Saturday, 4 July 2015

Karangan-Latihan

Pilih satu daripada tajuk-tajuk di bawah ini, dan tulis karangan yang panjangnya antara 250 hingga 300 patah perkataan. [ 25 ]
1.Kedaulatan dan keagungan bangsa Malaysia bukan sahaja bergantung kepada kekuatan nilai integritinya semata-mata. Namun terdapat faktor-faktor lain yang berperanan dalam pengekalan kedaulatan dan keagungan bangsa Malaysia. Bincangkan penyataan ini.
2. Pembangunan modal insan yang telah dicetuskan dalam Rancangan Malaysia Ke-9 (RMK9) merupakan intipati penting dalam pembangunan negara. Oleh itu, penambahbaikan sistem pendidikan merupakan salah satu langkah yang harus dijalankan oleh pihak kerajaan untuk merealisasikan matlamat tersebut. Bincangkan.
3.Perkara yang sering menimbulkan kebimbangan ketika berlakunya banjir ialah kemungkinan menularnya pelbagai penyakit dan kesannya. Jangkitan penyakit boleh berlaku dan merebak akibat kekotoran alam sekitar, makanan tidak berkualiti, air minuman yang tercemar dan kesesakan di pusat-pusat pemindahan banjir. Bincangkan penyataan ini.

4.Kepelbagaian biologi memainkan peranan penting untuk kesejahteraan kehidupan manusia sejagat secara langsung ataupun tidak langsung. Namun pengeksploitasian terhadapnya mengundang pelbagai risiko. Bincangkan

No comments:

Post a Comment