatabahasa.sukar untuk penulis saintifik merakamkam cetusan ideanya secara
berkesan .Hasil penulisan yang tidak berkesan disebabkan bahasa yang
lemah,kurang mendapat perhatian daripada pembaca.Jadi mesej yang ingin
disampaikan oleh penulis tidak kesampaian kepada khalayak/Idea tidak selanjar
dan tidak berkesan jika menggunkan tatabahasa dengan tidak betul.(Ismail Ahmad
,1996).Kepentigan tatabahsa dalam penulisan saintifik perlu kerana pembaca
dapat membaca tulisan tersebut dengan lancar.Maksud tatabahsa di sini bukanlah
huraian struktur ayat tersebut .Dalam bukunya,”Element Of Scientific
Writing”,penulisnya menerangkan bahawa prinsip pertama penulisan saintifik
ialah bahasa sebagai aspek primer dan isi sains sebagai aspek
sekunder.(Alwarez,1980)
Penulisan
berkualitif dan berkesan mesti dimulakan dengan penggunaan tatabahasa yang
betul,termasuk mekanisnya seperti tanda baca,ejaan dan huruf besar dan
kecil.Salah eja atau salah guna sesuatu oerkataan akan membawa konotasi yang
salahdalam penulisan saintifik .Gangguan seumpama ini menjelaskan kosentrasi
yang salahdalam penulisan saintifik.Gangguan seumpama ini menjejaskan
konsentrasi pembaca terhadap teks saintifik .,Penggunaan tatabahsa yang betul
juga memberi kuasa autoriti kepada penulis untuk menyampaikan mesejnya .Subjek
kajian iaitu pelajar tingkatan enam sudahpun menguasai bahasa Malaysia selama
12 tahun.Jadi mustahil bagi ,ereka ,asih menyalahgunakan bahasa dalam penulisan
saintifik.Penulis saintifik hendaklah mengelakkan
•
penggunaan perkataan yang membeza-bezakan lelaki dengan perempuan
• tabiat
meminggirkan wanita dalam penulisan
•
penggunaan kata nama sebagai subjek ,kata kerja yang betul
•
kata-kata yang membawa makna tersirat dan kata-kata yang mengelirukan pembaca.
• kepada
penulis .Penulis menggunakan laras sains tetapi bahasanya bernada sajak seperti
rimanya sama.terdapat aliterasi,asonansi dan sebagainya.
•
Penulissn saintifik dibentuk oleh ciri-ciri saintifiknya.Ciri saintifik
tersebut ialah jelas dan terbaca (readability),Maksudnya,pembaca memahami
dengan medah.Koheren ,maksudnya ,terdapat kepaduan antara isi,huraian dan
buklti atau contoh yang jelas .Mudah dan langsung ,maksudnya tiada pembaziran
kata-kata .Kepelbagaian maksudnya pelbagai gaya dapat diperlihatkan.Ketegasan
dan objektiviti,maksudnya penulis bersikap yakin,autoriti dan pendapatnya diuji
secara empirikal
• tanda
baca seperti sempang,noktah bertindih ,koma dan noktah diberi perhatiab serius
oleh
penulisan saintifik(MArva T.Barnett,1987)
Pendek
kata kecekapan tatanahasa dianggap komponen yang penting yang meliputi
pengetahuan dan kemahiran menggunakan peraturan dan bentuk tatabahasa yang
tepat bagi memahami atau membentuk makna(Hashim Othman,2000)
Selain
bahasa dan teknik,maklumat yang ditulis dalam penulisan saintifik adalah sangat
penting .Hanya maklumat dalam teks saja membezkan sesebuah teks itu saintifik
atau sebaliknya.Fungsi asas penulisan saintifik adalah untuk menyampaikan
maklumat dan hasil kajian tentang Sains atau yang berhubung dengan
sains.Berbanding dengan bidang penulisan lain,penulisan saintifik lebih dan
melibatkan ketrampilan dan kepakaran dalam sesuatu bidang iktisas yang
