Saturday, 4 July 2015

Graf Gabungan

Berpandukan maklumat di bawah, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan bilangan tenaga buruh, bilangan yang bekerja dan pengangguran serta kadar pengangguran di Malaysia dari tahun 2000 hingga 2003.
Bilangan tenaga buruh pada tahun 1999 seramai 8240.9 ribu orang dan telah meningkat dengan ketara kepada 9616.1 ribu orang pada tahun berikutnya sebelum bertambah sebanyak 276 ribu orang pada tahun 2001. Peningkatan ini memberi kesan kepada kadar pengangguran yang mencatatkan kenaikan sebanyak 0.5% kepada 3.6% berbanding 3.1% pada tahun 2000 dengan jumlah pengangguran adalah seramai 294.4 ribu orang dan bertambah sebanyak 62.7 ribu orang pada tahun 2001.
Bilangan penduduk yang mendapat pekerjaan adalah seramai 9321.7 ribu orang dan meningkat kepada 9535 ribu orang pada tahun 2001. Perbezaan peratus mendapat pekerjaan dengan bilangan penawaran guna tenaga adalah sebanyak 3.06%. Pada tahun 2002, kadar pengangguran merosot sebanyak 0.1% berbanding tahun sebelumnya dengan jumlah orang yang tiada pekerjaan dicatatkan sebanyak 343.5 ribu orang. Penduduk yang mendapat pekerjaan telah bertambah sedikit kepada 9542.6 ribu orang. Jumlah tenaga buruh pada tahun 2002 adalah sebanyak 9886.2 ribu orang berkurangan sebanyak 5.9 ribu orang berbanding tahun 2001.
Bilangan tenaga kerja pada tahun 2003 menunjukkan peningkatan sebanyak 98.8 ribu orang berbanding tahun sebelumnya kepada 9985 ribu orang. Jumlah yang mendapat pekerjaan telah bertambah kepada 9650.1 ribu orang pada tahun yang sama. Dalam tempoh ini, jumlah pengangguran telah berkurangan sebanyak 8.6 ribu orang dengan kadar pengangguran yang merosot kepada 3.4%.

(Sumber: Dipetik dan diubahsuaikan daripada

Jabatan Sumber Manusia 2004)

No comments:

Post a Comment