Thursday 30 July 2015

Latihan Tafsiran perubahan pengeluaran dan eksport barangan

Latihan Tafsiran Guna Tenaga Mengikut Sektor

Bab 7 Dewan Undangan Negeri

1. Apakah 3 komponen yang membentuk Parlimen Malaysia?

2.  Apakah peranan YDPA di dalam Parlimen?

3.  Bagaimanakah Dewan Negara dibentuk?

4.  Apakah Kelayakan ahli Dewan Negara?

5. Bagaimanakah Dewan Rakyat dibentuk?

6.  Apakah kelayakan ahli Dewan Rakyat?

7. Bagaimanakah ahli Parlimen akan kehilangan kelayakan?

8.  Bagaimanakah seorang ahli Parlimen akan diistiharkan kerusinya kosong?

9. Bagaimanakah kekosongan luar jangka di dalam Dewan Negara dipenuhi?

10. Bagaimanakah kekosongan luar jangka di dalam Dewan Rakyat dipenuhi?

11.  Bilakah Parlimen akan bersidang?

12. Bagaimanakah kuasa perundangan dibahagikan antara Parlimen
dengan Dewan Undangan Negeri?

13.  Apakah perbezaan antara ordinan dan enakmen?

14.  Bagaimanakah Undang undang negeri digubal?


15.  Mengapakah proses perundangan kecil diperlukan?

Bab 6 : Badan Eksekutif: Kabinet

28. Apakah peringkat kerajaan yang dibentuk di negara kita?

29. Apakah yang dimaksudkan dengan "kuasa Eksekutif" bagi
Kerajaan Persekutuan?

30. Bagaimanakah kabinet dibentuk?

31. Apakah kedudukan Kabinet dalam
Perlembagaan Persekutuan?

32. Apakah tugas utama Kabinet?

33. Bagaimanakah Kabinet beroperasi?

34. Apakah kedudukan Perdana Menteri?

35. Apakah kedudukan Timbalan Perdana Menteri?

36. Apakah kedudukan Menteri?

37. Apakah kedudukan Setiausaha Parlimen?

38. Apakah kedudukan Setiausaha Politik kepada Menteri?

39. Apakah kedudukan Ketua Setiausaha Negara?

40. Apakah kedudukan jabatan dalam kerajaan persekutuan?

41. Bagaimanakah jabatan dibentuk?

42. Apakah kedudukan badan berkanun dalam
 pentadbiran Persekutuan?

43. Bagaimanakah badan berkanun dibentuk?

44. Apakah kedudukan badan tidak berkanun dalam
pentadbiran Persekutuan?

45. Bagaimanakah badan tidak berkanun dibentuk?

46. Apakah kedudukan Suruhanjaya dalam pentadbiran Persekutuan?


47. Bagaimanakah Suruhanjaya dibentuk?

Bab 5 Majlis Raja-Raja


17. Bagaimanakah Raja-Raja Melayu Dilantik?

18. Bagaimanakah Yang Dipertua Negeri dilantik?

19. Apakah Tugas yang boleh dijalankan oleh raja dengan budi bicara sendiri?

20. Apakah Tugas yang boleh dijalankan oleh Yang Dipertua Negeri dengan
budi bicaranya?

21. Bagaimanakah Majlis Raja-Raja dibentuk?

22. Apakah tugas utama Majlis Raja-Raja?

23. Apakah kuasa Majlis Raja-Raja dalam perundangan?

24. Apakah Kuasa Majlis Raja-raja dalam perlantikan jawatan?

25. Apakah tugas MRR yang ahli-ahlinya boleh menggunakan
budi bicara sendiri?

26. Bagaimanakah mesyuarat MRR diadakan?


27. Apakah tugas Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja?

Bab 4 YDPA

1. Apakah Konsep Raja Berperlembagaan?

2. Apakah kedudukan YDPA dalam Perlembagaan Persekutuan?.

3. Apakah kuasa yang boleh dijalankan oleh YDPA dengan menggunakan
 budi bicara sendiri

4. Apakah kuasa YDPA berhubungan dengan Parlimen?

5. Apakah kuasa YDPA berhubungan dengan Kabinet?.

6. Apakah Kuasa YDPA berhubungan dengan angkatan tentera?

7. Apakah kuasa YDPA berhubungan dengan agama Islam?

8. Apakah kuasa YDPA berhubungan dengan kehakiman?

9. Bagaimanakah YDPA menjalankan kuasa pengampunan?

10. Apakah kekebalan di sisi undang-undang yang diberi kepada YDPA
dan Raja-Raja Melayu sebelum pindaan Perlembagaan 1993?

11. Apakah perubahan tentang kekebalan YDPA dan Raja Raja Melayu
mengikut pindaan Perlembagaan Persekutuan?

12. Apakah kuasa YDPA terhadap Kedudukan Istimewa Org Melayu dan
bumiputera?, terhadap darurat?

13. Apakah perkara-perkara yang tidak boleh dibuat oleh YDPA ?

14. Bagaimanakah YDPA dipilih?

15. Apakah kedudukan Timbalan YDPA?.

16. Apakah yang dimaksudkan dengan Peruntukan Diraja?

Bab 3 Amalan Demokrasi dan Pilihanraya di Malaysia

1. Apakah Pengertian Demokrasi ??

2. Mengapakah Pilihanraya Umum diadakan??   

3. Bagaimanakah SPR dibentuk?

4. Apakah Syarat-syarat perkhidmatan bagi ahli -ahli SPR?

5.  Apakah tugas tugas utama SPR?

6. Bagaimanakah daftar pengundi disediakan?

7.  Apakah kelayakan pengundi?

8.  Apakah kelayakan calon untuk bertanding?


9.  Bolehkah dan bagaimana keputusan pilihanraya dicabar?

Bab 2 ; PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN DAN PERLEMBAGAAN NEGERI

1 Seseorang warganegara Thailand yang ingin memperoleh kewarganegaraan
Persekutuan Malaysia  dengan cara kemasukan. Apakah sayarat-syaratnya?   

2 Apakah yang menyebabkan kewarganegaraan seseorang   warganegara
 Malaysia boleh dilucutkan?

3  Dengan cara apakah isteri seorang warganegara Malaysia atau anak
berumur 16 tahun  yang salah seorang ibu atau bapanya warganegara Malaysia
dapat memperoleh  kewarganegaraan Malaysia?

4 Dengan cara apakah kewarganegaraan dapat diperoleh oleh
kategori yang berikut?

 Orang yang dilahirkan sebelum Hari Malaysia dan sudah menjadi warganegara
 Persekutuan Tanah Melayu.
@ Orang yang dilahirkan di negara ini  pada 6 Julai 1982

5 Apakah syarat-syarat yang harus dipenuhi oleh seseorang warganegara
negara ini  jika dia mahu menolak kewarganegaraannya?

Nama  Micheal Tasik Ambros
Keturunan Kadazan, bumiputera di Sabah
Tempat tinggal Sabah
Tempat lahir  Ranau
Tarikh lahir  4 September 1960

6.Dengan cara apakah Micheal dianggap sebagai warganegara Malaysia mengikut
 Perlembagaan Persekutuan?

7 Lee Lye Thee, seorang warganegara China, berkahwin dengan James  Wong,
   seorang warganegara Malaysia. Apakah syarat-syarat yang mesti dipenuhi sebelum

   Lee  dapat menjadi warganegara Malaysia?

