Thursday, 23 July 2015

Ancaman Krisis Makanan Dunia


  • Malaysia perlu bersiap sedia menghadapi kemungkinan berlaku krisis bekalan makanan global pada 2030.
  • Langkah berjaga-jaga penting kerana statistik terbaru Bank Dunia menunjukkan peningkatan ketara harga barang makanan global sejak 1905. Antara 80 hingga 90 peratus dan dijangka terus meningkat sehingga 2030.
  • Aktiviti manusia itu sendiri telah menyumbang kepada perubahan iklim yang berlaku terhadap bumi kini. Kejadian musim kemarau bertambah panjang menyebabkan sesetengah tempat berubah menjadi gurun dan tidak lagi sesuai dijadikan kawasan pertanian.
  • Perubahan iklim bukan berkenaan kenaikan suhu dunia sahaja, termasuk perubahan sistem ribut yang lebih kuat, kemarau yang panjang, serta peningkatan aras laut yang melampau.
  • Masalahnya perubahan ini akan mempengaruhi  pengeluaran makanan serta keselamatan makanan untuk manusia itu sendiri. Walaupun Malaysia tidak termasuk dalam lingkaran api tetapi kejadian tsunami, letupan gunung berapi di negara jiran menyebabkan kita perlu bersedia menghadapi segala kemungkinan.  
  • Justeru kita kena fikirkan langkah-langkah yang perlu diambil untuk membendung kemungkinan berlakunya krisis makanan yang berpunca daripada kenaikan harga yang melampau dan kekurangan bekalan.
  • Isu keselamatan makanan harus dipandang serius lebih-lebih lagi ini telah dibincangkan di persidangan World Food Organization di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu(PBB).
  • Langkah bersepadu untuk menangani kesan perubahan iklim dunia perlu diberi perhatian bagi mengelakkan tercetusnya krisis makanan. Kesan perubahan iklim sudah menjadi lumrah seluruh dunia dan tiada satu negara pun yang akan terlepas.
  • Kerajaan juga menyeru agar meningkatkan produktiviti pengeluaran kawasan pertanian yang sedia ada melalui  penggunaan benih, teknologi dan infrastruktur baru. Syarikat swasta dan syarikat milik kerajaan juga disaran meningkatkan pelaburan dalam bidang pertanian.
  • Penglibatan mereka dapat melonjakkan pengeluaran yang tinggi melalui penggunaan teknologi moden. Mereka juga mampu membangunkan pertanian pada skala yang besar.
  • Dalam ura-ura kita menuju transformasi ekonomi dan mahu menjadi negara berpendapatan tinggi, jangan pula kita mengabaikan pertanian dan pengeluaran makanan.     
  • Hal ini penting demi kelangsungan masa depan generasi yang akan datang. Jika kita tidak mengambil berat akan perkara ini, besar kemungkinan anak cucu kita akan hidup melarat akibat krisis makanan.
  • Justeru sektor pertanian harus diperkasakan berbanding mengejar kemajuan dalam bidang teknologi yang lebih canggih. Seharusnya insentif dan subsidi disediakan kepada mereka yang mahu menceburkan diri dalam bidang pertanian.
  • Sebagai contoh, dalam sektor penanaman padi di Jepun, kerajaannya memberikan  subsidi 99 peratus untuk menggalakkan pertanian dalam persediaan mereka membekalkan makanan yang cukup kepada rakyatnya.  
  • Di peringkat individu pula, kita harus menanamkan sifat bertanggungjawab terhadap alam sekitar. Di sekolah guru-guru harus sentiasa mengingatkan murid-murid agar menjaga bumi daripada dicemari dengan tidak membuang sampah di merata-rata tempat serta keaedah bagi mengitar semula barang-barang.
  • Di rumah pula ibu bapa harus memainkan peranan dengan menasihati anak-anak agar memelihara alam sekitar kerana perbuatan mereka juga akan mengakibatkan iklim yang tidak menentu dan menjejaskan bekalan makanan.
  • Bekalan makanan akan mula merosot dan mungkin kehabisan akibat perbuatan rakus dan cuai manusia itu sendiri. Pada masa itu mungkin sudah terlambat untuk menyesal kerana tidak mempedulikan bumi yang kita cinta selama ini.

No comments:

Post a Comment