Monday 26 October 2015

PECUTAN AKHIR P3

Sebagai peringatan kepada pelajar-pelajar P3

Soalan Tafsiran Jadual atau Bahan Grafik

1.Pastikan soalan tersebut pola atau bandingan
2.Pastikan soalan tersebut 4+0 atau 2+2. Kebanyakan soalan 2+2 memerlukan 2 bukti data dan dua sebab atau dua langkah atau dua kesan atau dua strategi dan sebagainya.
3.Andaikata bahagian kedua soalan ialah huraikan mengapa terdapat sektor menurun. Ini bermaksud salah satu data mestilah pola menurun. Sebab hanya diberi untuk mengapa terdapat sesetengah sektor mengalami pola menurun.
4.Bagi soalan bandingan. lazimnya terdapat dua tahun, dua pemboleh ubah , dua elemen seperti sayuran dan buahan atau eksport dan import atau eksport 2008 dan eksport 2009. Jika terdapat dua elemen sahaja dalam jadual, maka calon jangan jawab pola, kecuali arahan soalan huraikan perkembangan, jelaskan pola, huraikan perubahan. Jika terdapat istilah ini baru jawab pola walaupun dua tahun. Jika tidak buat bandingan sahaja.
5.Apabila buat bandingan sentiasa ingat bahawa calon boleh bandingkan antara tahun 2 idea dan dalam tahun yang sama 2 idea.
Sebagai contohnya tahun 2008 negara pengeksport tertinggi dan terendah. Satu lagi idea ialah tahun 2009 tertinggi dan terendah. 2 lagi idea adalah antara tahun iaitu negara yang paling banyak eksport dan paling kurang eksport tahun 2008 dan satu lagi idea ialah negara yang paling banyak eksport dan paling kurang eksport tahun 2009.
6. Jika tidak diminta sebab berasingan, maka wajarlah calon menggabungkan sebab-sebabnya.
7. Jika menjawab pola. Pastikan salah satu pola itu pola bandingan dalam tahun yang sama iaitu paling tinggi tahun 2008 dan paling rendah tahun 2008
8. Jika soalan bukan sebab berasingan maka setiap bandingan diikuti sebab. Sebagai contohnya paling tinggi tahun 2008 +sebab dan paling rendah tahun 2008+sebab. Dan jangan lupa tuliskan nilai sebenar, peratus drp jumlah dan jumlah bagi tahun 2008 tersebut.

Soalan Carta Alir

1. Jika soalan itu ada label-label tertentu seperti faktor langsung dan  tidak langsung atau aspek sosial dan aspek ekonomi atau perancangan dan pelaksanaan atau faktor tarikan dan faktor tolakan atau tanah organik dan tanah bukan organik atau aspek dorongan dan aspek situasi.
2. Calon perlu tulis label kemudian nyatakan idea dan barulah boleh huraikannya. Sebagai contoh, ...Dari aspek ekonomi (label), kerajaan telah menjalnakn pelbagai program pembangunan (idea). Program pembangunan ini termasuklah membasmi kemiskinan (huraian). Untuk membasmi kemiskinan aganesi agensi kerajaan telah memwujudkan pelbagai peluang pekerjaan (huraian) kepada belia-belia yang menganggur. Di samping itu kerajaan turut menyediakan pelbagai bantuan kredit (huraian) kepada pengusaha kecil untuk meluaskan perniagaan mereka.
3. Jika soalan carta alir itu merupakan proses, maka calon hendaklah mengambil semua proses yang dinyatakan.Jika tertinggal mana-mana satu proses maka  jawapan dianggap salah dan markah kosong
4. Jika huraian tidak diberi dalam petak seperti poin-poin, calon hendaklah memikirkan huraian yang relevan atau logik mengikut idea yang diberi. Contoh tidak semestinya ditulis jika huraian calon lebih padat dan berfakta.