BAB 1 & 2 : JENIS DAN SISTEM KERAJAAN


1 Apakah ciri- ciri konsep asas sebuah negara adalah?
    
2 Nyatakan secara ringkas mengenai  sistem Kerajaan  Persekutuan Malaysia?
   
3 Apakah yang dimaksudkan dengan sistem kerajaan?  

4 Ciri-ciri negara demokrasi seperti Malaysia ataupun Singapura adalah :
   
5 Jelaskan amalan demokrasi di Malaysia?

6 Apakah yang anda faham  tentang konsep Kerajaan Konfederasi  ?

7 Nyatakan tiga cirri untuk Kerajaan Pusat       

8 Apakah cirri-ciri antara K. Persekutuan, K.Kesatuan dan K. Konfederasi?

9  Apakah yang anda faham tentang  Doktrin Pengasingan Kuasa?

10 Apakah ciri-ciri utama birokrasi negara?

11 Kerenah pentadbiran birokrasi ialah istilah yang merujuk
kepada cara pentadbiran  sebuah jabatan atau kementerian . Jelaskan   

Ujian Topikal Bab 1-2 Pengajian Am Penggal 1

Jawab semua soalan dalam helaian asing

1. Apakah ciri ciri negara yang perlu ada seperti Malaysia?

2. Nyatakan tiga sistem kerajaan yang dipakai dalam sesebuah negara.

3. Nyatakan lima jenis kerajaan yang terdapat di seluruh dunia.

4. Nyatakan tiga badan pentadbiran yang penting dalam
sistem kerajaan Malaysia.

5. Apakah tujuan Doktrin Pengasingan Kuasa diperkenalkan di Malaysia??

6. Ketertinggian Perlembagaan terdiri daripada

7. Apakah yang diperlukan bagi melakukan sebarang pindaan
 perlembagaan dalam parlimen Malaysia?

8. Pindaan Perlembagaan Malaysia dibahagikan kepada dua jenis iaitu:

9.Berikan tiga ciri perlembagaan di Malaysia

10. Nyatakan Tiga Syarat Suruhanjaya Reid

11.Nyatakan dua ciri tentang sistem Kerajaan  Persekutuan Malaysia?

 Bagi soalan 12 hingga 15, isikan sistem kerajaan yang betul

12. Kerajaan Pusat mempunyai kuasa pemerintahan yang amat terhad

13.Kerajaan Pusat tidak mempunyai kuasa mutlak

14.Kerajaan Pusat mempunyai segala kuasa pemerintahan

15.Kebanyakan kuasa pemerintahan terletak pada Kerajaan Negeri

16. Sebutkan dua keadaan yang menyebabkan kewarganegaraan
seseorang   warganegara Malaysia boleh dilucutkan

17. Apakah syarat-syarat yang harus dipenuhi oleh seseorang warganegara
negara ini  jika dia mahu menolak kewarganegaraannya?

