Sunday, 5 July 2015

Garis Memesong/Imbangan

Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah, sediakan graf yang menunjukkan keadaan turun naik petunjuk-petunjuk penting di Papan Pertama Bursa SahamKuala Lumpur bagi tempoh tahun 1990 hingga 1995. (20 markah)
“… Keadaan pasang surut pasaran di Bursa Saham Kuala Lumpur digambarkan pada beberapa indeks harga atau petunjuk utamanya, dan bagi tempoh tahun 1990 hingga tahun 1995 yang lalu, gambaran prestasi itu adalah sebagiaman diperihalkan di bawah ini. Petunjuk yang paling popular dikenali sebagai Komposit. Secara purata,Indeks Komposit berada di paras 506 mata pada tahun 1990,meningkat sebanyak 50 mata pada tahun berikutnya; 644 mata pada tahun 1992, dan meningkat kira-kira sekali ganda,iaitu kepada 1275 mata pada tahun 1993,tetapi merosot sebanyak 304 mata pada tahun berikutnya, dan meningkat semula 24 mata pada tahun 1995.
Indeks Emas menunjukkan pertambahan yang sederhana,iaitu daripada paras purata 131 mata pada tahun 1990 ke paras 141 mata pada tahun 1991,dan bertanbah sebanyak 21 mata lagi pada tahun berikutnya. Indeks Emas pada tahun 1993 pula bertambah sebanyak 222 mata berbanding tahun sebelumnya, tetapi jatuh sebanyak 100 mata pada tahun berikutnya. Indeks emas pada tahun 1995 adalah hampir sama dengan tahun 1994, iaiitu pada paras 279 mata. Indeks Perindustrian pada tahun 1991 telah meningkat sebanyak 46 mata daripada 1016 mata yang dicatat pada tahun 1990,dan bertambah sebanyak 26 mata pada tahun berikutnya. Peningkatan hampir sekali ganda dicatatkan pada tahun 1993, iaitu ke paras 2030 mata tetapi telah merosot sebanyak 315 mata pada tahun 1994, dan hanya bertambah sebanyak108 mata pada tahun 1995. Sementara Indeks Kewangan pula bertambah sebanyak 60 mata pada tahun 1991 daripada 2127 mata pada tahun 1990;dan telah meningkat ke paras 2703 mata pada tahun 1992. Pada tahun 1993, Indeks Kewangan bertambah secara luar biasa sebanyak 6057 mata, kemudian merosot pada tahun berikutnya ke paras 6806 mata, dan kembali meningkat sebanyak 856 mata pada tahun 1995.

Rekod pada Indeks Harta juga telah mencapai puncaknya setakat ini pada tahun 1993, iaitu di paras 3370 mata sungguhpun dalam tiga tahun sebelumnya, masing-masing di paras 1158, 1238, dan 1140 mata. Pada tahun 1994, Indeks Harta berada di paras 2560 mata tetapi merosot sebanyak 456 mata pada tahun 1995.
Sementara itu, Indeks Perladangan mencatatkan nilai purata di paras 3573 pada tahun 1993 sungguhpun pada tahun-tahun sebelumnya adalah lebih rendah, iaitu masing-masing di paras 1073, 1061, dan 1118 mata. Pada tahun 1994 pula, nilai Indeks Perladangan ialah di paras 2758 mata dan kemudian merosot sebanyak 311 mata pada tahun 1995. Demikian juga, Indeks Perlembongan,telah telah mencatatkan paras tertinggi pada tahun 1993, iaitu sebanyak 858 mata berbanding dengan 176 mata pada tahun 1990, 204 mata pada tahun 1992, dan 179 mata pada tahun 1992. Indeks ini merosot sebanyak 302 mata pada tahun 1994, dan terus merosot ke paras 386 mata pada tahun 1995…”

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada Rancangan Malaysia Ketujuh, 1996-2000)

No comments:

Post a Comment