·
Suruhanjaya
Pencegahan Rasuah Malaysia atau SPRM merupakan sebuah badan tunggal dan bebas
yang mengendalikan kes-kes yang berkaitan dengan rasuah serta merupakan tonggak
utama dalam inisiatif antirasuah di Malaysia. SPRM telah ditubuhkan pada
Januari 2009, menggantikan agensi sebelumnya - Badan Pencegah Rasuah (BPR)
mengikut akta yang baru digubal iaitu Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah
Malaysia 2009.
·
Peranan
SPRM adalah untuk membasmi rasuah, penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan di
Malaysia dengan fungsi yang berdasarkan kepada prinsip Bebas, Telus dan
Profesional dalam melaksanakan tugasnya.
·
Secara
umumnya, rasuah merupakan suatu perbuatan sama ada memberi atau menerima
sesuatu suapan yang berbentuk wang tunai atau barangan berharga sebagai upah
bagi melakukan suatu perbuatan yang mempunyai kaitan dengan bidang tugas
seseorang itu.
·
Sebagai
contoh, seorang kontraktor memberikan hadiah berbentuk jam tangan berharga
kepada seorang pegawai Kerajaan bagi meluluskan projek kepada syarikatnya.
·
Antara
jenis kesalahan rasuah mengikut Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
2009 ialah
a.
Meminta/Menerima rasuah [seksyen 16 & 17(a) ASPRM 2009]
b.
Memberi suapan [seksyen 17(b) ASPRM 2009]
c.
Mengemukakan tuntutan palsu [Seksyen 18 ASPRM 2009]
d.
Salah guna kuasa [Seksyen 23 ASPRM 2009]
·
Apakah kesalahan Meminta/Menerima
rasuah? Meminta/Menerima rasuah [seksyen 16 & 17(a) ASPRM 2009]
Mana-mana
orang atau ejen secara rasuah meminta/menerima satu suapan sebagai balasan
untuk melakukan atau tidak melakukan sesuatu perkara.
·
Apakah kesalahan Memberi suapan?
Mana-mana
orang secara rasuah menawar/memberi satu suapan kepada pegawai awam sebagai
balasan untuk melakukan atau tidak melakukan sesuatu perkara berkaitan hal
ehwal pegawai awam tersebut.
·
Apakah kesalahan mengemukakan
tuntutan palsu [Seksyen 18 ASPRM 2009]
Mana-mana
orang mengemukakan dokumen tuntutan (resit, invoice) yang mempunyai butiran
yang palsu dengan niat untuk memperdayakan ketua jabatan atau pejabatnya.
·
Apakah kesalahan Salah guna kuasa
[Seksyen 23 ASPRM 2009]
Pegawai
Badan Awam atau anggota Pentadbiran kerajaan menggunakan kedudukannya dalam
membuat keputusan atau mengambil apa-apa tindakan berhubung dengan sesuatu
perkara di mana dia, saudara atau sekutunya mempunyai kepentingan.
·
Apakah hukuman bagi kesalahan
rasuah?
Secara
umumnya, hukuman bagi kesalahan rasuah ialah dipenjarakan selama tempoh tidak
melebihi dua puluh tahun dan didenda tidak kurang dari lima kali ganda nilai
suapan atau RM10,000, mengikut mana-mana yang lebih tinggi.
·
Adakah suapan rasuah hanya
berbentuk wang sahaja?
Suapan
rasuah boleh jadi dalam bentuk wang tunai, hadiah, bonus, undi, perkhidmatan
(seperti seks), jawatan, upah, diskaun, pinjaman dan sebagainya.
·
Apakah punca utama penjawat awam
mengambil rasuah? Adakah disebabkan gaji yang kecil atau sebaliknya.
Pihak
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sememangnya menjalankan kajian
terhadap perlakuan rasuah dalam kalangan penjawat awam. Kajian mendapati punca
pendapatan atau penetapan tangga gaji yang kecil dan rendah bukannya punca
utama atau satu-satunya punca penjawat awam mengambil rasuah.
·
Antara
punca utama yang menyebabkan berlakunya rasuah dalam kalangan penjawat awam
adalah kecenderungan mereka untuk:-
a. mempunyai gaya hidup di luar kemampuan,
b. sikap tamak dan haloba,
c. wujudnya
ruang dan peluang untuk melakukan perbuatan rasuah,
d. tahap integriti yang rendah dalam kalangan
pegawai terbabit.
No comments:
Post a Comment