Kajian menunjukkan bahawa pelajar-pelajar yang suka akan
sekolah memperoleh pencapaian akademik yang tinggi dan kurang berlakunya
insiden seperti masalah disiplin, ponteng atau ketidakhadiran ke sekolah atau
keciciran. Untuk meningkatkan prestasi pencapaian pelajar di sekolah, maka
pihak sekolah hendaklah menarik minat pelajar untuk datang ke sekolah. Para
penyelidik atau guru perlu membuat kajian bagaimana hendak menggalakkan pelajar
atau menimbulkan keadaan atau perasaan ingin datang ke sekolah. Dalam konteks
ini peranan dan kreativiti guru untuk mempengaruhi pelajar agar kerap datang ke
sekolah adalah sangat mustahak. Oleh sebab guru memainkan peranan utama dalam
memastikan kehadiran pelajar ke sekolah, maka Kementerian Pelajaran hendaklah
menetapkan perwatakan atau ciri guru yang mempunyai bakat dalam menarik minat
pelajar ke sekolah, sebagai satu prasyarat dalam pemilihan bakal guru.
Kementerian hendaklah memilih bakal guru yang mempunyai persepsi positif
terhadap perasaan pelajar terhadap sekolah. Kajian mengenai pengaruh guru
terhadap perasaan pelajar mengenai sekolah didapati kurang ditekankan dalam
sistem pendidikan kita. Kajian Maureen T. Hallinan (2012) mendapati
pelajar-pelajar yang menanggapi guru mereka yang prihatin atau cakna terhadap
mereka, menghormati mereka dan memuji mereka serta mengambil peduli tentang
diri mereka, rela datang ke sekolah. Guru-guru ini juga mempunyai harapan dan
jangkaan tinggi terhadap pencapaian pelajar.
No comments:
Post a Comment