Showing posts with label SASTERA. Show all posts
Showing posts with label SASTERA. Show all posts

Saturday, 25 July 2015

Komen-komen GOODREADS.COM

This is a story which take place in thiruparankundram,Madurai.This story tells the characters of purani and aravindan,who lived in present world with tamil culture(panbadu) in them. The main characters includes *Purani *Aravindan *Muruganandam *Mangalashwary ammal *Vasantha *Bharama karar 

Aug 18, 2013Subramanian Ramamurthy rated it 5 of 5 stars
Poorani and Aravindan, what anice charactersation! It is more than fifty years, since i first read it and I do not remember how many more times I read. I recommend this to book to all Tamil knowing persons, especially youngsters. It is ever fresh!

Vasudevan K rated it 4 of 5 stars
It's difficult to see a women like Poorani in present day living. 50 Years have been passed since this Novel's first publication. The way of life is completely changed. But the narration is enjoyable; reflects the way how the society of that time behaved under different circumstances. Good read to understand so called "mannin manbu".

Sep 02, 2013Avinash Sankar rated it 4 of 5 stars
Avinash Sankar

much impressed ... Aravindan and Poorani are good fiction characters. Overall the book is good to read. We should appreciate the writer's effort in conveying social awareness..

NOVEL TAMIL KURINJI MALAR (BUNGA KURINJI)


Pada 7 Jun 2013, sewaktu cuti sekolah dua minggu. Cuti ini memang menyenorokkan kerana saya berpeluang membaca dua buah novel Tamil tulisan Na. Parthasarathi (nama penanya) Nama asalnya Manivannan, sebuah novel Melayu “Adik Datang” oleh A. Samad Said dan Memoir Tun Mahathir “Doktor Umum”. Buku Tun Mahathir boleh mengimbau masa silam beliau daripada seorang Ahli Parlimen kepada seorang Perdana Menteri yang memahat dan mereka bentuk Malaysia moden. Karya A. Samad Said masih dalam proses pembacaan.
Novel yang agak kelainan yang dapat mengguris perasaan dan gerak jiwa saya ialah karya Na. Parthasarathi. Karyanya Kurinji Malar. Saya tidak tahu menahu terjemahannya dalam bahasa Melayu. Tetapi ia sejenis bunga yang hanya mekar sekali dalam puluhan tahun.
Penulis setakat ini telah menukil 16 buah novel dan pernah dianugerahi Akademi Sahitya (satu anugerah yang paling tinggi yang diberikan kepada seniman dan pengarang yang ulung di India oleh Kerajaan India). Mendiang yang lahir pada 18 Disember 1932 dan meninggal dunia pada 13 Disember 1987) sering dikenali sebagai Theebam Parthasarathi kerana kerjayanya sebagai penulis bermula dengan menulis dalam majalah yang bertajuk Theebam. Pernah menjadi wartawan dalam beberapa majalah seperti Kalki, Dina Mani dan Kadhir. Sering menggunakan nama penanya seperti Theeran, Aravindan, Ponmudi, Valavan, Kadalazhagan, Ilampooranan dan sebagainya.
Novel Kurinji Malar ini bertepatan dengan judulnya kerana pengarang berjaya menghidupkan seorang watak protoganis wanita yang bernama Poorni yang hidupnya dipenuhi pelbagai pancaroba dan menghabiskan sisa-sisa hidupnya tanpa berkahwin. Sewaktu novel ditamatkan, usia watak ini 50-an. Hanya kerana cinta sejati terhadap sesorang jejaka yang bernama Aravindan, beliau sanggup hidup berseorangan. Namun beliau juga mempunyai adik-adik untuk dijaganya. Poorni bermaksud lengkap. Wanita ini digambarkan sebagai seorang anak perempuan yang memang serba lengkap budi pekertinya dan pengetahuannya. Walaupun tidak berpendidikan tinggi, namun pengetahuan yang cukup mendalam dalam bahasa dan  sastera Tamil serta falsafah hidup orang-orang India zaman silam menyebabkan dia disegani dan diundang dalam banyak majlis untuk menyampaikan syarahan. Kemahiran ini sebenarnya diwarisi daripada ayahnya seorang professor bahasa Tamil.
Sejak kematian ayah dan ibunya, di pundaknya menggalas beban keluarga untuk membesarkan adik-adiknya. Yang lebih menonjol dalam novel ini ialah bagaimana seseorang gadis Timur perlu menjaga tertib dan budaya yang diwarisinya. Watak protoganis Aravindan cuma membantu wanita ini menjadi popular dan dialah menyebabkannya menang dalam satu pilihanraya kawasan mereka tinggal. Tetapi malangnya pada saat-saat manusia meraikan kemenangannya, pada tika itulah kekasihnya Aravindan meninggal dunia akibat suatu penyakit berjangkit. Kekasihnya Aravindan seorang lelaki yang sopan, tertib dan menjadi idola kepada para lelaki yang lain. Dia suka berkhidmat kepada masyarakat. Ketika membantu sekumpulan komuniti daripada dijangkiti penyakit itulah malangya dia dijangkiti penyakit tersebut.
Kedua-dua watak tersebut memberikan banyak pengajaran secara tersirat kepada kaum pembaca. Bagaimana seharusnya pemuda dan pemudi Timur harus bertingkah laku dalam masyarakat? Duo ini menjadi teladan dan idola. Tanpa sentuhan fizikal mereka membalas cinta sejati mereka hanya melalui kata-kata dan bahasa badan sahaja. Wacana berunsur falsafah yang diselit dalam dialog antara kedua-dua mereka merapatkan lagi hubungan mereka dan mereka mengenali diri masing-masing dengan lebih dekat. Pengajaran juga disampaikan oleh ayah Poorni seorang professor. Walaupun gambaran watak ayah dalam imbas kembali, tetapi pengarang berjaya menghidupkan watak ini seolah-olah watak tersebut hidup di hadapan mata kita. Asuhan dan ajaran bahasa dan budaya kepada anak sulungnya menyebabkan anak sulungnya iaitu Poorni hidup berdikari,  sentiasa berinisiatif dan lebih optimis terhadap apa-apa yang dilakukan olehnya dan terhadap apa-apa yang berlaku dalam hidupnya.Wanita seumpama ini amat jarang dapat kita lihat dalam masyarakat samalah seperti bunga Kurinji yang amat jarang dapat kita lihat di alam ini.

 (Saya petik semula tulisan saya in daripada blog saya pawanghana. Blog ini sudah tidak berfungsi lagi)

Thursday, 16 July 2015

KAJIAN LITERASI

Kajian Terhadap Fenomena Literasi Di Kalangan Pelajar Menengah.

Kajian ini memberi tumpuan terhadap perancangan dan pelaksanaan literasi di sekolah-sekolah Menengah. Konsep dan pelaksanaan literasi di sekolah menengah lebih tertunpu kepada penguasaan dan kemahiran berilmu yang disampaikan melalui penyataan kognitif dan afektif. Masyarakat guru pula lebih memberi penekanan kepada pelaksanaan dan pengembangan kurikulum dan subjek yang diajar. Manakala ibu bapa pula begitu asyik memberi penekanan kepada peperiksaan. Peperiksaan dan pencapaian kognitif yang baik dalam peperiksaan awam menjadi matlamat akhir pendidikan.
Boleh dikatakan pengamal-pengamal dasar kurikulum khususnya guru-guru kita lebih menekankan dasar kurikulum yang menjurus kepada perkembangan kognituf dan amat kurang memberi tumpuan kepada kefahaman dan penguasaan konsep literasi. Literasi menjadi tunjang dalam pemahaman pengajaran guru. Guru-guru gagal memahami peranan literasi dalam membantu perkembangan minda dan emosi pelajar khususnya di peringkat menengah rendah. Konsep literasi dalam kurikulum sekolah perilu ditekankan segera supaya pelajar dapat memenuhi cita rasa hidupnya menerusi pengalaman literasi yang dilalui. Dengan ini dapat diharapkan pertumbuhan dan perkembangan mental, emosi dan fizikal kanak-kanak dapat berjalan dengan lancar.
Untuk mengkaji sejauh mana kadar literasi pelajar membantu mereka memahami teks-teks bacaan, saya akan menggunakan beberapa pendekatan, antaranya teori skema. Teori ini akan membantu saya mengkaji pengetahuan latar seseorang pelajar untuk membantu mereka memahami apa yang dibacanya. Kajian terhadap pengetahuan latar ini boleh digunakan dalam kefahaman bacaan dan juga dalam penulisan karangan. Kajian secara skematik ini penting untk membantu guru-guru menjalankan aktiviti pra penulisan kepada para pelajar. Selainitu, kajian saya juga akan menjurus kepada teori behaviorisme untuk mengkaji literasi pelajar. Teori ini meningkatkan kemahiran berbahasa pelajar. Kajian juga akan menjurus kepada suasana pengajaran dan pembelajaran yang menyeronokkan. Suasana ini amat penting lebih-lebih lagi dalam mengajar puisi sebagai komponen sastera dalam bahasa Melayu. Trend pelajar masa kini tidak seperti zaman 70-an atau 80-an. Pelajar masa kini menentukan maknadengan sendiri tanpa dipengaruhi oleh guru. Pengdekatan ini tertumpu kepada penikmatan iaitu agar pelajar berasa seronok terhadap puisi tersebut. Mereka akan menentukan makna sendiri dan guru Cuma bertindak sebagai fasilitator. Peranan guru sebagai Pembina dan penyampai makna dalam teks semakin terhakis dan tempat mereka kini diambilalih oleh pelajar sebagai pembaca moden.

Selain pendekatan-pendekatan di atas, saya ingin menggunakan kaedah lain seperti model bottom-up, pendekatan gabung jalin serta pendekatan komunikatif dan lain-lain yang sesuai untuk mengukur kadar literasi pelajar kita. Kajian ini dapat diharap meningkatkan keyakinan, kreativiti dan minat guru terhadap proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas. Saya juga berharap contoh aktiviti yang akan disajikan dalam kajian nanti menimbulkan minat pelajar terhadap subjek bahasa seperti bahasa Melayu dan Inggeris. Pusat Perkembangan Kurikulum dan Maktab-maktab Perguruan serta pusat-pusat pengajian pendidikan universiti tempatan juga akan mendapat manfaat daripada kajian ini. Mereka boleh menggubal dan merangka dasar kurikulum yang lebih praktikal dan relevan dengan selera pelajar masa kini.

Saturday, 4 July 2015

Sastera Awal Kanak-Kanak

Sastera awal bagi seseorang kanak-kanak awal merupakan sarana penting untuk mengembangkan imaginasi dan minat kanak-kanak dalam pembelajaran. Dalam konteks ini, ibu bapa dan guru-guru mempunyai peranan mereka dalam menyemai minat membaca dalam  kalangan kanak-kanak. Dengan ini mereka dapat menimba ilmu pengetahuan melalui kesusasteraan. Walau bagaimanapun, masalah yang dihadapi oleh kanak-kanak Malaysia kini ialah kanak-kanak kita belum mahir menguasai pembacaan karya sastera. Hal ini mungkin disebabkan mutu karya sastera masih rendah dan tidak mencungkil minat kanak-kanak untuk menghayati karya sastera kanak-kanak. Adalah disyorkan para ibu bapa dan guru sama ada di rumah atau di prasekolah hendaklah menggalakkan kanak-kanak membaca sewaktu senggang.  Di rumah, ibu bapa perlu melakukan aktiviti pembacaan buku-buku cerita untuk kanak-kanak sebagai rutin harian. Sementara guru-guru di sekolah pula perlu mengadakan aktiviti tambahan untuk mengekalkan dan meningkatkan kepentingan dalam tabiat membaca dalam kalangan kanak-kanak untuk jangka masa panjang. Selain itu, buku-buku sastera kanak-kanak yang diterbitkan di Malaysia tidak didapati menarik kerana kebanyakan karya sastera kita ditulis mengikut nuansa dewasa. Seterusnya, penerbit perlu menerbitkan sastera kanak-kanak yang baik dan berkualiti berdasarkan keperluan kanak-kanak.