Saturday 24 October 2015

PANDUAN MELABEL DAN MEMBEZAKAN GRAF/CARTA

Banyak pelajar bertanya soalan yang sama iaitu bagaimana hendak membezakan graf atau carta pai
Bar komponen- mesti ada jumlah dalam petikan ataupun dalam arahan soalan. Selain itu terdapat maksud komponen seperti jenis, kategori, pecahan, komposisi penduduk. Bagaimanapun jika kesemua pecahan ini dicampur maka calon dapat mencari jumlah besar bagi tahun tersebut. Jumlah itu kadang kala wujud dalam petikan. Adakalanya calon perlu mengira sendiri
Bar kompaun- menunjukkan kadar, amaun, kuantiti, nilai pengeluaran dan apa jua istilah di mana calon tidak dapat menjumlahkannya atau jika berusaha mencampurkan, maka tidak terdapat jumlah tersebut.
Carta pai bertingkat/piramid-  terdapat dua elemen yang berbeza seperti barangan komoditi (peratus dua titik perpuluhan ditulis di luar) dan negara yang mengeksport (peratus dua titik perpuluhan ditulis di dalam). Kedua-dua elemen ini membawa satu jumlah yang sama. Contohnya jika nilai barangan komoditi ialah RM 38 juta maka nilai untuk negara yang mengeksport juga RM38 juta. Jangan lupa tulis ketinggian 1 cm: 10% dan jumlahnya . kedua-dua ini di bawah carta pai bertingkat
Carta pai berbanding-Andai kata terdapat dua tahun atau elemen yang berbeza dan dua jumlah yang berbeza maka jawapannya ialah pai berbanding, Contohnya nilai tahun 2013 RM 32 juta dan nilai tahun 2014 RM45 juta. Ataupun nilai eksport RM76 tan metrik dan nilai import RM83 tan metrik. Nampak tak perbezaan tersebut. Cara mencari nisbah jejari sila bertanya kepada guru masing-masing. Ingat jumlah dan jejari bagi setiap bulatan/carta mesti ditulis di bawah carta tersebut. Manakala nisbah jejari wajib ditulis di antara dua carta tersebut. Semua peratus dua titik perpuluhan contoh 7.32% manakala nisbah jejari tiga tempat perpuluhan contoh 1:1.263. Ingat jangan tulis cm pada nisbah tersebut.
Graf garis kompaun- menunjukkan harga, nilai saham, kenaikan suhu (belum keluar dalam STPM) perubahan seperti eksport import kuantiti, pengeluaran dan sebagainya. Pendek kata satu keadaan yang turun dan naik atau naik dan turun
Graf garis komponen- mesti ada jumlah dalam petikan ataupun dalam arahan soalan. Selain itu terdapat maksud komponen seperti jenis, kategori, pecahan, komposisi penduduk. Bagaimanapun jika kesemua pecahan ini dicampur maka calon dapat mencari jumlah besar bagi tahun tersebut. Jumlah itu kadang kala wujud dalam petikan. Adakalanya calon perlu mengira sendiri. Ingat tiada keadaan yang turun dan naik atau naik dan turun.
SOALAN
Lukiskan graf yang sesuai……. Graf garis ataupun graf bar (rujuk kehendak di atas)
Lukiskan carta yang sesuai…….Carta pai bertingkat ataupun carta pai berbanding
Semasa menghantar skrip jawapan, pastikan calon hantar bersama jadual, walaupun jadual anda itu cuma lakaran
Pensel berwarna atau highlighter digalakkan. Tetapi jangan guna kedua-duanya sekali gus. Sila beli satu set pensel berwarna atau highlighter yang banyak warna.
Seboleh-bolehnya semua peratus ditulis di luar carta pai jika soalan itu carta pai berbanding.
Semua peratus bagi ketinggian carta pai bertingkat ditulis di dalam. Bagi pecahan carta pai digalakkan ditulis di luar.


Tuesday 20 October 2015

FOKUS PENGGAL 3 2015

1. Laporan Panel Antara Kerajaan Mengenai Perubahan Iklim (IPPC) menyatakan bahawa suhu dunia diramalkan meningkat daripada 1.1 darjah celcius hingga 6.4 darjah celcius antara tahun 1990 dan 2100. Huraikan faktor-faktor dan kesan-kesan pemanasan global kepada dunia.

