Pentadbir
yang efektif hendaklah sentiasa memikirkan kemajuan organisasi. Progresif menentukan pencapaian.
Setiap pencapaian perlu diukur dengan menggunakan KPI yang telah dianjurkan.
Kajian-kajian separuh penggal adalah perlu untuk melihat sejauh manakah
organisasi mereka mencapai sasaran. Dalam memastikan organisasi tersebut
berjaya atau tidak, strategi yang berkesan hendaklah difikirkan. Tanpa strategi
yang berkesan apa jua rancangan yang diatur tidak akan terlaksana. Setiap
strategi perlu dinilai keberkesanannya dari semasa ke semasa. Kata itu kota dan setiap janji yang dibuat
kepada stakeholder hendaklah ditunaikan. Jadi nilai integriti dan amanah perlu
dipupuk dalam diri pemimpin. Pemimpin perlu memikul sikap pertanggungjawaban
dan responbiliti terhadap setiap keputusan
dibuat. Menuding jari atau menyalahkan
pihak lain dan sistem memperlihatkan betapa dangkalya jati diri seseorang
pemimpin. Setiap modus operandi
hendaklah dilakukan secara telus. Dalam bukunya
“In The Magic Of Thinking Big”, karya David Joseph Schwartz (PhD), 2006,
penulis berhujah bahawa strategi yang dilaksanakan perlu ada pengukuhan dan
penilaian semula dari semasa ke semasa. Kata beliau, menurunkan kuasa kepada
orang bawahan tidak menjamin apa-apa kejayaan kepada organisasi. Pemimpin
hendaklah komited terhadap setiap keputusan dan pelaksanaan yang dilakukan.
Pemimpin yang efektif hendaklah melihat
sesuatu masalah dari kaca mata pekerjanya. Pemimpin yang gagal melihat masalah
dari kaca mata pelaksana, sudah pasti jahil terhadap apa yang berlaku dalam
organisasinya.
Natijahnya, David Joseph Schwartz (PhD) merumuskan empat
elemen dalam pentadbiran, iaitu pemimpin hendaklah bijak
membujuk/menghimbau (bukan memujuk)
pekerja, jadilah manusia yang bertimbang rasa (be human), sentiasa memikirkan
progres dan akhirnya melihat/menampak sesuatu masalah dengan kaca mata orang
lain. Jika keempat-empat elemen yang dianjurkan ini dijadikan pegangan, maka
mustahil pembentukan sebuah masyarakat maju menjelang tahun 2020 tidak dapat
direalisasikan oleh pemimpin sekolah.
No comments:
Post a Comment