18. Kuasa tertinggi sesebuah negara terletak pada:

19. Siapakah ketua kerajaan Malaysia?


20. Siapakah ketua negara Malaysia?

INPUT GURU AKADEMIK TINGKATAN ENAM TERHADAP 5 DIMENSI IKLIM AKADEMIK PELAJAR



ABSTRAK
Setiap kali keputusan STPM diumumkan oleh KPM, keputusan sekolah-sekolah yang lebih pelajar(SLP) lebih memuaskan dan menggalakkan berbanding pelajar-pelajar dari sekolah kurang pelajar(SKP). Pada hal guru-guru di kedua-dua jenis sekolah ini menggunakan sukatan dan topik yang sama. Guru-guru juga mendapat latihan perguruan yang sama dan mempunyaia pengalaman yang mencukupi dalam mata pelajaran yang diajar. Namun begitu keputusan yang amat berbeza dicatatkan di kedua-dua jenis sekolah ini.  Kertas kerja ini mengkaji input guru-guru akademik tingkatan enam terhadap iklim akademik pelajar di sekolah mereka.  Iklim akademik pelajar tingkatan enam terdiri daripada lima dimensi yang penting iaitu i) sikap terhadap akademik ii) jangkaan masa depan pelajar iii) jangkaan ibu bapa dan guru terhadap pelajar tingkatan enam iv) galakan dan norma guru tingkatan enam dan v) norma akademik pelajar tingkatan enam. Kesemua dimensi ini dikaji dengan kaedah tinjauan iaitu pelajar diminta menjawab satu set soal selidik skala likert yang terdiri daripada 26 item soalan mengenai input guru mereka terhadap kelima-lima dimensi tersebut. Guru akademik tingkatan enam terdiri daripada 4 buah sekolah tingkatan enam yang terletak di kawasan Seberang Perai Tengah. Keempat-empat sekolah ini dibahagikan kepada dua profil iaitu sekolah lebih pelajar (SLP) dan sekolah kurang pelajar (SKP).Kaedah tinjauan ini dipilih untuk menjawab soalan kajian iaitu “Apakah input guru akademik tingkatan enam terhadap kelima-lima dimensi tersebut?”Iklim akademik pelajar tingkatan enam ini diuji melalui persepsi pelajar tentang diri mereka dan guru-guru mereka di dua profil sekolah tersebut.Kesemua item dalam soal selidik ini diubahsuai daripada Instrumen Haynes dan Comer, Yale University, CT, USA, 1993). Kajian telah menunjukkan bahawa iklim akademik pelajar tingkatan enam di SLP adalah lebih positif berbanding dengan pelajar di SKP. Hasil kajian ini diharap menjadi penduan kepada stakeholder sekolah SKP untuk meningkatkan pencapaian akademik pelajar di sekolah mereka.
1.0   Pengenalan
Iklim akademik sekolah yang berjaya atau positif merupakan asas yang kukuh untuk menjalankan sebarang program pendidikan (Swenny,1988). Iklim akademik sekolah yang menggalakkan akan membolehkan pelajar sekolah tinggi, guru dan pemimpin pengajaran menjalankan fungsi dengan baik dan berkesan iaitu mendorong pelajar sekolah tinggi untuk belajar di samping berjaya mencapai hasil persekolahan mereka (Bulach dan Castleman, 1995).Kajian ini memfokuskan iklim akademik pelajar tingkatan enam di sekolah SLP dan SKP. Iklim akademik pelajar tingkatan enam memainkan peranan yang amat penting dalam meningkatkan pencapaian mereka dalam akademik. Persekitaran masyarakat SLP atau di SKP tidak memberi banyak sumbangan kepada pelajar persekolhan tinggi. untuk mencapai hasil persekolahan mereka (Nguyen, T.S.T. 2004). Iklim sekolah tingkatan enam seperti persekitaran sekolah, kemudahan fizikal, guru dan kepimpinan sekolah menjadi pendorong kepada kemajuan akademik pelajar tingkatan enam di sesebuah sekolah (Abdull Sukor Shaari,2011).
 Kajian ini membuat tinjauan tentang persepsi pelajar tingkatan enam mengenai input guru akademik mereka terhadap 5 dimensi iklim akademik pelajar di sekolah SLP dan SKP. Iklim akademik ini dibataskan kepada 5 dimensi yang diubahsuaikan daripada Model Iklim Akademik Haynes dan Comer (1993) iaitu,
a) sikap terhadap akademik,
 b) jangkaan masa depan pelajar
c) jangkaan ibu bapa dan guru terhadap pelajar
d) galakan dan norma guru tingkatan enam dan
 e) norma akademik pelajar tingkatan enam.
2.0 Objektif Kajian
 Kajian ini bertujuan untuk mengkaji input guru akademik tingkatan enam terhadap iklim akademik pelajar tingkatan enam.
3.0 Soalan Kajian
 Berdasarkan objektif tersebut soalan berikut telah dikemukakan dalam kajian ini, iaitu:
“Apakah input guru akademik tingkatan enam terhadap sikap pelajar terhadap akademik, jangkaan masa depan, jangkaan ibu bapa dan guru terhadap pelajar tingkatan enam, galakan dan norma guru tingkatan enam dan norma akademik pelajar tingkatan enam”?
4.0 Sorotan Literatur
4.1. Guru akademik tingkatan enam
 Guru akademik tingkatan enam ialah individu yang paling penting dan berpengaruh di sesebuah sekolah.Mereka bertanggungjawab ke atas semua aktiviti yang berlaku di tingkatan enam di sekolah. Merekalah yang menentukan nada kelas, iklim pembelajaran, tahap profesionalisme dan moral guru serta darjat keprihatinan terhadap pelajar tingkatan enam, guru dan sekolah .Mereka bertindak sebagai penghubung utama antara komuniti dengan sekolah.Kepimpinan guru akademik menengah tinggi menyebabkan sekolah itu berjaya, inovatif, fokus pelajar, terkenal dengan kecemerlangan dalam pembelajaran dan cemerlang dalam melahirkan pelajar menengah tinggi yang gigih dan berjaya (House, 1971).
4.2.Iklim akademik pelajar tingkatan enam
 Iklim akademik pelajar tingkatan enam dalam kajian ini mencakupi lima dimensi seperti a) sikap pelajar terhadap akademik b) jangkaan masa hadapan pelajar tingkatan enam c) jangkaan ibu bapa dan guru terhadap pelajar tingkatan enam d) galakan guru dan norma guru dan e) norma akademik pelajar (Haynes dan Comer. 1993).
Pengajaran yang efektif dipimpin oleh guru akademik yang berkesan manakala pengajaran yang kurang efektif dipimpin oleh guru akademik yang kurang berkesan (Hussein Mahmood, 1993).Kesan tingkah laku guru akademik tingkatan enam terhadap pembelajaran pelajar tingkatan enam disalurkan melalui variabel perantaraan.Bagaimanapun ada juga kajian menunjukkan bahawa tingkah laku guru akademik tidak mempunyai kesan secara langsung terhadap pencapaian pelajar sekolah tinggi di sekolah (Fullan, 2001). Guru akademik menengah tinggi hanya menjalankan tugas dengan menterjemahkan jangkaan tinggi terhadap pelajar tingkatan yang lebih tinggi kepada dasar-dasar sekolah (Hussein Mahmood, 1993). Dasar-dasar ini dilakukan sebagai amalan di sekolah.Amalan-amalan inilah yang memajukan tingkah laku pelajar menengah tinggi ke arah pencapaian dan pembinaan konsep kendiri yang positif.
Di peringkat sekolah, dasar sekolah memberi kesan terhadap pembelajaran pelajar berkaitan dengan fungsi dan struktur sosialnya. Guru boleh memantau iklim akademik pelajar di sekolah. Hal ini dapat dilakukan dengan memantau kerja rumah pelajar, mengesan kemajuan pelajar, menggred, memulih dan melaporkan kemajuan pelajar kepada ibu bapa pelajar. Guru akademik dan iklim akademik sekolah saling mempengaruhi dan memberi kesan terhadap pencapaian pelajar tingkatan yang lebih tinggi di sesebuah sekolah (Gameron, 1992). Terdapat hubungan timbal balik antara tingkah laku guru akademik tingkatan yang lebih tinggi dengan pencapaian pelajar.
Tingkah laku rutin guru seperti menetapkan matlamat pengajaran, merancang, mengawal dan menilai prestasi pelajar dan guru secara langsung memberi kesan terhadap iklim akademik kelas-kelas lebih tinggi di sekolah.Model ini juga menunjukkan bahawa pencapaian pelajar adalah kesan langsung daripada tingkah laku guru akademik.
Kajian Fullan (2001) menunjukkan bahawa kesan tingkah laku guru akademik terhadap prestasi pelajar adalah sedikit tetapi signifikan.Oleh yang demikian amatlah jelas bahawa tingkah laku guru akademik memainkan peranan penting dalam mempengaruhi atau memberi kesan terhadap pencapaian pelajar di sekolah.Model ini amat penting dan efektif untuk mewujudkan sekolah berkesan dan melaksanakan sesuatu program akademik di sekolah.