2.Kerajaan Malaysia berhasrat untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah pusat kecemerlangan ilmu menjelang tahun 2020. Jelaskan faktor-faktor Malaysia sesuai sebagai hab pendidikan di peringkat serantau dan antarabangsa.


3.Walaupun pembentukan Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE) telah mendatangkan manfaat kepada negara, namun Malaysia juga terpaksa menghadapi beberapa konflik dengan negara ASEAN yang lain. Bincangkan.

FOKUS P1 2015

1Walaupun kerajaan berusaha meningkatkan sistem penyampaian  perkhidmatan awam melalui sistem e-kerajaan, namun pelbagai halangan mungkin dihadapi dalam  merealisasikannya. Jelaskan penyataan tersebut.

2Untuk menjadi sebuah negara maju, masyarakat kita sewajarnya menjadi sebuah masyarakat pencipta bukannya menjadi masyarakat pengguna sahaja. Jelaskan kepentingan inovasi dalam kehidupan dan usaha-usaha untuk memupuk budaya inovasi dalam masyarakat.

3Faktor pelbagai aliran fahaman politik mendorong terhalangnya integrasi antara kaum dan wilayah selain faktor-faktor lain. Ulaskan pernyataan ini.

4.Akses kepada pekerjaan merupakan antara petunjuk kepada pencapaian kualiti dan kesejahteraan hidup dalam kehidupan bernegara. Jelaskan

5.Malaysia berjaya mengekalkan hubungan yang harmoni antara pelbagai kaum di kalangan rakyatnya. Namun begitu pelbagai cabaran terpaksa dihadapi dalam menguruskannya. Bincangkan

6.Selain aspek pembangunan fizikal, pembangunan sosial juga menjadi ukuran kemajuan sesebuah negara. Jelaskan

7.Pelbagai masalah telah dikenalpasti dalam merealisasikan sistem penyampaian khidmat awam yang cekap di Malaysia. Sehubungan itu, langkah-langkah yang wajar perlu dilaksanakan utuk meningkatkan kecekapan sistem tersebut. Bincangkan

8.Untuk melahirkan modal insan yang berkualiti tinggi, berkemahiran dan berpengetahuan kreatif dan inovatif, kerajaan telah mengambil beberapa langkah bagi merealisasikan hasrat tersebut. Huraikan.


9.Penggunaan Teknologi Hijau bukanlah satu-satunya cara bagi menangani masalah alam sekitar yang makin serius di negara kita.Jelaskan.

LATIHAN KETIKA KETIADAAN GURU

TAFSIRAN JADUAL
Berdasarkan maklumat dalam jadual, huraikan bandingan antara usaha pemutihan pendatang asing oleh KDN antara tahun 2013 dengan 2014. Jelaskan kekangan yang dihadapi oleh KDN dalam usaha pemutihan pendatang asing.(15 markah)
MALAYSIA : PEMUTIHAN PENDATANG ASING MENGIKUT SEKTOR PADA  TAHUN 2013 DAN 2014
Sektor/tahun
2013(org)
2014(org)
Pertanian
2373
3623
Pem. rumah
1062
928
pembinaan
6780
7610
Pembuatan
6412
5029
Perkhidmatan
6829
7213
perladangan
7505
5202
Jumlah


                                (Sumber: Perangkaan Sosial, KDN, 2015)
KARANGAN

Daripada sindiket pengedaran dadah antarabangsa sehingga penipuan black money, warga Afrika dilihat begitu sinonim dengan kadar jenayah di negara ini. Malaysia dibimbangi menjadi hab penipuan warga tersebut. Huraikan penyataan ini. (25 markah)

