Saturday 4 July 2015

Karangan-Pelancongan Kesihatan

Pelancongan kesihatan merupakan sumber baru pertumbuhan ekonomi Malaysia. Sejak tahun 1998 hingga Jun 2000, sekitar 400,000 orang pelancong asing mendapat rawatan di negara ini. Bincangkan peranan pelancongan kesihatan dalam konteks tersebut dan masalah-masalah yang mungkin timbul daripada aktiviti pelancongan kesihatan.
Pengenalan-Pelancongan kesihatan ditakrifkan sebagai lawatan atau melancong ke sesebuah negara sambil menjalani atau untuk mendapatkan rawatan. Pelancongan kesihatan mempunyai peranan yang penting dalam memajukan ekonomi negara.
Peranan
1.Menjana tukaran asing-Huraian-Pelancong bersama keluarga membawa masuk wang ke negara ini untuk melancong dan rawatan. Meningkatkan pendapatan negara.
2.Peningkatan bilangan hospital swasta bertaraf dunia-Huraian-Penyediaan perkhidmatan kepakaran yang bertaraf dunia serta dilengkapi dengan peralatan dan prasarana yang canggih. Memberi peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan.
3.Menggalakkan perkembangan perubatan tradisional/berasaskan herba-Huraian-Terdapat pelancong (terutama dari Eropah) yang memilih menggunakan perubatan tradisional. Struktur muka bumi Malaysia yang kaya dengan flora dan fauna di samping amalan tradisi mampu menarik pelancong untuk berubat malah mempelajari bahan perubatan tradisional.
4.Meningkatkan industri insurans-Huraian-Menggalakkan pelancong membeli kemudahan insurans. Pelancong menikmati kos rawatan yang murah dan mudah kerana kos perbelanjaan ditanggung oleh syarikat insurans.
Masalah
1.Menyalahgunakan pas/visa/dokumen lawatan-Huraian-Rakyat asing mengambil kesempatan bekerja di pusat kesihatan dan spa sebagai tukang urut atau pelacur. Tanggapan salah terhadap industri pelancongan kesihatan. Mengembangkan aktiviti tidak bermoral.
2.Kekurangan pegawai perubatan kerajaan/kehilangan kepakaran-Huraian-Doktor dan jururawat kerajaan telah ditawarkan pendapatan yang lumayan oleh pihak hospital swasta. Hospital swasta akan mengenakan bayaran rawatan yang lebih tinggi bagi menampung kos. Hospital kerajaan pula akan kekurangan pakar perubatan.

3.Pengamal kesihatan yang tidak diiktiraf/tidak sah-Huraian-Pusat kesihatan dan kecantikan yang tidak sah. Operasi pusat kesihatan yang tidak bertanggungjawab dan hanya mengaut keuntungan peribadi. Menawarkan pelbagai pakej yang mutu rawatannya meragukan.

Penutup-Pelancongan kesihatan telah membantu meningkatkan industri pelancongan di Malaysia dan seterusnya sebagai pemangkin ekonomi negara.

No comments:

Post a Comment