STRUKTURALISME vs DEKONSTRUKSI


Linguistik moden muncul pada peringkat awal di Perancis sekitar tahun 1916. Pada tahun inilah diterbitkan’Course In General Linguistics’ yang merupakan hasil pengumpulan nota-nota kuliah Ferdinand de Saussure (1857-1917) yang dibukukan. Penerbitan buku ini adalah atas inisiatif pelajar-pelajar beliau sendiri. Dalam buku tersebut, Ferdinand de Saussure yang merupakan Bapa Linguistik Moden telah mengemukakan teori tentang tanda. Tanda terdiri daripada dua dimensi iaitu parole dan langue. Parole ialah ujaran yang dihasilkan oleh penutur, manakala langue pula ialah satu kesatuan yang terdiri daripada unit-unit yang membentuk satu system bahasa yang diterima oleh masyarakat. Hubungan ujaran dengan kesatuan (system bahasa) inilah yang melahirkan tanda (makna) (Lyons, 1993: 57). Sistem bahasa ini diterimapakai oleh masyarakat atas persetujuan dan persefakatan bersama. Penerimaan masyarakat terhadap sesuatu system bahasa ini bergantung pada jangka masa atau zaman tertentu. Penerimaan terhadap satu system bahasa ini berbeza-beza antara satu masyarakat dengan satu masyarakat yang lain. Misalnya bahasa Inggeris diterima dan dipersetujui oleh masyarakat Inggeris, manakala bahasa Melayu diterima dan dipersetujui oleh orang-orang Melayu. Begitu juga penerimaan masyarakat berbeza mengikut zaman tertentu. Misalnya bahasa Melayu zaman awal atau zaman Kesultanan Melayu Melaka berbeza dengan bahasa Melayu yang diterima oleh masyarakat zaman sekarang. Teori Saussure ini menyebabkan berlaku pemikiran semula tentang hakikat bahasa yang sebenar (Sohaimi Abdul, 1997: 30) kerana pandangan ini bertentangan dengan pandangan ahli bahasa sebelumnya, bahawa bahasa adalah fenomena yang sedia ada dan berada dalam suasana yang tetap.
Setelah Saussure membuat kajian linguistik sinkronik, wujud satu asas aliran linguistik diskriptif yang kemudiannya dinamakan linguistic strukturalisme (Hashim Musa, 1994: 121). Kajian sinkronik Saussure ini melibatkan kajian bahasa yang menyeluruh sebagaimana yang terdapat pada sesuatu masa atau satu detik waktu dan menolak kajian diakronik yang melibatkan sejarah bahasa itu sendiri (Palmer, 1989: 13). Dalam sesuatu bahasa, prinsip keutamaan pertuturan lebih daripada tulisan memberi implikasi kerana bahasa pertuturan tersebar lebih luas daripada tulisan (Lyons, 1993: 42). Menurut Saussure lagi, bahasa berada dalam sesuatu system konvensional dan bersifat arbitrari.
Sehubungan dengan kajian ini, Saussure telah mengemukakan bahawa, bahasa adalah satu sisitem tanda yang berada dalam konvensi-konvensi tertentu yang dipersetujui bersama di dalam sesebuah masyarakat (Sohaimi Abdul Aziz, 1997:5). Menurut Saussure lagi, sign (tanda) wujud daripada kesatuan signifier (penanda) dengan signified (petanda). Hubungan antara signifier dengan signified adalah bersifat arbitrary iaitu berdasarkan persetujuan bersama penuturnya. Misalnya perkataan ‘meja’ di dalam bahasa Melayu merujuk kepada objek meja tetapi dalam bahasa Inggeris, objek yang sama dirujuk kepada perkataan ‘table’. Maka hubungan antara signifier dengan signified tidak stabil. Objek yang sama mempunyai penanda yang berbeza.
Model teori bahasa Saussure ini telah digunakan untuk mengkaji karya sastera. Karya sastera dikaji untuk menemukan sistem atau struktur yang mendasari sesebuah karya. Sistem yang mendasari karya adalah sistem operasi mental. Antara yang mendasari konsep langue dan parole ialah persetentangan duaan (binary opposition) (Lentricchia, 1980: 128). Pendekatan yang bersifat analitikal ini untuk menemui makna dalam gabungan unit-unit yang membentuk sistem tersebut. Pendekatan ini dinamakan strukturalisme merupakan satu usaha untuk menerapkan teori linguistik moden ke atas objek-objek dan kegiatan seluruh kehidupan manusia. Strukturalisme telah menjadi satu gerakan pemikiran budaya yang membina satu sistem iaitu sistem tanda. Sistem tanda ini hanyalah dilihat dalam teks. Persetentangan duaan yang berlaku dalam teks akan memberi makna (tanda) yang akan mamahamkan pembaca.

Stukturalisme sastera yang berkembang dalam tahun 1960an, melihat bahagian-bahagian yang dibina atau struktur dalaman karya berada dalam satu kesatuan. Kesatuan ini lebih penting daripada bahagian lain dalam karya. Makna hanya dilihat dalam karya sahaja. Makna tidak dilihat di luar teks. Golongan ini telah menolak tanggapan tradisional yang menganggap sumber makna daripada pengarang. Karya sastera perlu diteliti secara autonomus. Dalam proses mecari makna, pembaca yang diberi kebebasan menentukan makna, sehingga pembaca digelar ‘super reader’ (Eagleton, 1998: 133). Karya sastera dilihat sebagai satu binaan linguistic, bukan sebagai cermin pengarang. Bahasa yang digunakan oleh pengarang merupakan struktur bahasa yang menjadi satu kesatuan bagi merakamkan kehidupan dalam karya. Konsep tanda (sign), penanda (signifier) dan petanda (signified) di dalam teori bahasa Saussure dilihat mempunyai perkaitan dalam sastera. Dalam strukturalisme sastera, hubungan antara signifier dengan signified melahirkan atau mewujudkan sign. Signifier dalam sastera ialah bahasa yang digunakan dalam teks. Signified pula ialah cirri-ciri sastra atau fiksyen dalam teks. Manakala sign pula ialah satu sistem kehidupan atau gabungan unit-unit dalam kesatuan, di dalam karya yang dihasilkan. Makna atau sistem kehidupan ini hanya wujud dalam karya bukan di luar karya. Bermakna, apa yang ada dalam karya tidak ada kaitan dengan kehidupan pengarang. Walaupun kadang kala berlaku secara kebetulan. Bagi strukturalisme, sistem kehidupan mempunyai hirarki dan pusat yang mengawal serta mengimbanginya. Hirarki ini merupakan status kehidupan masyarakat dalam karya. Pusat yang utama yang menjadi pengawal masyarakat ialah agama dan peraturan atau undang-undang yang menjadi pengawal kehidupan. Pusat yang mengawal sistem kehidupan masyarakat ini berada atas landasan kebenaran. Hanya kebenaran yang dapat memastikan keharmonian dan kesejahteraan hidup manusia.
Teori strukturalisme telah dikritik oleh seorang ahli falsafah Perancis yang terkenal iaitu Jacques Derrida. Menurut Derrida strukturalisme yang dimengertikan dalam falsafah barat bahawa dalam struktur itu wujudnya pusat (center). Tujuan kewujudan pusat ialah untuk mengawal sistem atau struktur. Derrida menjelaskan, konsep logosentrisme adalah kecenderungan pemikiran yang percaya wujudnya pusat dan kesatuan. Di samping itu is juga berasaskan kebenaran( Jefferson dan Robey, 1988:152). Apabila ada pusat sudah pasti adanya hirarki. Derrida menolak kewujudan hirarki di dalam sistem atau kesatuan. Apabila menolak hirarki bererti dengan sendirinya Derrida menolak strukturalisme. Menolak hirarki dan pusat bermakna bagi Derrida sudah tidak ada lagi kesatuan, yang ada hanyalah keos.Beliau melihat kesatuan itu tidak berfaedah Dan kalau ada pun, ia tidak pernah sempurna. Justeru itu makna sudah menjadi tidak perlu, dan kadang-kadang mustahil untuk mewujudkan makna. Ia meragukan semua orang. Hasil penulisan juga diragui maknanya. Oleh itu, Derrida menolak logosentrisme yang menyakini wujudnya hirarki dalam kesatuan serta prinsip kebenaran yang menjadi asas kepada konsep ini. Fahaman Derrida ini dengan sendirinya meruntuhkan struktur. Apabila struktur runtuh, maka beliau telah menghapuskan makna ataupun makna tidak lagi pasti, yang wujud hanya aporia (Norris,1991: 49).
Berbalik kepada Saussure, konsep signifier (penanda) dan signified (petanda) adalah saling berhubungan antara keduanya. Saussure melihat bahasa sebagai satu sistem tanda yang berada dalam kesatuan yang dibangunkan oleh signifier dan signified. Hubungan tanda yang bersifat sewenang ini diperluaskan lagi dan didekonstruksi oleh Derrida. Bagi Derrida signifier tidak ada hubungan dengan signified. Ia wujud dalam keadaan terasing atau terpisah. Ini bermakna ketentuan makna adalah bebas dan terbuka luas kepada pentafsiran yang berbagai-bagai. Bagi Saussure, selepas penanda, akan wujud petanda-petanda. Seperti yang disebutkan tadi, Derrida menganggap signifier dan signified tidak saling berhubungan dalam kesatuan sebaliknya terpisah, dan ia terus berkembang dan berkembang hingga akhirnya yang wujud hanyalah signifier sahaja.Jelas menunjukkan, pada Derrida ,bahasa adalah satu rantaian signifier sahaja. Manakala makna pula bergerak di sepanjang rantaian signifier tersebut yang mewujudkan permainan makna yang tidak berkesudahan. Kesimpulan yang beliau buat ialah bahasa adalah satu entiti yang tidak stabil. Ini bererti makna juga tidak stabil ( Sohaimi Abdul Aziz, 1997: 34). Perbezaan antara signifier dan signified hanya boleh dipertahankan jika sekiranya satu-satu istilah itu bersifat muktamad.

Anggapan Derrida bahawa bahasa dan makna tidak stabil dengan sendirinya beliau mengkritik serta menolak fonosentrisme yang menerima bahasa sebagai satu medium yang telus(transferen) tentang makna dan kebenaran. Bagi fonosentrisme percakapan atau ujaran lebih diutamakan daripada tulisan kerana percakapan lebih dekat dengan hati yang menjadi pusat mengawal diri manusia dan lebih jelas daripada tulisan.

KOMSAS

Pelajar-pelajar dari tingkatan satu hingga lima dikehendaki membaca sebuah novel dan sebuah antologi. Matlamatnya adalah jelas iaitu membantu pelajar-pelajar untuk mengapresiasi karya-karya sastera di samping meningkatkan penguasaan kosa kata dan menikmati estetik sastera. Tetapi adakah matlamat vital komsas ini dicapai sepenuhnya? Boleh dikatakan hampir semua warga pendidikan sekolah, guru dan pelajar malah ibu bapa tidak begitu menekankan komsas ini. Mereka seolah-olah membaca dan menghafal peristiwa penting, nilai murni dan aspek-aspek sastera lain untuk lulus dalam peperiksaan semata-mata. Niat murni Kementerian untuk melahirkan pelajar yang bukan teknokrat tetapi adalah untuk melahirkan pelajar yang berjiwa kemanusiaan. Nilai-nilai kemanusiaan hanya dapat digarap melalui karya sastera sahaja. Kalau kita bandingkan sistem pendidikan Inggeris sebelum merdeka, setiap pelajar tanpa mengira jenis sekolah diwajibkan membaca karya sastera sama ada dalam bahasa Inggeris ataupun dalam bahasa Melayu. Walaupun pelajar dulu tidak mengambil subjek kesusasteraan tetapi mempunyai minat yang mendalam dalam pembacaan karya-karya fiksyen.Tetapi malangnya walaunpun komsas dijadikan salah satu penilaian dalam peperiksaan awam, namun minat pelajar untuk membaca karya fiksyen tidaklah begitu menyerlah. Jadi saya berpendapat kerajaan hendaklah mengambil langkah lebih drastik dan proaktif untuk mewajibkan pembacaan karya sastera dalam kurikulum utama sekolah. Komsas tidak hanya sebagai satu aspek penilaian peperiksaan sahaja.Pelbagai faktor menyumbang kepada kedaifan pelajar kita untuk berjinak-jinak dengan sastera. Antara faktornya ialah pengaruh telefon bimbit dan internet. Hal ini kerana kedua-dua perangkat komunikasi ini memudahkan pelajar membaca sesuatu bahan yang ringan dan picisan. Pelajar kini mudah berpuas hati dengan membaca karya yang tidak bermutu yang banyak menghiasi laman-laman web sekarang. Kaedah untuk mendekati karya sastera yang berkualiti hendaklah diajar dan dibimbing di sekolah. Sebagai contohnya dalam seminggu, dua waktu hendaklah diperuntukkan untuk membaca bahan sastera dalam bilik darjah. Malah pelajar-pelajar juga diwajibkan menyiapkan tugasan sastera di rumah. Amat jarang sekali kita lihat pelajar mendeklamasi sajak, membaca sinopsis cerita ataupun mengulasa karya-karya sastera di majlis-majlis perhimpunan sekolah.Di negara India umpamanya, hampir semua univerisiti menyediakan kursus penghayatan, penulisan dan analisis sastera, di mana pelajar dari jurusan bukan kemanusiaan digalakkan mengambil satu atau dua mata kursus mengenai sastera.

Di IPT tempatan kita termasuk IPG kita janganlah membebankan guru-guru sastera dan bahasa dengan pelbagai teori sastera. Sebaliknya mereka harus didedahkan cara-cara pembacaan, pemahaman dan penghayatan sastera. Dalam hal ini hanya teori berkaitan sahaja perlu diajar kepada guru-guru pelatih seperti teori resepsi sastera, analisis wacana dan yang berkaitan. Malang sekali masih terdapat universiti dan IPG kita mengajar guru pelatih tentang struktur dan bentuk karya sastera seperti formalisme, strukturalisme dan sebagainya. Inti pati dalam teori analisis wacana dan resepsi sastera (penerimaan) hendaklah disampaikan kepada pelajar sekolah supaya mereka dapat mengapresiasi sastera dengan mudah dan betul. Pelbagai panduan telahpun ditulis dan disampaikan oleh sarjana sastera tempatan seperti Hashim Awang, Dharmawijaya, A Wahab Ali, Ismail Hussein, Mana Sikana, Rahman Shaari dan sarjana-sarjana lain. Tetapi hasil tulisan mereka tidak lagi dijadikan panduan oleh guru-guru sastera ataupun Komsas sekarang. Guru-guru sekarang lebih banyak bergantung kepada buku-buku ulasan sastera atau komsas yang ditulis oleh penulis yang tidak berpengalaman. Buku-buku inilah yang membanjiri pasaran sastera di negara kita sekarang. Banyak pelajar kini tidak lagi bergantung kepada guru di sekolah. Mereka lebih bergantung kepada buku-buku ulasan ini.Jadi untuk memartabatkan komsas dan sastera di negara ini, kementerian pelajaran hendaklah mewajibkan pembacaan karya sastera di sekolah-sekolah dalam bahasa Inggeris dan bahasa Melayu.

