Rundingan
pada 20 Februari 2015 membolehkan Greece mendapat empat bulan tambahan bagi
pembiayaan. Kemudian pada 4 Jun 2015 Greece telah meminta IMF menangguhkan
ansuran ke hujung bulan Jun. Pada 27 Jun 2015. Tsipras telah mengumumkan
referendum tentang perjanjian bailout antara Greece dan pemiutang antarabangsa
akan dibuat pada 5 Julai 2015. Selepas ECB memutuskan untuk tidak memanjangkan
dana kecemasan yang akan menutup peluang Greece untuk menerima €7.2 billion,
Greece telah menutup semua operasi bank dan mengenakan kawalan modal. Tindakan
itu telah menimbulkan panik di kalangan rakyat Greece.
Greece
menghadapi dua pilihan yang akan mempengaruhi hala tuju negara. Pengundi perlu
memilih satu daripada dua pilihan yang tidak baik ini pada 5 Julai 2015, iaitu:
1) Jika
undi Ya: Greece boleh menerima permintaan Troika untuk tambahanausterity dan
meneruskan penerimaan bantuan dari negara luar, atau
2) Jika
undi Tidak: Greece boleh menolak Troika yang akan beri kesan ke atas hutang
Greece dan kemungkinan Greece akan keluar dari eurozone.
Jika
rakyat memilih untuk menerima deal tersebut, ia bermakna cukai akan meningkat
naik dan pencen dipotong. Jika rakyat menolak deal tersebut, Greece akan gagal
membayar hutang dan tidak boleh menggunakan euro sebagai matawang serta
terkeluar dari eurozone.
Buat
masa ini, ramai rakyat Greece beratur di mesin-mesin ATM. Mereka tidak boleh
mengeluarkan wang mereka dalam jumlah yang banyak daripada bank-bank di Greece.
Had pengeluaran yang ditetapkan ialah €60 sehari. Pemindahan wang ke luar
negara turut dihalang. Ini hanya dibolehkan untuk urusan perniagaan sahaja.
Operasi bank ditutup sehingga 7 Julai 2015.
Menteri
pembangunan Greece menggesa rakyat mengundi “tidak” untuk menentang rundingan
tersebut. Begitu juga dengan Perdana Menteri Greece.
Jika
Greece menggunakan mata wang sendiri (drachma) dan mencetaknya dengan banyak
sekali, ini akan merendahkan nilai mata wang. Drachma yang murah ini akan
membuatkan Greek dalam keadaan baik kerana ini akan menarik warga asing untuk
melabur dan meningkatkan eksport dan mencipta peluang pekerjaan. Kadar inflasi
turut akan membantu bebanan hutang negara. Hal ini semua lebih baik berbanding
Greece yang berterusan dalam keadaan
kegawatan sejak krisis kewangan 2008.
Presiden
EC, Jean-Claude Juncker pula berharap orang Greece mengudi “Ya” bagi menerima
terma-terma perjanjian.
Antara
punca terjadinya tragedi ekonomi Greece:
1)
Korupsi
European
Commission menyatakan Greece merupakan negara yang paling tinggi korupsi dalam
European Union.
2) Tipu
Cukai
Golongan
kelas pertengahan-atasan di Greece mengelak daripada pembayaran cukai. Mereka
melaporkan nilai pendapatan yang lebih rendah berbanding dengan pendapatan
mereka sebenar. Contoh pada tahun 2009, sebanyak €28 billion cukai dielak oleh
mereka yang bekerja sendiri ini.
3)
Pengangguran
Kadar
pengangguran tinggi di Greece melibatkan populasi orang muda. 63.5% orang
Greece berumur antara 18 dan 34 tahun masih tinggal bersama ibu bapa mereka.
4)
Populasi Orang Pencen
Greece
memiliki populasi orang tua yang ramai berbanding orang muda. Hanya 9.8% orang
muda berumur antara 15 dan 24 tahun. 32.9% pula berusia lebih dari 55 tahun. Angka
ini menimbulkan dua masalah iaitu peningkatan pembayaran kos pencen dan
kekurangan tenaga kerja muda.
5) Cukai
Rokok
Ini jadi
satu masalah besar apabila cukai rokok dinaikkan di Greece kerana orang-orang
di Greece merupakan golongan ketiga tertinggi menggunakan rokok di dunia. Ini
lebih tinggi 28 kali berbanding pengguna di India.
Sekiranya
Greece gagal membayar hutang dan terkeluar dari EU, ini akan menyebabkan
pelabur-pelabur mengeluarkan wang pelaburan mereka dari negara-negara EU yang
mempunyai perkembangan ekonomi yang tidak stabil seperti Sepanyol dan Itali. Ini
juga akan mencipta gelombang panik para pelabur ke atas Eropah dan kemungkinan
Amerika Syarikat turut akan terkena tempiasnya.
Sumber:
CNN, USA Gold, VOX, VOX2, BBC, The Guardians, About: Worldnews,Bloomberg,
Telegraph , Academia, Time, Business Insider, Washington Post, NY Times
No comments:
Post a Comment