Keseimbangan dalam
pendidikan ditekankan dalam semua sistem pendidikan di dunia ini. Tanpa
keseimbangan ini sudah pasti masyarakat sesebuah negara itu tidak dapat hidup
dalam keadaan yang maju dan selesa. Setiap kanak-kanak yang dilahirkan berhak
mendapat pendidikan yang secukupnya. Maka itu kerajaan Malaysia turut
membelanjakan berbilion-bilion ringgit untuk mempertingkatkan mutu prasarana
pembelajaran di negara ini. Kerajaan kita ingin memastikan ketidakseimbangan
dalam pendapatan isi rumah tidak akan menjejaskan peluang-peluang pendidikan
kanak-kanak di negara ini. Sebagai contoh negara Norway menekankan keseimbangan
kondisi kehidupan rakyatnya. Negara tersebut ingin memastikan kejayaan
remajanya mencapai matlamat pendidikan. Mereka tidak mahu remaja mereka
kecundang dalam pelajaran akibat masalah sosioekonomi keluarga. Amerika pula
menekankan pengembangan dan peningkatan akses terbuka institusi-institusinya.
Bagi Amerika setiap institusi termasuk keluarga hendaklah lebih terbuka kepada
akses pelajaran. Mereka tidak mahu keluarga atau institusi lain menjadi
penghalang untuk rakyatnya memperoleh pelajaran. Pendek kata kedua-dua negara
ini menekankan hubungan antara latar belakang keluarga dengan pemerolehan
kelulusan akademik atau pendidikan. Di negara kita juga adalah diperlukan satu
kajian yang holistik untuk mengesan hubungan keluarga dengan pencapaian
pendidikan. Pelbagai teori baru dalam sosiologi pendidikan hendaklah diterokai
untuk melihat hubungan tersebut.
No comments:
Post a Comment