Orang buat PhD bukan kerana menunjuk-nunjuk. PhD menguji
kesabaran, fokus dan mencabar minda kita utk mencari bbp hipotesis dan
buktikannya bahawa hipotesis yg kita bina berdasarkan teori-teori yang kita
baca itu boleh diterima atau ditolak. Sama ada kita terima atau tolak kita
perlu buktikannya melalui literature
review yg pernah kita lakukan. Tolak secara berhemah dan terima secara
intelektual. Bukan mudah utk merangkul segulung ijazah yg bernama Ph D.
Tolonglah berhati-hati dgn banyak sarjana pseudo di sekeliling kita. Ramai yg
panggil saya Dr kerana ramai anggap Dr itu singkatan nama ayah dan ibu saya.
Sebab orang India selalu letakkan nama ayah atau datuk atau ibu di hadapan
nama. Nama saya penuh ialah Dhanapal Rengasamy
jadi singkatannya ialah DR. Panggil saya apapun boleh. Ini cuma satu
pencerahan bagi mereka yang jahil dgn gelaran Dr.
No comments:
Post a Comment