5.0 Kaedah Kajian
 Pendekatan yang telah digunakan ialah kuantitatif iaitu satu set soal selidik yang terdiri daripada 26 item dijawab oleh pelajar mengikut skala likert. Item-item dalam soal selidik ini adalah mengenai input guru akademik tingkatan enam terhadap iklim akademik pelajar sebanyak 15 item. Hal ini termasuklah norma dan galakan guru, jangkaan guru terhadap pelajar dan pandangan guru terhadap akademik pelajar. Manakala 11 lagi item adalah mengenai persepsi pelajar tentang diri mereka. Hal ini termasuklah sikap mereka terhadap akademik, jangkaan masa depan dan jangkaan ibu bapa dan guru mereka. Kesemua item dianalisis menggunakan kaedah peratusan.
6.0 Dapatan Kajian
Sebanyak 75% pelajar tingkatan enam SLP dan di SKP menyatakan hasrat mereka untuk melanjutkan pengajian sehingga ke peringkat tinggi. Sebanyak 50% pelajar tingkatan enam ingin melanjutkan pengajian ke peringkat universiti dan 25% pelajar tingkatan enam yang lain ingin melanjutkan pengajian sehingga peringkat kolej sahaja. Sebanyak 77% ibu bapa dan guru mempunyai jangkaan yang positif terhadap pelajar mereka.Manakala sebanyak 23% ibu bapa dan guru langsung tidak mempedulikan akademik pelajar tingkatan enam. Dapatan soal selidik pelajar mengenai input guru akademik mereka tentang sikap terhadap akademik, jangkaan masa depan, jangkaan ibu bapa dan guru terhadap pelajar tingkatan enam, galakan dan norma guru tingkatan enam dan norma akademik pelajar tingkatan enam dibentangkan seperti berikut.
6.1.Sikap terhadap akademik
 Mengikut dapatan soal selidik, guru akademik tingkatan enam mentafsirkan sikap pelajar sebagai pelajar yang tidak mementingkan masa depan. Mereka berpendapat nasib pelajar di sekolah mereka hanya berubah jika mereka mengubah ‘mindset’ mereka. Rata-rata guru akademik tingkatan enam tidak bersetuju sama sekali bahawa punca utama sikap pelajar terhadap akademik adalah disebabkan oleh guru sekolah. Mereka berpendapat guru-guru tingkatan enam sama ada di SLP atau di SKP memang sedia membantu pelajar tingkatan enam.
Menurut guru-guru, pelajar tingkatan enam tidak berminat untuk belajar dan tidak banyak masa digunakan untuk aktiviti pembelajaran.Mereka berpendapat bahawa pelajar tingkatan enam yang bersikap negatif yakin bahawa mereka mudah mendapat pekerjaan di pasaran yang tidak memerlukan kelayakan akademik seperti bekerja sendiri dan bekerja di kilang.
Menurut guru-guru akademik tingkatan enam, terdapat juga satu lagi golongan pelajar yang tidak mempedulikan pelajaran iaitu pelajar ini datang ke sekolah dengan pakaian lengkap tetapi tidak mahu belajar.Mereka enggan membuat sebarang kerja sekolah dan tidak memberi perhatian ketika guru mengajar.Menurut guru SLP, pelajar tingkatan enam seumpama ini tidak begitu ramai.Pelajar ini berasal daripada keluarga berada atau kelas tinggi.Menurut guru, sikap negatif pelajar adalah disebabkan oleh ibu bapa mereka terlalu memberi kebebasan dan memberi wang yang lebih daripada cukup sebagai wang saku.
6.2.Jangkaan masa depan pelajar tingkatan enam
Menurut guru-guru akademik tingkatan enam sebanyak 75% pelajar tingkatan enam SLP dan di SKP menyatakan hasrat mereka melanjutkan pengajian tinggi sehingga ke peringkat tinggi. Sebanyak 50% pelajar tingkatan enam ingin melanjutkan pengajian ke peringkat universiti dan 25% pelajar tingkatan enam yang lain ingin melanjutkan pengajian sehingga peringkat kolej sahaja. Guru akademik tingkatan enam menyatakan bahawa tidak seorang pun pelajar tingkatan enam yang hendak menghabiskan pengajian sehingga ke peringkat menengah sahaja. Mereka berpendapat pelajar di SLP mempunyai aspirasi tinggi untuk melanjutkan pelajaran. Guru akademik di SKP pula optimis bahawa pelajar tingkatan enam mereka dapat melanjutkan pelajaran sekurang-kurangnya ke peringkat kolej. Menurut dapatan soal selidik pelajar di SLP, pelajar tingkatan enam sekolah mereka mempunyai tahap keyakinan tinggi. Dapatan juga menunjukkan perspektif yang sama. Cuma bezanya hanya tiga perempat daripada jumlah pelajar tingkatan enam sekolah mereka dapat melanjutkan pelajaran.Dapatan menunjukkan pelajar tingkatan enam sekolah ini tidak begitu mempunyai jangkaan tinggi.Terdapat pelajar mengakui kelemahan mereka. Pelajar seumpama ini menilai diri mereka sama ada boleh belajar terus atau tidak.
 Jangkaan masa depan banyak bergantung kepada guru. Kecuali guru mereka memberi keyakinan tentang masa depan, pelajar tingkatan enam tidak akan menyatakan hasrat mereka. Dapatan menunjukkan bahawa hampir semua pelajar tingkatan enam tidak berani menyatakan pendapat mereka tentang masa depan kepada guru mereka. Guru akademik tingkatan enam dapat mengetahui hasrat mereka melalui percakapan mereka dengan guru kelas mereka. Menurut guru pelajar amat malu bercakap tentang masa depan mereka. Hal ini demikian  kerana mereka menganggap kelemahan yang ada pada diri mereka menjadi halangan untuk mereka berjaya. Pelajar-pelajar ini tidak bersikap terus-terang dan hasrat masa depan mereka terpendam begitu sahaja.
 Menurut guru, pelajar di SKP menilai diri mereka sangat lemah, tidak begitu optimis dan bersikap pesimis terhadap diri dan masa depan mereka. Terdapat beberapa orang pelajar tingkatan enam yang pandai bertutur dan sering memberitahu rakan lain bahawa mereka akan melanjutkan pelajaran ke peringkat universiti dan ada yang ingin menjadi doktor, peguam, jurutera dan sebagainya. Namun dari segi akademik, pelajar-pelajar ini amat lemah dan sudah pasti mereka tidak akan mencapai tahap itu.
Pelajar di sekolah SKP mempunyai jangkaan yang amat tipis.Ibu bapa pelajar di SLP meletakkan harapan mereka terlalu tinggi terhadap anak mereka. Dapatan menunjukkan hanya ibu bapalah yang boleh memberi kata-kata perangsang dan nasihat kepada mereka tentang masa depan pelajar. Kesedaran ibu bapa tentang masa depan anak adalah lebih penting daripada pembentukan sikap oleh guru di sekolah.
 6.3 Jangkaan ibu bapa terhadap pelajar tingkatan enam
Pelajar-pelajar mengakui bahawa guru akademik tingkatan enam selalu memberi sokongan kepada ibu bapa jika mereka mencadangkan sebarang aktiviti yang berfaedah kepada pelajar tingkatan enam.Menurut pelajar, guru sering menggunakan pelbagai kaedah untuk mempertemukan ibu bapa dan guru.Sebanyak 77% ibu bapa dan guru mempunyai jangkaan yang positif terhadap pelajar mereka.Hal ini dapat dilihat apabila kedua-dua pihak sering mengadakan perbincangan tentang cara-cara meningkatkan pencapaian akademik pelajar.Manakala sebanyak 23% ibu bapa dan guru langsung tidak mempedulikan akademik pelajar tingkatan enam.Mereka tidak begitu yakin dengan pelajar kerana pelajar ini amat lemah dan tidak percaya mereka boleh melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.
Data menunjukkan bahawa guru-guru datang ke sekolah mengajar mengikut Huraian Sukatan Pelajaran dan tiada sebarang aktiviti tambahan seperti kelas tambahan atau pemulihan kepada pelajar tingkatan enam yang lemah.
Dari segi jangkaan ibu bapa terhadap pelajar tingkatan enam, memang positif di SLP. Mereka amat berpuas hati kerana sekolah menyediakan buku kerja, buku latihan dan alat bantu mengajar kepada pelajar. Guru akademik tingkatan enam sekolah SLP memuji ibu bapa pelajar kerana kerap datang melawat sekolah. Ibu bapa mempunyai jangkaan positif terhadap anak mereka dan menyatakan anak-anak mereka akan berjaya dalam akademik dan mereka berjanji akan membantu sekolah dalam apa jua cara sekalipun.


