Monday 19 October 2015

SOALAN BATU PAHAT

SUMBER DARIPADA : JKD PENGAJIAN AM DAERAH BATU PAHAT
TERIMA KASIH KEPADA JK YANG MENGGUBAL SOALAN DAN JAWAPAN

Bahagian A  [15 markah]

Jawab semua soalan
1. Nyatakan tiga petunjuk yang digunakan untuk mengukur pencapaian usaha peningkatan kualiti hidup dan kesejahteraan masyarakat Malaysia dari aspek pendidikan.                     [ 3 ]
Kadar celik huruf
Kadar penyertaan prasekolah
Kadar penyertaan sekolah menengah
Nisbah murid sekolah rendah dan menengah

2.  Rukun Negara menggariskan lima prinsip yang menggambarkan aspirasi masyarakat Malaysia terhadap pembentukan sebuah negara yang mengikut acuannya sendiri.
 Jelaskan dua cara bagaimana kita dapat menerapkan prinsip Keluhuran Perlembagaan dalam kehidupan seharian.                                                                                                                                                              [ 4 ]
Skema Jawapan : mana-mana 2  idea

Isi/Idea
Huraian
Mengutamakan kepentingan Negara berbanding kepentingan peribadi
Sanggup berkorban dan berkhidmat untuk negara dalam memajukan negara.
Menjunjung tinggi kedaulatan Raja-Raja sebagai Ketua Negara
Tidak boleh menghina dan melakukan perkara-perkara yang menjejaskan imej Ketua Negara.
Menjaga imej negara
Tidak memburuk-burukkan negara di luar negara dan berusaha menaikkan imej negara.
Menghormati lambang-lambang negara
Menjaga dan menghormati bendera Jalur Gemilang, Jata Negara dan Lagu Kebangsaan (Negara Ku)

3.         Senaraikan empat bidang yang berpotensi memberi sumbangan kepada pertumbuhan ekonomi negara dalam Program Transformasi Ekonomi (PTE).                             [ 4 ]
Bil
Isi/Idea
1
Minyak, gas dan tenaga
2
Minyak sawit
3
Perkhidmatan kewangan
4
Pelancongan
5
Pendidikan
6
Pemborong dan peruncitan
7
Elektrik dan elektronik
8
Perkhidmatan Perniagaan
9
Penjagaan kesihatan
10
Komunikasi dan infrastruktur
11
Pertanian

( Pilih mana-mana 4)



4.  Nyatakan empat cabaran yang perlu dihadapi dalam merealisasikan matlamat Wawasan 2020.                                                                                                                                                                                             [ 4 ]

Bil
Isi/Idea
1
Mewujudkan negara Malaysia yang bersatu padu
2
Mewujudkan masyarakat yang berjiwa bebas
3
Mewujudkan dan membangunkan masyarakat demokratik
4
Mewujudkan masyarakat yang bermoral dan beretika
5
Mewujudkan masyarakat liberal dan bertolak ansur
6
Mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif
7
Mewujudkan masyarakat penyayang dan berbudaya sayang menyayangi
8
Memastikan masyarakat yang adil dalam bidang ekonomi
9
Mewujudkan masyarakat makmur

Pilih mana-mana 4 idea


Bahagian B [ 20 Markah ]

Jawab satu soalan sahaja dalam bahagian ini. Jawapan hendaklah dibuat pada kertas graf.