Info Epik

Genre sastera dapat dibahagikan kepada tiga bahagian utama iaitu drama, epik dan lirik. Epik adalah puisi naratif yang panjang dan berbentuk ucapan yang tulen. Epik lebih panjang daripada drama. Bagaimanapun epik kurang kemas strukturnya kerana panjang serta ceritanya pula lebih bersifat peristiwa. Epik kepahlawanan (disebut EK) ialah sebuah epik yang mana unsur-unsur di dalamnya merupakan kisah-kisah keberanian dan kepahlawanan tokoh-tokoh wira manusia yang termahsyur. Menurut Koster, EK ialah suatu naratif tentang perbuatan agung dan gemilang yang dilakukan oleh pahlawan-pahlawan pada suatu masa dahulu kala. Tambah beliau, EK disampaikan secara lisan oleh pencerita ataupun disampaikan secara bertulis tetapi seolah-olah disampaikan oleh pencerita lisan. (Koster, 1995:25). Malah peranan dewa-dewa juga diselitkan dalam cerita ini. Kisah-kisah ini diberi kepentingan yang luas ertinya sehingga melibatkan seluruh tamadun manusia. EK sering mengambil bahannya dari sejarah dan mitos. Mitos lebih bersifat rohaniah dan berhubung dengan pandangan masyarakat pada satu-satu ketika. Penciptaannya bukanlah sejenis dongengan tetapi di dalamnya terdapat “suara” untuk memohon restu daripada dewa. (Danziger, 1993:109)
EK sebagai puisi naratif mempunyai tema dan gaya yang agak berlainan. Epik berkaitan dengan peristiwa-peristiwa legenda dan sejarah untuk membentuk satu signifikan (=makna baru) kepada sesebuah bangsa, negara mahupun kepada universal. Secara amnya epik merangkumi beberapa elemen seperti mengemukakan kuasa-kuasa luar biasa yang membentuk setiap aksi atau perlakuan seseorang protogonis dan antogonis dalam cerita. Selain itu, terdapat juga konflik-konflik tertentu yang menyebabkan peperangan berlaku. Selain itu, penyataan temanya cukup jelas dan ujaran-ujaran yang digunakan oleh watak adalah lebih memberangsangkan atau melebih-lebihkan sesuatu suasana. EK ini menekankan sifat-sifat keunggulan sesebuah negara pada sesuatu signifikan masa dalam sejarah.
Perwatakan wira dalam EK lebih bersifat kenegaraan berbanding keindividuan seperti dalam cerita romans. Setiap perlakuan watak itu menunjukkan kebanggaan negara atau sesuatu bangsa. Pada masa yang lain, epik ini mensintesiskan keunggulan agama-agama terbesar atau pergerakan budaya sesuatu bangsa. Epik ini dibentuk daripada tradisi lisan. Hal ini termasuklah Anglo-Saxon Beowulf (kurun ke-8), Epik India iaitu Mahabarata (300 sebelum masihi dan 300 selepas masihi serta Ramayana (300 sebelum masihi). Kesusasteraan EK ini adalah ciptaan penyair-penyair yang terkenal yang pernah bekerja atau berkhidmat kepada mana-mana bentuk pengiktirafan seperti istana dan sebagainya. Kesusasteraan epik ini berhubung kait dengan tradisi, mitos, dan sejarah sesebuah negara atau tamadun.
Dalam EK perbuatan hebat dipanjang-panjangkan. Epik mempunyai kata-kata yang gemilang dan diceritakan dengan menggunakan acuan yang sama. Hal ini kerana pencerita sudahpun menghafal acuan (=pola-pola penceritaan). Beliau tidak menghafal keseluruhan cerita tetapi cuma ingat pola-pola ceritanya sahaja. Epik sebenarnya dimonopoli oleh dunia lelaki contohnya dalam epik Hikayat Hang Tuah, dan epik Syair Perang Mengkasar. Bagi Mahabarata dan Ramayana walaupun dunia lelaki lebih dominan tetapi terdapat juga watak wanita yang tidak kurang penting. Contohnya dalam Mahabarata, ada episod peperangan antara Pandawa dengan Korawa kerana isteri kelima adik beradik Pandawa iaitu Draupadi ingin diberkas oleh Korawa. Dalam Ramayana pula, episod pengembaraan Sita Dewi berlaku kerana ketidakpercayaan Rama terhadap kesucian isterinya. Dalam kebanyakan epik kuasa luar biasa termasuk kuasa Dewata adalah sangat penting. Kuasa ini bukan sekadar menasihati wira malah membantu wira dalam menyelesaikan sesuatu masalah.
Dalam EK, wira digambarkan sebagai seorang yang bercakap besar dan percakapan besar itu mesti dituruti olehnya. Jika tidak dia akan dikatakan sombong dan angkuh. Setiap permulaan epik, wira dikaitkan dengan kelahiran yang amat istimewa atau unggul. Biasanya kesemua cerita epik berkisar pada bangsawan atau orang-orang istana. Percakapan besar ini dikaitkan dengan keberanian watak. Ada kalanya seseorang watak itu mati kerana keterlaluan dalam menunjukkan keberaniannya. Lagi pun dia berasa malu jika dia minta sebarang bantuan daripada orang lain. Seboleh-bolehnya dia mengatasi sendiri sesuatu masalah walaupun dia tahu bahawa dia tidak mampu melakukannya.
Struktur penceritaan EK lebih menekankan kata dan makna. Setiap perkataan yang diujarkan oleh wira bukanlah sesuatu yang sia-sia, sebaliknya berisi dan bermakna. Dalam epic, wira tidak akan menggunakan kata-kata ujarannya dengan membazirkan begitu sahaja. Setiap perkataan yang dilafazkan ada makna dan kata-katanya itu biasanya dikotakan, bukan sekadar cakap angin sahaja. Akan tetapi dalam penggunaan kata-kata itu, terdapat juga puji-pujian. Sebenarnya puji-pujian ini adalah untuk “mengingatkan” atau memberi pengajaran kepada pembaca. Daripada pengingatan tersebut pencerita inginkan kita mengambil teladan. Kebanyakan EK bertujuan menyampaikan ingatan atau teladan kepada kita. Dalam epik, penerusan ingatan adalah satu sumber kebanggaan. Sumber kebanggaan itu berdasarkan keturunan yang gilang gemilang.
Begitu juga apabila kita membicarakan epik, kita tidak dapat melarikan diri daripada konfllik. Konflik yang berlaku antara pihak yang berhak dengan pihak yang merampas hak itulah akan menjadi tonggak penceritaan dalam EK. Contohnya epik Mahabarata itu sendiri ditulis berdasarkan konflik tersebut: iaitu pihak Korawa ingin merampas kuasa atau hak yang sepatutnya dimiliki oleh pihak Pandawa. Unsur pengingatan yang terdapat di sini ialah sesuatu konflik dalam epik yang diasaskan oleh dua perkara pokok iaitu Hukum(=Law) dan keinginan (desire). Boleh dikatakan dalam semua epik, semua konflik yang digambarkan adalah berpunca daripada dua perkara pokok ini. Pihak yang merampas hak seseorang itu lalai atau alpa akan hukum (=undang-undang) yang telah ditetapkan sama ada oleh agamawi ataupun duniawai. Biasanya si pelupa hukum ini melakukan sesuatu mengikut hawa nafsunya sahaja tanpa memikirkan risikonya. Bagaimanapun dalam bahagian peleraian EK ini, sentiasa digambarkan poetic justice iaitu mereka yang gagal ingat akan hukum-hukum ini, akan mendapat ganjaran yang setimpal. Menurut Koster, orang-orang yang mematuhi hukum akan menerima ganjaran yang baik, dan yang melanggarnya dihukum. (Koster,1994:1). Begitu juga dalam epik. Jika seseorang watak itu bercakap besar, bersombong atau berpura-pura, maka kepura-puraan, kesombongan dan percakapan besarnya itu dihukum.

Satu lagi ciri yang menonjol dalam EK ialah peperangan yang digambarkan dalam EK selalunya tidaklah ‘fair play’. Hal ini bermaksud tentu ada permainan kotor atau peperangan kotor. Ini dilakukan dengan penipuan, pembohongan dan pengkhianatan sama ada oleh protoganis atau antoganis. Hal ini disebabkan oleh dua faktor. Yang pertama pencerita ingin ‘mengingatkan’ kepada pembaca bahawa untuk menegakkan keadilan, kita boleh melakukan pengkhianatan ini. Unsur ini dilakukan oleh pasukan wira. Manakala pengkhianatan dengan tujuan jahat untuk merampas hak seseorang itu pula dilakukan oleh pasukan jahat dan sekutunya.

Mahabarata dan SPMR

Mahabarata(M) dan Syair Perang Mengkasar (SPMR)
Mahabarata(M) membawa maksud peperangan besar. Epik ini dihasilkan pada tahun 400 sebelum masihi dan 400 sesudah masihi. Mahabarata ditulis oleh Vyasa apabila beliau menyanyikan riwayat nenek moyong kepada cucu Arjuna apabila beliau menjadi raja di Hastinapura. Epik ini merupakan sebuah peristiwa sejarah yang pokoknya tentang peperangan antara saudara mara. Di dalamnya terdapat filsafat, hukum kaum Brahmana, didaktis dan petunjuk-petunjuk agama Hindu. M dikenali sebagai EK kerana di dalamnya terdapat unsur-unsur kepahlawanan iaitu kesatriaan dan menjadi model kepada perwira-perwira negara yang mempertahankan ibu pertiwi daripada jatuh ke tangan musuh. EK ini mengisahkan pertentangan antara dua pihak iaitu Pandawa dan Korawa. Pandawa adalah lambang kebaikan yang diwakili oleh lima orang tokoh pahlawan bersaudara ,iaitu Yudhistira, Dharma, Arjuna, Sakula dan Sahadewa.
Manakala pihak Korawa yang mengandungi seratus orang tokoh pula melambangkan kejahatan.Tokoh utamanya ialah Duriyodana dan adiknya Duhsana. Kedua-dua pihak terpaksa bertentangan dalam peperangan untuk merampas takhta kerajaan di Hastinapura.Takhta ini sepatatnya dimiliki oleh Pandawa, menurut wasiat Pandu kepada adiknya Dhasatara. Bagaimanapun akibat sikap dengki pada kelima-lima saudara ini maka takhta ini tidak diberi. Maka berlakulah peperangan untuk mendapatkan semula takhta itu. Peperangan ini juga menentukan pihak yang baik dan benar akan beroleh kemenangan. Bagaimanapun akhirnya pihak yang benar iaitu Pandawa telah menang dan telah mendapat kembali takhta kerajaan di Hastinapura.
Syair Perang Mengkasar (SPMR) juga dikatakan sebuah epik kepahlawanan (EK) kerana tertonjolnya ciri-ciri kepahlawanan dalam syair ini. SPMR menceritakan peperangan yang berlaku antara orang Makasar dan orang Belanda. Syair ini pernah dikenali sebagai Syair Speelman, iaitu mengambil nama sempena seorang tokoh Belanda dalam syair ini. Bagaimanapun Skinner dalam kajian Ph. Dnya mendapati judul ini kurang tepat.(Liaw Yock Fang,1975:305).Pengarang cerita ini ialah Encik Amin. Beliau diperintah menulis syair ini berdasarkan peperangan yang meletus antara Makasar dan Belanda di Sulawesi Selatan antara Julai 1669 dan Disember 1669 (Koster,1995:21)
Menurut syair ini sebanyak lima peperangan telah meletus.Pertama, Raja Palaka bersama Belanda menyerang Makasar, akhirnya Makasar di bawah pimpinan Karaeng telah kalah. Kedua, Sultan Ternate menbantu Belanda menyerang Makasar. Sultan Goa yang lain pula menentang dan beroleh kemenangan. Ketiga, Sultan Telo mematahkan serangan Bugis dan pulang ke Makasar dengan kemenangan. Keempat, kompeni Belanda mula menbedil Makasar tetapi tidak berjaya menakluki Makasar dan Kelima, beberapa orang Makasar Karaeng yang jahat menghasut kompeni Belanda menyerang Sanderabone. Orang Makasar mengundurkan diri ke Goa.Pengarang mengatakan mereka kalah dalam peperangan itu ialah kerana kelaparan. (Liaw Yock Fang,1975:306)
Kedua-dua epik ini memaparkan peperangan sebagai jalan untuk menyelesaikan konflik- konflik yang sering terdapat dalam struktur naratif epik ini. Konflik berlaku antara dua pihak iaitu pihak protoganis yang ingin menegakkan kebenaran. Sebelum berperang mereka menghantar utusan untuk berdamai, contohnya dalam Mahabarata, Krisna dihantar ke Hastinapura untuk mencari jalan perdamaian dengan pihak Korawa.Manakala pihak antoganis pula dilukiskan pengarang sebagai sekumpulan watak jahat yang ingin merampas hak atau kuasa yang sememangnya bukanlah milik mereka. Mereka tidak mahu berdamai melainkan peperangan. Dalam kedua-dua epik ini (=M dan SPMR) pihak Korawa dan kompenei Belanda dan sekutunya terlalu ingin (=desire) untuk menakluki negeri orang.

