Itali
adalah negara Eropah terbaharu yang terpaksa menanggung beban hutang selepas
Greece, Ireland dan Portugal menghadapi masalah yang sama tahun ini.
Situasi
di Eropah kini sememangnya sukar dengan sesetengah negara berhadapan krisis
hutang yang teruk.
Greece
mempunyai hutang sebanyak 160 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar
berbanding 60 peratus bagi Cyprus. Greece juga mempunyai defisit 11 peratus,
kadar pengangguran 15 peratus dan pertubuhan ekonomi yang negative.
Sebelum
ini, pemerintah Greece telah menjual beberapa buah pulau di negara itu untuk
membayar balik hutang negara. Turut dijual ialah tanah milik negara di Pulau
Mykonos, destinasi pelancongan paling popular di Greece.
Hakikatnya,
negara-negara kaya merupakan penghutang terbesar di dunia.
Sehingga
penghujung tahun 2010, Amerika Syarikat (AS) menduduki tangga pertama negara
paling banyak hutang iaitu AS$13.9 trilion diikuti Kesatuan Eropah (AS$13.7
trilion), Britain (AS$8.9 trilion), Jerman (AS$4.7 trilion), Perancis (AS$4.6
trilion dan Jepun (AS$2.4 trilion).
Beban
hutang kerajaan yang kini perlu ditanggung oleh pekerja di negara kaya
meningkat dua kali ganda di antara tahun 2007 dan 2015.
Perkara
tersebut menyebabkan berlaku pengecutan terhadap kesejahteraan rakyat khususnya
sistem kesihatan mereka.
Masalah
hutang sudah lama dideritai oleh negara-negara mundur seperti Sub-Sahara Afrika
yang melibatkan 42 buah negara.
Menurut
Noreena Hertz, penulis buku The Debt Threat: How Debt is Destroying the World,
setiap hari rakyat di benua yang terkenal dengan kemiskinan itu membayar AS$30
juta hutang sedangkan pada masa yang sama 26 juta rakyatnya dijangkiti HIV dan
Aids.
Pasca
Perang Dunia Kedua, kerajaan di negara-negara maju, bank-bank swasta serta
badan kewangan antarabangsa seperti Bank Dunia dan Dana Kewangan Antarabangsa
(IMF) memberikan pinjaman hutang kepada Negara-Negara Dunia Ketiga untuk
membiayai projek infrastruktur mega seperti lebuh raya dan pelabuhan.
Kegagalan
untuk membayar balik pinjaman telah menjerat negara-negara peminjam. Krisis
yang sama kini dihadapi oleh negara maju khususnya di Eropah.
Negara
kaya yang banyak hutang hakikatnya memberi sumbangan yang kecil dalam membantu
pertumbuhan ekonomi global.
Negara
kaya seperti Jepun akan menyaksikan hutang kerajaan bagi setiap penduduk
meningkat daripada AS$31,700 pada tahun 2007 kepada AS$68,500 pada tahun 2015.
Jepun
Dengan
beban hutang yang bertambah secara automatik ia mempengaruhi pertumbuhan dan
kestabilan sesebuah negara. Ini turut menjadi ancaman kepada ekonomi global.
Pengarah
Urusan IMF, Christine Lagarde berpendapat jika krisis ekonomi Eropah bertambah
buruk, negara Asia akan menerima tempiasnya.
Hakikatnya
kini, kuasa ekonomi Asia, Jepun mengalami kadar hutang negara lebih 200 peratus
daripada KDNK. Semua ini didorong oleh pertumbuhan ekonomi yang perlahan sejak
beberapa tahun yang lalu.
Kemerosotan
ekonomi dan pertambahan hutang di negara Eropah adalah disebabkan oleh
kegagalan menguruskan polisi dan sistem kewangan dengan baik.
Kerajaan
Greece tidak berjaya melaksanakan penggubalan dasar ekonomi yang baik untuk
rakyatnya.
Kejatuhan
ekonomi sesebuah negara akan turut mengheret masalah politik dan sosial.
Jika
sesebuah negara itu muflis dan dibelenggu hutang, maka jadilah huru-hara kerana
rakyat tidak menerima manfaatnya.
Malaysia
tidak begitu bimbang dengan masalah ekonomi yang dihadapi Greece kerana
Malaysia tidak terikat dari segi perdagangan dengan negara Eropah itu.
Bagaimanapun kita perlu bersedia kerana ini juga mampu
memberi kesan kepada negara Eropah lain.
Apabila
negara yang mempunyai hubungan dagang dengan kita seperti Jerman, Britain dan
Perancis terkesan, kita juga akan menerima tempiasnya.
Sumber:
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=1113&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_01.htm#ixzz3g9Ferjnw
No comments:
Post a Comment