5.             Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah ini, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan jumlah aliran keluarga setinggan mengikut negeri-negeri terpilih bagi tahun-tahun yang diliputi di Malaysia.
 Jumlah setinggan di negeri-negeri terpilih menunjukkan pola tidak konsisten. Pada tahun 2005,  setinggan berjumlah 53723 keluarga dan menurun sebanyak 25.12% kepada 40226 keluarga pada tahun 2007. Kemudian jumlah setinggan ini telah meningkat sebanyak 1144 keluarga pada tahun 2008 berbanding tahun sebelumnya.
     Masalah setinggan di Selangor telah menunjukkan penurunan yang agak ketara. Pada tahun 2005, bilangan setinggan sebanyak 5913 keluarga. Melalui Dasar Setinggan Sifar Menjelang 2005,golongan setinggan telah berjaya dipindahkan ke penempatan baru yang lebih kondusif melalui pembinaan rumah kos rendah yang dikenali sebagai Projek Perumahan Rakyat. Bilangan setinggan pada tahun 2006 telah menyusut dengan mendadak sebanyak 3102 keluarga berbanding tahun 2005. Bilangan ini terus menyusut lagi sebanyak 1614 keluarga pada tahun 2007 dan angka ini kekal sehingga tahun 2008.
     Negeri Johor turut mencatat peningkatan  petempatan setinggan. Bilangan setinggan yang direkodkan pada tahun 2005 adalah sebanyak 5293 keluarga dan bilangan ini terus meningkat dengan drastik kepada 11411 keluarga pada tahun 2006. Pada tahun 2007, bilangan setinggan kekal tidak berubah seperti tahun sebelumnya. Pada tahun 2008, berlaku peningkatan sebanyak 7272 keluarga berbanding tahun 2005.
     Negeri Sembilan mencatatkan bilangan setinggan terendah di Malaysia dari tahun 2005 hingga tahun 2008. Pada tahun 2007 dan 2008, bilangan setinggan yang dicatatkan bagi setiap tahun adalah sebanyak 297 keluarga, dan bilangan ini merupakan pertambahan sebanyak 176 keluarga berbanding tahun 2005. Manakala bilangan setinggan pada tahun 2006 melebihi sebanyak 49 keluarga berbanding tahun 2007.
     Bilangan setinggan di Kedah agak sederhana. Pada tahun 2007, bilangan setinggan sebanyak 3629 keluarga, angka ini hasil daripada peningkatan sebanyak 186 keluarga berbanding tahun 2006. Bilangan setinggan di Kedah pada tahun 2005 pula melebihi sebanyak 3407 keluarga berbanding bilangan setinggan di Negeri Sembilan pada tahun yang sama.
   Sabah merekodkan bilangan setinggan yang tertinggi di Malaysia. Bilangan setinggan pada tahun 2005 merupakan yang tertinggi, iaitu sebanyak 38868 keluarga dan bilangan ini telah menyusut sebanyak 15186 keluarga (39.07%) pada tahun 2008. Pada tahun 2006 bilangan setinggan di Sabah merupakan 58.63% daripada keseluruhan setinggan pada tahun tersebut yang berjumlah 43536 keluarga. Bilangan setinggan pada tahun 2007 pula lebih 10 keluarga berbanding tahun selepasnya.
(Sumber: Dipetik dan disesuaikan daripada Berita Harian, April 2009)


JAWAPAN : GRAF GARIS KOMPONEN


6.             Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah ini, sediakan carta pai yang sesuai untuk menunjukkan perbandingan bilangan kes penyakit malaria  mengikut negeri terpilih di Malaysia bagi tempoh masa yang dinyatakan.

Di Malaysia, kes penyakit malaria yang secara umumnya sukar dikawal dikaitkan dengan kebanjiran warga asing, terutamanya yang masuk ke negara ini tanpa melalui pemeriksaan kesihatan dan juga kuarantin. Bagaimanapun usaha berterusan untuk memerangi penularan penyakit ini berjaya mengurangkan sebanyak 740 kes penyakit malaria pada tahun 2010 berbanding 7,390 kes yang dicatatkan dua tahun sebelum itu.