khusus(Ismail Ahmad & MD Nordin Hj.Hasan,1995).Maklumat yang digunakan
dalam penulisan menunjukkan kepakaran penulis dalam bidangnya .Walau apapun
bidang kepakaran ,penulis saintifik tidak boleh elak daripada empatjenis
pendedahan maklumat (1)pemerihalan proses (2)dekripsi objek (3)penyebaran
polisi (4) penhuraian teori (ibid,1995)Pendek kata maklumat yang digunakan
adalah boleh diuji,boleh diyakini dan boleh diulangi dalam situasi yang lain
Gaya
bahasa penulisan saintifik juga bervariasi.Penulis boleh menggunakan pelbagai
gaya bahasa mengikut tujuan penulisan saintifik tersebut dihasilkan.Gaya bahasa
merujuk kepada satu teknik atau cara penulis mengungkapkan matlamat dan
ideanya.Gaya ini bergantng kepada bentuk penulisan.Gaya bahasa ini dibahagi
kepda didaktik formal,pendedahan,kewartawanan,esei,retorik,poetik dan ilmiah
(Ismail Ahmad,1996).Gaya bahasa didaktik digunakan dalam manual sains atau
teknologi di malmal atau di kelas.Dalam gaya ini guru mengajar pelajar
peringkat demi peringkat .Contoh yang paling tepat ialah guru menjalankan ujian
amali di maklmal.Untuk menghasilakanmakalah atau tesis,perlu digunakan gaya
ilmiah atau akademik .Laras bahasanya tinggi dan berintelektual tnggi .(Asmah Hj.Omar
.1987)/Gaya bahasa ini menggunakan kata kerja pasif diri ketiga .Hal ini kerana
penulisan saintifik jenis ini seolah-olah menunjukkan perbuatan tersebut telah
berlalu dan diceritakan oleh orang ketiga .Gaya bahasa pendedahan digunakan
apabila penulis saintifik ingin mengemukakan sesuatu penemuan baru.Gaya bahasa
kewartawanan lebih merujuk kepada gaya laporan iaitu penulis elaporkan sesuatu
fenomena yang telah berlaku .Gaya poetik ialah gaya yang menarik perhatian
orang kepada penulis.Penulis menggunakan laras sains tetapi bahasanya bernada
sajak seperti rimanya sama ,terdapat aliterasi,asonansi dan sebagainya
Penulisan
saintifk dibentuk oleh ciri-ciri saintifiknya,Ciri saintifik tersebut ialah
jelas dan terbaca (readability_.Maksudnya pembaca memahami dengan
mudah.koheren,maksudnya terdapatkepaduan antara isi,huraian dan bukti atau
contoh yang jelas .Mudah dan langsangt ,maksudnya tiada pembaziran
kata-kata.Kepelbagaian maksudnya penulis bersikap yakin,autotiti dan
pendapatnya boleh diuji secara empirikal
4.Metodologi
Penyelidikan
4.1Subjek
Subjek
kajian terdiri daripada pelajar tingkatan enam jurusan kemausiaan dan
sains.Pelajar enam rendah dipilih kerana pelajar enam atas akan menghadapi STPM
pada tahun ini.Pemilihan sekolah yang mempunyai tingkatan enam dipilih secara
rawak.Setiap sekolah yang dipilih ,akan terpilih juga pelajar dari kedua-dua
jurusan .Subjek telah mempunyai penguasaan bahasa yang agak baik kerana mereka
telah memperoleh sekurang-kurangnya kepujian dalam bahasa Malaysia di peringkat
SPM.Subjek yang berbakat saintifik juga akan dikenalpasti untuk kajian
ini.Pemilihan ini akan dibuat berdasarkan minat dan kecenderungan mereka dalam
mata-mata pelajaran sains tulen sebelum ini.Persampelan kajian ialah penulisan
subjek yang panjangnya 300 hingga 350 perktaan(kehendak soalan STPM)
4.2 Alat
ukur
Kajian
ini akan menggunakan dua alat iaitu model penulisan saintifik yang direka oleh
