SISTEM
KEHAKIMAN MALAYSIA
1. PENGENALAN
1.1 Sistem pemerintahan Malaysia
boleh dibahagikan kepada 3 bahagian utama iaitu perundangan, pentadbiran dan
kehakiman.
1.2 Fungsi utama kehakiman adalah
menjalankan pentadbiran secara adil dan saksama di Malaysia.
1.3 Badan kehakiman merupakan badan
bebas daripada pengaruh eksekutif.
1.4 Ketua bidang kehakiman adalah
Ketua Hakim Negara dan ketua pendaftar/pejabat pendaftaran sebagai Ketua Pendaftaran Mahkamah.
2. FUNGSI KEHAKIMAN
- Memastikan keadilan secara saksama
- Menyelesaikan pertikaian individu
dengan individu dan individu dengan kerajaan
- Memutuskan sama ada mereka yang
didakwa bersalah atau tidak berdasarkan bukti yang dikemukakan.
- Mentafsir sesuatu undang2
- Membatalkan mana2 undang2 yang
bercanggah dengan perlembagaan
- Mengistihar tindakan kerajaan tidak
sah sekiranya bercanggah dengan perlembagaan
- Memelihara hak kewarganegaraan
daripada pencabulan pihak kerajaan
3. SISTEM KEHAKIMAN
3.1 PENTADBIRAN KEHAKIMAN
· YDPA – ketua Negara & mengetuai
badan kehakiman.
· Ketua Kehakiman – Ketua Hakim Negara
Mahkamah Persekutuan
· Ketua Pendaftar/ Ketua Pendaftaran /
Pejabat Pendaftaran;
- Mengendalikan keadilan dan
pentadbiran di mahkamah
- Ketua – Ketua Pendaftar
- Ketua Pendaftar di bantu oleh;
- Pendaftar Mahkamah Rayuan.
- Pendaftar Mahkamah Tinggi Malaya.
-
Pendaftar Mahkamah Tinggi Sabah &
Sarawak.
- Pegawai2 lain.
3.2 PELANTIKAN
· Pelantikan oleh YDPA atas nasihat PM
selepas berunding dengan Majlis Raja2 untuk melantik 6 jawatan hakim-hakim.
· Perlantikan Hakim Besar Makhamah
Tinggi Sabah dan Sarawak, PM berunding dengan Ketua Menteri Sabah &
Sarawak.
· Hakim di Mahkamah Majistret di lantik
oleh Raja/YDP Negeri atas nasihat Hakim Besar negeri berkenaan.
· Jumlah hakim di satu peringkat
mahkamah akan ditentukan oleh YDPA.
3.3 PEMECATAN / PENAMATAN
· Boleh ditamatkan melalui 2 cara;
- Meletakan jawatan
- Dilucutkan jawatan
· Sebab yang membolehkan seorang hakim
dipecat;
- Lemah anggota badan
-
Tidak berkelakuan baik
- Tidak sempurna akal
- Melanggar Kod Etika Hakim 1994
· YDPA memerlukan syor-syor sebuah
tribunal untuk memecat jawatan hakim Mahkamah Persekutuan, Rayuan dan Tinggi.
· Ahli tribunal dipilih oleh PM melalui
pandangan Ketua Hakim Negara dan kemudian dilantik oleh YDPA.
· Semasa menunggu laporan tribunal YDPA
boleh menggantung tugas hakim;
- Hakim Mahkamah Persekutuan atas
syor PM
- Hakim Besar selepas berunding dgn
Ketua Hakim Negara
- Hakim Mahkamah Tinggi selepas
berunding dgn Ketua Hakim Mahkamah Tinggi
4. KEBEBASAN KEHAKIMAN
4.1 Tujuannya untuk memastikan badan
kehakiman dapat melaksanakan tugas kehakiman dengan adil.
4.2 Supaya badan kehakiman bebas
dari kawalan oleh badan perundangan dan eksekutif.
4.3 Kelakuan hakim Mahkamah
Persekutuan, Rayuan atau Tinggi tidak boleh dibincangkan dalam parlimen kecuali
sokongan ¼ ahli dewan . tidak boleh sama sekali dibincangkan dalam Dewan
Undangan Negeri.
4.4 Hakim Mahkamah Persekutuan,
Rayuan atau Tinggi tidak boleh dilucutkan jawatannya sebelum mencapai umur 65
tahun.
4.5 Hakim boleh dilucutkan jawatanya
atas syor tribunal (perkara 125 (3) Perlembagaan Persekutuan)
5. TRIBUNAL
5.1 Maksudnya – satu lembaga yang
terdiri daripada pegawai2 yang dilantik untuk menyiasat sesuatu isu yang
ditetapkan.