6.4.Galakan dan norma guru tingkatan enam
Dapatan soal selidik pelajar menyatakan kebanyakan guru mereka memperlihatkan perlakuan yang kurang mesra dengan pelajar tingkatan enam dan tumpuan utama hanya diberi kepada bahan pengajaran. Menurut dapatan, gaya pengajaran guru adalah semata-mata untuk menghabiskan sukatan pelajaran dan pengajaran disampaikan secara umum tanpa mengambil kira sama ada pelajar lemah atau pandai. Sesetengah guru masih mengajar menggunakan kaedah kapur dan cakap dan amat jarang menggunakan alat bantuan mengajar yang disediakan oleh Kementerian seperti laptop, LCD dan internet untuk mengajar subjek-subjek yang abstrak seperti sains dan matematik.Data soal selidik pelajar menunjukkan terdapat segelintir guru kurang berminat dan tidak serius dalam kerjayanya sebagai seorang guru.
Dapatan data juga menunjukkan bahawa rangsangan sikap dan pendekatan guru merupakan pengaruh utama terhadap corak respons pelajar tingkatan enam sekolah ini terhadap pengajaran dan galakan guru.Dapatan mengesahkan bahawa walaupun terdapat guru-guru yang kurang memiliki sahsiah yang positif, tetapi mereka boleh menimbulkan suasana pembelajaran yang memberangsangkan.
Dapatan kajian menunjukkan bahawa pelajar-pelajar mengakui guru mereka memberi galakan yang positif kepada pelajar dan mereka sendiri menjadi contoh yang terbaik kepada pelajar. Data menunjukkan guru-guru di sekolah tingkatan enam ini mengambil berat terhadap pencapaian akademik pelajar dan mereka percaya bahawa pelajar akan bekerja lebih gigih lagi dan tidak akan mensia-siakan masa depan mereka
6.5.Norma akademik pelajar tingkatan enam
 Guru akademik tingkatan enam di SKP berpendapat bahawa mereka menilai norma akademik pelajar tingkatan enam dengan menganalisis keputusan akademik pelajar. Menurut mereka, pelajar tingkatan enam amat cepat berpuas hati apabila mereka mendapati keputusan mereka bertambah baik.Mereka berasa bangga jika keputusan mereka meningkat. Guru-guru akademik tingkatan enam menyatakan bahawa norma akademik pelajar tingkatan enam banyak bergantung kepada inisiatif dan konsep kendiri mereka.
Data menunjukkan bahawa pelajar tingkatan enam di SLP menganggap sekolah mereka boleh dipercayai dan guru-guru telah menjalankan tugas mereka dengan baik jika pencapaian akademik mereka bertambah baik.Jika tidak, pelajar sering menyalahkan guru-guru tidak menjalankan tugas. Pelajar tingkatan enam di SLP yang terlalu mementingkan keptusan, cepat berasa hampa dan kecewa jika gagal dan pelajar tingkatan enam di SKP yang bukan mementingkan keptusan pula tidak menunjukkan sebarang reaksi jika keputusan mereka merosot.
Sebagai guru akademik tingkatan enam, mereka juga mempunyai persepsi sendiri terhadap pencapaian anak didik mereka.Kebanyakan guru bersetuju memberi pelbagai jenis ganjaran kepada pelajar yang menunjukkan minat dalam akademik. Antaranya memberi hadiah berbentuk buku, mengumumkan nama pelajar di perhimpunan dan menulis surat tahniah kepada pelajar.
Dari segi keupayaan akademik, kebanyakan guru di SKP menyatakan bahawa mereka berusaha mencungkil minat pelajar terhadap akademik dengan menyediakan latihan-latihan tambahan bagi pelajar yang lemah akademiknya.Mereka kerap meminta guru-guru mencadangkan idea untuk mengukuhkan kemahiran atau penguasaan pelajar dalam sesuatu mata pelajaran.
 Guru-guru di SLP mempunyai pandangan yang sama dalam hal ini. Mereka memberi ruang kepada pelajar untuk bertanya soalan kepada guru apabila guru selesai mengajar sesuatu topik.Dalam mesyuarat staf, guru-guru sering diperingatkan supaya menggalakkan pelajar banyak bertanya.Melalui pertanyaan, seseorang pelajar dapat meningkatkan keupayaan akademik mereka.
7.0 Perbincangan
 Guru di SKP berpendapat pelajar terlalu banyak membuang masa dan tidak menganggap akademik itu sebagai satu asas penting untuk masa depan. Terdapat beberapa orang guru tidak bersetuju dengan pandangan mereka.Hasil daripada pemerhatian penyelidik sendiri memang terdapat sikap negatif terhadap akademik dalam kalangan pelajar SKP. Hal ini demikian kerana seramai 90% pelajar adalah daripada keluarga miskin, kelas pekerja dan keluarga bermasalah.Ibu bapa mereka tidak dapat membantu dari segi akademik di rumah.Malah terdapat ibu bapa sendiri tidak begitu mementingkan akademik.Hal ini sedikit sebanyak memberi impak kepada pelajar tingkatan enam berkenaan.Sikap seumpama ini terdapat juga dalam kalangan pelajar tingkatan enam di SLP.Pelajar di SLP juga menunjukkan sikap negatif terhadap akademik.Lemahnya konsep kendiri dalam kalangan pelajar ini menyebabkan mereka tidak begitu mementingkan akademik.Malah sikap mengambil mudah dan suka meniru jawapan kawan serta tidak menyiapkan kerja sekolah di rumah juga antara punca mereka mensia-siakan akademik.
 Pelajar tingkatan enam di SKP mempunyai jangkaan masa depan. Guru-guru menyatakan keadaan ini berlaku kerana persepsi sesetengah guru terhadap pelajar mereka.Sesetengah guru menunjukkan persepsi yang positif terhadap pelajar. Walaupun tidak banyak pelajar tingkatan enam sekolah SKP akan melanjutkan pelajaran sehingga ke universiti tetapi mereka masih boleh menamatkan pengajian di peringkat kolej. Sementara pelajar di SLP pula didapati mempunyai jangkaan masa depan yang agak sama kerana mereka sentiasa diberi motivasi dan dorongan oleh ibu bapa mereka yang berpelajaran. Dorongan ibu bapa yang terdiri daripada kelas menengah dan tinggi menyebabkan pelajar di SLP membuat perancangan untuk menghadapi masa depan mereka.
Iklim akademik pelajar tingkatan enam di SKP banyak bergantung kepada sejauh mana jangkaan ibu bapa dan guru terhadap pelajar .Ibu bapa tidak menunjukkan minat terhadap pelajaran anak mereka dan begitu juga dengan sikap segelintir guru memandang enteng terhadap kemampuan dan kebolehan akademik pelajar.Seramai 85% ibu bapa menghantar anak ke sekolah tanpa mempunyai sebarang visi dan misi tentang akademik anak-anak mereka.Ibu bapa dan guru-guru di SLP mempunyai tanggapan yang positif tentang pelajar. Ibu bapa dan guru di sekolah-sekolah ini memberi dorongan sepanjang masa kepada pelajar dan berjaya mengadakan kelas pemulihan, kelas tambahan dan seminar kerjaya serta kem kecemerlangan akademik secara berusaha sama demi kecemerlangan akademik pelajar.
Pencapaian pelajar tingkatan enam dalam peperiksaan STPM sejak tiga tahun belakangan menyokong kepentingan persepsi, kesungguhan dan komitmen ibu bapa dan guru dalam usaha memperoleh kemajuan akademik pelajar tingkatan enam di SLP.Ibu bapa harus lebih proaktif dan konsisten terhadap perkembangan akademik anak-anak mereka.Mereka hendaklah kerap datang berjumpa dengan guru kelas anak mereka untuk mengetahui perkembangan akademik dan tingkah laku anak-anak mereka di sekolah.Ibu bapa yang mempunyai anak yang cemerlang kerap meminta bantuan guru kelas untuk menyemak latihan-latihan tambahan yang dibuat oleh pelajar di rumah.Mereka lebih banyak meluangkan masa dan wang untuk meningkatkan prestasi pelajaran anak-anak mereka.
 Galakan dan norma guru tingkatan enam merupakan faktor yang sangat penting mempengaruhi iklim akademik pelajar di SKP. Galakan guru yang konsisten dan berterusan dengan menasihati pelajar agar selalu memberi tumpuan terhadap akademik , berjaya menimbulkan kesedaran akademik dalam kalangan pelajar. Pengajaran yang stereotaip dapat diperhatikan di sekolah ini. Guru-guru tidak menggalakkan pelajar banyak bertanya dan sebaliknya masa ditumpukan untuk menghabiskan sukatan pelajaran sama ada pelajar yang lemah memahami sesuatu konsep atau tidak, jarang diberi perhatian oleh guru. Hal ini disebabkan guru-guru di sekolah SKP kekurangan prasarana pelajaran dan kekurangan pelajar untuk membentuk kumpulan pandai, sederhana dan lemah, melemahkan semangat guru memberi perhatian secara individu.
Bagaimanapun dapatan soal selidik menunjukkan guru-guru ini tidak patah semangat mengajar pelajar.Fenomena yang berlainan pula didapati berlaku di SLP.Di sini guru-guru mengamalkan suatu sistem kerja yang seragam dan konsisten dan mereka memastikan sistem ini dijalankan sepanjang masa.Penyemakan latihan kerja rumah, penyediaan bahan pengajaran dan pemantauan kemajuan akademik dilakukan sepanjang masa. Pemerhatian penyelidik dan hasil temu bual dengan guru di SKP mendapati galakan dan norma guru di sekolah ini adalah tidak konsisten dan mereka sentiasa mengubah-ubah norma mereka. Manakala galakan dan norma guru di SLP adalah lebih tegas dan tidak berkompromi dengan pelajar dengan norma-norma yang telah ditetapkan.
 Dimensi yang paling penting membantu pelajar tingkatan enam untuk mewujudkan iklim akademik ialah norma akademik pelajar. Norma akademik pelajar ialah hasrat, matlamat dan hala tuju pelajar untuk mencapai matlamat pembelajaran. Sikap pelajar SKP yang sering tidak menghabiskan kerja sekolah, tidak membawa peralatan pembelajaran ke sekolah dan selalu memesongkan tumpuan guru apabila guru sedang mengajar dalam kelas menunjukkan mereka memiliki norma akademik yang tidak menggalakkan. Hal ini disebabkan kelemahan dari segi kognitif dan intelek serta tiada bimbingan ibu bapa di rumah menyebabkan pelajar bersikap sedemikian.
Manakala pelajar di SLP walaupun bukan semuanya mempunyai norma akademik yang positif, tetapi ada di antara mereka memang konsisten dengan kerja-kerja sekolah dan yakin mereka boleh berjaya dalam akademik. Pemerhatian, rekod sekolah dan hasil temu bual dengan guru dan pelajar di SLP menunjukkan norma akademik pelajar tingkatan enam di sekolah ini adalah lebih tinggi. Perkara ini disokong oleh dapatan bahawa pelajar di sekolah ini sering menghabiskan kerja sekolah dengan cepat dan membuat kerja sendiri seperti membaca atau membuat latihan susulan apabila guru sedang melayani pelajar lain dalam kelas.
8.0 Kesimpulan
Tuntasnya, kajian telah menunjukkan bahawa iklim akademik pelajar tingkatan enam di SLP adalah lebih positif berbanding dengan pelajar di SKP.Sumbangan guru akademik tingkatan enam di SLP didapati lebih memuaskan jika dibandingkan dengan sumbangan guru akademik tingkatan enam di SKP.Di samping kepimpinan guru akademik tingkatan enam, terdapat banyak lagi pihak memberi sumbangan yang aktif ke arah peningkatan iklim akademik pelajar tingkatan enam di SLP. Sumbangan-sumbangan tersebut harus diteruskan demi kejayaan akademik yang cemerlang pada masa akan datang.
RUJUKAN
Abdul Shukor b. Abdullah. (1995). Membina sekolah yang berkesan : Aplikasi dasar. Kertas Seminar Sekolah Efektif. Genting Highlands : Institut Aminudin Baki
Abdull Sukor Shaari. (2011). Pedagogi Dari Sekolah Ke Institut Pendidikan Tinggi. Penerbit Universiti Utara Malaysia. Sintok
Bulach, C.R., Malone, B. dan Castleman, C. (1995). An investigation of variabels related to student achievement. Educational Reseracher, 8(2), 23-29.
 Fullan, M.G. (1992). Successful School Improvement. Buckingham: Open University Press.
 Fullan, M.G. (2001). The New Meaning of Educational Change (3rd Ed). New York: Teachers College   
 Press
Gameron, A. (1992). Social Factors. In Education Encyclopedia of Educational Research 6th ed. New York: Mc Millan.
Haynes, N. M., Emmons, C., & Comer, J. P. (1993).School climate survey. New Haven, CT. Yale University Child Study Center
 House, R.J. (1971). A path goal theory of leader effectiveness. Administrative Science Quarterly, 16, 321-338
Hussein b. Mahmood.(1993). Kepimpinan dan Keberkesanan Sekolah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Nguyen, T.S.T. (March 2004). Study of High School Restructuring. High schools: Size does matter.Volume 1, Issue 1 - See more at: http://www.communityworksinstitute.org/cwjonline/essays/a_essaystext/grauer_smallsch1.html#sthash.nwumVhcY.dpuf
 Swenny, J. (1988). Tips for improving school climate. Education Leadership, 46, 200-220


