Wednesday 8 November 2017

Pengajian Am Penggal 1 Tahun 2017

BAHAGIAN STRUKTUR
TEKNIK MENJAWAB SOALAN STRUKTUR
—  jawapan mesti lengkap...jangan jawab dalam bentuk poin,
—  jika soalan kehendaki 2 ciri jangan guna perkataan DAN untuk jawapan satu lagi..
—  jika guna perkataan DAN maka ini akan dikira sebagai satu ciri sahaja.
—  buat ayat menggunakan perkataan ciri pertama untuk jawapan pertama dan ciri yang kedua  ialah....... kalau jawapan panjang guna kertas jawapan pelajar dan hantar sekali dgn kertas soalan..
—  Satu lagi perkara penting pelajar jangan buat.
—  kalau soalan bertanyakan 3 jawapan jangan berikan jawapan yang lebih
—  jawapan yang dikira adalah jawapan yang teratas
—  walaupun jawapan di bawah betul, jawapan di atas masih dikira  salah

      TIP - bagi soalan seperti peranan, matlamat, objektif, fungsi dan apa-apa kata kunci soalan yang membawa maksud perbuatan, maka mulakan jawapan anda dengan kata kerja seperti me.....atau ber..... Bagaimanapun ini tertakluk kepada imbuhan yang digunakan dalam dokumen rasmi atau penyata kerajaan.
       -bagi soalan ringkas seperti nyatakan elemen, kriteria, ciri dan apa-apa kata kunci soalan yang membawa maksud kata nama, maka mulakan jawapan anda dengan kata nama seperti pe…an, ke…an, dan pe…. Bagaimanapun ini tertakluk kepada imbuhan yang digunakan dalam dokumen rasmi atau penyata kerajaan.

FOKUS 2017 DIBERI KEPADA JANGKAAN SAHAJA
—  1.Prinsip tadbir urus
—  2.Pelantikan rasmi negara-jawatan-jawatan utama negara
—  3.Senarai-senarai (jadual Kesembilan)
—  4.Badan Berkanun/Badan Tidak Berkanun
—  5.Fungsi Kementerian


BAHAGIAN ESEI JANGKAAN SAHAJA

1.Dasar melaksanakan transformasi dalam perkhidmatan awam penting untuk mewujudkan kualiti dalam perkhidmatan awam. Bincangkan langkah-langkahnya.
Kehendak soalan: 2+3
a.Apakah kepentingan menyediakan perkhidmatan awam yang berkualiti
-membentuk sikap positif kakitangan awam
-meningkatkan imej kerajaan
-menjimatkan perbelanjaan awam/kerajaan
b.langkah
-menyediakan latihan/kompetensi
-membudayakan kreativiti dan inovasi
-meningkatkan kebajikan awam
-penguatkuasaan pekeliling perkhidmatan
-penggunaan ICT

2.Jenayah siber yang berlaku di negara ini semakin membimbangkan. Pelbagai langkah perlu diambil untuk mengawalnya. Jelaskan
Kehendak soalan: Mengapakah berlaku jenayah siber  dan langkah-langkah: 2+3
a.Punca-kelonggaran kuat kuasa undang-undang
-penyalahgunaan ICT
-kurangnya kawalan forensic
-kurang kesedaran dalam kalangan pengguna
b.Langkah-mengadakan pemantauan yang berkesan
-mempetingkatkan sistem keselamatan
-pendidikan

3.Langkah-langklah perlu diambil untuk meningkatkan mutu sukan Negara.Ulaskan
-menyediakan peruntukan kewangan
-pemberian ganjaran
-mengenal pasti bakat dari awal
-memperkasa sekolah sukan
-melatih jurulatih
-meningkatkan kualiti prasarana sukan

4.Globalisasi membawa kesan positif terhadap ekonomi negara Malaysia. Namun begitu kesan buruk juga tidak dapat disangkal. Bincangkan

Kesan Baik
~Memajukan ekonomi negara
~Sesuatu barangan dapat dipromosikan dengan mudah
                       
Kesan buruk
~Penjajahan ekonomi berlaku
~Pencemaran budaya
~Menyebarkan dakyah kepada negara

5.Kerajaan sangat prihatin terhadap beban kewangan yang dihadapi oleh rakyat. Salah satu langkah mengurangkan beban tersebut ialah menangani inflasi. Huraikan langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan dalam menangani isu inflasi di negara ini.