Fenomena ini adalah lumrah dalam mana-mana sastera epik yang memberatkan unsur-unsur legenda. Bagaimanapun kontradiksinya dapat dilihat pada bahagian peleraian kedua-dua EK ini. Peleraian dalam SPMR tidaklah sama seperti Mahabarata. Dalam Mahabarata, mereka yang melanggar hukum atau law itu telah dihukum oleh pengarang. Manakala dalam SPMR pula, orang yang melanggar hukum atau law ini diberi kemenangan oleh pengarang.

MAHABARATA DAN SYAIR PERANG MENGKASAR


Makalah ini mengupas dua epik kepahlawanan dari dua tamadun yang berlainan. Dua karya agung iaitu Mahabarata dan Syair Perang Mengkasar dihasilkan dalam dua budaya yang berlainan, akan tetapi terdapat beberapa persamaan di samping perbezaan yang mencirikan epik-epik ini. Perbezaan yang didapati adalah dari segi struktur naratif, di mana cara peleraian kedua-dua epik ini tidaklah sama. Begitu juga dengan perlanggaran kepatutan walaupun terdapat dalam kedua –dua epik ini, tetapi situasi penggunaannya adalah berlainan, iaitu perlanggaran kepatuhan dalam Mahabarata dilakukan oleh wira manakala dalam SPMR pula perlanggaran yang dilakukan oleh musuh seperti Bugis dan Belanda iaitu Arung Palakka dan Speelman. Yang membezakan kedua-dua karya ini ialah konsep daulat raja benar dan palsu serta hamba benar dan palsu manakala dalam Mahabarata pula terdapat perlanggaran kepatuhan janji. Akhir sekali satu lagi persamaan dapat dilihat dalam kedua-dua epik ini ialah penggunaan kata-kata heroic words yang sememangnya perlu dan rigid dalam mana-mana epik kepahlawanan.
Perbandingan Mahabarata dan Syair Perang Mengkasar
Dalam EK, wira bukan sahaja digambarkan sebagai lambang kekuatan, kehandalan dan keperwiraan malah tutur katanya juga jelas menunjukkan ciri-ciri kepahlawanannya. Ciri ini disebut heroic words. Dalam heroic words ini seseorang wira begitu pandai melafazkan kata-katanya. Kata-katanya cukup gemilang, bersemangat dan mematuhi apa yang dikatakannya untuk membuktikan kepada orang lain bahawa wira itu berpegang pada katanya. Pelafazan kata-kata ini dapat dibahagikan kepada tiga. Iaitu a) kata-kata bersemangat yang merujuk kepada diri sendiri sebagai wira, b) kata-kata itu ditujukan kepada seseorang supaya tidak risau dan bimbang dan c) kata-katanya itu mencaci cerca orang yang tidak disukai oleh wira tersebut.
Bahagian (a) banyak terdapat dalam Mahabarata dan SPMR. Dalam Mahabarata contohnya Bima mengeluarkan kata-kata sumpahan bahawa dia akan meminum darah Duryodana apabila Duryodana merampas Draupadi dalam satu pertaruhan perjudian dengan Yudhistrara. Dan pada kali yang kedua apabila Duryodana membuka pahanya di hadapan Draupadi, maka sekali lagi Bima bersumpah akan membelah pahanya. Kedua-dua ini dipatuhi oleh Bima pada akhir cerita. Begitu juga dengan Draupadi, apabila beliau ingin diisterikan oleh Duryodana, maka dia bersumpah bahawa dia tidak akan bersanggul selagi dia tidak mengusap darah Duryodana pada rambutnya. Bagaimanapun sumpahan ini juga dimakbulkan apabila Duryodana dibunuh oleh Bima. Dalam SPMR juga terdapat heroic words ini. Kata Koster “… the ruler and his loyal vassals are extolled as presenting and manifesting true daulat and true vassalage in their heroic words…” (Koster,1993 : 124) Sebagai contoh kata-kata petah dan gemilang (=yang merujuk bahagian (a)) di atas dalam SPMR adalah seperti berikut :
Berkat daulat yang dipertuan / sekalian bercakap hendak melawan
Dengan berkat duli yang dipertuan / Bangkal dan layo’ patik melawan
Berkat keramat baginda duli / melawan musuh kuat sekali
Berkat keramat baginda duli / sungguh berperang patik sekalian
Jikalau ada daulat raja yang besar / selamat juga negeri Mengkasar
Berkat daulat raja yang ghana / kepada rumah buruk di sanalah kena (Koster,1993 : 106)
Kata-kata yang dilafazkan ini menunjukkan bahawa wira ini memang kuat dan handal sehingga ia berani melawan musuh. Justeru itu daripada kata-katanya juga terpancar semangat yang berkobar-kobar dan kental untuk melindungi Mengkasar daripada bajingan. Tulisan yang bercondong tebal dalam rangkap syair ini menunjukkan kata-kata yang bersemangat itu. Selain itu wira ini juga sungguh beria-ia untuk berperang dan berjanji akan menyelamatkan Mengkasar. Bahagian (b) heroic words. Juga terdapat dalam kedua-dua EK ini. Dalam Mahabarata kita dapat melihat contoh ini apabila kelima-lima bersaudara berada dalam pembuangan. Salah seorang resi menasihati Yudhistira dan adik-adiknya menyamar diri dan memperhambakan diri kepada seorang raja di sebuah negeri. Yudhistira dibantah oleh Bima kerana Bima tidak mahu lagi hidup sebagai hamba kepada orang apatah lagi menyamarkan diri. Katanya jika abangnya Yudhistira tidak kalah dalam perjudian itu, sudah tentu mereka tidak bernasib malang seperti sekarang. Mendengarkan kata-kata ini abang sulungnya Yudhistira menangis. Arjuna yang berada di sisinya ketika itu memujuk abangnya dengan menggunakan kata-kata yang lembut.
Mendengarkan kata-kata lembut dan halus abangnya Arjuna, secara tidak sedar adiknya Bima memohon maaf kerana sikap kasarnya terhadap abangnya itu. Dalam EK setiap perkataan yang ditutur oleh wira mendukung makna. Kata itu adalah makna bagi wira-wira epik. Contoh yang sama terdapat dalam SPMR apabila Sultan Goa (= Sultan Hasanuddin)
mendengar khabar bahawa pasukan tentera Speelman menuju ke negerinya, maka baginda
dengan segera memanggil satu mesyuarat. Dalam mesyuarat itu adinda baginda Sultan
Telo menggunakan heroic words berikut untuk memujuk abangnya yang semakin risau
dan bimbang kerana tentera kompeni Belanda itu. Kata adiknya:

Serta datang baginda duduk / berdatang sembah seraya duduk / tuanku jangan berhati
sibuk / biarlah patik ke Bone masuk / … Bone itu patik melanggar / … sikapnya seperti
harimau jantan / Bone itu sungguh aku lawan. (Koster,1993 :115).
Kata-kata ini menepati bahagian (a) dan juga (b) di atas. Baginda adinda memujuk abangnya yang gusar itu dengan nada kepahlawanan dan berjanji dia akan berperang dengan Bone untuk mendapatkan kemenangan. Manakala bahagian (c) iaitu kata-kata heroic words ditujukan kepada seseorang yang dibenci. Kata-kata ini digunakan dengan dua tujuan iaitu pertama untuk menunjukkan diri penutur lebih hebat, berupaya, kuat dan sebagainya daripada orang yang dicaci. Kedua, untuk menguatkan pemahaman pembaca tentang orang yang dicaci itu seolah-olah orang tersebut memang jahat dan pembaca patut memulaukannya. Unsur ini (=pencercaan musuh oleh wira) terdapat dalam kedua-dua EK yang dikaji.
Dalam SPMR dapat ditunjukkan beberapa situasi. Antaranya:
a) apabila mengutuk Belanda yang menyerang Makasar, maka Belanda digambarkan
seperti berikut:
Berkampunglah Welanda sekalian jenis / berkatalah jenderal kapitan yang bengis… /
kata jenderal Welanda yang mabuk... (Koster, 1993: 111)
b) apabila mengutuk orang Bugis yang bercakap besar tetapi apabila berhadapan dengan
tentera Makasar mereka pun berlari kerana tidak dapat bertahan menghadapi tentera
Makasar itu. Pengarang menggambarkan Bugis seperti berikut:
… Bugis yang dusta ... (Koster, 1993: 111)
…di Mampu perang mula pertama/ segala Bugis laknat yang ternama..(Koster, 1993 : 118)
…Bugis pun lari lalu ke seberang/ seperti babi takut beruang (Koster, 1993: 120)
Dalam Mahabarata terdapat juga unsur penceraan tetapi maksudnya bukan untuk meninggikan diri wira yang betutur . Dalam Mahabarata, watak Karna sering dicaci dan dicerca kerana ramai watak dalan Mahabarata termasuk adik beradik Pandawa tidak mengetahui asal-usul sebenar Karna. Malah Karna itu sendiri pun tidak mengetahui asal-usulnya kecualilah apabila dia tersungkur dalam peperangan “Bharatayudha”. Itupun Krisna yang memberitahu Kunti bahawa Karna adalah anak Kunti dengan seorang dewa suria (Bhagawan Suria/Matahari).