Sunday 26 July 2015

Karangan P1-Perpaduan Malaysia

Sejak pascakemerdekaan, pucuk pimpinan negara kita sememangnya menekankan betapa pentingnya kita perlu mengekalkan dan meningkatkan perpaduan kerana perpaduan banyak membawa impak yang positif kepada negara kita yang mempunyai pelbagai kaum. Dalam konteks ini, institusi sekolah seyogianya menggalas tanggung jawab merealisasikan hasrat tersebut. Bincangkan.

Pengenalan@Perpaduan sememangnya telah menjadi teras utama dalam hala tuju negara menuju kecemerlangan bermula sejak negara mencapai kemerdekaan. Kerajaan telah memperkenalkan konsep 1Malaysia bertujuan menyemarakkan semula semangat perpaduan.  Sekolah merupakan antara institusi penting bagi merealisasikan hasrat ini.

A. Kepentingan perpaduan
1.Menjadi sebuah negara merdeka@  Pelbagai ranjau dan duri yang telah dilalui oleh generasi terdahulu untuk menuntut kemerdekaan@Hasil perpaduan masyarakat ketika itu yang berganding bahu menuntut kemerdekaan telah membuka mata pihak Inggeris supaya memberikan kemerdekaan kepadaTanah Melayu@Perpaduan yang telah wujud kini adalah warisan daripada  nenek moyang yang harus dikekalkan agar masyarakat kini dapat hidup harmonis tanpa campur tangan anasir luar.

2.Mewujudkan semangat kekitaan dalam masyarakat@Menggalakkan semangat kekitaan dan menghapuskan sikap mementingkan diri sendiri@Semangat ini akan mengelakkan berlaku permusuhan  antara kaum@Akibatnya, wujudlah keharmonian antara kaum dan mengurangkan isu perkauman.

3.Merealisasikan wawasan negara@Perpaduan dapat mengekalkan keharmonian dan kedamaian rakyat di Malaysia@Kedamaian dan kesejahteraan dapat mengelakkan berlakunya pertelingkahan dan perselisihan faham@antara satu sama lain@Justeru, cabaran pertama dalam merealisasikan Wawasan 2020 dapat diatasi.

B. Cara-cara memupuk perpaduan di sekolah
5. Memantapkan pelaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan@Keseragaman sukatan pelajaran, buku teks, peperiksaan, pakaian seragam, sistem latihan guru dan bahasa pengantar@Penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar  utama dalam sistem pendidikan kebangsaan, telah mewujudkan generasi daripada pelbagai etnik yang lebih memahami antara satu sama lain dan mengelakkan prasangka kaum.

6.Aktiviti sekolah sebagai medium perpaduan@Setiap subjek yang diajar di sekolah harus menitikberatkan aspek-aspek pendidikan yang harmonis@Pendedahan kepada nilai-nilai yang sama seperti perasaan kasih sayang, hormat menghormati dsb@Aktiviti kokurikulum dan khidmat masyarakat yang disertai oleh kumpulan etnik membolehkan pelajar@berinteraksi dan melaksanakan aktiviti-aktiviti bersama.

7.Pendemokrasian pendidikan@Memastikan agar semua kaum dapat menikmati kemudahan yang sama dalam pendidikan sama ada@mereka bersekolah di bandar atau di luar bandar /antara Sekolah Kebangsaan atau Sekolah Jenis Kebangsaan@Pelajar-pelajar berhak untuk bersekolah di mana-mana sekolah di negara kita@Dengan ini sekolah dapat memupuk proses integrasi antara etnik.


Kesimpulan @Kita seharusnya mempertahankan nilai-nilai perpaduan yang diasaskan sebelum ini. Pendidikan merupakan medium terpenting bagi mewujudkan perpaduan antara etnik. Kegagalan sekolah dalam proses integrasi akan menyebabkan kegagalan integrasi dalam pendidikan di negara ini. Oleh :Dr R Dhanapal/HSBM

Saturday 25 July 2015

RASUAH NOTA P1-ASPRM 2009

Ketelusan dan integriti dalam kalangan kakitangan awam.

·         Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia atau SPRM merupakan sebuah badan tunggal dan bebas yang mengendalikan kes-kes yang berkaitan dengan rasuah serta merupakan tonggak utama dalam inisiatif antirasuah di Malaysia. SPRM telah ditubuhkan pada Januari 2009, menggantikan agensi sebelumnya - Badan Pencegah Rasuah (BPR) mengikut akta yang baru digubal iaitu Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.
·         Peranan SPRM adalah untuk membasmi rasuah, penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan di Malaysia dengan fungsi yang berdasarkan kepada prinsip Bebas, Telus dan Profesional dalam melaksanakan tugasnya.
·         Secara umumnya, rasuah merupakan suatu perbuatan sama ada memberi atau menerima sesuatu suapan yang berbentuk wang tunai atau barangan berharga sebagai upah bagi melakukan suatu perbuatan yang mempunyai kaitan dengan bidang tugas seseorang itu.
·         Sebagai contoh, seorang kontraktor memberikan hadiah berbentuk jam tangan berharga kepada seorang pegawai Kerajaan bagi meluluskan projek kepada syarikatnya.
·         Antara jenis kesalahan rasuah mengikut Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 ialah
       a.    Meminta/Menerima rasuah [seksyen 16 & 17(a) ASPRM 2009]
       b.    Memberi suapan [seksyen 17(b) ASPRM 2009]
       c.    Mengemukakan tuntutan palsu [Seksyen 18 ASPRM 2009]
       d.    Salah guna kuasa [Seksyen 23 ASPRM 2009]

·         Apakah kesalahan Meminta/Menerima rasuah? Meminta/Menerima rasuah [seksyen 16 & 17(a) ASPRM 2009]
Mana-mana orang atau ejen secara rasuah meminta/menerima satu suapan sebagai balasan untuk melakukan atau tidak melakukan sesuatu perkara.

