Saturday, 24 October 2015

PANDUAN MELABEL DAN MEMBEZAKAN GRAF/CARTA

Banyak pelajar bertanya soalan yang sama iaitu bagaimana hendak membezakan graf atau carta pai
Bar komponen- mesti ada jumlah dalam petikan ataupun dalam arahan soalan. Selain itu terdapat maksud komponen seperti jenis, kategori, pecahan, komposisi penduduk. Bagaimanapun jika kesemua pecahan ini dicampur maka calon dapat mencari jumlah besar bagi tahun tersebut. Jumlah itu kadang kala wujud dalam petikan. Adakalanya calon perlu mengira sendiri
Bar kompaun- menunjukkan kadar, amaun, kuantiti, nilai pengeluaran dan apa jua istilah di mana calon tidak dapat menjumlahkannya atau jika berusaha mencampurkan, maka tidak terdapat jumlah tersebut.
Carta pai bertingkat/piramid-  terdapat dua elemen yang berbeza seperti barangan komoditi (peratus dua titik perpuluhan ditulis di luar) dan negara yang mengeksport (peratus dua titik perpuluhan ditulis di dalam). Kedua-dua elemen ini membawa satu jumlah yang sama. Contohnya jika nilai barangan komoditi ialah RM 38 juta maka nilai untuk negara yang mengeksport juga RM38 juta. Jangan lupa tulis ketinggian 1 cm: 10% dan jumlahnya . kedua-dua ini di bawah carta pai bertingkat
Carta pai berbanding-Andai kata terdapat dua tahun atau elemen yang berbeza dan dua jumlah yang berbeza maka jawapannya ialah pai berbanding, Contohnya nilai tahun 2013 RM 32 juta dan nilai tahun 2014 RM45 juta. Ataupun nilai eksport RM76 tan metrik dan nilai import RM83 tan metrik. Nampak tak perbezaan tersebut. Cara mencari nisbah jejari sila bertanya kepada guru masing-masing. Ingat jumlah dan jejari bagi setiap bulatan/carta mesti ditulis di bawah carta tersebut. Manakala nisbah jejari wajib ditulis di antara dua carta tersebut. Semua peratus dua titik perpuluhan contoh 7.32% manakala nisbah jejari tiga tempat perpuluhan contoh 1:1.263. Ingat jangan tulis cm pada nisbah tersebut.
Graf garis kompaun- menunjukkan harga, nilai saham, kenaikan suhu (belum keluar dalam STPM) perubahan seperti eksport import kuantiti, pengeluaran dan sebagainya. Pendek kata satu keadaan yang turun dan naik atau naik dan turun
Graf garis komponen- mesti ada jumlah dalam petikan ataupun dalam arahan soalan. Selain itu terdapat maksud komponen seperti jenis, kategori, pecahan, komposisi penduduk. Bagaimanapun jika kesemua pecahan ini dicampur maka calon dapat mencari jumlah besar bagi tahun tersebut. Jumlah itu kadang kala wujud dalam petikan. Adakalanya calon perlu mengira sendiri. Ingat tiada keadaan yang turun dan naik atau naik dan turun.
SOALAN
Lukiskan graf yang sesuai……. Graf garis ataupun graf bar (rujuk kehendak di atas)
Lukiskan carta yang sesuai…….Carta pai bertingkat ataupun carta pai berbanding
Semasa menghantar skrip jawapan, pastikan calon hantar bersama jadual, walaupun jadual anda itu cuma lakaran
Pensel berwarna atau highlighter digalakkan. Tetapi jangan guna kedua-duanya sekali gus. Sila beli satu set pensel berwarna atau highlighter yang banyak warna.
Seboleh-bolehnya semua peratus ditulis di luar carta pai jika soalan itu carta pai berbanding.
Semua peratus bagi ketinggian carta pai bertingkat ditulis di dalam. Bagi pecahan carta pai digalakkan ditulis di luar.


No comments:

Post a Comment