Dalam episod sayembara melentur panah untuk memilih menantu, Karna dicaci oleh
Draupadi itu sendiri apabila Karna munculkan dirinya di khalayak untuk mencuba
melentur panah itu. Ketika Karna hampir akan melentur panah itu, Draupadi berteriak :
“…Saya tak mahu kahwin dengan anak si tukang kandang” (Liaw Yock Fang, 1975 : 52)
Dari segi struktur naratif pula kedua-dua EK ini nampaknya tidak menpunyai peleraian
yang sama. Cerita dalam Mahabarata diakhiri dengan Hukum mengatasi Keinginan (= law succed desire). Mahabarata adalah perjuangan dua dasar iaitu dharma dan adharma ; baik dan buruk, adil dan zalim. Kemenangan sentiasa ada di pihak dharma (=benar). Oleh sebab itulah peleraian dalam Mahabarata lebih memihak kepada kaum Pandawa. Peleraian dalam kedua-dua EK ini diperlukiskan tentang peperangan. Sebenarnya peperangan dalam M tidak patut berlaku.
Tetapi untuk memberi pengajaran kepada pihak yang salah serta memberi teladan kepada
rakyat jelata yang melanggar sesuatu hokum, maka peperangan terpaksa juga diwujudkan.
Wira Arjuna sendiri berasa cemas, gusar dan tidak mengingini peperangan tersebut. Hal ini
kerana,
“…Musuhnya bukan orang lain melainkan saudara, kawan dan gurunya sendiri. Krisna
yang bijaksana dapat meghiburkan hati Arjuna dalam suatu percakapan yang terkenal
iaitu Bhagavadgita. Krisna menerangkan bahawa setiap orang melakukan tugasnya tak
peduli dari kasta apa asalnya; dan melakukan tugas adalah pekerjaan yang terpenting”
(Liaw Yock Fang, 1975 : 54)
Bagaimanapun adalah tanggungjawab seseorang wira EK iaitu menegakkan keadilan.
Peleraian ini amat tepat sekali kerana Mahabarata ditulis untuk memberi nilai pengajaran dan
moral kepada mereka yang lupa akan hukum yang telah ditetapkan oleh tuhan ataupun
manusia. Di sini Mahabarata berfungsi sebagai didactic epic. Peter Toohey berkata,
“…much religious writing ought to be considered as part of the didactic genre” (Peter
Toohey, 1992 : 5) Dalam SPMR kemenangan terletak di tangan musuh. Sultan Telo dan
Sultan Hasanuddin yang menentang habis-habisan pihak Belanda dan Bugis, terpaksa
juga mengundurkan diri lalu berangkat ke Goa. Peleraian dalam SPMR menunjukkan
pihak yang salah iaitu Bugis dan Belanda yang tidak berhak terhadap Mengkasar diberi
kemenangan oleh pengarang. Di sini digambarkan seolah-olah SPMR tidak mempunyai
unsur wira yang unggul. Wira-wira yang bercakap besar meninggikan diri mendaulatkan
raja serta rela memperhambakan diri kepada kuasa raja akhirnya kalah dalam pertempuran.
Salah satu hukum kepatutan dalam EK ialah kemenangan selalunya kepada pihak protoganis.
Koster sendiri berkata bahawa “…dalam sebuah teks yang bergenre EK, hal
penghabisan cerita dengan kekalahan para pahlawan merupakan suatu pelanggaran hukum kepatutan" .(Koster, 1995 :26) Maka di sinilah terletaknya perbezaan antara Mahabarata dengan SPMR.
Satu lagi perbezaan yang ternyata antara Mahabarata dan SPMR ialah konsep daulat raja yang benar dan pengabdian yang benar(=dalam SPMR) dengan kepatuhan atau kesetiaan
kepada mereka yang lebih tua termasuk kepada raja(=Mahabarata). SPMR berjaya menggambarkan konsep daulat raja. Konsep ini dapat diperhatikan dalam dua situasi dalam SPMR. Pertama adalah apabila sultan mengadakan mesyuarat perundingan dengan kerabat dan hulubalangnya iaitu mesyuarat pra peperangan dan kedua, apabila perarakan pasukan
tentera raja berangkat ke medan peperangan. Sultan-sultan Mengakasar biasanya
mengadakan perundingan sebelum sesuatu peperangan meletus. Pada ketika inilah
ungkapan-ungkapan janji dibuat oleh hamba-hamba ataupun kerabat raja sendiri kepada
raja. Hal ini jelas menunjukkan konsep daulat raja yang sebenar. Hamba-hamba berikrar
bahawa mereka akan melindung raja dan negerinya daripada serangan musuh dalam apa
jua keadaan. Sebagai contohnya lihatlah satu situasi in:
Ci/i' Kalimantan terlalu elok / menjadi par kepada Raja di Telo' ./ 'Barang di mana
ketumbukan si Tunderu' / biarlah aku lie sana masukl" / Selang pun tidak berapa hari /
Cili' Kalimata yang mengeluari. / Berperang tidak setengah hari, / si Tunderu melihat
adalah ngeri”. (Koster, 1995:2003)
Janji kesetiaan ini ditunaikan apabila Mengkasar menghadapi musuhnya. Ungkapan
janji yang menunjukkan konsep daulat raja ini juga pernah diujarkan oleh Sultan Telo
kepada abangnya Sultan Hasanudin apabila abangnya itu risau akan serangan musuh.
Kata Sultan Telo,
"Serta datang baginda duduk / berdatang sembah seraya duduk / tuanku jangan berhak sibuk / biarlah patik ke Bone masuk // berbunyilah nobat gengerang perkanjar .... mendengar sembah paduka adinda /I sukacita hati kakanda baginda" (Koster,1993 :115).
Kata-kata ini diujarkan untuk me1embutkan hati abangnya. lni juga merupakan satu konsep daulat raja yang benar. Konsep daulat raja juga terserlah apabila pasukan tentera diraja berarak ke medan peperangan. Konsep daulat raja yang diperhatikan di sini ialah apabila perarakan itu diiringi oleh hulubalang, bunyi-bunyi gendang, nafiri serta alat-alat bunyian yang lain. Menteri-menteri, pegawai-pegawai dan rakyat jelata juga turut mengiringi baginda sebagai pelindung kepadanya. Situasi berikut membuktikan hal ini:
"Sultan berangkat ke Ujung Pandang ,I beraraklah dengan / serunai genderang/
diiringkan menteri serta hulubalang/I senjata dan rakyat tiada terbilang //…
mengiringkan berlari-lari "( Koster1993 : 116) .
Konsep ini tidak digambarkan secara terus-terang dalam Mahabarata, tetapi
ditunjukkan pula melalui cara lain iaitu kepatuhan dan kesetiaan seseorang wira terhadap
orang yang lebih tua. Dalam Mahabarata kata-kata orang tua adalah kata-kata keramat
yang tidak boleh dimungkiri. Dalam Mahabarata bo1eh diperlihatkan dua contoh situasi
yang amat tepat menggambarkan ini.
Pertama, apabi1a saudara Pandawa telah menang da1am sayembara, Arjuna dihadiahi
Draupadi sebagai isteri.Apabila mereka membawa Draupadi pulang ke tempat tinggal
mereka lalu memberitahu ibu mereka Kunti, bahawa mereka memperoleh suatu hadiah
besar hari itu. Kunti menjawab :
"Nikmatilah hadiah itu bersama-sama" (Liaw Yock Fang,1975 : 52)
Selepas itu barulah Kunti mengetahui bahawa 'hadiah' yang dimaksudkan oleh anak-
anaknya ialah seorang perempuan. Kata tetap kata. Lagipun kata seseorang ibu tidak boleh
dimungkiri. Jika dimungkiri juga, maka mereka akan dianggap sebagai tidak patuh, tidak
setia dan tidak menghormati orang tua. Mereka juga takut ka1au-kalau mereka dituduh
sebagai anak yang menderhaka orang tua. Maka akhirnya Draupadi pun menjadi isteri
kepada mereka berlima itu.
Kedua, dalam segala urusan saudara Pendawa, Krisna iaitu paman mereka sering
berdamping dengan mereka dan menasihati mereka. Malah beliaulah yang menuturkan
Bhagavadgita dalam medan peperangan supaya Arjuna boleh melawan saudara maranya
sendiri iaitu pihak Korawa. Walaupun Krisna mengetahui bahawa Karna adalah abang
Pandawa tetapi kebenaran ini dilindungi oleh Krisna. Tambahan pula beliau menasihati
Arjuna supaya memanah Karna sehingga Karna tersungkur. Hal ini kerana Krisna sebagai
Dewata tidak mahu seorang satria seperti Arjuna membiarkan pihak adharma berkuasa.
Dalam kes ini Karna sudah berada di pihak yang salah iaitu di pihak Korawa. Kedua-dua
situasi ini jelas menunjukkan kepada kita bahawa dalam EK wira mestilah seorang yang
berpegang pada kata dan mestilah mengakuri nasihat dan petunjuk yang diberikan oleh
mereka yang lebih tua dan pengalaman daripadanya.
Perbezaan seterusnya dapat dilihat antara Mahabarata dan SPMR ialah daulat sebenar dengan daulat palsu (= juga hamba benar dengan hamba palsu). Unsur ini terdapat dalam SPMR. Manakala dalam Mahabarata pula terdapat unsur perlanggaran kepatuhan dan ketaatan. Kedua-dua unsur ini dinamakan ‘perlanggaran kepatutan’. Dalam EK seperti Mahabarata,wira sebagai pahlawan utama menggunakan beberapa taktik atau tipu helah untuk menjatuhkan pihak lawan. Hal ini memang wajar kerana wira tidak mahu pihak musuh yang tidak berhak itu ingin merampas sesuatu hak atau kuasa daripada mereka yangberhak. Dua contoh dalam Mahabarata ialah Draupadi tidak patut diisterikan oleh Duryodhana. Mengikut falsafah dan budaya Hindu seorang perempuan tidak dibenarkan bersuami walaupun suami sebenarnya masih hidup ataupun mati. Apatah lagi dalam cerita ini terdapat lima orang suami. Malah semuanya masih hidup. Contoh kedua ialah Pandawa tidak mahu menyerahkan kuasa takhta kerajaan Hastinapura kepada Korawa. Ini kerana pihak Korawa bermain kotor iaitu mereka melanggar wasiat yang dibuat oleh Pandu kepada Dhasatara sebelum baginda meninggal dunia. Mengikut hukum duniawi, anak-anak lelakilah yang patut mengambil alih takhta ayahanda apabila ayahanda meninggal dunia. Pandawa juga bermain kotor iaitu menggunakan tipu muslihat dalam peperangan terbesar(=terakhir) dalam Mahabarata iaitu :``Ketika sesekor kuda yang bernama Aswathaman dibunuh,para Pandawa bersorak:”Aswathaman, anak Drona, sudah kena bunuh.” Drona mendengar berita ini. Dia tidak mahu berperang lagi dan akhirnya dibunuh oleh putera-putera Drupada”.(Liaw Yock Fang, 1975 :55)
Mengikut Mahabarata, Drupada menanti peluang untuk membalas dendam Korawa. Drona adalah adik Duryodhana dari keluarga Korawa. Perlanggaran kepatuhan juga terdapat dalam SPMR. Ini dapat ditunjukkan apabila Raja Mampu diberi peluang untuk membuktikan bahawa dia bukan hamba palsu sebaliknya daulat pada Sultan Telo, tetapi dia masih tidak dapat berbuat demikian. Pengarang mengatakan dia telah memungkiri ketaatannya sebanyak dua kali. Maka dia pun ditertawakan dan dihina di khayalak. Kata pengarang:
``Sultan di Telo’ terlalu murka / disuruhnya bunuh si Bugis tua / karena ia sangat
durhaka/ ke bawah duli memalingkan muka // raja mampu datang menyembah / minta
ampun barang yang salah / …bertanya pula sahbandar yang pitah / berapa kali engkau
sudah bersumpah / raja mampu seraya menyembah / dua kali katanya tuanku sudah //
segala yang mengadap suka tertawa…( Koster,1993 :119).
Selain itu, Speelman dan Arung Palakka juga dikatakan berdaulat palsu dan
berhamba palsu. Kata Kosster ``…Like master, like servant : Speelman’s false daulat is
matched by Arung Palakka’s false vassalage. In the two concils true daulat and
vassalage are thus opposed to false daulat and vassalage.” (Koster,1993 : 114). Unsur ini adalah satu ciri penting yang terdapat dalam EK. Konflik meletus kerana ciri ini.
Kesimpulan
Walaupun Mahabarata dan SPMR adalah dua karya EK yang dihasilkan dalam dua budaya yang berlainan, akan tetapi terdapat beberapa persamaan di samping perbezaan yang mencirikan epik-epik ini. Perbezaan yang dapat kita lihat dalam perbincangan tadi adalah dari segi struktur naratif, di mana cara peleraian kedua-dua epik ini tidaklah sama. Begitu juga dengan perlanggaran kepatutan walaupun terdapat dalam kedua –dua epik ini, tetapi situasi penggunaannya adalah berlainan, iaitu perlanggaran kepatuhan dalam Mahabarata dilakukan oleh wira manakala dalam SPMR pula perlanggaran yang dilakukan oleh musuh seperti Bugis dan Belanda iaitu Arung Palakka dan Speelman. Yang membezakannya ialah konsep daulat raja benar dan palsu serta hamba benar dan palsu manakala dalam Mahabarata pula terdapat perlanggaran kepatuhan janji. Akhir sekali satu lagi persamaan dapat dilihat dalam kedua-dua epik ini ialah penggunaan kata-kata heroic words yang sememangnya perlu dan rigid dalam mana-mana EK.
BIBLIOGRAFI
Danziger, Marlies K. Dan W. Stacy Johnson,1983, Pengenalan Kritikan Sastera (terjemahan Johan Jaafar dll.) .Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Koster, G.L., 1994, Peringatan Dalam Syair Perang Siak (penterjemah : Al Azhar). Pekan Baru : Pusat Pengajian Melayu, Universitas Islam Riau.

Koster, G.L.,1995, Epik Kepahlawanan atau Sastera Sejarah: Jawapan Kepada Siti Hawa Salleh dalam Dewan Sastera keluaran September. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Koster, G.L.,1997, Roaming Through Seductive Gardens : Readings in Malay Narrative. Leiden : KITLV Press.
Liaw Yock Fang, 1975, Sejarah Kesusasteraan Melayu Klasik, Singapura : Pustaka Nasional.

Toohey, Peter, 1992, Reading Epic : An Introduction to the Ancient Narratives, London : Roultledge.