·         Apakah kesalahan Memberi suapan?
Mana-mana orang secara rasuah menawar/memberi satu suapan kepada pegawai awam sebagai balasan untuk melakukan atau tidak melakukan sesuatu perkara berkaitan hal ehwal pegawai awam tersebut.

·         Apakah kesalahan mengemukakan tuntutan palsu [Seksyen 18 ASPRM 2009]
Mana-mana orang mengemukakan dokumen tuntutan (resit, invoice) yang mempunyai butiran yang palsu dengan niat untuk memperdayakan ketua jabatan atau pejabatnya.

·         Apakah kesalahan Salah guna kuasa [Seksyen 23 ASPRM 2009]
Pegawai Badan Awam atau anggota Pentadbiran kerajaan menggunakan kedudukannya dalam membuat keputusan atau mengambil apa-apa tindakan berhubung dengan sesuatu perkara di mana dia, saudara atau sekutunya mempunyai kepentingan.

·         Apakah hukuman bagi kesalahan rasuah?
Secara umumnya, hukuman bagi kesalahan rasuah ialah dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua puluh tahun dan didenda tidak kurang dari lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana-mana yang lebih tinggi.

·         Adakah suapan rasuah hanya berbentuk wang sahaja?
Suapan rasuah boleh jadi dalam bentuk wang tunai, hadiah, bonus, undi, perkhidmatan (seperti seks), jawatan, upah, diskaun, pinjaman dan sebagainya.

·         Apakah punca utama penjawat awam mengambil rasuah? Adakah disebabkan gaji yang kecil atau sebaliknya.
Pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sememangnya menjalankan kajian terhadap perlakuan rasuah dalam kalangan penjawat awam. Kajian mendapati punca pendapatan atau penetapan tangga gaji yang kecil dan rendah bukannya punca utama atau satu-satunya punca penjawat awam mengambil rasuah.

·         Antara punca utama yang menyebabkan berlakunya rasuah dalam kalangan penjawat awam adalah kecenderungan mereka untuk:-
a.    mempunyai gaya hidup di luar kemampuan,
b.    sikap tamak dan haloba,
c.    wujudnya  ruang dan peluang untuk melakukan perbuatan rasuah,
d.    tahap integriti yang rendah dalam kalangan pegawai terbabit.

Komen-komen GOODREADS.COM

This is a story which take place in thiruparankundram,Madurai.This story tells the characters of purani and aravindan,who lived in present world with tamil culture(panbadu) in them. The main characters includes *Purani *Aravindan *Muruganandam *Mangalashwary ammal *Vasantha *Bharama karar 

Aug 18, 2013Subramanian Ramamurthy rated it 5 of 5 stars
Poorani and Aravindan, what anice charactersation! It is more than fifty years, since i first read it and I do not remember how many more times I read. I recommend this to book to all Tamil knowing persons, especially youngsters. It is ever fresh!

Vasudevan K rated it 4 of 5 stars
It's difficult to see a women like Poorani in present day living. 50 Years have been passed since this Novel's first publication. The way of life is completely changed. But the narration is enjoyable; reflects the way how the society of that time behaved under different circumstances. Good read to understand so called "mannin manbu".

Sep 02, 2013Avinash Sankar rated it 4 of 5 stars
Avinash Sankar

much impressed ... Aravindan and Poorani are good fiction characters. Overall the book is good to read. We should appreciate the writer's effort in conveying social awareness..

NOVEL TAMIL KURINJI MALAR (BUNGA KURINJI)


Pada 7 Jun 2013, sewaktu cuti sekolah dua minggu. Cuti ini memang menyenorokkan kerana saya berpeluang membaca dua buah novel Tamil tulisan Na. Parthasarathi (nama penanya) Nama asalnya Manivannan, sebuah novel Melayu “Adik Datang” oleh A. Samad Said dan Memoir Tun Mahathir “Doktor Umum”. Buku Tun Mahathir boleh mengimbau masa silam beliau daripada seorang Ahli Parlimen kepada seorang Perdana Menteri yang memahat dan mereka bentuk Malaysia moden. Karya A. Samad Said masih dalam proses pembacaan.
Novel yang agak kelainan yang dapat mengguris perasaan dan gerak jiwa saya ialah karya Na. Parthasarathi. Karyanya Kurinji Malar. Saya tidak tahu menahu terjemahannya dalam bahasa Melayu. Tetapi ia sejenis bunga yang hanya mekar sekali dalam puluhan tahun.
Penulis setakat ini telah menukil 16 buah novel dan pernah dianugerahi Akademi Sahitya (satu anugerah yang paling tinggi yang diberikan kepada seniman dan pengarang yang ulung di India oleh Kerajaan India). Mendiang yang lahir pada 18 Disember 1932 dan meninggal dunia pada 13 Disember 1987) sering dikenali sebagai Theebam Parthasarathi kerana kerjayanya sebagai penulis bermula dengan menulis dalam majalah yang bertajuk Theebam. Pernah menjadi wartawan dalam beberapa majalah seperti Kalki, Dina Mani dan Kadhir. Sering menggunakan nama penanya seperti Theeran, Aravindan, Ponmudi, Valavan, Kadalazhagan, Ilampooranan dan sebagainya.
Novel Kurinji Malar ini bertepatan dengan judulnya kerana pengarang berjaya menghidupkan seorang watak protoganis wanita yang bernama Poorni yang hidupnya dipenuhi pelbagai pancaroba dan menghabiskan sisa-sisa hidupnya tanpa berkahwin. Sewaktu novel ditamatkan, usia watak ini 50-an. Hanya kerana cinta sejati terhadap sesorang jejaka yang bernama Aravindan, beliau sanggup hidup berseorangan. Namun beliau juga mempunyai adik-adik untuk dijaganya. Poorni bermaksud lengkap. Wanita ini digambarkan sebagai seorang anak perempuan yang memang serba lengkap budi pekertinya dan pengetahuannya. Walaupun tidak berpendidikan tinggi, namun pengetahuan yang cukup mendalam dalam bahasa dan  sastera Tamil serta falsafah hidup orang-orang India zaman silam menyebabkan dia disegani dan diundang dalam banyak majlis untuk menyampaikan syarahan. Kemahiran ini sebenarnya diwarisi daripada ayahnya seorang professor bahasa Tamil.
Sejak kematian ayah dan ibunya, di pundaknya menggalas beban keluarga untuk membesarkan adik-adiknya. Yang lebih menonjol dalam novel ini ialah bagaimana seseorang gadis Timur perlu menjaga tertib dan budaya yang diwarisinya. Watak protoganis Aravindan cuma membantu wanita ini menjadi popular dan dialah menyebabkannya menang dalam satu pilihanraya kawasan mereka tinggal. Tetapi malangnya pada saat-saat manusia meraikan kemenangannya, pada tika itulah kekasihnya Aravindan meninggal dunia akibat suatu penyakit berjangkit. Kekasihnya Aravindan seorang lelaki yang sopan, tertib dan menjadi idola kepada para lelaki yang lain. Dia suka berkhidmat kepada masyarakat. Ketika membantu sekumpulan komuniti daripada dijangkiti penyakit itulah malangya dia dijangkiti penyakit tersebut.
Kedua-dua watak tersebut memberikan banyak pengajaran secara tersirat kepada kaum pembaca. Bagaimana seharusnya pemuda dan pemudi Timur harus bertingkah laku dalam masyarakat? Duo ini menjadi teladan dan idola. Tanpa sentuhan fizikal mereka membalas cinta sejati mereka hanya melalui kata-kata dan bahasa badan sahaja. Wacana berunsur falsafah yang diselit dalam dialog antara kedua-dua mereka merapatkan lagi hubungan mereka dan mereka mengenali diri masing-masing dengan lebih dekat. Pengajaran juga disampaikan oleh ayah Poorni seorang professor. Walaupun gambaran watak ayah dalam imbas kembali, tetapi pengarang berjaya menghidupkan watak ini seolah-olah watak tersebut hidup di hadapan mata kita. Asuhan dan ajaran bahasa dan budaya kepada anak sulungnya menyebabkan anak sulungnya iaitu Poorni hidup berdikari,  sentiasa berinisiatif dan lebih optimis terhadap apa-apa yang dilakukan olehnya dan terhadap apa-apa yang berlaku dalam hidupnya.Wanita seumpama ini amat jarang dapat kita lihat dalam masyarakat samalah seperti bunga Kurinji yang amat jarang dapat kita lihat di alam ini.