~Mengamalkan dasar fiskal menguncup
~Mengadakan kerjasama dengan kesatuan sekerja
~Memperkasakan undang-undang
~Mengamalkan tadbir urus baik
~Meningkatkan kesedaran pengguna

6.Keharmonian sesebuah negara adalah impian semua kerajaan dan rakyat. Dalam konteks Malaysia, negara kita menghadapi banyak ancaman dari dalam negara. Ulaskan.



Ancaman Dalaman
-Penularan AIDS           
-Sindiket pemalsuan
-Rasuah
-Dadah
-Ancaman alam sekitar
 - Inflasi
-PATI



7.Kerajaan telah memperkenalkan beberapa transformasi dalam agensi kerajaan. Salah satunya ialah memperkenalkan tadbir urus baik. Bincangkan kepentingan tadbir urus baik dalam sektor awam

KEPENTINGAN TADBIR URUS BAIK
-memperkasakan daya saing negara
-menjana potensi insan bagi memperkasa prestasi perkhidmatan
-menerajui transformasi perkhidmatan
-mengekalkan profesion dan tadbir urus dalam perkhidmatan
-memenuhi ekspektasi stakeholder dan pelanggan

8. Kelemahan dalam sistem penyampaian perkhidmatan awam telah banyak dibincangkan dalam media massa. Namun begitu pelbagai langkah telah disyorkan untuk menanganinya. Bincangkan

Kesan-kesan sekiranya sistem penyampaian perkhidmatan awam lemah:
-Mengakibatkan kos operasi yang tinggi dan mahal
-Wujudnya budaya kerja negatif  yang berleluasa
-Tekanan dan banyak aduan dalam komuniti
-Merosakkan hubungan dan kepercayaan antara kerajaan dengan pihak peniaga dan komuniti
-Mengakibatkan usaha pembangunan negeri dan negara terjejas
-Menjejaskan reputasi perkhidmatan awam dan kerajaan
-Menjejaskan kemasukan pelabur-pelabur asing       
Langkah-langkah bagi meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan awam
-Membangunkan modal insan
-Menentukan KPI dan NKRA
-Membangunkan budaya kerja berkualiti
-Menyelaras dasar dan polisi antara jabatan dalam setiap kementerian
-Mewujudkan persekitaran kerja yang kondusif
-Pembentukan imej agensi dan jabatan kerajaan
-Sistem penyampaian khidmat awam perlu inovatif,kreatif,dan cekap
-Mengaplikasikan teknologi maklumat dan komunikasi
-ICT dalam penyampaian perkhidmatan

9. Rasuah membawa pelbagai kesan buruk kepada negara. Oleh itu kerajaan telah mengambil  pelbagai langkah untuk menanganinya. Huraikan


Kesan-kesan
~Berlakunya ketidakadilan
~Menjejaskan imej negara
~Kos sara hidup akan meningkat
~Mengancam keselamatan negara
~Mengancam keselesaan rakyat
Langkah-langkah mencegah rasuah
~Memberi pendidikan
~Memudahkan urusan menggunakan ICT
~Meningkatkan penguatkuasaan undang-undang dan hukuman
~Memantapkan iman dan mengukuhkan jatidiri

10. Inflasi merupakan satu keadaan kenaikan harga barangan dan perkhidmatan. Bincangkan punca-punca berlaku inflasi di sesebuah negara.

Punca
~Bencana alam
~Kenaikan mata wang asing
~Permintaan luar jangkaan
~Bekalan wang meningkat melebihi bekalan barangan atau perkhidmatan dalam pasaran
~Faktor luar negara


11. Untuk membina sebuah negara  yang sejahtera kita perlu mengelakkan beberapa ancaman luaran. Jelaskan.

Ancaman luaran
-Pengintipan
-Isu sempadan
-Pengaruh keganasan
-Ancaman Siber
-Pencerobohan kuasa asing


12.Walaupun kerajaan berusaha meningkatkan sistem penyampaian  perkhidmatan awam melalui sistem e-kerajaan, namun pelbagai halangan mungkin dihadapi dalam  merealisasikannya. Jelaskan pernyataan tersebut.