penyelidik dan skema penaksiran penulisan saintifik juga direka oleh penyelidik
setelah mengubahsuai Skala Penulisan Kualititatif. Kedua-dua model dan skema
ini akan diujikesahan dan kebolehpercayaannya dengan melakukan satu ujian oleh
pemeriksa atau penilai yang terdiri daripada guru-guru tingkatan enam yang
mengajar subjek berkenaan. Jika koefisiennya tinggi maka alat ini boleh
mengukur prestasi subjek. Untuk mengukur kebolehpercayaan alat saya akan
menggunakan nilai Cromback-Alpha untuk ketekalan ujian. Ujian yang tekal
mempunyai nilai alpha melebihi 0.5. Indeks kebolehpercayaan saja belum menjamin
kesahannya. Penyelidik juga akan melihat bukti-bukti lain yang relevan dengan
instrument yang digunakan. Model akan direka sendiri berdasarkan cirri-ciri
penulisan saintifik yang patut dipatuhi oleh subjek semasa menghasilkan
penulisan. Kedua-dua model dan skema penaksiran akan diubahsuai daripada The
Development Of A Qualitative Writing Scale oleh Harriet Wong dari UKM dan
Quality Characteristic And Element oleh Gretchmen Hargis (1998) New Jersey
4.3
Rekabentuk
Kajian
akan menggunakan sebanyak 10 hipotesis nol. Setiap hipotesis ini akan diuji
signifikannya setelah melihat perubahan-perubahan pada pemboleh ubah bebas.
Jika pembolehubah bebas dapat mempengaruhi pembolehubah bersandar, maka
penyelidik dapat merumuskan bahawa pembolehubah bebas ada hubungan signifikan
dengan pembolehubah bersandar. Maka dengan ini skema yang dibina oleh
penyelidik dapatlah diterima. Pengkaji ingin memastikan sama ada skema yang
diberi kepada kumpulan eksperimen dapat membantu subjek atau tidakuntuk
menghasilkan penulisan saintifik yang berkualiti. Kajian ini akan menggunakan
reka bentuk eksperimen. Subjek dibahagi kepada tiga kumpulan iaitu kumpulan
eksperimen, kumpulan kawalan 1 dan kumpulan kedua. Dalam setiap kumpulan
terdapat subjek dari jurusan sains dan kemanusiaan. Kajian ini akan dijalankan
selama 8 minggu (2 bulan). Pada pertama subjek daripada ketiga-tiga kumpulan
diberi ujian pra yang menguji kemahiran penulisan saintifik. Selepas ujian pra,
subjek daripada kumpulan eksperimen diberi latihan terancang dengan menggunakan
model penulisan yang direka selama enam minggu menerusi pengajaran guru.
Guru-guru akan diberitahu supaya menggunakan model penulisan penyelidik sebagai
alat pengajaran dan pembelajaran.
Subjek
kumpulan kawalan 1 dan 2 diajar secara biasa tanpa treatment atau olahan.
Subjek diajar dengan menggunakan model lama yang digunakan oleh guru sekarang.
Pada minggu kelapan ketiga-tiga kumpulan akan diberi ujian pasca.
4.4
Tatacara
1.
Penyelidik akan mereka bentuk sebuah model penulisan saintifik.
2.
Penyelidik akan mereka bentuk sebuah skema untuk penaksir/penilai penulisan
saintifik.
3.
Penyelidik akan mendapat kebenaran daripada housekeepers seperti Jabatan
Pendidikan.
4. Pada
minggu pertama tempoh kajian, ujian pra akan dijalankan untuk 3 kumpulan
tersebut.
5. Pada
minggu kedua hingga ketujuh, guru-guru akan mengajar penulisan saintifik dengan
menggunakan model penulisan kepada kumpulan eksperimen. Pada tempoh yang sama
kedua-dua kumpulan kawalan 1 dan 2 akan diajar tanpa model penulisan saintifik.
