Guru mengelakkan
komunikasi yang negatif untuk mewujudkan P&P yang lebih efektif. Sekiranya
guru menjerit kepada pelajar, ini bermaksud guru tersebut telah merosakkan
persekitaran pembelajaran. Jika guru menyindir atau mengecil-ngecil dan
merendah-rendah kebolehan pelajar, guru telah menyebabkan pelajar tawar hati
untuk terlibat dalam pembelajaran. Tindakan guru memarahi pelajar dengan kasar
menyebabkan pelajar berasa malu dengan rakan dan ini akan menjejaskan
kepercayaan pelajar terhadap pelajaran dan guru. Sebagai pendidik, mereka
hendaklah mengelakkan komunikasi negatif seumpama ini untuk melahirkan
pembelajaran yang lebih positif, mesra dan menarik.
Peranan
guru tidak hanya berfokus pada P&P sahaja. Guru juga berfungsi sebagai
pakar penentu. Mereka bekerja sebagai penyelesai masalah pelajar dan harus
mencari penyelesaiannya. Sebagai guru mereka perlu bertindak sebagai
penterjemah dan orang tengah dalam saluran komunikasi terbuka (permasalahan dua
hala dan penyelesaiannya). Dengan berbuat demikian guru akan mendapat
kepercayaan pelajar dan bertanggunjawab mengenal pasti masalah, membangunkan
program dan melaksanakan program. Selain itu guru juga hendaklah memudahkan
komunikasi. Dalam konteks ini guru berperanan sebagai broker maklumat. Guru
juga berperanan sebagai penghubung, penterjemah dan penyampai maklumat kepada
pelajar.
Malah
guru juga bertindak sebagai pendengar komunikasi yang berkesan. Guru terlibat
dalam membuat keputusan dalam bilik darjah yang mempunyai kepentingan bersama
seperti mengadili, interaksi, mengadakan perbincangan, mengulas pandangan,
mendapatkan reaksi dan memperbetul keadaan dengan hubungan komunikasi. Selain
itu, guru sebagai fasilitator komunikasi, beliau perlu menyediakan komunikasi
dan menyediakan komunikasi untuk meningkatkan kesedaran dan pemahaman pelajar
tentang sesuatu perkara yang dipelajari di sekolah.
No comments:
Post a Comment