Ciri-Ciri Unggul Epik


Epik sebagai puisi naratif mempunyai tema dan gaya yang agak berlainan. Epik berkaitan dengan peristiwa-peristiwa legenda dan sejarah untuk membentuk satu signifikan (=makna baru) kepada sesebuah bangsa, negara mahupun kepada universal. Secara amnya epik merangkumi beberapa elemen seperti mengemukakan kuasa-kuasa luar biasa yang membentuk setiap aksi atau perlakuan seseorang protoganis atau antoganis dalam cerita.Selain itu terdapat konflik-konflik tertentu yang menyebabkan peperangan berlaku.Dalam epik; penyataan tema serta motif(=tema kecil) cukup jelas dan ujaran-ujaran yang digunakan oleh watak adalah lebih memberangsangkan atau melebih-lebihkan sesuatu suasana. Epik menekankan sifat-sifat keunggulan sesebuah negara pada sesuatu signifikan masa dalam sejarah.
Perwatakan wira dalam epik lebih bersifat kenegaraan berbanding dengan bersifat lebih individu seperti dalam cerita romans. Setiap perlakuan watak itu menunjukkan kebanggaan negara atau sesuatu bangsa.Pada masa yang lain, epik ini mensintesiskan keunggulan agama-agama terbesar atau pergerakan budaya sesuatu bangsa.Epik ini dibentuk daripada tradisi lisan.Ini termasuklah Anglo-Saxon Beowulf (kurun ke-8),Epik India iaitu Mahabarata (300 sebelum masihi dan 300 selepas masihi serta
Ramayana (300 sebelum masihi).(Cuddon;1982:225).Kesusasteraan epik ini adalah ciptaan penyair-penyair yang terkenal yang pernah bekerja atau berkhidmat kepada mana-mana institusi yang established seperti istana dan sebagainya. Contohnya Hikayat Hang Tuah lahir dalam situasi kesultanan Melayu Melaka. Kesusasteraan epik ini berhubung kait dengan tradisi, mitos dan sejarah sesebuah negara atau tamadun.
Dalam epik perbuatan hebat seseorang wira dipanjang-panjangkan. Epik mempunyai kata-kata gemilang dan diceritakan dengan menggunakan acuan yang sama. Hal ini kerana pencerita sudahpun menghafal acuan (=pola-pola penceritaan). Dia tidak menghafal keseluruhan cerita tetapi cuma ingat pola-pola ceritanya sahaja. Epik sebenarnya dimonopoli oleh dunia lelaki contohnya dalam epik Hikayat Hang Tuah, dan epik Syair Perang Mengkasar, dan epik Hikayat Amir Hamzah. Bagi Mahabarata dan
Ramayana walaupun dunia lelaki lebih dominan tetapi terdapat juga watak wanita yang tidak kurang penting. Dalam kebanyakan epik, kuasa luar biasa termasuk kuasa Dewata adalah sangat penting. Kuasa ini bukan sekadar menasihati wira malah membentuk wira dalam menyelesaikan sesuatu masalah.
Dalam epik, wira digambarkan sebagai seorang yang bercakap besar dan percakapan besar itu mesti dituruti olehnya. Jika tidak dia akan dikatakan sombong dan angkuh. Pada setiap permulaan epik, wira dikaitkan dengan kelahiran yang amat istimewa atau unggul. Biasanya, kesemua cerita epik berkisar pada bangsawan atau orang-orang istana. Bagaimanapun dalam Hikayat Hang Tuah dan Hikayat Amir Hamzah, wira adalah daripada rakyat jelata. Percakapan besar ini dikaitkan dengan keberanian watak. Ada kalanya seseorang watak itu mati kerana keterlaluan dalam menunjukkan keberaniannya. Lagipun dia berasa malu jika dia minta sebarang bantuan daripada orang lain. Seboleh-bolehnya dia mengatasi sendiri sesuatu masalah walaupun dia tahu bahawa dia tidak mampu melakukannya.
Struktur penceritaan epik lebih menekankan kata dan makna. Setiap perkataan yang diujarkan oleh wira bukanlah sesuatu yang sia-sia, sebaliknya berisi dan bermakna. Dalam epik, wira tidak akan Menggunakan kata-kata ujarannya dengan membazirkan begitu sahaja. Setiap perkataan yang dilafazkan ada makna dan kata-katanya itu biasanya dikotakan, bukan sekadar cakap angin sahaja. Akan tetapi dalam atau penggunaan kata-kata itu, terdapat juga puji-pujian. Sebenarnya puji-pujian ini adalah untuk “mengingati” atau memberi pengajaran kepada pembaca. Daripada pengingatan tersebut pencerita inginkan kita mengambil teladan. Kebanyakan epik bertujuan menyampaikan ingatan atau teladan kepada kita. Dalam epik, penerusan ingatan adalah satu sumber kebanggaan. Sumber kebanggaan itu berdasarkan keturunan yang gilang gemilang. Apabila membicarakan epik, kita tidak dapat melarikan diri daripada konflik.
Setiap konflik yang digambarkan oleh pengarang pasti ada jalan penyelesaiannya. Konflik ini seolah-olah berlaku antara pihak yang berhak dengan pihak yang merampas hak. Inilah yang menjadi tonggak penceritaan dalam epik. Unsur pengingatan yang terdapat di sini ialah sesuatu konflik dalam epik yang diasaskan oleh dua perkara pokok iaitu Hukum (=Law) dan keinginan (=Desire). Boleh dikatakan dalam semua epik, semua konflik digambarkan berpunca daripda dua perkara pokok ini. Pihak yang merampas hak seseorang itu lalai atau alpa akan hukum (=undang-undang) yang telah ditetapkan sama ada oleh agamawi ataupun duniawai. Biasanya si pelupa hukum ini melakukan sesuatu mengikut hawa nafsunya sahaja tanpa memikirkan risikonya. Bagaimanapun dalam bahagian peleraian epik ini, sentiasa digambarkan poetic justice iaitu mereka yang gagal ingat hukum-hukum ini akan mendapat ganjaran yang setimpal. Menutrut Koster, “orang-orang yang mematuhi hukum menerima ganjaran,yang baik, dan yang melanggarnya dihukum.” (Konster,1994 :1). Begitu juga dalam epik. Jika seseorang watak itu bercakap besar, bersombong atau berpura-pura, maka kepura-puraan, kesombongan dan percakapan besarnya itu dihukum.
Satu lagi elemen yang menonjol dalam epik ini ialah peperangan. Peperangan yang digambarkan dalam epik selalunya tidaklah ‘fair play’ . Ini bermaksud tentu ada permainan kotor atau peperangan kotor . Ini dilakukan dengan penipuan, pembohongan dan pengkhianatan sama ada oleh protoganis atau antoganis. Hal ini disebabkan oleh dua faktor. Yang pertama pencerita ingin ‘meningatkan’ kepada pembaca bahawa untuk menegakkan keadilan maka kita boleh melakukan pengkhianatan ini. Unsur ini dilakukan oleh pasukan wira. Manakala pengkhianatan dengan tujuan jahat untuk merampas hak seseorang itu pula dilakukan oleh pasukan jahat dan sekutunya. Mengikut Thrall, Aibbard dan Holman, ciri-ciri sebuah epik hendaklah mematuhi beberapa prinsip seperti berikut:
i) wira mempunyai sifat-sifat kepewiraan penting bagi bangsa atau antarabangsa atau istimewa dari sudut sejarah atau legenda.
ii)latarnya luas meliputi berbagai negara besar atau alam luas.
iii)mngandungi aksi-aksi berupa perjuangan penuh ketangkasan, kekuatan, dan kepintaran yang memerlukan kekuatan manusia luar biasa.
iv)memperlihatkan kuasa supernatural (ghaib/luar biasa) dewa-dewa, mambang dan malaikat yang mengambil peranan dan sekali sekala masuk campur dalam hal-ehwal cerita.
v)stail penceritaan yang halus dan mudah
vi)penyair atau pengarang epik menggambarkan perjuangan wira dengan penuh objektif

(dalam Ali Ahmad,1995:29)

Hikayat Amir Hamzah sebagai Epik



Hikayat Amir Hamzah bertemakan peperangan yang dikaitkan dengan perkembangan syiar Islam. Hikayat ini disadurkan dari sumber Parsi kemudian wujud pula dalam pelbagai versi yang lain. Seorang orientalis Belanda yang bernama Dr. Van Ronkel memberi judul De Roman Van Amir Hamza. Hikayat Amir Hamzah dalam versi Melayu kebanyakannya mempunyai pengolahan dan teknik cerita yang bermirip dengan sastera. Parsi (Munir Ali;1989 :112). Epik ini bukan sahaja terkenal di Tanah Melayu tetapi juga di merata tempat d dunia Islam amnya. Hikayat ini tergolong dalam kisah-kisah legenda Islam bukan sahaja di dalamnya terdapat perkembangan agama Islam tetapi juga sebagai sumber untuk menaikkan semangat kepahlawanan dalam kalangan orang-orang Islam. Satu peirstiwa pada malam menjelang perlanggaran angkatan Feringgi di Melaka ada tercatat di dalam buku Sulalatus Salatin, karya Tun Sri Lanang, misalnya betapa perajurit-perajurit Melaka menyebutkan kitab ini untuk dijadikan sebagai pemupuk keberanian mereka untuk menentang Feringgi.
“Maka kata segala anak tuan-tuan itu, apa kita buat duduk saja ini? Baik kita membaca hikayat perang, supaya kita beroleh faedah daripadanya.... . Maka Tun Indera Segara pun masuklah menghadap Sultan Ahmad, segala sembah orang itu semuanya dipersembahkan ke bawah duli baginda. Maka oleh Sultan Ahmad dianugerahi baginda Hikayat Amir Hamzah,’’ Katakan pada segala anak tuan-tuan itu, hendakpun kita anugerahkan Hikayat Muhammad Hanafiah, Muhammad Hanafiah; hanya jikalau seperti Amir Hamzah adalah gerangan beraninya, sebab itulah maka kita beri Hikayat Amir Hamzah’’(A.Samad Ahmad, 1979:268-269)
Menurut penyelenggara Hikayat Amir Hamzah , iaitu A.Samad Ahmad berpendapat bahawa:
Sultan Ahmad menganugerahkan Hikayat Amir Hamzah dan bukannya Hikayat Muhammad Hanafiah kerana baginda sedia mengetahui bahawa dalam Hikayat Amir Hamzah ada suatu kisah yang menceterakan Amir Hamzah dengan puteranya Rastam, berperang melawan Peringgi. Kisah ini bermula dengan Raja Peringgi dan bala tenteranya menyerang negeri Khursand, iaitu negeri Raja Fatkhus, mentua Amir Hamzah dan nenda kepada Rastam. (A.Samad Ahmad, 1987:ix)

Ceritanya berkisar kepada penggambaran tentang peperangan Amir Hamzah dengan musuh-musuh Islam. Sebelum lahirnya, beliau telah diramalkan menjadi seorang tokoh Islam yang agung. Kerana ramalan inilah Raja Makkah memerintahkan membunuh semua ibu yang sedang hamil. Namun kekuasaan Allah melebihi kekuasaan manusia. Amir Hamzah lahir dalam keadaan yang selamat. Sebenarnya Amir Hamzah merupakan bapa saudara Nabi Muhammad (s.a.w) yang terkenal sebagai pahlawan Islam yang gagah berani dalam menentang musuh-musuhnya sehingga beliau digelar singa Islam. Hikayat ini menonjolkan ketokohan Hamzah sebagai seorang pahlawan yang telah menakluki raja-raja besar serta menyebarkan syiar Islam di serata pelosok dunia. Hamzah adalah daripada golongan orang biasa yang meningkat kedudukannya kerana kepahlawanannya dan bertindak mengikut ajaran-ajaran Islam. Di banyak tempat dalam hikayat ini kita dapat melihat the legistemacy of missionnya. Beliau berjaya meninggikan martabat Islam sebagai satu agama yang universal. Beliau banyak dibantu oleh Umar Umayya yang mengikutinya dalam hampir semua pengembaraan Amir Hamzah. Antara raja besar yang ditundukkan oleh Amir Hamzah ialah Raja Nusyirwan, Raja Parsi yang terkenal itu. Amir Hamzah juga turut terlibat dalam Peperangan Badar yang sangat bererti dalam perkembangan Islam. Selain itu, Amir Hamzah juga terlibat dalam Peperangan Uhud dan telah tewas dalam peperangan itu. Oleh sebab terdapat unsur-unsur keperwiraan yang bersifat Islamic maka sudah tentu Hikayat Amir Hamzah sangat diminati oleh orang-orang Melayu sebagai sebuah epik kepahlawanan Islam.

Hikayat Hang Tuah sebagai Epik


Hikayat Hang Tuah adalah sebuah epik bersifat kebangsaan. Hikayat ini menonjolkan keperwiraan Hang Tuah sebagai wira Melayu dalam kerajaan Melayu pada zaman feudal. Hikayat ini bukan sahaja merupakan hikayat yang meriwayatkan hidup seorang pahlawan Melayu malah telah menyanjung tinggi tokoh Hang Tuah sebagai lambang keagungan dan kemudian kemerosotan bangsa Melayu. Dalam Hikayat Hang Tuah dikisahkan juga kepahlawanan Hang Tuah muncul dan meningkat bersama-sama Melaka. Apabila Hang Tuah telah uzur dan sakit, Melaka juga turut lemah. Satu kelebihan epik ini ialah pada akhir cerita Hang Tuah tidak ‘dimatilkan’ oleh pengarang, sebaliknya Hang Tuah akan kembali untuk membela nasib bangsa Melayu pada satu hari nanti. Penghilangan dirinya telah menyebabkan Feringgi dengan mudah menakluki Melaka. Hikayat Hang Tuah memperlihatkan sejarah bangsa Melayu secara tersirat. Hikayat Hang Tuah bukan sekadar mencatatkan cerita –cerita sebaliknya menggambarkan kebenaran sejarah dan kebenaran sejarah itu dikaitkan dengan lambang kebanggaan, kekuatan dan kebesaran bangsa Melayu. Boleh dikatakan epik ini epic rakyat kerana perjuangan yang dilukiskan di dalamnya adalah perjuangan seorang rakyat biasa dan perjuangan tersebut adalah membela nasib rakyat jelata Melayu yang amat daif pada ketika itu. Di samping itu digambarkan juga ketaatan dan kesetiaan Hang Tuah yang tidak berbelah bahagi kepada sistem monarki.(=institusi raja ). Sifat- sifat gagah berani Hang Tuah diimprovisasi dengan unsur-unsur keluarbiasaan. Dan ini telah menyebabkan Hang Tuah mudah menghadapi apa jua aral melintang. Kegagahan Hang Tuanh memang terserlah sejak beliau masih kecil lagi. Walaupun tidak disebut tentang kelahiran Hang Tuah tetapi beliau sudahpun menjadi anak muda ketika namanya disebut dalam epik ini.Tanda yang menunjukkan beliau menjadi seorang anggota yang agung pada masa hadapan telah muncul dalam mimpi ayahandanya pada malam sebelum keluarga itu berpindah dari Sungai Duyung ke Bentan. Hang Mahmud bermimpi bahawa bulan jatuh dari langit dan semua cahayanya menerangi kepala Hang Tuah. Watak serta perwatakan Hang Tuah hanya bermula di Bentan. Antara mereka yang menyaksikan peristiwa Hang Tuah membunuh seorang yang megamuk berkata:
“sesunguhnya budak inilah akan menjadi hulubalang besar pada Tanah Melayu ini”(Kassim Ahmad 1964:29). Beliau membunuh lanun-lanun di laut, membunuh orang yang mengamuk dan juga pernah menyelamatkan bendahara daripada dibunuh oleh orang yang mengamuk tersebut. Apabila menjadi hulubalang, beliau dengan berkat kesaktian yang dimilikinya menewaskan musuh-musuh yang handal. Antaranya beliau pernah menukar rupa menjadi harimau semasa menentang Seri Winara dan Marga Paksi. Satu lagi lambang kesaktiannya ialah keris Taming Sari, sebilah keris di mana jika dihunus sahaja maka musuh boleh tumbang. Lambang ini sangat penting dan menjadi motif Hikayat Hang Tuah. Apabila keris itu sudah dirampas oleh seekor buaya putih, maka hilanglah kekuatan dan kesaktian Hang Tuah. Dalam misi-misinya ke beberapa tempat seperti Majapahit, Siam, China, India, Arab dam Rom, Hang Tuah telah memperlihatkan kelebihan dirinya berbanding orang di tempat yang dilawatinya. Antaranya ialah cara bercakapnya, bersopan santun, menguasai bahasa negeri yang dilawati serta berdiplomasi apabila berhubung dengan sesebuah negeri. Apabila memulakan perkhidmatannya di istana raja, seorang pelawat istana dari negeri asing telah dapat melihat ciri-ciri positif yang dimiliki oleh Hang Tuah ini. Memandangkan kecemerlangan dalam tugas serta keperibadiannya yang baik itu maka pelawat itu mengatakan:
“Apa juga asalnya, bentara kiri ini tidak patut dijadikan bentara, hulubalang juga layaknya. Pada

penglihatanku ini akan bergelar laksamana juga akhirnya, kerana orang bijaksana”(ibid :76)

Sebagai sebuah epik, Hikayat Hang Tuah meneguhkan lagi kedaulatan raja-raja, sistem feudalisme Melayu dan menguatkan lagi sifat taat setia rakyat kepada rajanya.