Usaha kerajaan
1.peruntukan kewangan
2.Penubuhan UTC
3.Penyediaan kiosk

Halangan
1Gangguan perkhidmatan
2Capaian tidak menyeluruh
3Keupayaan kewangan
4Tiada kemahiran
5Maklumat tidak dikemaskini
6Kurang pendedahan

13.Untuk menjadi sebuah negara maju, masyarakat kita sewajarnya menjadi sebuah masyarakat pencipta bukannya menjadi masyarakat pengguna sahaja. Jelaskan kepentingan inovasi dalam kehidupan dan usaha-usaha untuk memupuk budaya inovasi dalam masyarakat.

kepentingan
1Membolehkan sesuatu pekerjaan menjadi lebih mudah dan menjimatkan masa
2Meningkatkan produktiviti
3Menjamin kualiti kerja yang lebih baik dalam sesebuah organisasi
4Usaha memupuk budaya inovasi

usaha
5Menerusi pendidikan formal
6Memperbanyak Pelan Strategik Pengajian Tinggi
7Meningkatkan peranan ibu bapa
8Menggalakkan kerjasama pihak swasta

14. Faktor pelbagai aliran fahaman politik mendorong terhalangnya integrasi antara kaum dan wilayah selain faktor-faktor lain. Ulaskan pernyataan ini.

1Idea Wajib:Pelbagai aliran fahaman politik
2Budaya
3Pemisahan geografi/fizikal
4Sistem pendidikan
5Media massa

15. Akses kepada pekerjaan merupakan antara petunjuk kepada pencapaian kualiti dan  kesejahteraan hidup dalam kehidupan bernegara. Jelaskan

16 Malaysia berjaya mengekalkan hubungan yang harmoni antara pelbagai kaum di kalangan
rakyatnya. Namun begitu pelbagai cabaran terpaksa dihadapi dalam menguruskannya. Bincangkan

17 Selain aspek pembangunan fizikal, pembangunan sosial juga menjadi ukuran kemajuan
sesebuah negara. Jelaskan

18. Pelbagai masalah telah dikenalpasti dalam merealisasikan sistem penyampaian khidmat awam yang cekap di Malaysia. Sehubungan itu, langkah-langkah yang wajar perlu dilaksanakan utuk meningkatkan kecekapan sistem tersebut. Bincangkan

A: Masalah sistem
penyampaian khidmat awam
Karenah birokrasi
Masalah pelaksanaan
Ketidakupayaan Teknologi
Ketidakseragaman dalam prosedur kerja
B: LANGKAH
Membangunkan modal insan.
 Memperkasakan agensi kerajaan
 Amalan kepimpinan melalui teladan
 Menyelaraskan dasar dan polisi kerajaan
Membentuk imej agensi dan jabatan kerajaan

19. Untuk melahirkan modal insan yang berkualiti tinggi, berkemahiran dan berpengetahuan kreatif dan inovatif, kerajaan telah mengambil beberapa langkah bagi merealisasikan hasrat tersebut. Huraikan.

Mempergiat usaha menarik bakat.
Memperluas akses kepada pendidikan berkualiti.
Memperkasa Pendidikan Awal
 Memantapkan pendidikan Sekolah Rendah dan Menengah.
Memberi penekanan kepada Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional.
Memperkasa pengajian tinggi
 Mempergiat program latihan dan kemahiran
 Memperkasakan belia dan wanita.
 Memupuk masyarakat berbudaya dan memiliki kekuatan mental.

20.Penggunaan Teknologi Hijau bukanlah satu-satunya cara bagi menangani masalah alam sekitar yang makin serius di negara kita.Jelaskan- TIADA RANGKA JAWAPAN-HARAP MAAF

KARANGAN TAMBAHAN

21.Kalau disoroti, skandal atau kontroversi dalam sesuatu pentadbiran adalah disebabkan oleh ketiadaan nilai integriti. Bincangkan punca terhakisnya nilai integriti dan cadangkan langkah-langkah untuk mengatasinya.
Skandal/kontroversi melibatkan jenayah, penipuan, rasuah,fitnah, tohmahan, kecurangan, penindasan, pembunuhan dan sebagainya.
Punca
·         Idealism semakin mengendur-lebih kepada perasaan hati-tidak rasional
·         Faktor politik-perebutan kausa-kecurangan-pecah amanah-konflik
·         Kemajuan teknologi komunikasi &pengaruh globalisasi –fitnah-dakyah-tohmahan
·         Sifat kebendaan dan individualistik–masyarakat mendambakan kemewahan-hedonisme
Langkah
·         Kaji semula strategi pendidikan-manusia berilmu-berkemahiran untuk berdikari-hemah tinggi-sayangi masyarakat

·         Penerapan nilai baik dan mulia oleh ibu bapa-disemai dan dididik sejak kecil