Saturday, 4 July 2015

Bar Kompaun

Berdasarkan maklumat yang dibehkan dalam petikan di bawah ini, sediakan graf bar yang sesuai untuk menunjukkan kedudukan hutang negara mengikut sektor terpilih pada tahun 2002 dan 2003.

Dalam Belanjawan Persekutuan 2004, kerajaan meramal hutang luar akan mencatat penurunan. Keadaan ini dijangka menjamin kedudukan kewangan kekal kukuh. Ini dapat dilihat dalam kedudukan hutang beberapa sektor terpilih dalam tempoh masa 2002-2003. Antara sektor terpilih yang mencatat kejatuhan ketara ialah Kerajaan Persekutuan. Kejatuhan nilai hutang Kerajaan Persekutuan mengatasi kedudukan PABK. Dalam tempoh ini, hutang Kerajaan Persekutuan dijangka merosot dengan kadar 3.64 peratus. Jumlah hutang Kerajaan Persekutuan pada tahun 2003 ialah sebanyak RM34.96 bilion. Angka ini menunjukkan RM1.32 bilion lebih rendah berbanding tahun 2002. Pada tahun 2002, hutang Kerajaan Persekutuan berjumlah RM36.28 bilion.

Kedudukan hutang pihak PABK tidak menampakkan perbezaan yang ketara. Walau bagaimanapun, jumlah hutang PABK yang tidak dijamin sebenarnya mencatat peningkatan jelas berbanding hutang PABK yang dijamin. Keseluruhannya, jumlah hutang pihak PABK pada tahun 2002 ialah sebanyak RM63.11 bilion. Angka ini dijangka menurun sebanyak 1.16 peratus atau RM0.74 bilion pada tahun 2003 menjadi RM62.37 bilion. Sungguhpun hutang kedua-dua sektor di atas mencatat penurunan, didapati hutang sektor swasta pula mencatat pertambahan. Dalam Belanjawan 2004, kerajaan menjangka hutang pihak swasta akan terus meningkat dengan kadar 1.79 peratus antara tahun 2002-2003. Hutang sektor swasta pada tahun 2003 meningkat kepada RM53.89 bilion. Angka ini lebih RM0.95 bilion berbanding tahun 2002.

Keseluruhannya, didapati hutang negara yang merangkumi hutang jangka sederhana dan panjang serta hutang jangka pendek mencatat sedikit peningkatan. Angka ini dijangka bertambah kepada RM186.03 bilion berbanding RM185.57 bilion antara tahun 2002-2003. (Dipetik dan diubahsuaikan daripada Laporan Ekonomi 2003-2004, Kementerian Kewangan Malaysia)

Kehendak Soalan
a.Penggunaan frasa sektor terpilih tidak boleh ‘ditokokkan’ kerana ia tidak mewakili keseluruhan pemboleh ubah.
b.Oleh itu, calon harus memilih graf bar kompaun yang dapat menunjukkan kedudukan hutang mengikut sektor-sektor yang diberi secara berasingan mengikut kedua-dua tahun tersebut.


No comments:

Post a Comment