Mereka akan diajar dengan cara biasa.
6. Pada
minggu kelapan, ketiga-tiga kumpulan akan diberi ujian pasca.
5
Analisis Data
Penyelidik
akan menggunakan statistic inferensi. Dalam hal ini penyelidik akan menggunakan
Ujian T sample korelasi- satu ujian berparameter yang digunakan untuk
menentukan samaada wujud perbezaan yang bererti dari segi statistic di antara
prestasi subjek yang telah dipilihsecara rawak dalam dua kumpulan yang
mempunyai hubungan dalam satu daripada dua cara. Subjeknya sama tetapi diukur
prestasi dalam dua keadaan yang berlainan iaitu pretest dan posttest.
Penerokaan komponen atau cirri-ciri penulisan saintifik dalam penulisan
dilakukan dengan menggunakan kaedah analisis factor.
6.Perkakasan
dan Bahan
Bahan
yang akan digunakan dalam kajian ini ialah esei-esei penulisan saintifik untuk
dinilai. Model penulisan yang akan direka oleh penyelidik akan digunakan oleh
guru-guru bagi kumpulan eksperiman. Kertas-kertas digunakan untuk diedar kepada
subjek untuk menulis esei dan kemudahan percetakan juga diperlukan. Bahan boleh
difotokopi.
7.Bibliografi
Asmah
Hj.Omar, (1987)Bahasa Malaysia Saintifik, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala
Lumpur
Barnett,
Marva, (1987)Elements of Technical Writing, Delmar Publishing, USA.
Cooray
P.G., (1992)GuideTo Scientific and Technical Writing, Hindagala, Sri Lanka
Desmond
Allison, (1999) Language Testing And Evaluation: An Introductry Course,
Singapore University Press, Singapore.
Hargis,
Gretchen., (1998) Developing Quality Technical Information, Prentice Hall, New
Jersey, USA.
Harriet
Wong, (1989) The Development Of A Qualitative Writing Scale, Pusat Bahasa UKM,
Kuala Lumpur.
Hashim
Othman, (2000)Penerokaan Komponen Komunikatif Dan Pembinaan Skema Pemarkahan
Holistik, Tesis Ph.D belum diterbitkan, USM, Pulau Pinang.
Huckin
N.Thomas, (1991) Technical and Professional Communication, Mc.Graw Hill Inc.,
New York
Ismail
Ahmad, (1996) Penulisan Saintifik, Dewan Bahasa Dan Pustaka, Kuala Lumpur
Ismail
Ahmad dan Md.Nordin Hj.Hasan (1995) Komunikasi Saintifik, Dewan Bahasa Dan
Pustaka, Kuala Lumpur.
Lindsay,
David (1984) A Guide To Scientific Writing, Longman Cheshire, Melbourne,
Australia
Kirkan,
John (1994) Good Style Writing For Science And Technology, E&FN Spon,
London
Majlis
Peperiksaan Malaysia (1988,1989,1994 dan 1999), Laporan Peperiksaan Sijil
Tinggi Persekolahan Malaysia, Federal Publications, Kuala Lumpur
Mitcell,
Cates Ward (1990), Panduan Amali Untuk Penyelidikan Pendidikan (terjemahan
Syaharom Abdullah), Dewan Bahasa Dan Pustaka, Kuala Lumpur.
Mokhtar
Ismail, (1995) Penilaian Di Bilik Darjah, Dewan Bahasa Dan Pustaka, Kuala
Lumpur
Steveson
W. Dwight (ed.) (1981) Courses, Components, And Exercises In Technical
Communication, National Council Of Teachers Of English, Illinois.
Taeko Kamimura
(2000) Integration Of Process And Product Orientation in EFL Writing
Instruction dalam RELC Journal, SEAMEO, Regional Language Center, Singapore.
W.Houp,
Kenneth (1984) Reporting Technical Information 5th.Edition, Mac Millan
Publishing Company, New York, USA
No comments:
Post a Comment