Perbandingan Antara HHT dengan HAH Sebagai Karya Epik


Kedua-dua karya ini disebut sebagai epik kerana peranan serta perlukisan lahiriah dan batiniah yang digambarkan oleh kedua-dua pengarang karya ini. Persoalan wira dalam sastera Melayu selalu digambarkan sebagai seorang manusia yang gagah berani dan berwibawa.Wira merupakan seorang pahlawan. Dalam konteks Hikayat Hang Tuah , wiranya ialah Hang Tuah kerana beliau membela nasib bangsa Melayu dan menjadi pelindung kepada institusi raja. Manakala dalam Hikayat Amir Hamzah, wiranya ialah Amir Hamzah pahlawan Islam bukan sahaja menumbangkan musuh-musuh Islam serta raja-raja besar tetapi juga menyebarkan syiar Islam ke seluruh dunia. Kedua-dua mereka menjadi tumpuan dari awal hingga ke akhir cerita. Kedua-dua wira ini gigih mempertahankan, memperjuangkan,dan meneruskan visi dan misi mereka sebagai pahlawan dan mereka juga mempunyai cara tersendiri untuk mencapai wawasan dan pegangan mereka. Wawasan dan pegangan Hang Tuah adalah seperti diperintah oleh raja-raja Melayu. Contohnya dia sanggup membunuh kawan setianya Hang Jebat tanpa usul periksa kerana disuruh oleh raja. Begitu juga dengan menculik Tun Teja untuk memenuhi kemahuan raja.
Manakala tindakan tidak bermoral seperti ini tidak terdapat dalam Hikayat Amir Hamzah. Amir Hamzah bertindak dengan sendiri mengikut bukan kemahuan dirinya tetapi kemahuan agama yang dianutinya. Jika didapati tindakan seseorang itu tidak baik, maka dengan cepat-cepat Amir Hamzah bertindak untuk memperbetulkan salah laku mereka sama ada secara ujaran (= nasihat) ataupun secara berperang.
Selain daripada perbandingan di atas, kedua-dua epik ini juga dapat dilihat dari lima perspektif yang lain iaitu a) perpektif ideologi, b) konsep fungsi (=functional concept), c)simbolisme, d) sumber penghormatan ( =courage dan endurance), dan e) tujuan-tujuan misi( = legitimacy of mission)
Dari perspektif ideologi Hikayat Hang Tuah memaparkan adegan-adegan yang berunsur taat setia dan
kepatuhan seseorang rakyat kepada raja. Konsep daulat raja amat ditekankan dalam epik ini. Rakyat tidak sekali-kali dibenarkan menderhaka kepada raja. Dalam sistem feudal Melayu telah ditetapkan satu kepatuhan rakyat kepada raja. Mereka yang didapati melanggar kepatuhan ini maka hukuman akan menanti mereka. Ini seolah-olah menjadi satu konvensi dalam Hikayat Hang Tuah umpamanya Hang Tuah sanggup membunuh kawan setianya Hang Jebat kerana Hang Jebat telah bermain kasih dengan gundik-gundik istana. Pada hal sebab dia melakukannya untuk mambalas dendam raja kerana raja menjadi punca kematian Hang Tuah. Hang Tuah gagal memikirkan logik di sebalik tindakan Hang Jebat itu, maka Hang Jebat pun dibunuh oleh Hang Tuah.Jadi kesetian dan ketaatan Hang Tuah pada raja jelas terlihat dalam ideologi Hang Tuah. Manakala ideologi perspektif dalam Hikayat Amir Hamzah ialah peranan yang dimainkan oleh Amir Hamzah dalam menegakkan agama Islam dan tauhid. Malah sebelum lahirnya Amir Hamzah, bapanya Abdul Mutalib selalu berdoa kepada Allah supaya mengurniakannya seorang anak yang kuat dan berani. Kerana hanya dengan kekuatan dan keberanian, maka Amir Hamzah dapat membunuh mereka yang tidak percaya akan agama dan dapat membuktikan kepada dunia ini bahawa agama Islam wukuj dalam bentuk yang sempurna. Doa selama 12 tahun tidak menghampakan Mutalib. Isterinya telah melahirkan Amir Hamzah di Mekkah dan dinamai oleh Khoja Buzurjumhur Hakim. Kata Khoja Buzurjumhur bahawa:
“Hei Khoja Abdul Mutalib , kanak-kanak inilah kelak membukakan (=mengembangkan) agama
Nabi Muhammad Rasululullah salallahu alaihi wassalam. Di dalam dunia ini, Hamzah inilah yang tiada berlawan, dan ialah yang menghukum tujuh penjuru dunia ini; ialah mengalahkan negeri yang besar-besar...” ( A.Samad Ahamd,1987 :24)

jadi kutipan dengan jelas menunjukkan bahawa kelahiran Amir Hamzah adalah untuk meneruskan perjuangan nabi-nabi sebelumnya dalam mensyiarkan Islam dan bukan sekadar berperang sahaja dan bertaat setia kepada manusia yang berkuasa sahaja seperti Hang Tuah.
Perbandingan kedua ialah dari segi konsep fungsi. Dalam kedua-dua epik fungsi utama wira ialah menjaga keamanan dan memberi perlindungan kepada rakyat. Tetapi cara menggambarkan kedua-dua wira sahaja agak berlainan. Dalam Hikayat Hang Tuah, Hang Tuah dilukiskan sebagai individu hamba raja. Hang Tuah memainkan peranan sebagai seorang hamba dan berulang-ulang menegaskan bahawa hidup dan kewujudannya hanyalah untuk berkhidmat kepada Sultan Melaka.Ini seolah-olah menunjukkan bahawa pengarang ingin mengekalkan sistem feudal dalam Hikayat Hang Tuah. Hang Tuah digambarkan sebagai wira yang non-noble, malah ia adalah daripada orang biasa. Malah apabila ke medan peperangan Hang Tuah masih digambarkan sebagai seorang wira tetapi bukan dengan kostume seorang militari. Bagi Hang Tuah apa yang penting dilakukan ialah suruhan atau perintah raja hendaklah dijalankan (=dipatuhi). Manakala dalam Hikayat Amir Hamzah pula, Amir Hamzah digambarkan sebagai seorang militari dengan pakaian serba lengkap. Sekilas memandang maka kita boleh mengatakan bahawa tujuan ia berpakaian begitu hendaklah turun ke medan pertempuran. Peperangan merupakan unsur yang menarik dalam Hikaya Amir Hamzah.
Pengarang Hikayat Amir Hamzah memperincikan setiap keadaan peperangan. Diperlihatkan benar-benar bagaimana seorang wira memakai kostumenya dalam peperangan. Dalam menggambarkan keadaan ini simbol-simbol seperti kuda, baju perang, dan senjata juga turut terdapat dalam perlukisan itu.
Pengarang Hikayat Amir Hamzah menulis:
“Maka Amir Hamzah pun memakai segala senjatanya, pertama dengan dipakainya baju sarung Nabi Allah Ismail alaihissalam, kemudian memakai baju sutera China delapan lapis kan melembutkan tubuhnya, dan memakai zirah Nabi Allah daud alaihissalam pada kepalanya, kemudian mengenakan ikat pinggang Nabi Allah Salleh a.s pada lengan kanannya, dan tujuh helai ranbut Nabi Allah Adam a.s. diikatnya pada lengankirinya, dan tali kemandu Nabi Khidir a.s. diikatnya pada pinggangnya. ... serta pedang... perasai.... cokmar... iringan kuda yang bernama janggi Syah Kertas itu lalu digerlakkannya ke tengah medan berhadapan dengan Raja Syamsul Alam” ( A.Samad Ahmad, 1987 : 663)
Daripada contoh, kutipan ini cukup jelas bahawa fungsi utama wira dalam epic ini ialah untuk berperang. Selain elemen-elemen di atas terdapat juga watak pembantu dalam Hikayat Amir Hamzah yang sering berdamping dengan Amir Hamzah dan membantunya iaitu Umar Ummaiya. Jika dilihat dalam Hikayat Hang Tuah, tidak terdapat watak pembantu kecuali kesaktian keris Taming Sari serta pertolongan Bendahara. Dalam semua situasi termasuk perperangan, Hang Tuah menghadapinya seorang diri untuk menunjukkan bahawa dia benar-benar seorang wira. Malahan adalah mengaibkan jika seorang wira mendapat bantuan daripada kuasa atau orang lain apabila berdepan dengan musuhnya.
Perbandingan seterusnya dapat dilihat dalam penggunaan simbolisme dalam kedua-dua epik ini. Dalam Hikayat Hang Tuah diceritakan bagaimana Hang Tuah mendapat keris saktinya iaitu Taming Sari. Hasil daripada kecekapannya dia memperoleh keris itu. Dalam satu perlawanan silat, Hang Tuah telah menumpaskan seorang pahlawan yang bernama Taming Sari. Beliau telah menggunakan tipu helah untuk mendapatkannya. Jadi keris itu bukan sesuatu yang diwarisinya. Simbol kekuatan dan kegagahan Hang Tuah adalah kerisnya. Sejak menyimpan keris itu tiada sesiapa pun boleh mendampingi Hang Tuah. Dengan mudah sahaja dia menumbangkan musuh. Dalam bahagian akhir Hikayat Hang Tuah, dapat dilihat bahawa apabila keris itu ditelan buaya putih, maka kekuatannya mula susut dan akhirnya Hang Tuah menjadi lemah. Manakala dalam Hikayat Amir Hamzah tidak diceritakan bagaimana Amir Hamzah memperoleh pakaian nabi-nabi serta senjata seperti pedang dan cokmar yang digunakan oleh Amir Hamzah. Malah dikatakan pengarang, alat-alat ini diwarisi daripada nabi-nabi sebelumnya. Dalam Hikayat Amir Hamzah, Amir Hamzah adalah wira Islam yang menjadikan nabi-nabi sebagai modelnya dalam peperangan.Amir Hamzah berperang dengan menggunakan peralatan nabi-nabi kerana dengan menggunakan peralatan tersebutlah maka nabi-nabi dapat memulih keharmonian hidup umatnya pada zaman pra Amir Hamzah. Maka sebab itulah diceritakan dalam Hikayat Amir Hamzah bahawa dia menggunakan peralatan yang sama(=diwariskan daripada nabi-nabi). Bagi Amir Hamzah pedang, cokmar baju sarung, baju sutera China, dan kuda Janggi adalah antara simbol dalam Hikayat Amir Hamzah untuk menghadapi musuh. Cara berpakaian sebagai wira Islamnya pernah dikagumi oleh Raja Syamsul dan Raja Nusyirwan.
Seterusnya perbandingan dapat dilihat dari segi courage and endurance, iaitu bagaimana cara wira-wira membela bangsa mereka dalam apa jua keadaan pun dan bagaimana mereka sering dipandang tinggi sebagai wira. Sumber penghormatan pada Hang Tuah ialah ketaatan yang tidak berbelah bahagi raja. Malah dikatakan dalam Hikayat Hang Tuah bahawa Hang Tuah tidak mempunyai masa untuk dirinya ataupun untuk keluarganya sendiri. Dirinya sendiri tidak penting sama sekali. Rasa kasih dan persahabatan terhadap Jebat disingkirkan demi rasa tanggungjawab dan taat setianya kepada raja. Begitu juga dengan penculikan Tun Teja. Sebagai hulubalang Hang Tuah juga merasa bertanggungjawab terhadap maruah tuannya, ketika Tun Bijaya Sura dan Tun Utama gagal meminang Tun Teja, dia ikut rasa kecewa. Selain itu dia juga sanggup menanggung keaiban apabila difitnah oleh Pateh Karma Wijaya bahawa Hang Tuah menyalahgunakan kuasa di istana Sultan Melaka. Kerana ketaatan itulah maka Hang Tuah tidak berdendam kepada raja malah mempunyai keinginan untuk menolong raja. Manakala dalam Hikayat Amir Hamzah pula, Amir Hamzah sanggup menghadapi pihak musuh walaupun kedua-dua matanya buta. Semangat keperwiraan tetap terserlah kerana tujuan utama ialah membela negeri Arab daripada serangan Raja Nusyirwan. Di sinilah Amir Hamzah mendapat penghormatan yang tinggi daripada pembaca Kata Amir Hamzah,
“Apa bicara kita sekalian, akan kaum kafir itu sudah memalu genderang parang, jika tiada kita keluar, bukanlah laki- laki kita namanya. Pada bicaraku bangkitlah kamu sekalian, pakai segala senjata, supaya kita pergi perang dengan kafir itu……Apabila dilihat oleh raja Nursyirwan segala pahlawan dan askar Arab iti, maka katanya “Hei Masyruk, manatah kata engkau segala pahlawan Arab itu semuanya habis buta? Sekarang mengapa meraka itu ke medan hendak melawan kita berperang?”(ibid : 540)
Semangat peperangan Amir Hamzah dan pasukannya akhirnya menyebabkan mereka berjaya dalam peperangan tersebut. Kutipan ini jelas menunjukkan semangat pembelaan pada negerinya sendiri dan sanggup mempertahankan negerinya dalam apa jua keadaan walaupun matanya buta sekalipun.

