BINCANGKAN PUNCA-PUNCA BERLAKUNYA PENDERAAN KANAK-KANAK.
Kanak-kanak merupakan penyambung zuriat dan pewaris sesebuah
keluarga. Adanya anak justeru bertambahlah rezeki yang dierikan oleh Tuhan
kepada setiap pasangan yang telah berkahwin. Mereka juga sebagai penghibur di
dalam rumah tangga dengan hilai tawa dan tangisan yang senantiasa memerlukan
belaian kasih sayang secukupnya daripada ibu bapa. Namun, sekarang kita telah
mendengar pelbagai keg penderaan kanak-kanak berlaku di sana sini yang semakin
berleluasa sebagaimana yang telah disiarkan di dalam akhbar dan berita di
televisyen. Pendera-pendera ini boleh dikategorikan sebagai tidak berhati perut
kerana ada antara pendera-pendera itu ialah ibu bapa kandung kepada mangsa.
Terdapat banyak faktor atau punca berlakunya kes-kes penderaan kanak-kanak ini.
Antaranya ialah, bagi ibu bapa yang bekerja mungkin mereka menghadapi tekanan
di tempat kerja. Masalah dan tekanan di tempat kerja dibawa balik ke rumah dan
mereka melepaskan tekanan tersebut kepada anak- anak yang tidak berdosa. Tabiat
anak-anak yang masih kecil memang stika merengek kerana mereka perlukan
perhatian daripada ibu bapa. Tindakan ibu bapa yang melepaskan geram dan
tekanan mereka kepada anak-anak yang merengek kerana perlukan sesuatu adalah
merupakan satu tindakanyang tidak masuk akal. Ibu bapa yang tidak berfikiran
matang ini mungkin akan memukul, menerajang, mencucuk putung rokok, atau
sebagainya. Faktor lain yang menjadi punca penderaan kanak-kanak adalah kerana
masalah kewangan yang dihadapi oleh sesebuah keluarga itu. Masalah kewangan
yang melanda sesebuah keluarga akan menyebabkan mereka bertindak ganas terhadap
anak-anak. Jika anak-anak meminta duit belanja atau keperluan lain, sudah
semestinya anak akan menjadi mangsa sepak terajang mereka. Keadaan sebegini
amat menyedihkan kerana anak-anak tidak sepatutnya diperlakukan sebegitu pada
usia mereka yang masih memerlukan kasih sayang dan perlindungan. Jika masalah
kewangan melanda sesebuah keluarga janganlah dilepaskan kepada anak-anak dan
fikirlah cara yang terbaik untuk menyelesaikan masalah. Ada juga antara ibu
bapa yang mendera anak-anak mereka kerana krisis rumah tangga yang berlaku
seperti pergaduhan antara suami isteri dan mungkin disebabkan gangguan pihak
luar. Contohnya, suami akan menjadi lebih garang dan mengabaikan tanggungjawab
terhadap keluarga kerana mempunyai kekasih barn. Hasilnya pergaduhan antara
suami isteri sering berlaku dan anak-anak pastinya menjadi mangsa pergaduhan.
Justeru faktor paling utama berlakunya masalah penderaan anak-anak ini ialah
kurangnya pendidikan agama di kalangan ibu bapa. Ilmu agama amat penting di
dalam rumah tangga kerana ia boleh memberi panduan yang terbaik dalam
menguruskan keluarga. Setiap masalah yang berlaku pasti ada penyelesaiannya.
Agama telah menerapkan sikap yang baik yang perlu dicontohi oleh setiap manusia
seperti tahap kesabaran yang tinggi terutamanya dalam melayan kerenah
anak-anak. Kitab-kitab juga telah menjelaskan kepada kita iaitu azab yang pedih
bagi sesiapa yang tidak menjaga amanahnya dengan baik seperti juga anak-anak
yang merupakan amanah Tuhan kepada kita. Masalah penderaan kanak-kanak ini
perlulah dibendung dan diatasi dengan segera. Antara cara untuk mengatasinya
adalah dengan mengadakan kempen “Keluarga Bahagia” bagi menyedarkan ibu bapa
tentang tanggungjawab mereka. Semestinya setiap orang mengimpikan keluarga yang
bahagia kerana keluarga adalah segala-galanya bagi kita. Tanpa keluarga
tercinta hidup pasti tidak bermakna. Sesungguhnya kita memerlukan insan-insan
tersayang di samping kita. Jadi, dengan adanya kempen ini sedikit sebanyak
boleh mengelakkan daripada berlakunya kespenderaan anak-anak. Sementelahan
Pihak yang berkuasa juga haruslah mengambil tindakan yang lebih tegas seperti
mengenakan hukuman yang berat bagi ibu bapa atau sesiapa sahaja yangmendera
kanak-kanak. Mempertingkatkan penguatkuasaan undang-undang boleh menyebabkan
pendera-pendera berasa takut akan hukuman yang bakal mereka hadapi akibat
perbuatan sendiri yang tidak berperikemanusiaan. Pihak-pihakyang berwajib juga
perlulah mengadakan kelas-kelas bimbingan bagi memberikan pendidikan
keibubapaan kepada setiap pasangan yang akan mendirikan rumah tangga.
Pendidikan ini amat penting kepada setiap pasangan bagi menyedarkan mereka akan
tanggungjawab yang besar harus dipikul setelah berumah tangga. Mereka aka:n
lebih jelas tentang cara-cara untuk mendidik anak-anak dan kaedah untuk melayan
suami atau isteri dengan baik. Dengan itu, masalah penderaan kanak-kanak akan
dapat diatasi. Kesimpulannya, penderaan kanak-kanak merupakan perbuatan keji
yang dilarang keras oleh agama. Hal ini kerana perbuatan sebegitu seolah-olah
bertujuan untuk menjahanamkan aset penting negara pada masa akan datang dan memusnahkan
keturunan kita sendiri. Ingatlah, anak-anak merupakan amanah Allah yang sangat
suci dan bersih. Oleh itu, adalah menjadi tanggungjawab kita untuk membentuknya
menjadi seorang yang baik atau sebaliknya. Jika mereka selalu diperlakukan
dengan tindakan negatif semasa kecilnya, tidak mustahil mereka akan menjadi
lebih ganas apabila meningkat dewasa. Jadi, sayangilah anak-anak dan jauhilah
kes penderaan kanak-kanak kerana ia tidak menguntungkan mana-mana pihak.
No comments:
Post a Comment