                Sabah merupakan negeri yang mencatatkan bilangan kes tertinggi pada tahun 2008 apabila sebanyak 4,139 kes penyakit malaria dikesan di negeri tersebut ekoran daripada faktor sanitasi dan kekurangan pengetahuan penduduk berkaitan penyakit ini. Pada tahun 2010, kes malaria di Sabah berjaya dikurangkan  kepada 39.76% daripada jumlah keseluruhan.  Negeri Sarawak yang menduduki tempat kedua pada tahun 2008 telah memperlihatkan peningkatan sebanyak 46.78% pada tahun 2010 berbanding  sebanyak 1,909 kes pada tahun 2008.
                Penyakit malaria yang dilaporkan di negeri Selangor pada tahun 2008 adalah sebanyak 223 kes atau 3.02% iaitu kurang sebanyak 49 kes berbanding  kes malaria yang dilaporkan di negeri Kelantan. Kes malaria yang dilaporkan bagi kedua-dua negeri ini mengalami pengurangan  masing-masing kepada 196 kes dan 176 kes dua tahun kemudian. Negeri Pahang pula menunjukkan pola yang berbeza berbanding dengan negeri Selangor dan Kelantan pada tahun 2010 apabila meningkat kepada 196  kes atau 2.95%. Kes malaria yang dilaporkan dua tahun sebelum itu di negeri Pahang adalah sebanyak 154 kes sahaja.
                Bilangan kes penyakit malaria selebihnya disumbangkan oleh negeri-negeri lain seperti Pulau Pinang, Kedah, Negeri Sembilan dan Johor. Pada tahun 2010, sebanyak 636 kes penyakit malaria  dilaporkan. Bilangan ini merupakan pengurangan sebanyak 57 kes berbanding kes yang dilaporkan pada tahun 2008.  Kesemua negeri tersebut menunjukkan trend merosot kecuali negeri Johor yang mengalami peningkatan sebanyak 61.11% berbanding sebanyak 90 kes yang dilaporkan pada tahun 2008.
Walaupun Kementerian Kesihatan mensasarkan penyakit malaria akan dapat dihapuskan sepenuhnya antara tahun 2015 hingga 2018, namun selagi terdapat kawasan takungan air yang tidak mengalir, nyamuk Anopheles  akan terus berkembang biak. Oleh sebab itu, suatu usaha yang serius untuk menyekat kewujudan penyakit ini harus dilaksanakan secara bersepadu demi kepentingan manusia sejagat.
                                                                                              (Sumber: Dipetik dan diubahsuaikan daripada
Kompendium Perangkaan Alam Sekitar Malaysia 2011,
Jabatan Perangkaan Malaysia)
JAWAPAN : CARTA PAI BERBANDING

Bahagian C  [ 25 Markah ]
                                                                                                                        
Pilih satu daripada tajuk di bawah ini dan tulis karangan yang panjangnya antara 300 hingga 350 patah perkataan.
7. Dalam membina sumber tenaga manusia yang berkemahiran, pendidikan teknik dan vokasional penting untuk pembangunan negara. Bincangkan.
RANGKA JAWAPAN
Melatih pelajar untuk berdikari
Meningkatkan kebolehan pelajar dalam pelbagai bidang kemahiran
Meluaskan peluang pekerjaan
Meluaskan pilihan kerjaya mengikut minat
Mengisi keperluan negara dalam membina negara maju
Memperkasa sistem pendidikan negara setanding negara maju 
Memenuhi keperluan industri negara

8. Kesedaran masyarakat terhadap kepentingan menjaga kesihatan terbukti apabila mereka berusaha untuk menjalani gaya hidup sihat. Bincangkan cabaran dan strategi dalam melaksanakan penyediaan kemudahan prasarana perkhidmatan kesihatan awam secara komprehensif.
RANGKA JAWAPAN
CABARAN
1. Permintaan yang tinggi daripada orang awam
2.Perbelanjaan yang terus meningkat
3.Kekurangan tenaga pakar dan peralatan moden
4.Wabak Penyakit
STRATEGI
5. Transformasi kesihatan bersepadu
6. Meningkatkan bilangan graduan perubatan
7.Mengkhususkan kepakaran dan menjenamakan perkhidmatannya.

8. Mengurangkan kesesakan di hospital awam

9. Meningkatkan kesedaran kesihatan dan gaya hidup     sihat


















No comments:

Post a Comment