FOKUS 2015


1  Kepentingan Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA)
   - kesan
1     Dapat meluaskan pasaran barangan
2     Menjual barangan bermutu dan mengutungkan negara
3     Menggunakan teknologi terkini untuk memastikan mutu yang dijual berkualiti.
4     Menggalakkan  kemasukan   pelabur   asing untuk meningkatkan pcngeluaran
5     Meningkatkan kecekapan mengendalikan
2  Keganasan
-Melibatkan negara Eropah
-Melibatkan negara Asia
·       cabaran
·       kesan
·       masalah
·       cara menangani
Punca
1     Etnik
2     Agama
3     Kewangan
4     Bahan mentah
5     Menguasai pentadbiran dan tidak mahu orang mentadbir
Langkah mengelakkan keganasan
1     Buat perundingan
2     Minta kerjasama Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
3     Mengadakan hubungan antara negara Selatan-Selatan
4     Mengenakan sekatan ekonomi
5    Membuat sekatan ekonomi
3  Tujuan mengadakan hubungan luar
1   Agama
2   Sejarah
3   Pemimpin
4   Menarik pelancong
5    Meningkatkan kepentingan politik
6   Faktor geopolitik dan geostrategik
7    Mendapatkan kerjasama keselamatan
8    Mengurangkan kemasukan anasir jahat
9    Mengurangkan jenayah merentasi sempadan
10  Meningkatkan pengetahuan sains dan teknologi
11  Hubungan sosial (pendidikan, kesihatan dan 
       kebajikan)
12 Meningkatkan perdagangan tempatan
       (perjanjian perdagangan bebas)
4  Pencerobohan
  -    Punca
  -    Kesan
  -  Langkah
Punca
  1    Pelarian di Malaysia
  2 Lorong tikus / laluan haram
  3 Pemerdagangan manusia
  4 Pendatang asing tanpa izin (PATI)
Langkah
  1 Pemberian peringatan awal
  2 Kerjasama dengan negara jiran
  3    Pengenalan Akta Antipemerdagangan Orang
        2007 (Akta 670)
5  Kemelesetan ekonomi
  -   Apakah punca
  -  Apakah kesan
Punca
 1   Pengawalan mata wang dunia
 2   Kadar faedah yang tinggi dikenakan
 3   Stok berlebihan tetapi tiada permintaan
 4       Pergantungan kepada negara maju untuk   
        menjual produktiviti
 5      Bergantung secara keterlaluan terhadap 
        teknologi barat untuk mengeluarkan barang
        atau mengendalikan jentera
 6   Pelaburan mengambil tindakan berhati-hati dan  
      tidak  melabur
Kesan
1    Permintaan kurang
2    Sembunyi barangan
3    Kelembapan ekonomi dunia
4    Meningkatkan hutang negara
5    Harga barangan eksport jatuh
6    Mengamalkan ekonomi terbuka
7    Keyakinan rakyat semakin kurang
8    Harga barangan tempatan menjadi mahal
9    Perbelanjaan dan modal berpusing pelabur
      merudum
6  Jerebu
-   Punca
-   Kesan
   -   Langkah
1    Perindustrian
2    Pembukaan tanah
3    Pembakaran hutan
4    Pembakaran terbuka
5    Kelalaian masyarakat
6    Indikator kualiti kebersihan udara yang rendah
Kesan
1    Kesihatan
2   Perbelanjaan untuk menjaga alam sekitar
Langkah
1   Kerjasama masyarakat tempatan
2   Penguatkuasaan undang-undang
3   Kerjasama negara ASEAN
7   Nuklear
1    Ancaman nuklear di Asia Tengah dan Timur,  membimbangkan Malaysia dan juga negara-negara d bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
2   Negara Asia seperti Korea Utara, Iran, Pakistan, India, China dan beberapa negara lain yang menganggap mereka berhak membangunkan senjata nuklear masing-masing atas alasan mereka mempunyai hak untuk menjaga keselamatan negara mereka dengan mengadakan ujian nuklear