Perbandingan yang terakhir ialah legistimacy of mission iaitu misi dalam perjuangan wira dalam epic ini. Misi dalam kedua-dua epik ini amat jelas iaitu Hang Tuah ingin membela meruah raja Manakala Amir Hamzah pula ingin membela diri sendiri dan agama. Dalam Amir Hamzah misi itu disampaikan dalam pelbagai cara, salah satunya ialah mengingatkan seseorang tentang kesalahan dirinya supaya ini tidak menjadi ikutan kepada generasi akan datang. Dalam Amir Hamzah terdapat dua firman Allah yang membetulkan sikap manusia yang tidak sepatutnya. Apabila Amir Hamzah telah dibunuh oleh Raja Lahad. Apabila Nabi Allah ingin membalas dendam Raja Lahad maka datanglah Jibril membawa firman Allah subhanahu wa taala seperti berikut:
Jangan kamu sangka yang mati pada perang Sabilullah itu, tetapi hidup di hadapan hadrat Allah, mereka itu beroleh untung”. Maksudnya “jangan kamu sangka mereka yang terbunuh di jalan Allah itu mati sia-sia, bahkan mereka itu hidup di sisi Tuhan diberikan rezeki”. (ibid : 710)

Selain itu peristiwa Raja Lahad diislamkan oleh Nabi Allah juga menunjukkan pengarang Hikayat Amir Hamzah ingin menegakkan dan mensyiarkan Islam. Struktur penceritaan epic Hikayat Amir Hamzah dan Hikayat Hang Tuah sering menekankan peringatan tersebut pencerita inginkan kita mengambil iktibar atau teladan. Dalam beberapa tindakan Hang Tuah, agak jelas bahawa misinya tidak lain daripada manfaat yang akan diperoleh oleh Melaka amnya dan sultan khususnya. Dalam episod penculikan Tun Teja dari Inderapura, jalas sekali betapa Hang Tuah tidak mengambil kira perasaan dan perikemanusiaan. Apabila tunang Tun Teja,(=Megat Panji Alam) ingin mendapatkan haknya itu, Hang Tuah menentangnya dan membunuhnya. Hang Jebat dibunuh oleh Hang Tuah hanya kerana mempertingkatkan martabat raja-raja iaitu sebagai rakyat kita tidak boleh menderhaka raja. Kedua-dua peristiwa ini seolah-olah dilakukan untuk membela raja dan melindungi raja daripada mendapat aibnya.

Hikayat Hang Tuah sebagai Sebuah Epik Melayu


Tokoh Hang Tuah adalah lambang kekuasaan dan kebesaran Melaka. Riwayat hidupnya merupakan riwayat kerajaan Melayu Melaka dan riwayat bangsa Melayu membangun sehingga membentuk zaman keagungan dan kegemilangan pemerintahannya. Salah seorang pelawat istana Melaka berkata:
“Sungguhnya budak inilah akan menjadi hulubalang besar pada Tanah Melayu ini”(Kassim Ahmad,1991:35)
Bangun jatuh Melaka adalah berkaitan dengan Hang Tuah.Sewaktu Melaka dibuka Hang Tuah masih kecil. Apabila Melaka menjadi negeri besar Hang Tuah menjadi orang kanan bersama Bendahara dalam menjalankan urusan pentadbiran,keselamatan dalam negeri dan mempunyai suara yang muktamad. Apabila Hang Tuah jatuh sakit perkhidmatannya di istana berakhir. Semangat kepahlawanan yang ditunjukkan oleh Hang Tuah menimbulkan perasaan kagum, ghairah dan hormat kepada bangsa Melayu oleh orang-orang asing termasuklah Raja Siam,India,China dan sebagainya.
Sebagai seorang pahlawan Hang Tuah digambarkan sebagai wira yang gagah berani,mempunyai keistimewaan,kekuatan jasmani dan rohani,luas ilmu pengetahuan dan berpengalaman dalam menangani urusan diplomatic.Malah Hang Tuah juga tahu bagaimana menyesuaikan diri di negeri orang.Apabila hendak menghadap raja siam,Hang Tuah mendapat akal mencari helah.Katanya:
“Adapun akan hamba segala Melayu ini umpama perahu adapun perahu itu ,apabila tiada berkemudi nescaya tiadahlah betul haluannya.Dari seperti kara pula,tiada dapat hamba merangkak kerana ada penyakit pada tubuh hamba ini(ibid:470-471)”
Contoh ini jelas menunjukkan betapa bijaknya orang Melayu dulu untuk mencari ikhtiar di negeri orang seperti di Siam.Kegagahan dan keistimewaannya menjadikannya dia desegani dan ditakuti oleh kawan dan lawan.Budi bahasanya yang halus menjadikannya dihormati di kalangan rakyat dan bangsa asing.Dia juga berusaha mempelajari pelbagai bahasa sperti bahasa China,Tamil,Siam,Acheh dan sebagainya.Raja Melaka sendiri kagum dengan penggunaan bahasa asing seperti bahasa Acheh.
“Setelah baginda mendengar sembah laksamana demikian itu,maka bagindapun tersenyum,gemar dan kasih rasanya melihat lakunya laksamana berkata itu terlalu manis,fasih lidahnya dengan bahasa Acheh itu(ibid:533)
Selain itu, Hang Tuah juga menuntut ilmu sejak kecil dan tahu akan ilmu firasat.Sebagai hamba raja Melayu dia amat setia pada rajanya dan tidak pernah berpaling daripada tugasnya,terhadap negara serta tidak berbelah bahagi taat setianya kepada tuannya.Sifat-sifat seperti ini menyebabkan dia terkenal sebagai wira bangsa Melayu.Sebagai contahnya Hang Tuah berkata seperti berikut:
“Cih! Bukan oranganya yang dititahkan itu.Jika Si Tuah gerangan yang membawa titah tuannya,sehingga putih tulang tiada putih mata(ibid;116)”
Hikayat Hang Tuah menggambarakan cara hidup masyarakat Melayu di sekitar istana.Kisahnya meliputi bagaimana orang Melayu membangunkan negerinya menghadapi ancaman musuh,menjadikan Melaka sebagai kuasa Melayu yang tidak taranya pada zaman itu.Hikayat Hang Tuah telah memperkenalkan Melaka kepada dunia luar sehinggalah mencapai kemuncaknya serta membawa kejatuhan ke tangan Feringgi.Pengalaman Hang Tuah dihubungkan dengan sejarah kewujudan Melaka.Cita-cita dan nilai yang dianuti oleh orang Melayu pada zamannya jelas tergambar dalam Hikayat Hang Tuah.Konsep pahlawan dan keperwiraan yang dimiliki oleh Hang Tuah seperti gagah,berani,taat setia,merendah diri,pantang berundur ketika menyerang adalah walik cita-cita orang Melayu zaman itu(=dan juga pada zaman sekarang)
Latar cerita Hikayat Hang Tuah berlaku dalam jarak masa yang amat panjang.Kisah bermula dari tahun-tahun penubuhan Melaka membawa kepada zaman pengembangan Melaka sebagai sebuah pusat kerajaan dan peradaban bangsa Melayu(=dari segi budaya,bahasa dan sastera Melayu)sehinggalah mencapai kegemilangan dan akhirnya membawa kejatuhan Melaka.

Watak utama Hang Tuah diberi sifat-sifat istimewa seperti melebihi kemampuan rakyat biasa dan mencapai tingkat superhuman.Unsur-unsur ghaib,mitos dikaitkan dengan tokoh ini bagi menunjukkan kelebihan dan keistimewaan orang-orang Melayu khususnya world view mereka. Misalnya Hang Tuah pernah menerima pertolongan daripada Nabi Khidir yang memberi sebuah cembul berisi air. Dengan menyapu air itu ke dalam mulut dan telinga, maka Hang Tuah boleh berbicara pelbagai bahasa yang tidak diketahui sebelumnya. Selain itu Hang Tuah juga memiliki sebuah keris sakti Taming Sari. Keris ini menjadi lambang kekuatan Hang Tuah. Selagi dia memilikinya dia tidak akan lut dimakan oleh senjata. Sebab itulah dalam Hikayat Hang Tuah digambarkan bahawa Hang Tuah menjadi begitu lemah apabila keris itu dirampas oleh seekor buaya putih.
Hikayat Hang Tuah juga menepati ciri epik Melayu apabila ia menekankan unsur didaktik kepada generasi Melayu. Bagaimanapun adalah tanggungjawab epik iaitu mengingatkan generasi akan datang tentang iktibar yang boleh diambil daripada peristiwa Hikayat Hang Tuah. Hikayat Hang Tuah ini memberi pengajaran dan moral kepada mereka yang lupa akan hukum yang telah ditetapkan oleh Tuhan. Kutipan berikut membuktikan pendapat ini. Unsur pengajaran yang diberikan oleh Sang Sapurba kepada anaknya Sang Maniaka sebelum ditabalkan menjadi raja di Bentan. Pesanan yang mengandungi pengajarannya itu berbunyi:
“Ya anakku buah hatiku, adapun engkau di atas kerajaan itu, baik-baik memeliharakan segala rakyatmu dan sangat-sangat periksamu akan segala tenteram, jangan engkau takbur dan ngerun, kerana dunia tiada akan kekal melainkan nama yang baik itu juga yang kekal sesudah mati, supaya nama nenek moyang dan namaku pun disebut orang pada segala negeri yang lain. (ibid : 18)
Hikayat Hang Tuah memang sebuah epik Melayu kerana ia menasihati dan berpesan kepada kaumnya tentang ciri-ciri seorang pemimpin yang baik. Pemimpin tidak boleh menyalahgunakan kuasa atau membelot rakyat. Kepercayaan dan keyakinan rakyat terhadap institusi raja hendaklah dijaga dan dipelihara.
Kesimpulan
Hikayat Hang Tuah sebagai sebuah epik Melayu menggambarkan kebudayaan orang Melayu dan kebesaran kerajaan kerajaan Melaka. Dengan contoh-contoh yang dapat dilihat di atas, maka jelaslah Hikayat Hang Tuah adalah bayangan dan gambaran masyarakat Melayu. Konsep wira adalah sangat penting kerana melalui wira inilah pengarang dapat membawa keagungan, kekuatan dan kegemilangan sesuatu bangsa. Walaupun unsur-unsur Islam disentuh tetapi tidak diperincikan seperti dalam Hikayat Amir Hamzah, namun Hikayat Hang Tuah tetap merakamkan namanya sebagai epik Melayu kerana Hang Tuah itu sendiri telah membawa warna-warna tempatan Tanah Melayu dalam Hikayat Hang Tuah. Konsep kedaulatan raja, penderhakaan, perlanggaran pada hukum-hukum Tuhan, perlanggaran kepatuhan janji dan amalan budi bahasa dan kesopanan yang diperlihatkan oelh Hang Tuah ini dapat membuktikan kepada kita bahawa Hikayat Hang Tuah memang sebuah epik bangsa Melayu.

BIBLIOGRAFI
Ali Ahmad,1994, Pengantar Pengajian Kesusteraan, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Ali Ahmad,1995, Epik Pengaruh Hindu, Epik Warisan Islam, Epik Peribumi : Satu Kajian Perbandingan, Pulau Pinang : Universiti Sains Malaysia.
A.Samad Ahmad,1979, Sulatus Salatin, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
A.Samad Ahmad,1987, Hikayat Amir Hamzah, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Cuddon, J.A.,1982, A Dictionary Of Literary Terms, USA : Penguin Books.
Danziger, Marlies K. dan W.Stacy Johnson,1983, Pengenalan Kritikan Sastera (terjemahan Johan Jaafar dll.), Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kassim Ahmad (ed.),1964, Hikayat Hang Tuah, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kassim Ahmad (ed),1991, Hikayat Hang Tuah, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Koster, G.L., 1994, Peringatan Dalam Syair Perang Siak (penterjemah : Al Azhar).,Pekan Baru : Pusat Pengajian Melayu, Universitas Islam Riau.
Koster,G.L.,1995, Epik Kepahlawanan atau Sastera Sejarah : Jawapan Kepada Siti Hawa Salleh dalam Dewan Sastera keluaran September. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Munir Ali,1989, Kajian Kesusteraan Melayu Klasik, Petaling Jaya : Flo Enterprise Sdn. Bhd.