5.2 Ketua: - diketuai oleh Ketua
Hakim Negara dan Hakim Mahkamah Persekutuan mengikut keutamaan berdasarkan
tarikh pelantikan.
5.3 Ahli tribunal; - lebih 5 orang
hakim Mahkamah Persekutuan atau Mahkamah Tinggi dan bekas hakim Malaysia atau
jawatan yang setaraf di mana-mana kawasan Komanwel.
5.4
Sahingga keputusan tribunal
diterima, seorang hakim boleh digantung tugasnya.
Mahkamah Atasan
a. Mahkamah Persekutuan
Mahkamah
Persekutuan merupakan mahkamah tertinggi di Malaysia. Mahkamah Persekutuan
boleh membicarakan semua rayuan kes sivil yang diputuskan oleh Mahkamah Rayuan
jika Mahkamah Persekutuan memberikan kebenaran untuk berbuat demikian. Mahkamah
ini juga membicarakan rayuan-rayuan kes jenayah daripada Mahkamah Rayuan yang
berkait dengan kes yang dibicarakan oleh Mahkamah Tinggi dalam bidang kuasa
aslinya, iaitu kes-kes yang bukan dirayu berdasarkan keputusan
Mahkamah-mahkamah Bawahan.
b.Mahkamah Rayuan
Mahkamah
Rayuan umumnya membicarakan semua kes rayuan sivil terhadap keputusan Mahkamah
Tinggi, kecuali perintah atau keputusan mahkamah yang dibuat melalui
persetujuan. Untuk kes-kes yang melibatkan:
•
tuntutan melebihi RM10000
•
keputusan mahkamah atau perintah yang berkait dengan kos sahaja;
•
rayuan yang berkenaan dengan keputusan hakim dalam kamar bicara terhadap saman
interplider tentang fakta-fakta yang tidak dipertikaikan;
kebenaran
Mahkamah Rayuan harus diperoleh lebih dahulu.
Mahkamah
Rayuan juga membicarakan rayuan-rayuan keputusan kes jenayah Mahkamah Tinggi.
c.Mahkamah Tinggi
Mahkamah
Tinggi mempunyai bidang kuasa penyeliaan dan pengubahan keputusan semua
Mahkamah Bawahan, serta juga bidang kuasa untuk membicarakan semua rayuan
daripada Mahkamah Bawahan, baik kes sivil mahupun kes jenayah.
Mahkamah
Tinggi mempunyai bidang kuasa sivil yang tidak terhad, dan umumnya membicarakan
kes-kes yang tuntutannya melebihi RM1000, selain daripada kes-kes yang
melibatkan kemalangan kenderaan bermotor, penderitaan, dan pertikaian antara
tuan rumah dan penyewa. Mahkamah ini juga membicarakan kes-kes yang berkait
dengan:
•
kesahan atau pembubaran perkahwinan (perceraian) dan perkara-perkara suami
isteri;
•
kemuflisan dan perkara-perkara berkait dengan penggulungan syarikat;
•
penjagaan kanak-kanak;
•
pemberian kenyataan sah wasiat, wasiat, dan surat kuasa mentadbir estet;
•
injunksi, pelaksanaan tertentu (specific performance), atau pembatalan kontrak;
•
kesahan individu.
Mahkamah
Tinggi mempunyai bidang kuasa yang tidak terhad terhadap semua kes jenayah
selain daripada perkara-perkara yang melibatkan undang-undang Islam.
Kes-kes
dibicarakan oleh seorang hakim yang tunggal di dalam Mahkamah Tinggi, atau oleh
seorang pesuruhjaya kehakiman. Sedangkan hakim-hakim Mahkamah Tinggi diberikan
perlindungan jawatan (sila lihat Krisis Perlembagaan Malaysia 1988), para
pesuruhjaya kehakiman dilantik untuk penggal dua tahun dan tidak menerima
perlindungan yang sama di bawah Perlembagaan.
Mahkamah
Bawahan
Mahkamah
Majistret dan Mahkamah Sesyen di Malaysia mempunyai bidang kuasa untuk
membicarakan kedua-dua kes jenayah dan sivil.
a.Mahkamah Sesyen
Agak
serupa dengan Mahkamah Sesyen Suku di England, Mahkamah Sesyen Malaysia
mempunyai bidang kuasa untuk membicarakan kesalahan-kesalahan yang tidak
melibatkan hukuman mati. Mahkamah-mahkamah ini dipengerusikan oleh hakim-hakim
Mahkamah Sesyen (dahulunya Presiden Mahkamah Sesyen).