3   Amerika juga telah menasihatkan Korea Utara untuk memberhentikan ujian nuklear kerana boleh menjejaskan kesihatan masyarakat serantau
4   Malaysia berpendapat teknologi persenjataan nuklear telah mendorong negara-negara maju mempertahankan kedudukannya sebagai kuasa dominan dunia.
5   Pembangunan senjata nuklear menjadi lebih rancak apabila berlakunya perlumbaan dan permusuhan antara negara-negara
6   Negara yang telah pun mengekalkan kedudukan mereka sebagai sebuah negara yang memiliki senjata nuklear akan terus melakukan penerokaan untuk memperbaharui penemuan yang sedia ada
7   Penggunaan dan penjualan teknologi pertahanan berasaskan nuklear semakin terkenal dalam kalangan negara maju
8   Kerajaan Malaysia mendapati penggunaan senjata nuklear berlaku apabila sebuah negara membangunkan teknologi ini sama ada secara rasmi ataupun tidak
9   Kerajaan juga mendapati negara maju ingin memilik senjata nuklear dan menyimpannya di luar pangkalar persempadanan negara seperti kedudukan senjats nuklear milik Amerika Syarikat yang terletak di Eropah Barat dan juga Asia Timur
10      Kerajaan Malaysia mengharapkan teknologi nuklear dikawal   dengan   sebaiknya   kerana dibimbangi teknologi persenjataan nuklear disalahgunakan oleh negara yang mengendalikannya
8  Peranan Malaysia dalam ASEAN
-        Huraikan
-        Bincangkan
1       Meningkatkan eksport
2       Mesyuarat Pasca Menteri (PMC)
3       Dialog Antarabangsa Langkawi (LID)
4       Perundingan Ekonomi Asia Timur (EAEC)
5       Mengelak pergantungan dengan negara barat
6       Meningkatkan kerjasama ekonomi dengan Asia Timur
7       Menggalakkan berkongsi kepintaran atau perkongsian pintar
8       Membincangkan masalah dunia
9  Merapatkan komunikasi antara Malaysia dengan negara-negara Afrika
10 Mempromosikan Pulau Langkawi sebagai destinasi pelancongan bertaraf antarabangsa
11 Perundingan Ekonomi Asia Timur (EAEC)
12 Menjelaskan kepentingan EAEC apabila mendapat bantahan dari blok barat terutama Amerika Syarikat
13 Mencadangkan supaya negara ASEAN, Australia, New Zealand, Hong kong, Jepun, Korea Selatan, Taiwan, Kanada, Amerika Syarikat dan China menjadi ahli EAEC
14 Penubuhan    EAEC    menggalakkan kewujudan
Kumpulan Serantau seperti EEA, NAFTA dan APEC
15 Mesyuarat Asia-Eropah (ASEM)
16 Meluaskan ekonomi
17  Kerjasama antara ASEAN dengan negara Eropah
 9   Peranan Malaysia dalam  APEC (Kerjasama  Ekonomi Asia Pasifik) Bincangkan/Huraikan/Jelaskan
1  Menekankan liberalisasi perdagangan dan ekonomi
2  Menyediakan   kemudahan   perdagangan dengan mengenakan cukai barangan yang rendah
3  Memberi  kerjasama  dengan  negara  ahli untuk membeli dan menjual barangan luar negara dengan mengenakan cukai import yang rendah
4  Menggalakkan kerjasama teknikal dan ekonomi
5  Pengurangan cukai
10         Cabaran luar negara ASEAN-  Kesan/Cara mengatasi
1  Ketidaktentuan ekonomi
2  Komuniti Ekonomi ASEAN
3  Program Tindakan Viantiane
4  Faktor hubungan kuasa besar
5  Peralihan keseimbangan kuasa
6  Komuniti Sosiobudaya ASEAN
7  Ancaman keselamatan manusia
8  Komuniti Keselamatan ASEAN
9  Merapatkan Jurang Pembangunan
10 Yayasan ASEAN, Konflik Aceh dan Myanmar
11  Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE)-Kepentingan/Potensi
1  Adalah zon yang luasnya 200 batu nautika atau 320 km mil dari garis dasar pantai sesebuah negara