 (Saya petik semula tulisan saya in daripada blog saya pawanghana. Blog ini sudah tidak berfungsi lagi)

Thursday 23 July 2015

Ancaman Krisis Makanan Dunia


  • Malaysia perlu bersiap sedia menghadapi kemungkinan berlaku krisis bekalan makanan global pada 2030.
  • Langkah berjaga-jaga penting kerana statistik terbaru Bank Dunia menunjukkan peningkatan ketara harga barang makanan global sejak 1905. Antara 80 hingga 90 peratus dan dijangka terus meningkat sehingga 2030.
  • Aktiviti manusia itu sendiri telah menyumbang kepada perubahan iklim yang berlaku terhadap bumi kini. Kejadian musim kemarau bertambah panjang menyebabkan sesetengah tempat berubah menjadi gurun dan tidak lagi sesuai dijadikan kawasan pertanian.
  • Perubahan iklim bukan berkenaan kenaikan suhu dunia sahaja, termasuk perubahan sistem ribut yang lebih kuat, kemarau yang panjang, serta peningkatan aras laut yang melampau.
  • Masalahnya perubahan ini akan mempengaruhi  pengeluaran makanan serta keselamatan makanan untuk manusia itu sendiri. Walaupun Malaysia tidak termasuk dalam lingkaran api tetapi kejadian tsunami, letupan gunung berapi di negara jiran menyebabkan kita perlu bersedia menghadapi segala kemungkinan.  
  • Justeru kita kena fikirkan langkah-langkah yang perlu diambil untuk membendung kemungkinan berlakunya krisis makanan yang berpunca daripada kenaikan harga yang melampau dan kekurangan bekalan.
  • Isu keselamatan makanan harus dipandang serius lebih-lebih lagi ini telah dibincangkan di persidangan World Food Organization di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu(PBB).
  • Langkah bersepadu untuk menangani kesan perubahan iklim dunia perlu diberi perhatian bagi mengelakkan tercetusnya krisis makanan. Kesan perubahan iklim sudah menjadi lumrah seluruh dunia dan tiada satu negara pun yang akan terlepas.
  • Kerajaan juga menyeru agar meningkatkan produktiviti pengeluaran kawasan pertanian yang sedia ada melalui  penggunaan benih, teknologi dan infrastruktur baru. Syarikat swasta dan syarikat milik kerajaan juga disaran meningkatkan pelaburan dalam bidang pertanian.
  • Penglibatan mereka dapat melonjakkan pengeluaran yang tinggi melalui penggunaan teknologi moden. Mereka juga mampu membangunkan pertanian pada skala yang besar.
  • Dalam ura-ura kita menuju transformasi ekonomi dan mahu menjadi negara berpendapatan tinggi, jangan pula kita mengabaikan pertanian dan pengeluaran makanan.     
  • Hal ini penting demi kelangsungan masa depan generasi yang akan datang. Jika kita tidak mengambil berat akan perkara ini, besar kemungkinan anak cucu kita akan hidup melarat akibat krisis makanan.
  • Justeru sektor pertanian harus diperkasakan berbanding mengejar kemajuan dalam bidang teknologi yang lebih canggih. Seharusnya insentif dan subsidi disediakan kepada mereka yang mahu menceburkan diri dalam bidang pertanian.
  • Sebagai contoh, dalam sektor penanaman padi di Jepun, kerajaannya memberikan  subsidi 99 peratus untuk menggalakkan pertanian dalam persediaan mereka membekalkan makanan yang cukup kepada rakyatnya.  
  • Di peringkat individu pula, kita harus menanamkan sifat bertanggungjawab terhadap alam sekitar. Di sekolah guru-guru harus sentiasa mengingatkan murid-murid agar menjaga bumi daripada dicemari dengan tidak membuang sampah di merata-rata tempat serta keaedah bagi mengitar semula barang-barang.
  • Di rumah pula ibu bapa harus memainkan peranan dengan menasihati anak-anak agar memelihara alam sekitar kerana perbuatan mereka juga akan mengakibatkan iklim yang tidak menentu dan menjejaskan bekalan makanan.
  • Bekalan makanan akan mula merosot dan mungkin kehabisan akibat perbuatan rakus dan cuai manusia itu sendiri. Pada masa itu mungkin sudah terlambat untuk menyesal kerana tidak mempedulikan bumi yang kita cinta selama ini.

Tuesday 21 July 2015

Tafsiran Jadual-P3

Malaysia : Perbelanjaan Untuk  Makanan Berkhasiat Mengikut Negara Terpilih pada  
                  Tahun 2013 dan Tahun 2014


Negara
2013 (USD)
2014(USD)
Malaysia
3678133
3755191
Singapura
1164673
1234487
Indonesia
341223
322881
Thailand
211197
233513
Jumlah
5395226
5546072

Berdasarkan maklumat dalam jadual tersebut, ulaskan sebab-sebab Malaysia mempunyai perbelanjaan tertinggi untuk makanan berkhasiat pada tahun 2013 dan 2014

Format jawapan : 1+3

Perenggan 1 (Data)
Data untuk Malaysia- Pada tahun 2013 berapa nilainya-berapa peratusnya daripada jumlah besar. Pada tahun 2014 berapa nilainya-berapa peratusnya daripada jumlah besar.

Perenggan 2 (Sebab)
Malaysia ingin menjamin kesihatan rakyatnya
-rakyat tidak menghidapai penyakit
-mengelakkan kecacatan tumbesaran
-taraf hidup rakyat selesa dan harmoni

Perenggan 3 (Sebab)
Sektor pemakanan di Malaysia produktif
-bekalan makanan berkhasiat mencukupi
-dasar kerajaan melalui pelbagai program
-Malaysia tidak pernah alami kebuluran

Perenggan 4 (Sebab)
Malaysia mempunyai populasi tinggi
-rakyat Malaysia berjumlah 27 juta orang
-kos ditanggung kerajaan adalah tinggi
-kerajaan juga menyediakan pelbagai subsidi makanan
-impaknya kerajaan menanggung perbelanjaan tinggi

Kesimpulan
-Perbelanjaan Malaysia terhadap makanan berkhasiat memang berbaloi (berpatutan) memandangkan Malaysia menuju ke arah negara maju menjelang tahun 2020.