Mahkamah
Sesyen juga membicarakan semua kes sivil yang tuntutannya melebihi RM25,000
tetapi tidak melebihi RM250,000, kecuali kes-kes yang melibatkan kemalangan
kenderaan bermotor, penderitaan, dan kes-kes antara tuan rumah dan penyewa yang
mahkamah ini mempunyai bidang kuasa yang tidak terhad.
b.Mahkamah Majistret
Para
majistret terbahagi kepada Majistret Kelas Pertama dan Kelas Kedua, dengan
Majistret Kelas Pertama mempunyai kelayakan yang sah serta kuasa yang lebih
besar. Majistret Kelas Kedua kini biasanya tidak dilantik.
Mahkamah
Majistret membicarakan semua kes sivil yang tuntutannya tidak melebihi
RM25,000. Mahkamah Majistret Kelas Pertama umumnya mempunyai kuasa untuk
membicarakan semua kesalahan jenayah yang hukumannya tidak melebihi 10 tahun
atau yang melibatkan hukuman denda sahaja, tetapi boleh mengenakan hukuman yang
tidak melebihi lima tahun pemenjaraan, denda sehingga RM10,000 dan/atau hukuman
merotan sebanyak 12 kali.
Mahkamah
Majistret juga membicarakan rayuan-rayuan daripada Mahkamah Penghulu.
c.Mahkamah lain
Mahkamah
Penghulu mempunyai bidang kuasa untuk membicarakan semua kes sivil yang
tuntutannya tidak melebihi RM50, jika pihak-pihak yang berkenaan berbangsa Asia
dan memahami bahasa Melayu.
Bidang
kuasa jenayah terhad kepada kesalahan-kesalahan kecil yang dituduh terhadap
seorang berbangsa Asia yang ditetapkan khas dalam warannya yang hukuman denda
tidak melebihi RM25.
Mahkamah
Penghulu tidak wujud di Sabah dan Sarawak, sebaliknya kedua-dua negeri ini
mempunyai Mahkamah Orang Asli yang mempunyai bidang kuasa terhadap semua
perkara-perkara awam yang berkenaan dengan adat dan undang-undang orang asli
Terdapat
juga Mahkamah Juvenil untuk kes-kes yang melibatkan orang-orang bawah umur.
d.Mahkamah Syariah
Rencana
utama: Mahkamah Syariah di Malaysia
Terdapat
sebuah sistem selari Mahkamah Syariah negeri yang mempunyai bidang kuasa yang
terhad terhadap undang-undang Islam (syariah) negeri. Mahkamah-mahkamah Syariah
hanya mempunyai bidang kuasa terhadap perkara-perkara yang melibatkan orang
Islam, dan umumnya tidak boleh mengenakan hukuman melebihi tiga tahun
pemenjaraan, denda melebihi RM5,000, dan/atau hukuman merotan melebihi enam
kali.
1. Mengapakah
mahkamah penghulu tidak wujud di Sabah dan Sarawak?
2. Mahkamah
manakah yang boleh mendengar rayuan daripada Mahkamah Penghulu?
3. Bagaimanakah
seseorang hakim dipecat?
4. Siapakah
melantik kesemua hakim secara rasmi di Malaysia?
5. Siapakah
pentadbir mahkamah?
6. Apakah
fungsi utama badan kehakiman di Malaysia?
7. Apakah
yang dimaksudkan dengan mahkamah juvana?
8. Apakah
beza antara nilai kes dan nilai hukuman?
9. Apakah
fungsi Tribunal Perumahan dan Tribunal
Pengguna yang menggantikan fungsi mahkamah?
10. Siapakah
yang layak dilantik sebagai majistert kelas pertama?
11. Nyatakan
beza antara pesuruhjaya kehakiman dan hakim?
12. Apakah
maksud bidang kuasa asal(asli) dengan bidang kuasa rayuan?
13. Nyatakan
perkara-perkara yang menjadi sivil dan jenayah Islam?
14. Siapakah
yang mendengar rayuan bagi kes-kes yang diputuskan dlam Mahkamah Syariah
Rayuan?
15. Majlis
negeri manakah yang mengendalikan Mahkmah Syariah?
16. Mengapakah
mahkamah Syariah bukan urusan kerajaan pusat?
17. Apakah
maksud kebebasan kehakiman?
Oleh:
Dr.R.Dhanapal/Kelas Bimbingan PA