2  Mempunyai hak atas:
•   kekayaan alam di dalamnya
•   menggunakan untuk mencari gali minyak
•   kebebasan belayar
•   terbang di atasnya
•   melakukan penanaman kabel dan paip
•   aktiviti perikanan
12  Peranan Malaysia dalam Pergerakan Negara-Negara Berkecuali
1  Bersuara tentang masalah mereka dan mengekalkan keamanan dunia
2  Mengadakan diplomasi pelbagaian melalui Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)
1  Melancarkan "Portal e-Sektretariat NAM"
2  Memberi penekanan kepada isu pembangunan sosial terutama masalah kemiskinan
3  Merangsang perpaduan dan penyatuan sesama negara anggota
13  Kepentingan Deklarasi – Bincangkan/Deklarasi Putrajaya
1  Memperkasakan wanita
2  Memperkukuhkan kedudukan wanita
3  Menggalakkan wanita melibatkan diri dalam pelbagai sektor
Deklarasi Kuala Lumpur
1  Memulakan, membangun dan memperbaik program latihan khusus untuk mencegah rasuah.
2  Memerangi rasuah bagi membaiki kemahiran penguat kuasa undang-undang
3  Menggesa negara ahli, organisasi antarabangsa berkaitan dan institusi kewangan bekerjasama menyediakan sumber tambahan sebagai usaha mencegah rasuah
4  Mengenal pasti dan mengurangkan jurang dalam menyalurkan bantuan teknikal
Deklarasi Kazan
1  Berusaha menangani manipulasi harga makanan dan menggalakkan faktor-faktor pengeluaran makanan
2  Memastikan petani yang mengeluarkan makanan mendapat keuntungan seimbang daripada pengeluaran mereka
3  Menggunakan kaedah-kaedah yang sesuai untuk menambahkan keluaran makanan
4  Mengedarkan makanan dengan cekap
5  Menambah pengurangan pembaziran dan menyediakan tempat penyimpanan dan logistik yang lebih baik
6  Memastikan peningkatan keuntungan bagi petani dan nelayan
14  Peranan dan kejayaan Malaysia dalam OIC - Bincangkan
1  Mempromosikan keamanan melalui platform diplomasi
2  Menjadi jawatankuasa menyelesaikan masalah Bosnia dan Herzegovina, masalah Kosovo, Somalia dan Sierra Leone
3  Membuka pejabat di Sittwe, Rakhine adalah usaha permulaan dalam mencari penyelesaian rakyat Myanmar daripada kumpulan etnik Rohingya supaya mendapat pembelaan
4  Menyokong perjuangan rakyat Palestin dan Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO)
5  Membenarkan  Mujahidin  Afghanistan membuka pejabat perwakilan di Kuala Lumpur pada tahun 1984
15  Peranan Malaysia dalam Kumpulan Lapan Negara Membangun (D-8 )Terangkan/Jelaskan
1  Mengadakan program latihan dan bantuan mengurus syarikat-syarikat takaful
2  Meningkatkan kerjasama kukuh dalam ekonomi
3  Memajukan penggunaan sains dan teknologj dalarm kalangan negara Islam selaras dengan perkembangan dunia
16  Kejayaan Malaysia sebagai ahli Komanwel
1  Menyertai Misi Pemerhati Komanwel dalam pilihan raya di Fiji, Nigeria, Afrika Selatan dan Zimbabwe
2  Menjadi tuan rumah untuk menjalankan persidangan dan melancarkan Deklarasi Langkawi mengenai Alam Sekitar
3  Berusaha mengatasi masalah Dasar Aparteid di Afrika Selatan
4  Memberi bantuan kepada Zimbabwe untuk merdeka
5  65 orang pegawai Malaysia mengikut latihan menerusi pembiayaan  di   bawah  Tabung  Komanwel bagi Kerjasama Teknik (CFTC)
6  Malaysia menyokong usaha negara Komanwel ke arah mewujudkan Pergerakan Kesederhanaan Global (GMM) iaitu komitmennya untuk memupuk nilai kesederhanaan mengatasi sebarang bentuk ekstremisme.
7  Malaysia menjalankan aktiviti dan inisiatif yang bertujuan meningkatkan kesedaran bagi mengukuhkan komitmen untuk menjaga keamanan dan kesejahteraan negara serantau
8  Malaysia mengharapkan Islam Fobia dapat dihapuskan bukan sahaja dalam kalangan negara Komanwel malah dalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
17  Peranan Malaysia dalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)
1  Menjadi ahli UNESCO, FAO dan WB, WHO dan ILO
2  Memberi bantuan tentera bersama-sama tentera pengaman dunia dalam Perang Saudara di Congo (Republik Zaire) (1960 - 1963), Namibia (1989 - 1990), Iran-Iraq (1988 -  1991),  Somalia  (1992)  dan Bosnia -Herzegovina (1992)
3  Menyertai Misi Pemerhati PBB di Liberia, Sierra Leone, Iraq-Kuwait, Pentadbiran PBB di Timor-Timur (UNTAET)
4  Seramai 1,020 anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) berkhidmat di Afghanistan, Lebanon dan Selatan Filipina pada 25 Ogos 2012
5  Kumpulan pendahulu Kontinjen Malaysia (Malcon) II bagi misi Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lebanon (UNIFIL) membabitkan seramai 80 pegawai dan anggota berlepas ke Beirut
6  Seramai 241 pegawai dan anggota tentera Kumpulan Kedua Batalion Malaysia Kelima (Malbatt V) telah berlepas ke Lebanon bagi menyertai misi United Nations Interim Force m Lebanon (UNIHL) pada 30 Oktober 2012
7  Menjadi anggota Majlis Keselamatan bagi penegal 1999-2000
8  Pegawai Malaysia dilantik menjadi Utusan Khas PBB ke Myanmar dan menjadi Pengarah Pejabat Hal Ehwal Angkasa Lepas PBB
9  PBB juga telah melantik Malaysia sebagai Anggota buruhanjaya Hak Asasi Manusia PBB (2001 -2003)
10 Malaysia memberi beberapa bon yang dikeluarkan oleh PBB sebanyak $600 juta untuk menyelesaikan masalah kewangan
1    Kerajaan Malaysia memberi bantuan kepada pegawai kesihatan WHO untuk menghapuskan penyakit berbahaya seperti malaria, cirit-birit dan demam denggi di Malaysia
2    Menubuhkan pusat Daya Pengeluaran Negara membantu meninggikan taraf perusahaan negara selaras dengan kehendak ILO
Isu-isu /cabaran yang melibatkan Malaysia
Sosial
1    Bangsamoro
2    Masalah lanun
3    Rakyat Palestin
4    Kumpulan Abu Sayyaf
5    Pelarian kaum Rohingya
6    Masalah pembantu rumah
7    Tonggak 4 Pendidikan UNESCO
8    Sengketa Perkauman di Selatan Thailand
9    Hak asasi manusia melibatkan negara ASEAN
10 Isu filem dan karikatur menghina agama Islam
Politik
1   Indonesia
2   Pulau Ambalat
3   Masalah Amah
4   Konfrontasi Indonesia
5   Pulau Sipadan-Ligitan
6   Pendatang asing tanpa izin dan cabaran kepad; Malaysia
Singapura
1   Pulau Pisang
2   Pulau Batu Putih
3   Jambatan Bengkok
4   Masalah bekalan air
5   Ruang udara Malaysia
6   Ancaman serangan Singapura
7   Isu penambakan laut dan pasir
8   Masalah pengambilan pasir silika
9   Saingan Pelabuhan Tanjung Lepas
Filipina
1   Brunei
2   Isu Sabah
3   Pulau Spratly
4   Sempadan Limbang
5   Pendatang dan pelarian Filipina di Sabah
6   Masalah perairan laut atau Blok 18 untuk cari gali
Thailand
1   Perairan
2   Penyeludupan
3   Pelarian pemberontak di Selantan Thailand
Vietnam
1   Pulau Spartly
Myanmar
1   Pekerja tanpa izin
2   Pelarian Rohingya
Sains dan teknologi
1   Jenayah siber
2   Protokol Kyoto
3   Teknologi Hijau
4   Protokol Madrid
5   Protokol Montreal
6   Protokol Cartagena
7   Masalah blog Internet
8   Bahaya senjata biologi